Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Tuesday, August 31, 2010

Pencarian Sepanjang Ramadhan 3

Salamullahi'alaikum...

Pencarian Ramadhan...
Mengapa kita mudah hlang ktenangan, mngapa pula kita gagal mngekalkan kbhagiaan dan mngapa kita x sdar bhw Syurga itu boleh dbntuk d HATI? Sdangkan kita sndiri mampu mncorakkan khidupan dgn sbaiknya...
Justeru, akan terciptakah Syurga di HATI kita? Usah t'menung lg. Ayuh! kita bina brsama...



Pencarian Ramadhan...
Perawat Islam bkn shj dkhendaki utk mmpunyai ilmu dan kmahiran yg tinggi, malah prlu mmiliki ciri2 peradaban srta akhlak yg mulia dan keimanan yg kuat. Dia khndaki snyum slalu, sabar, adil n sntiasa mnceriakn psakit n kluarga.
Yg pling pnting..prawat Islam MESTI mnghayati bhw hidup dan mati itu adlh
 haq mutlak Allh swt!

~Wahai diriku...ingat, bkn skdar tahu..tp faham dan hayati!



Pencarian Ramadhan...
Akhirnya smpai jua pd mlm 10 akhir Ramadhan. Di amati kmbali satu p'satu pncarianku spanjang Ramadhan ini.. Alhasil, bgai tiada yg trcapai, AllahuRabbi. Drp trus brkata2, tiba mse utk aku mnymbung pncarian ini dgn 1 lgkah yg lbih drastik, yakni...DIAM! ckuplah Hati yg brbicara.
~Slm Ramadhan bt smua
, terasa nk brcuti dr fb utk smntara wktu. Mgkin kita akn brtemu kmbali d malam raya. insyaAllah.



~perisai mahkota

Sunday, August 29, 2010

Kahwin Muda – Antara Kebaikan dan Keburukan

Salamullahi'alaikum...


      Umum sudah tahu, kahwin adalah satu fitrah kejadian semulajadi manusia. Kahwin juga satu sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka bila mana kita berkahwin, alhamdulillah, kita sudahpun mengikut salah satu daripada sunnah Nabi. Persoalan bagaimana kita melaksanakan sunnah itu juga perlu diberi perhatian dan penelitian yang mendalam. Topik kali ni rasanya cukup relevan dengan suasana kita sekarang. Suasana musim cuti yang akan datang beberapa hari lagi.



     Kahwin muda iaitu berkahwin pada usia yang muda. Berapa lingkungan umur yang kita boleh katakan sebagai muda? Iyalah, takkan 50 tahun pun kita masih katakan muda melainkan berkahwin isteri muda. Itupun isteri dia yang muda, dia tetap jua sudah berumur. Namun, ada yang berkata, “ape ade pada umur?”. Muda itu subjektif. Kalau dah diri rasa muda walaupun kulit dah berkedut sejuta, muda tetap muda sebab ianya lahir dari dalam diri yang sentiasa terasa muda. Betul ke?

      Apa kebaikan atau keburukan kahwin bini muda?
Apa kebaikannya berkahwin muda? Jadi, saya ada beberapa kebaikan kahwin muda yang saya boleh senaraikan,  antaranya ialah:
  1. Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti (sape tak nak jadi kebanggaan Nabi SAW kan?).
  2. Elak mendekati zina (ni memang tepat lagi jitu, yang halal dah ade, nape masih nak cari yang haram?)
  3. Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial (yela, sape nak marah kalau kite ‘berkepit-mepit’ ngn isteri sendiri, suke hati kami la..lalalalala)
  4. Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima (iyela, dah ada yang tersayang di sisi, sejuk jer..)
  5. Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’ (tak perlu lagi risau awek akan dikebas orang..hikss)
Antara keburukan kahwin muda pula;
  1. Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan(lagi teruk kalau kes kahwin ‘terpakse’..adeh..).
  2. Rasa diri masih bujang (ini bahaye, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..).
  3. ..
Itu saja antara senarai yang sempat saya titipkan. Mungkin anda punya pandangan dan pendapat, sebab anda mungkin:
  • sedang merancang nak kahwin lari
  • anda juga kahwin muda
  • anda seorang ayah@ibu, yang punya anak nak kahwin muda
  • anda merancang nak ‘tambah’ cawangan yang muda(kalau ade..)
  • anda dah punya si abang @ si buah hati, tapi…
sambunglah sendiri jawapannya ya...hihi

Buat diriku...jika tiba masa untuk aku melengkapkan salah satu dari sunnah ini, ingatlah bahawasanya;

1. niat perlu betul.. jangan kahwin kerana nafsu.. kahwinlah kerana Allah…
2. dapat restu ibu bapa dulu… itu penting..
3. walaupun berkahwin, ingat, prioritynya adalah belajar. jadi, belajar perlu diutamakan..
4. kena saling bertolak ansur dan sabar. jadikan berkahwin sebagai satu semangat untuk lebih berjaya..
5. jangan jadikan perkahwinan sebagai beban.. perlu saling memahami..
6. mesti kena jimat. melainkan ada sumber kewangan yang lain…
7. bijak bahagikan masa..
8. sanggup hidup bersederhana..



~perisai mahkota

Saturday, August 28, 2010

Nuzul Al-Qur'an dan Badar Al-Kubra

Salamullahi'alaikum...

     Pertengahan Ramadhan kembali mengingatkan kita kepada peristiwa bersejarah yang berlaku sekitar lebih dari 1400 tahun yang lalu. Dua peristiwa besar yang berlaku sebagai titik tolak kepada perkembangan Islam yang kita anuti sehingga ke hari ini. Yang tersebut adalah peristiwa Nuzul AlQuran dan Perang Badar Al-Kubra.

Nuzul Al-Quran


     Turunnya Al-Quran menjadi pegangan kita zaman-berzaman, sehinggalah ke hari ini. Walaupun penerapan mengenai nilai-nilai suci dari Kalamullah itu semakin berkurang searus peredaran zaman, tetapi generasi-generasi baru kini masih lagi mengenali wujudnya Al-Quran. Alhamdulillah. Risau juga kalau-kalau zaman anak-anak kita nanti semakin jauh dengan Al-Quran. Maka tidak mustahil akan tercipta satu soalan yang tak pernah kita terfikir, 'Ayah, Quran tu apa?' walaupun si anak sudah berusia remaja. Na'uzubillah...Semoga tidak akan wujud soalan sebegini dan janganlah kiranya lahir generasi ini.

     Justeru, kita sebagai penghuni zaman ini perlu bekerja keras 'membawa' Al-Quran sehingga sampai ke generasi anak-anak kita akan datang. Berdoa sesungguhnya supaya kelak di anugerahkan kepada kita penyeri keluarga yang kenal dan faham Al-Quran. Pokoknya, bukan hanya kenal jasad dan rupa Al-Quran. Bukan hanya pandai mengalunkan Al-Quran semerdu lagu-lagu padang pasir. Tidak hanya menjadi simbol islamik sewaktu ingin mengadakan mesyuarat apatah lagi Al-Quran hanya digunakan sebagai tangkal dan azimat bagi menghalau makhluk halus.

     Seperti yang kita sering diperingatkan, Al-Quran adalah petunjuk sepanjang zaman. Tingginya martabat Islam sewaktu ketika dulu, adalah kerana seluruh umat beramal dengan Al-Quran. Isi Al-Quran itulah yang ditafsir dan disalirkan ke dalam hidup seharian. Maka selamatlah umat dari kutukan dan bala dari Allah swt. Jadi, jawapan kepada persoalan mengapa umat Islam hari ini sudah rosak, dayus, bacul dan sebagainya adalah disebabkan betapa jauhnya kita dengan Al-Quran. Semakin banyak kerosakan di muka bumi, mereka berusaha mencari penyelesaian berdasarkan logik aqal semata-mata. Bukannya ingin kembali kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasul.

     Sampai sahaja tarikh 17 Ramadhan, masjid-masjid akan dihiasi dengan suara-suara garau pak ustaz menerangkan dan mengingatkn kembali jemaah berkenaan dengan Nuzul Quran. Sehinggakan kering tekak mereka mengerah keringat mengumpul maklumat dan mencurah amanat semata-mata untuk disampaikan kepada kita. Tapi, apa tindakan kita selepas itu? Tak lain tak bukan, segala yang didengar tadi dibuang di tangga masjid saat menyarung selipar untuk pulang ke rumah. Nasib Al-Quran masih sama seperti sebelumnya. Tetap dijadikan bahan hiasan di dinding-dinding dan ukiran pintu rumah.

Friday, August 27, 2010

Pencarian Sepanjang Ramadhan 2

Salamullahi'alaikum...

Pencarian Ramadhan...
Sifat Al-Wahhab (memberi tanpa diminta balasan) Allah di alirkan ke dlm stiap jiwa Ayah dan Ibu. Amat besar pengorbanan mrk pd kita... ingatkah kita pd mrk saat ini?
"Abah, umi...maafkan abg atas keterlanjuran slama ini. Semoga kalian snantiasa d bwh naungan Rahmat Allah".
~air mata kerinduan mngirin
gi brsama dlm pelayaran di medan lautan keinsafan...


Pencarian Ramadhan...

Ada di antara mrk yg masih berbalah pd isu Aqidah kononnya. Maka timbul tuduhan aku betul, engkau sesat. Aku Ahlussnnah wal Jamaah, engkau kafir! Di saat umat Islam Palestin masih menderita dalam gempita, kita berpecah mencari belah. Apakah kalian lupa atau buat2 x tahu bahawa...~ISU PALESTIN JUGA ADALAH ISU AQIDAH??? ayuh! bersatulah...



Pencarian Ramadhan...
"Ya Allah, ssungguhnya dgn rela kmi tlah mltakkan diri kmi dlm mdn juang Para Tabib. Mgkin hnya bbrapa lgkah dr skg, kmi akn diAMANAHkan sbg ptugas kesihatn yg d tugaskn merawat pesakit. Akn ttapi, adkh dgn tangn2 yg sntiasa mlakukan mksiat kpdMu ini Ya Allah akn mjalankn amanah berat stu hri nnti?
!"
~Ampunkn kami ya Allah, dan smpaiknlah kami kpd cita2 kami. amiin...



Pencarian Ramadhan...
Kini tlah smpai ke smpadan akhir Ramadhan, trnyata aku masih leka. Kembali di ingat akan psanan Rasululluh spaya 'Ingat 5 Prkara, Sblum Dtg 5 Prkara'.
Ksimpulan mkna trsiratnya adalh.., manfaatkanlh waktu ada masa ini, sblum dtgnya waktu x ada masa! ...fikir2kan.
Mampukah kita? Tepuk dada, tanya Iman
 kita sdiri.. dgn panduan Fikir dan Zikir.


~perisai mahkota

Rayuan Keampunan

Salamullahi'alaikum...


     Sama-samalah kita ambil iktibar dari KISAH BENAR ini. Semoga mampu memotivasikan kita untuk terarah pada perjalanan menuju Cinta dan RedhaNya.

     "Doktor, ampunkan saya ya doktor...saya banyak buat salah dengan doktor."

     Inilah antara ayat pendek yang sering diulang-ulang oleh adik yi (bukan nama sebenar). Walaupun ringkas ayatnya, ia terkandung jutaan makna tersirat. Nampak sahaja kelibat kami yang melintasi sisi katilnya, dia akan memanggil kami dan menghulurkan tangan berjabat salam tanda kemaafan. Entah apa yang cuba dia sampaikan. Pada awalnya kami tersenyum juga dengan gelagatnya yang agak melucukan, tapi setelah diamati lama-lama timbul pula rasa kesian. Mungkin ini yang di sebutkan sebagai Empati. Kami dapat rasakan kesakitannya. Sakit pada jasad anggota, sakit lagi jiwa luhurnya.

     Kesedihannya dapat dirasakan lebih kuat lagi apabila dia sering memanggil ibunya. Walaupun kadang-kadang yang dipanggil itu 'mak', kadang-kadang 'ibu'. Reaksi wajahnya menampakkan dia sukar berjauhan dengan ibunya walau dalam kadar sesaat. Asal saja ibunya menjauh, tegang urat lehernya meraung-raung memanggil 'ibuuu...maaakkk!!!'. 

Siapa Adik yi?

     Beliau adalah seorang pesakit kanak-kanak berumur 6 tahun yang ditempatkan di Wad Peadiatrik 5D HRPB Ipoh. Seorang kanak-kanak riang yang masih dalam perjalanan mengenal erti kehidupan. Peristiwa berlaku minggu lepas. Sewaktu ingin dihantar oleh bapanya ke sekolah bersama dua abangnya. Mungkin kecuaian di sini, apabila si ayah hanya bermodalkan sebiji motosikal untuk membawa anak-anaknya berempat termasuknya. 

     Malang menimpa apabila takdir Allah menemukan mereka pada satu kemalangan jalan raya. Mereka berempat dikejarkan ke wad kecemasan di Hospital Ipoh. Ayah, abang nyah dan abang alang... mereka semua tercedera namun yang paling teruk adalah adik yi. Adik yi mengalami kecederaan serius pada bahagian kepalanya akibat terhantuk manakala kedua-kedua belah kakinya mengalami kepatahan.

     Bagi yang melihat keadaan beliau, sukar untuk digambarkan bagaimana sakit yang dirasakannya. Memang teramat sakit. Namun kesakitannya tidak ternampak sangat pada anggota tubuhnya. Kesakitan yang sebenar adalah kesakitan dalaman. Jiwanya bagaikan diragut kejam oleh kejadian dahsyat itu.

     Adik yi sering mengadu supaya ditanggalkan ikatan pada tangannya, sedangkan ikatan tersebut sudahpun dibuka. Kain hijau 'pengikat' itu adalah bertujuan mengelakkan beliau menjadi agresif. Mengikut cerita dari ibunya, adik yi mula agresif apabila teringat akan abangnya. Dia menghantukkan kepalanya yang sudah berjahit panjang itu ke pagar katil. Kerinduan yang membuak-buak pada abangnya telah menghilangkan rasa sakit kepalanya. Dia mengandaikan permintaan untuk berjumpa dengan abangnya tidak diendahkan. Dengan itu, dia cuba menghantukkan kepalanya bagi menagih perhatian orang di sekelilingnya supaya hanya tertumpu padanya.

Saturday, August 21, 2010

Bacaan : Aku Terima Nikahnya

Salamullahi'alaikum...


 
     Alhamdulillah. Pencarian Ramadhan pada tahun ini banyak ditemani dengan buku-buku ilmiah karangan penulis-pebulis hebat tanah air. Dan hari ini, saya beru selesai ‘menutup’ sebuah buku indah yang bertajuk AKU TERIMA NIKAHNYA. Buku karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, pemilik blog saifulislam.com. Syukur kepada Allah, kerana tulisan beliau banyak memberi kesedaran kepada saya betapa beratnya perjalanan menempuh alam rumah tangga.

     Nyata perasaan 'cinta' ini amat sukar dielak. Pernah ditepis berkali-kali, tetapi ia hadir kembali dengan perasaan yang lebih halus. Damai terasa. Mungkin ini ketenangan sebenar, atau hanya bujukan Syaitan yang menginginkan hati ini tersasar jauh dari landasan perjuangan. Ya Allah, tetapkanlah hatiku ini di atas jalanMu...

     Jelasnya, perkahwinan bukan hanya ikatan hati dua insan yang sedang bercinta, tetapi rasa kesediaan memikul beban amanah yang lebih berat! Tidak dinafikan ia teramat berat. Tak mampu untuk difikirkan dengan semudah kata-kata. Tak bisa untuk diungkap dengan hanya lakaran dakwat hitam putih atas sehelai kertas. Akan tetapi, rasa hati perlu diheret sama dalam merungkai gejolak jiwa ini. Sehinggalah tangisan yang jelas membuktikan bahawa diri teramat perit menempuh segalanya.

     Berkali-kali mata dipejamkan, memikirkan bagaimana saat menempuh hari akan datang. Waktu di mana akan saya zahirkan pada lafaz, ‘Aku terima nikahnya...’. Astaghfirullahal’azim. Genggaman tangan si ‘ayah’ sudah pasti akan menggugah perasaan. Saya khuatir jika tidak terdaya untuk melakukannya. Bukan asbab tidak mampu menyempurnakan ijab qabul, tetapi tak daya untuk melangkah ke alam yang berguni-guni bebannya. ‘Apakah aku mampu ya Allah?’

     Pernah jua aku ingin melepaskan perasaan ini. Kerana merasakan terlalu awal untuk menyentuh soal hidup di alam rumah tangga. Akibat diri belum bersedia. Masih banyak yang perlu disempurnakan. Soal keluarga, sahabat, pembelajaran, kemudian kerjaya dan sebagainya. Namun aku cuba berpegang pada kata-kata dalam sebuah bahan bacaan yang pernah kuselak isinya, bahawa perasaan bersedia akan datang apabila kita sendiri menjengah masuk ke alamnya. Sekarang bukan masa untuk berfikir di luar kemampuan!

Wednesday, August 18, 2010

Pencarian Sepanjang Ramadhan 1

Pencarian Ramadhan...
"Jika lisan sudah melafazkan rasa Cinta hanya pada Dia, mengapa masih ada yang lain di Hati?"
Ya Allah, semoga aku dan para sahabat beroleh Cinta dan RedhaMu dalam pencarian di sepanjang Jalan Mujahadah ini.






Pencarian Ramadhan...
"Kebahagiaan sbnar adlh apbila kita sentiasa memberi".
Akan tetapi, agak sukar bg kita utk menghulur sumbangan berupa kebendaan. Oleh itu, cuba kita mnjadi shbt pendengar yg setia. Krn dgn hanya mndengar luahan shbt..bererti kita telah 'memberi'. fikir-fikirkan...

Pencarian Ramadhan...
Dlm munajat seharian, kita sering sebutkan.
"Tiada yg lain d Hatiku kecuali Allah". Dgn erti, kita tlah 'mnghadirkn' ALLAH ke dlm Hati kita dgn pnuh rasa Tauhid. Lalu kita brtanya, "Di manakah 'letaknya' DIA di Hatiku?"
Namun, kita terlupa utk bertanya 1 soalan yg lebih utama... "Dimanakah letaknya Hatiku?"

Pencarian Ramadhan...
Kita mungkin x mmpu utk mnjadi Imam Muda, tp skurang2nya jadilah ma'mum muda yg setia, yg wujudnya senantiasa mmenuhkan ruangan saf2 solat. Tanpa ma'mum, apa gunanya Imam!
Walaupn kita x mmpu utk m'gapai bintang d langit malam, jdlah pnghuni Bumi setia yg senantiasa mnikmati kerdip kilau sang bintan...

Pencarian Ramadhan...
Jika hari ini kita menang, bkn bererti p'jalanan sudah terhenti.
Tetapi, ia mrupakan satu p'mulaan langkahan bg mmulakan prjalanan hidup yg sbnar!
Jika hari ini kita kalah, jgn sesekali anggap ia sbg tekanan.
Akan tetapi, anggaplah ia sbg suatu tolakan utk kita lbih cekal menempuh duri ranjau realiti kehidupan!
Wahai diri, dengarlah bicara hatimu ini...

Pencarian Ramadhan...
Dakapan dingin syahdu Ramadhan makin hangat terasa. Dia terus melangkah pergi, tapi aku baru sahaja menyusun langkah. Fasa pertama Ramadhan kian melabuhkan tirai...
Shbtku dan aku, rebutlah 'hari raya ibadah' ini sblum dtgnya 'hari raya aidilfitri'.
Wahai pemilik hati...renungkan, fikirkan dan rasakan cintaNya!

Pencarian Ramadhan...
Bezakan golongan TAHU agama, MAHU b'agama dan MAMPU dlm b'agama.
'Yang mmiliki agama' itu lbih luas drp skadar smpadan TAHU Agama. Ia adalah soal MAHU yg mnjadikan pengetahuan Agama itu dihayati, dan MAMPU dlm erti kata dia sntiasa brmujahadah utk m'perbaiki diri.
~Abu Saif (Ustaz Hasrizal)


~perisai mahkota

Tuesday, August 17, 2010

Bacaan : Denyut Kasih Medik

Salamullahi'alaikum...

     Alhamdulillah. Tepat jam 11.15pagi tadi, sempat juga saya menghabiskan sebuah novel yang diberi judul Denyut Kasih Medik. Novel luar biasa ini sudah pasti dikarang oleh insan yang punya jiwa luar biasa. Terima kasih buat penulis, Dr. Farhan Hadi atau boleh saja saya letakkan namanya sebagai Ustaz Farhan Hadi. 'Allah telah menggerakkan hatimu dalam menghasilkan sebuah mutiara tinta yang paling berharga buat kami'.

     Perubatan adalah jalan perjuangan dakwah bagi saya dan para sahabat. Namun, agak jauh untuk kami menggapai gelaran doktor. Sejak berkurun, profesion kami dikenal sebagai 'dresser' atau MA (medical assistant). Tapi kini telah diubah nama bagi menyerlahkan bidang tugas kami yang sebenar. Maka kami dikenal sebagai AMO (assistant of medical officer). InsyaAllah...akan datang. Buat masa sekarang kami cuma pelatih atau lebih biasa lagi disebut hanya pelajar.

Ulasan Novel

     Saya teruja saat membaca novel ini. Bukan hanya pada awal penceritaan atau pertengahan, tetapi setiapa helainannya. Bermula dari kulit depan sehinggalah pada penutupnya. Gaya penceritaannya cukup bersahaja diselang dengan bunga-bunga sastera yang langsung tidak saya terfikir ia wujud pada seorang insan yang berjiwa sains. Kekadang terfikir, adakah benar penulis ini seorang doktor atau sebenarnya seorang sasterawan sebaris dengan A.Samad Said atau novelis terkemuka seperti Ramlee Awang Mursyid. Indah sekali kata-katanya, dalam sekali sulaman maknanya...

     Dilema seorang doktor yang baru ingin menjejakkan kaki ke dunia perubatan sebenar, menjadi point utama dalam novel ini. Watak utama dalam kisah ini, Dr. Muslih telah melalui bermacam-macam dugaan dalam merealisasikan sebuah impian. Bukan mudah menghadapi segala bentuk dugaan. Stress adalah perkara biasa yang perlu dirasakan. Maki hamun, sumpah seranah menjadi modal biasa dalam setiap latihan termasuklah dunia perubatan ini. Namun semuanya dapat dikawal dengan baik oleh Dr. Muslih. Di sinilah letaknya sifat sabar seorang da'i.

     Zikir tidak putus-putus dialunkan dalam hati hatta linangan air mata pun turut sama ingin mengambil tempat. Inilah cebisan perasaan yang dapat saya kongsikan apabila sampai pada part-part yang mampu menggetarkan jiwa. Ketenangan dirasakan. Sesekali, dosa silam kembali membungkam melilit segenap bahagian tubuh. 'Ya Allah, ampunkan aku'. Maka, sejurus kemudian, kebahagian pula yang datang bertamu dalam hati kecil ini.

     Sepanjang pengisian novel, penulis telah banyak menghuraikan beberapa permasalahan perubatan berdasarkan sudut pandang ilmu fiqh ibadah. Maka dirangkum kemas menjadi satu ilmu khusus, Fiqh Perubatan. Buku ini juga seakan-akan 'mini kitab' fiqh perubatan yang senang di bawa ke mana-mana. Jika kalian punya masa dan berminat untuk mencungkil bersama mutiara berharga darinya, saya fikir sudah tiba masanya untuk kalian memiliki novel ini.

     Cinta insan, disebut jua kunci sebuah syurga dunia. Perasaan ingin mencinta dan dicintai memang sudah difitrahkan ke dalam setiap hati-hati manusia. Rasa ingin memiliki dan dimiliki. Namun, bagaimana caranya? Dalam Islam telah digariskan berkenaan tertib dan tatasusila pemilihan seseorang yang bakal menjadi teman hidup. Perkenalan, pertunangan sehinggalah kepada penyempurnaan lafaz Aqad. Segalanya telah sempurna digarapkan dalam simpulan ilmu fiqh munakahat. Maka, sekali lagi novel luar biasa ini telah menjelaskan garis panduan yang sebenar dalam mendirikan sebuah Bait Muslim. Subhanallah, indahnya cinta dunia jika dihiasi damai kewangian kasihNya.

     Sekarang, pilihan terletak di tangan kalian. Sekali lagi saya tidak memaksa, cuma besarlah hati saya jika kalian mampu mengambil pedoman dan panduan dari novel ini. Pastinya, kalian takkan rugi. Selamat membaca. Jangan lupa, selami lautan ilmu yang kalian perolehi nanti dengan fikir dan zikir. Jangan berhenti, tapi teruskan walau dalam keadaan merangkak!

 Bait Muslim yang diimpikan. Foto penulis, Dr. Farhan Hadi, zaujah dan anak.
     'Teringin juga untuk membaca sebuah novel psikiatri atau psikologi yang dibahas dari sudut pandang Islam. Moga-moga di sana akan lahir seorang doktor psikiatri atau pakar psikologi yang melakar tinta emas berkenaan dengannya. Saya kira sudah ada, tapi hati kecil ini inginkan yang lebih mendalam dan banyak teori-teori oleh pakar psikologi Islam yang baharu. InsyaAllah...'
     

~perisai mahkota

Sunday, August 15, 2010

Impian dan Harapan Menuju Kedewasaan

Salamullahi'alaikum...

     Alhamdulillah. Pagi ini seperti pagi-pagi indah yang lain. Dihiasi dengan warna-warni dan haruman kesucian Ramadhan. Fikiran bagaikan diterbang edaran arus masa. Bukan undur, tetapi ke depan. Ke hari-hari mendatang yang belum tentu jelas dalam kehidupan. Realiti yang belum pasti. Namun ianya seakan-akan kian hadir saat diri berusaha menjadi diri sendiri.
     Diri mengerti, kelak hidupku yang abadi adalah di alam yang lain. Alam dunia akan ditinggalkan jauh di belakang. Lambaian tanganku akan dihadapkan pada dunia saat jenazahku diusung ke perkuburan. Maka kaki akan melangkah ke alam lain, yakni alam Barzakh. Kemudian dihimpunkan ke mahsyar, setersunya alam Akhirat. Inilah destinasiku, inilah tempat aku akan bertemu dengan sebenar-benar diriku dan Dia Penciptaku.

     Segalanya diserahkan pada takdir. Untuk menjadi diri sendiri, memerlukan kenal dan cinta. Apabila kenal, barulah timbul rasa cinta. Apabila cinta, wujud rasa ingin menjadi apa yang diimpikan. Aku perlu mengenal siapa diriku, maka aku akan mencintai seluruh jasad dan jiwaku. Dengan itu, barulah aku mampu untuk menjadi aku yang sebenar. Mampukah aku?

     'Siapa yang kenal dirinya, maka dia akan kenal Allah. Siapa yang kenal Allah, maka hancur luluhlah segalanya...'

     Inilah harapku dalam tangisan. Semoga aku segera mengenali siapa diriku. Bukan kerana ingin pujian, bukan ingin kesaktian. Tapi aku ingin kenal dengan Penciptaku. Ingin kugapai suci CintaNya. Masakan aku mengenal Pencipta dan Penciptaku, sedang diri masih dilumur dosa dan noda silam. Ah, aku bertanya lagi...mampukah aku?

Impian Duniawi

     'Akhiratmu adalah tujuan, duniamu hanyalah keperluan'. Ambillah akhirat dan jangan sesekali tinggalkan dunia. Untuk mencapai kebahagiaan hidup di sana, aku mesti menjadi pemenang bagi diriku sendiri di sini. Pemenang dalam segenap sudut kehidupan. Di sinilah perlunya malahan penting untuk aku mengenali sejujurnya, siapa aku. Bermula dari dalam diri (fardhu muslim), keluarga (bait muslim), masyarakat (mujtama' muslim) dan sesebuah negara (daulah islamiyyah).


Hemodialisis Ketika Puasa

Salamullahi'alaikum...

    Sama-samalah kita ambil manfaat dari perbincangan ini. Khususnya, buat pengamal perubatan dan sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang dalam arena perubatan. Semoga kalian mampu menjadi penolong pegawai perubatan yang cara fikir menjurus kepada Islam. Kalian adalah sahabatku, Sahabat Perubatan Islam.
   Soalan : Apa hukum mencuci darah (hemodialisis) bagi penderita sakit ginjal yang sedang berpuasa. Adakah dia harus qadha atau tidak?
Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;
     Dia wajib mengqadha kerana adanya tambahan darah bersih, dan jika ditambahkan zat lain, maka itu juga sebab pembatalan puasa.
[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, pertanyaan no. 2]
     Komen Webmaster : Hemodialisis tidak membatalkan puasa selagi darah yang dicuci itu adalah darah sendiri (darah keluar masuk adalah darah yang sama dari pesakit). Namun jika berlaku pertambahan darah baru dari sumber lain dan dimasukkan zat tambahan, maka puasanya terbatal. WaLLAHu a’lam.
Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/
Soalan lainnya...

salam..kalau cuci buah pinggang yg CAPD tu mcm mane ye?
Abul Harith : Wassalam Sdr. Nurul, Syukran atas soalan.
     Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) hakikatnya sama sahaja dengan proses dialisis biasa, cuma diletakkan alat PD Catheter di dalam abdomen secara kekal.


     Alat yang diletakkan ini sememangnya tidak membatalkan puasa. Namun proses dialisis itu membatalkan puasa kerana larutan dialisis yang dimasukkan mempunyai gula (dextrose) dan juga garam (potassium, sodium, magnesium, calcium) untuk menyeimbangkan elektrolit badan. Ini juga adalah Fatwa Lajnah Daimah (10/190)

     Maka puasa yang terbatal itu boleh diganti pada waktu lain. Jika tidak mampu kerana perlu dialisis setiap hari, maka bolehlah membayar fidyah.
“Maka barangsiapa di antara kamu yang sakit atau dalam perjalanan, gantilah (puasa itu) pada hari lain. Bagi mereka yang keberatan melaksanakannya, berilah fidyah makanan kepada orang miskin” (al-Baqarah: 184)

Saturday, August 14, 2010

Kisah : Lembing Awang Pulang ke Dayang

Salamullahi'alaikum...


     Kalau tak silap, dua minggu sudah. Saya berpeluang menonton cerita lagenda melayu 'Lembing Awang Pulang ke Dayang'. Ceritanya menarik. Ia adalah adaptasi dari sebuah novel, dan juga suatu sedutan kisah dari kisah benar yang berlaku di Selatan Tanah Melayu suatu ketika dulu.

     Saya mulanya bertanya, apa sangatlah keistimewaan dari cerita klasik ini? Maka dengan itu, saya menghadapkan seluruh penumpuan pada cerita tersebut. Gaya penceritaannya juga cukup menarik. Dengan grafik dan kesan khas yang lebih terkedepan. Akan tetapi, ceritanya agak berbeza-beza mengikut perawinya. 

     Mengikut cerita asal dari orang tempatan, ianya berbeza dari apa yang telah dipertontonkan pada khalayak. Setelah digarap ke dalam bentuk penulisan, juga ke medan pementasan, sampailah kepada pengadaptasian menjadi sebuah filem. Perbezaan demi perbezaan wujud. Namun jalan ceritanya seakan-akan sama dan tidak melunturkan motif sebenar ceritanya.

     Kesimpulan yang dapat saya buat, saya amat tertarik dengan kata-kata Awang sewaktu menceritakan kisah cintanya kepada cucu-cucunya. Dayang turut berada di sisi mendengarkan celoteh 'kekandanya'. Yang dapat saya simpulkan, inilah akibatnya jika adat mendahului agama. Dalam cinta, agama perlu diletakkan pada makam tertinggi, barulah disusuri dengan adat. Tiada gunanya menggadai agama, semata-mata ingin mengangkat adat.

    Justeru, saya tidak memaksa kalian untuk menonton ceritanya. Siapa yang nak tengok, boleh cari. Siapa yang tak nak, terpulanglah. Kisah-kisah ini diambil sebagai teladan. Bukan hiburan yang dicari. Tetapi kisah-kisah tersebut mampu melengkapkan lagi erti kehidupan bagi kita. 

     'Tepuk dada, tanyalah Imanmu!

~ perisai mahkota


Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan : Bulan Pencarian Cinta dan RedhaNya.

Salamullahi'alaikum...

Salam Ramadhan Kareem buat semua sahabat yang mengenali. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dan sempurna berbanding yang sebelumnya. Bulan inilah yang merupakan medan terbaik untuk kita sama-sama mencari  Cinta dan Redha Allah. Keperitan itu adalah juadah dalam perjuangan. Sebelum datang kemanisan yang berpanjangan, telanlah dulu kepahitan yang sementara ini.

Semoga kita dipertemukanNya dalam keadaan siap sedia sebagai seorang mukmin yang Soleh mahupun Solehah...insyaAllah.


~perisai mahkota

Sunday, August 8, 2010

Ketika Cinta Berusrah

Salamullahi'alaikum...

     Semangat untuk kembali berusrah kian membara. Pernah seketika, ia bagaikan kapal yang ditempuh badai. Bergolak rancak dari pelbagai arah. Angin lintang ligat memukul tiang layar. Kami tersekat di tengah pelayaran. Nakhoda masih bersemangat, anak kapal masih kuat. Akan tetapi disebabkan punca luaran yang bertimpa-timpa, menjadikan kami lemah semangat.
     Benar jua kata seorang anak usrah. Mungkin ujian ini didatangkan khas dari Allah disebabkan kealpaan kami pada kehendak usrah. Solat jemaah terabai, Ma'thurat terlerai, qiamullail tersadai. Kami tahu akan tuntutan tersebut, tapi kami berat untuk melakukannya. Kata hati ingin saja segera melakukannya, namun segalanya lenyap semacam ada sahaja yang menghalang.

     Setelah pertemuan dengan Naqib usrah minggu sudah, kami mengambil kata sepakat untuk kembali meletakkan diri pada jalan dakwah yang serba macam dugaan ini. Dakwah dan Tarbiyyah menjadi matlamat perjuangan kami. Mendengar cerita-cerita dari abang Naqib yang baru saja pulang dari 'lawatan ukhuwah' ke bumi Yaman juga menjadi api pembakar semangat juang kami.

     Mengikut ceritanya, di sana terhimpun jemaah-jemaah yang tidak pernah lelah dari menegakkan Aqidah dan Syariat Islam. Bumi Tahrim adalah bumi berkat. Rantaian perjuangan para ulamak takkan terputus di sana. Kerana ia adalah bumi suci yang pernah di doakan oleh Sayyidina Abu Bakar As Siddiq suatu ketika dulu. Di Yaman terhimpunnya para Habaib, ulamak ahlulbait yang bersanad terus kepada Rasulullah saw. Juga terdapat pejuang-pejuang gerakana Islam yang bersifat Haraki.

     Indah sekali apabila mereka disatukan. Golongan Sufi yang lebih cenderung kepada pengajian agama, dakwah dan sebagainya. Manakala golongan Haraki lebih terkedepan dalam perkara-perkara siyasah (politik). Apabila digabungkan, wujudlah satu gerakan yang dikenal sebagai Sufi Haraki. Roh gerakan inilah yang perlu diserapkan kepada anak-anak usrah di tanah air ini. Mudah-mudahan usaha ini tercapai kelak.

     Apa tunggu lagi? Jom berusrah bersama! Kita semarakkan roh mujahadah dalam diri kita. Tinggalkan sebentar keseronokan permaianan dunia. Sekarang adalah masa untuk kita bangkit bersama atas usaha menegakkan kesucian 1Ummah yang bernama Islam. Semoga hari-hari akan datang, lahirlah mujahid dan mujahidah yang mampu menggegarkan bumi Malaysia. Allahuakbar!

     Ikhwan Sahabat Perubatan Islam, jangan lupa temujanji kita di sana! Semoga kita dipertemukan atas nama Iman dan Islam. Bittaufiq wanNajah. InsyaAllah...

"saudara-saudara sekelian, kamu bukan pertubuhan kebajikan, bukan pertubuhan parti politik, bukan pertubuhan yang diasaskan dengan tujuan yang terbatas, tapi kamu adalah satu roh baru yang mengalir dalam urat nadi umat ini, lantas kamu menghidupkannya dengan Al-Quran. Kamu adalah satu cahaya baru yang memancar, yang akan menghancurkan kegelapan fahaman kebendaan dengan mengenal Allah. Kamu adalah suara-suara lantang yang melaungkan kembali dakwah Rasulullah S.A.W." Imam Syahid Al-Banna


~perisai mahkota

Friday, August 6, 2010

Bacaan : Nota Hati seorang Lelaki

 Salamullahi'alaikum...

Hati seorang lelaki...
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki...
jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!

   Alhamdulillah... Sekali lagi, buku karya Ustaz Pahrol telah selamat kukhatamkan. Namun hanya sekadar khatam pada bacaan, sedikit pada rasa, belum tentu lagi pada amalan. Akan kuusahakan seluruh kudrat yang ada, untuk mencorakkan lagi panorama indah sepanjang perjalanan di atas jalan kehidupan seperti yang dikhabarkan dalam naskhah ini.


   Seperti karya lainnya, buku ini jua tampak 'biasa' tapi olahan makna pada susun atur katanya mampu mengangkat ia menjadi sebuah naskhah yang 'luar biasa'. Sudah pasti, sang penari penanya juga punya ilmu, iman dan amal yang luar biasa. Jika tidak, agar payah untuk merasakan kedamaian dan ketenangan saat membelek lembaran halus tulisannya.

   Terkadang, timbul cemburu di hati. Ingin sekali aku ditempatkan sebaris dengan ustaz, juga motivator dakwah yang lain. Tetapi, aku sedar akan kekurangan diriku. Belum sampai masanya untuk aku ke tahap itu. Kelemahanku masih bertimbun. Masakan Allah membiarkan aku menyampaikan apa yang belum kusematkan pada diriku sendiri.

   Aku semakin merasakan kekuatan dalam meniti usia dewasa ini, bagi memenuhi ruang waktu dalam perjalanan mujahadah yang ternyata panjang. Aku sedar, ilmuku masih tidak seberapa, amalku juga tak kemana. Aku malu pada Allah, aku malu pada Rasulullah dan aku malu pada diriku sendiri.

   Umumnya tahu, bahawa setiap dari kita adalah pemimpin. Ini bererti, kitalah pemegang amanah dari Yang Maha Agung. Sekurang-kurangnya menjadi pemimpin bagi diri sendiri. Lebih-lebih lagi, bagi yang bernama Lelaki. "Ar Rijal (lelaki) lebih tinggi martabatnya dari An Nisa' (wanita)". Maka, terpikullah berguni-guni amanah yang terpaksa digalas oleh si lelaki. Bukan bermaksud Allah itu zalim pada hambaNya, tetapi tugasan-tugasan ini telah diagihkan selaras dengan daya kemampuan jenis makhluknya.

   Bagi sahabat pembaca yang bernama lelaki, saya cadangkan kalian cuba miliki buku ini dengan segera. Sedikit sebanyak, ia mampu menyegarkan ruang fikir dan zikir kita untuk berusaha menjadi yang terbaik. Sama ada pada diri sendiri, keluarga, sahabat juga masyarakat. Sebagai gambarannya, di dalam naskhah ini terhimpun gugusan kisah-kisah tarbiyyah seorang Anak, Suami, Ayah dan Da'i.

   Jangan lepaskan peluang ini! Mungkin dengan selesai membacanya, kalian akan kembali merasakan pancaran sinar Iman yang telah lama malap. Justeru, tulang empat kerat akan dikerah sepenuh tenaga untuk berusaha menjadikan diri kita sebagai anak yang Soleh, Suami mithali, Ayah yang berjasa dan seterusnya Da'i yang beriman dan bertaqwa.

   Sahabat sekalian...Inilah masanya untuk kita berubah!


~perisai mahkota

Isu Palestin : Di mana kita?

Salamullahi'alaikum...

   Sahabat sekalian yang seAqidah denganku, rupa-rupanya ada perkara penting yang kita terlupa. Kita sedar, tapi kita sedar tak sedar tentang masalah ini. Kita tahu, Tapi kadang-kadang sengaja tak mahu ambil tahu. Kita celik, tapi sekadar dua tiga saat kemudian kembali membutakan mata. Ditutup serapat-rapatnya. Walaupun ada yang membisikkan di telinga kita, untuk mengingatkan kita. Tapi dengan tidak rasa apa-apa kita menjawab, "ini bukan masalah aku!"

   Entri kali ini, saya ingin mengajak sahabat sekalian menjengah sebentar ke luar jendela. Memerhatikan keadaan dunia di luar sana, yang semakin hari semakin bermacam ragamnya. Benarlah, realitinya kita sekarang berada ni noktah-noktah terakhir umur Dunia. Apa pun yang kita lihat di luar sana, kembalikan resapannya ke dalam hati supaya ia lebih terkesan. Jangan hanya ambil tahu, tapi cuba rasakan!

   Percikan darah anak-anak Gaza di Palestin tidak pernah terhenti. Hari-hari indah bagi kita di bumi Malaysia, adalah neraka kesengsaraan bagi umat Islam di sana. Ratapan si kecil menangisi pemergian si ayah. Esakan tangis si ibu, membayangkan nasib si anak membesar tanpa bapanya. Dua mempelai yang baru disandingkan tidak sempat bermadu kasih. Kujur badan dibasahi darah-darah suci bercampur keringat. Ia takkan terhenti dan akan terus mengalir. Ini realiti, bukan fantasi!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails