Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, April 26, 2014

Hudud: Halangan Utama

Tulisan ni cuma pendapat peribadi saya berkenaan dengan isu Hudud. Bagi saya ada 2 versi halangan pelaksanaan Hudud di Malaysia.



1. Pas sendiri sebenarnya masih ragu-ragu utk melaksanakannya berikutan sahabat seperjuangan dalam PR masih menolak dan berdolak dalik. Jika Pas berkeras, kemungkinan sekali lagi persepakatan akan 'mati.'Selain itu, draf pelaksanaannya juga masih kabur. Cuma yang ada hanya jenama 'Enakmen Hudud dan Qisas'.

2. Rata-rata di pihak kerajaan masih menolak termasuk PM dan TPM sendiri dgn berbagai alasan selain beberapa kerat lagi menteri tertinggi yang beragama Islam. Pelaksanaan hudud disukarkan dengan bermacam-macam alasan. Tak semudah meluluskan parti liar, pusat judi dan kilang arak. Parti komponennya tak perlu cerita la, siap nak saman lagi!

Kesimpulan yang dapat saya buat, saya merasakan ada perkara yang terlebih penting dari pelaksanaan Hudud secara asasnya. Mana mungkin nak bina rumah kalau tukang rumah kalau sama-sama tukang tiap hari berselisih faham.

Rasulullah tak melaksanakan syariat-syariat yang berat sebelum menyatukan antara muhajirin dan ansar (mndamaikan 'auz dan khazraj). Di Makkah sebelum hijrah, Rasulullah menguatkan aqidah sebelum melaksanakan syariah di Madinah. Diantara aqidah dan syariah, adanya penyatuan. Tu isu terpenting yg saya rasa.

wallahua'lam.. skadar pendapat.


~perisaimahkota

Wednesday, April 9, 2014

Review Blog DramaRaja

Posting kali ni hanya nak review satu blog yang sangat-sangat mengujakan aku. Blog Drama Raja.

Blog ni dikendalikan oleh Brado Kapak (nama fesbuk). Mamat ni gelarkan dirinya 'Penganalisa Berita Semasa. Freelance Internet Marketer'.  Nama sebenarnya sampai sekarang aku tak tahu. Nama Brado Kapak memang femes la sejak akhir-akhir ni. Tak kurang jugak ramai yang mengkritik.

Nak dijadikan cerita, aku ikut blog mamat ni lepas peristiwa Misteri MH370. Waktu tu tengah hangat berspekulasi. Macam-macam spekulasi yang timbul. Tapi, mamat ni ulas isu ni lain dari yang lain.

Kalau nak diikutkan, faktanya kadang-kadang tu taklah tepat sangat, tapi aku suka apa yang dia dedahkan. Mungkin terbuai dengan gaya penulisan dia kot.

Cuma yang paling memeranjatkan apabila seminggu sebelum DS Najib umumkan berakhirnya MH370 di Lautan Hindi, brado kapak dah bagi klu yang pengumuman tu sebenarnya akan berlaku. 24 Mac 2014. Ternyata tepat!

Mula dari situ la aku duk tunggu-tunggu entri di blog Drama Raja dan update status terbaru di wall Brado Kapak.

Walau macamana sekalipun, aku cuma letakkan 50% jer kepercayaan kat info-info yang dia ketengahkan. Sebabnya, aku memang susah nak percaya dengan benda-benda baru. Satu lagi, aku taknak terikut-terikut sangat dengan spekulasi. Cukup ambil sebagai pembacaan.

Tu saja.. Kalau korang minat jugak nak baca dan fikir benda-benda di luar kotak ni, boleh la jenguk-jenguk blog tersebut.

Pesanan terakhirku, aku tak tanggung kalau korang susah nak tidur malam lepas baca blog DRAMA RAJA! hihihi...   Wallahua'lam.


~perisaimahkota

Monday, April 7, 2014

Selawat Reformasi!

Assalamualaikum wbt...
Selawat dan Salam ke atas Sayyidina Rasulillah sollall0hu alaihi wa aalihi wa ashabihi wasallam.

Mohon ampun dan maaf seandainya penulisan ini sukar diterima.. Sesungguhnya ini hanyalah pendapat saya yang kerdil dan hina.


Saya letih melihat pertembungan antara geng sufi dan geng haraki. Saya sedih kalau inilah akhlak umat Islam khususnya Malaysia dalam mendepani perbezaan. Dan, paling saya takut kalau kalau isu ini terus-terusan menjadi bola tanggung kepada pihak musuh.

Kenapa perlu berselisih dalam mengerjakan yang makruf? Bukankah pintu kebaikan itu luas dan perlu diluaskan? Jangan sempitkan keterbukaan ini dengan ego yang menebal dalam diri dan kelompok masing-masing.

Sunday, April 6, 2014

The Hunger Games.. Terbaikkk!

Kediktatoran hanya akan goyah pada satu perkataan... iaitu 'KEBANGKITAN'..

Itulah yang dapat disimpulkan mengenai sebuah filem yang aku tonton semalam. The Hunger Games dan sambungannya The Hunger Games : Catching Fire. Dua movie sekali khatam.

The Hunger Games ditayangkan pada 2012 kemudian sambungannya pada tahun lepas, 2013. Tapi macamana aku boleh tak tahu kewujudan filem ni. Ye lah...mungkin sebab aku bukan kaki wayang. Dan tak suka tengok movie sangat..hihi. 

Bagi siapa-siapa yang cintakan kedamaian, memang wajib tonton filem ni. Filem ni sebenarnya fiksyen jer, tapi disebabkan nilai besar yang ada dalam filem ni membuatkan ia berharga.

Kisah tentang 'negara' masa depan yang telah didirikan di atas sebuah tapak peperangan. Kejam. Diktator. Tiada perikemanusiaan. Namun, disebaliknya ada kisah sebuah keluarga yang hidup dalam penghambaan namun teramat cintakan kedamaian.

Sehinggalah si kakak (Katniss) telah terpilih bagi menyertai sebuah permainan santapan para pembesar negara. The Hunger Games. Siapa yang hebat akan menang, manakala mati adalah hadiah mutlak buat yang kalah.

Terima Kasih... Dr Leong

Terima kasih Dr. Leong Yoke Teng..

Selama ni saya harap doktor dapat la bertahan lama kat KK Sungkai. Tak sangka sekejap sangat. Kira-kira lebih kurang 10 bulan saja. Saya ingatkan saya yang berpindah keluar dulu dari doktor, rupanya takdir menginginkan sebaliknya.. dan keinginan itu diizinkan Tuhan.


Kenal kita tak lama. Tapi gelak tawa kita satu 'team' (JPL KK Sungkai) dah macam 10 tahun bersama. Rasa macam cepat sangat-sangat masa berlalu. Suka duka, pahit manis kita sepasukan dah rupa adik beradik.

Kadang ada tempat-tempat kita terasa hati. Tapi siapa la kita.. Kita cuma manusia yang sentiasa buat silap. Kita tak sempurna. Tapi ketidak sempurnaan itu kita sama-sama tampung. Saya pun akui banyak arahan Dr yang saya masih tak berjaya selesaikan.. Harap dimaafkan.

Saturday, April 5, 2014

Kad Jemputan Kenduri Kahwin

Satu perkara wajib dalam melengkapkan proses mendirikan masjid adalah pemberitahuan. Sepertimana ungkapan yang sering kita dengar, 'rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan'..

Maka, kaedah pemberitahuan yang sudah pasti tak dan takkan dimakan usia adalah menghulur kad jemputan. Setua bangka mana pun dunia ini, kad jemputan tetap muda pada usianya.


Walaupun kewujudan fesbuk sedikit sebanyak telah menyebabkan kad jemputan susah nak cari makan, tapi indeks tempahan kad jemputan bagi bakal-bakal pengantin tetap kekal pada posisinya yang tersendiri. (hentam saja lah labu...) haha.

Tapi kan kalau difikir-fikir logik akalnya memang macam tu lah..

Kad jemputan masih boleh dikategorikan sebagai 'wajib' ada dalam adat pernikahan orang melayu. Bukan melayu pun rasanya sama jugak. Kalau tak ada, ibarat makan nasi tak ada budu. Perumpaan ni ikut selera penulis. Siapa-siapa boleh menjiwai, dia akan faham.. heh..

Raikan Cinta Syafirah & Iklil

Assalamualaikum wbt...

Dgn penuh kesyukuran dan takzim ke hadrat Allah SWT kami mempersilakan Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik..dan keluarga.

bagi menyempurnakan tambatan janji, izin berwali, ijab bersaksi..

Iklil Hafriz & Syafirah.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails