Jalan Kehidupan

Saturday, December 25, 2010

Menggapai Tingkat Keikhlasan

Sehingga kini,
aku belum merasakan keikhlasan
dalam tariqah mencari Tuhan


Mana mungkin aku berbicara soal ikhlas
sedang hati masih tercari-cari
kerahsian rahsia hati

Aku yakin!
Aku masih belum ikhlas
Dalam Iman, pada Islam, dari Ihsan

Pernahkah ikhlas?
Adakah ikhlas?
Masihkah ikhlas?
dan
Akankah ikhlas?

Ya Allah...
Riyai' dalam diri ini masih menebal
Sum'ah makin menjadi-jadi
Ujub dan takabbur pula mengiringi

Ampunkan diriku Ya Allah...
Hadirkanlah ikhlas dalam diriku
Amin ya Rabbal 'alamiin



~perisaimahkota
Perjalanan Hati
23:09, 25 Disember 2010

No comments:

Post a Comment

emm.. mekaseh sebab sudi baca. Kalau tak dapat nak ambik semua, jangan la tinggal semua yer.. kongsi2.. baru saham sama2 naik.. ^_^ hihi.