Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Wednesday, October 29, 2014

ETA, TB, BKB dan Seangkatan.

Salam semua...

Bagi yang pernah dan masih menyelam dalam dunia emas di Malaysia, pasti sinonim dengan nama-nama program ETA, tempahan barang kemas berdiskaun, tempahan goldbar berdiskaun, KJO2, KJO3, Pisang Manis, Pilot Terlampau dan bla bla..

Selain tu banyak jugak pengelola yang memperkenalkan program yang kekadang tak masuk akal difikirkan bagi yang tak biasa dengan dunia emas. Kita biasa dengar syarikat emas anak melayu terbesar iaitu DEPB di bawah seliaan Tok Belagak. Selain tu Kazanah Bangsa, KiraJadi Gold, Firh Fitri Gold, Souq Emas dan banyak lagi lah..

Umumnya adalah anak Melayu Islam. Siapa kata Melayu Islam tak boleh kuasai dunia emas? Kita bukan pemula, tapi kita adalah pembangkit semula kegemilangan Melayu Islam.

Baiklah.. Saya cipta post berkenaan program-program ni sekadar nak bagi tips untuk yang baru-baru nak join dalam dunia emas seperti ni. Sikit-sikit jer la yer.. Sebab saya sendiri pun masih baru nak belajar.


Bila kita dihidangkan dengan program-program yang menawarkan pulangan yang tinggi dan cepat, kita kena ingat bahawa 'high risk, high return!'. Hanya yang berani sahaja yang dibenarkan untuk cuba. Kalau agak-agak duit tu nak pakai, tak perlulah turut serta. Nanti kalau tersontot, pedihnya tak tau la nak cakap.

Antara tips yang boleh saya bagi...

1. Belajar sikit sebanyak tentang asas emas. Pasaran harga semasa, kiraan gram dan Oz, beza ketulenan seperti 916, 999 dan lain-lain. Apa-apa hal pun asas mesti kukuh.

2. Kenali otai-otai yang dah memang benar-benar berpengalaman dalam program manipulasi emas. Tak perlu nak kenal dalam-dalam. Cukup follow saja apa yang mereka update di status FB atau Twitter.

3. Join group-group FB yang menjalankan bisnes jual beli emas dan manipulasi emas antara yang popular, Jom Emas. Sebab dari situ kita boleh dapat info-info tepat dan semasa tentang emas.

4. Jangan malu untuk 'pm' dan berbual dengan ejen-ejen. Ejen bertindak sebagai kaki dan tangan kepada pengelola yang mempunyai syarikat jual beli emas.

5. Rujuk pada yang pakar. Nak tahu pakar tu kena ambil masa.. Selam betul-betul. Cari yang mana kaca yang mana permata. Sebab di mana ada trusted seller, di situ la adanya scammer. Awas!

6. Sediakan modal yang sesuai dengan kemampuan. Takut-takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Ok tu saja lah.. tips kulit buku jer pun. heheh.. Nak yang isinya kenalah cari dan cuba sendiri. Tak cuba tak tahu. Semoga kita, anda dan mereka di luar sana berjaya di bawah redha Allah.

Wallahua'lam.


~perisaimahkota

Cuci Habuk

Assalamualaikum...

Lama bebenor dah rasanya tak update blog. Sampai dah bersawang.. fuh fuh! (tiup habuk)

Baik... Terus kepada point. Malam ni cuma nak promote simkad jer.. Tone Excel yang dikuasakan oleh Tune Talk. Ambil masa sikit jer untuk baca intro ni..

Ni hasil memukat. Baru 3 minggu join.. Alhamdulillah. Ok.. nak sambung memukat! - credit to Abah.


Alhamdulillah.. Baru pakai tapi kelainannya tu ada.

Topup dapat komisen. Dapat topup free lagi. Dapat point dan berpeluang untuk tebus tiket wayang, tiket penerbangan Air Asia, diskaun Tune Hotel dan bla bla.. banyak sangat nak cerita. hehe.. Kalau berterusan topup RM50 sebulan, kita berpeluang dapat PA Insurans bernilai RM100k.

Fuhhh.... Ada lagi..

Bagi yang ajak ahli keluarga atau kenalan join sekali pakai simkad ni, kita akan dapat komisen fast track bagi setiap tajaan. Lepas tu, selagi mana diorang topup, kita akan dapat komisen.

Kenapa saya teruja?

Sebab selama ni kita cuma labur kepada syarikat telco. Apa yang kita dapat? Ok... jawablah sendiri.

Kalau sahabat-sahabat nak cuba, boleh direct call ke nombor telefon saya 013 961 6119.
Opss... Nampak macam nombor syarikat tu, tapi sebenarnya dah ditukar ke line Tune Talk. Ya, kita boleh kekalkan nombor telefon lama. Jangan risau.

Dipendekkan cerita.. Moh la kiter! :)


~perisaimahkota

Sunday, September 21, 2014

SYAFRIZ Resources. InsyaAllah...

Salam...

Jika diberi kekuatan, akan daftar dgn ssm untuk membuka sebuah akaun perniagaan. Supaya perjalanan kewangan lebih selamat dan tersusun. InsyaAllah.



Nama yang digunapakai setakat ni, SYAFRIZ ent. Ini yang terbaik setakat ni.. Gabungan dua nama satu hati. :)

Mudah-mudahan dipermudahkan segala pelaksanaanya.. Amiin...


-perisaimahkota

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails