Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

Wednesday, October 29, 2014

ETA, TB, BKB dan Seangkatan.

Salam semua...

Bagi yang pernah dan masih menyelam dalam dunia emas di Malaysia, pasti sinonim dengan nama-nama program ETA, tempahan barang kemas berdiskaun, tempahan goldbar berdiskaun, KJO2, KJO3, Pisang Manis, Pilot Terlampau dan bla bla..

Selain tu banyak jugak pengelola yang memperkenalkan program yang kekadang tak masuk akal difikirkan bagi yang tak biasa dengan dunia emas. Kita biasa dengar syarikat emas anak melayu terbesar iaitu DEPB di bawah seliaan Tok Belagak. Selain tu Kazanah Bangsa, KiraJadi Gold, Firh Fitri Gold, Souq Emas dan banyak lagi lah..

Umumnya adalah anak Melayu Islam. Siapa kata Melayu Islam tak boleh kuasai dunia emas? Kita bukan pemula, tapi kita adalah pembangkit semula kegemilangan Melayu Islam.

Baiklah.. Saya cipta post berkenaan program-program ni sekadar nak bagi tips untuk yang baru-baru nak join dalam dunia emas seperti ni. Sikit-sikit jer la yer.. Sebab saya sendiri pun masih baru nak belajar.


Bila kita dihidangkan dengan program-program yang menawarkan pulangan yang tinggi dan cepat, kita kena ingat bahawa 'high risk, high return!'. Hanya yang berani sahaja yang dibenarkan untuk cuba. Kalau agak-agak duit tu nak pakai, tak perlulah turut serta. Nanti kalau tersontot, pedihnya tak tau la nak cakap.

Antara tips yang boleh saya bagi...

1. Belajar sikit sebanyak tentang asas emas. Pasaran harga semasa, kiraan gram dan Oz, beza ketulenan seperti 916, 999 dan lain-lain. Apa-apa hal pun asas mesti kukuh.

2. Kenali otai-otai yang dah memang benar-benar berpengalaman dalam program manipulasi emas. Tak perlu nak kenal dalam-dalam. Cukup follow saja apa yang mereka update di status FB atau Twitter.

3. Join group-group FB yang menjalankan bisnes jual beli emas dan manipulasi emas antara yang popular, Jom Emas. Sebab dari situ kita boleh dapat info-info tepat dan semasa tentang emas.

4. Jangan malu untuk 'pm' dan berbual dengan ejen-ejen. Ejen bertindak sebagai kaki dan tangan kepada pengelola yang mempunyai syarikat jual beli emas.

5. Rujuk pada yang pakar. Nak tahu pakar tu kena ambil masa.. Selam betul-betul. Cari yang mana kaca yang mana permata. Sebab di mana ada trusted seller, di situ la adanya scammer. Awas!

6. Sediakan modal yang sesuai dengan kemampuan. Takut-takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Ok tu saja lah.. tips kulit buku jer pun. heheh.. Nak yang isinya kenalah cari dan cuba sendiri. Tak cuba tak tahu. Semoga kita, anda dan mereka di luar sana berjaya di bawah redha Allah.

Wallahua'lam.


~perisaimahkota

Saturday, April 26, 2014

Hudud: Halangan Utama

Tulisan ni cuma pendapat peribadi saya berkenaan dengan isu Hudud. Bagi saya ada 2 versi halangan pelaksanaan Hudud di Malaysia.



1. Pas sendiri sebenarnya masih ragu-ragu utk melaksanakannya berikutan sahabat seperjuangan dalam PR masih menolak dan berdolak dalik. Jika Pas berkeras, kemungkinan sekali lagi persepakatan akan 'mati.'Selain itu, draf pelaksanaannya juga masih kabur. Cuma yang ada hanya jenama 'Enakmen Hudud dan Qisas'.

2. Rata-rata di pihak kerajaan masih menolak termasuk PM dan TPM sendiri dgn berbagai alasan selain beberapa kerat lagi menteri tertinggi yang beragama Islam. Pelaksanaan hudud disukarkan dengan bermacam-macam alasan. Tak semudah meluluskan parti liar, pusat judi dan kilang arak. Parti komponennya tak perlu cerita la, siap nak saman lagi!

Kesimpulan yang dapat saya buat, saya merasakan ada perkara yang terlebih penting dari pelaksanaan Hudud secara asasnya. Mana mungkin nak bina rumah kalau tukang rumah kalau sama-sama tukang tiap hari berselisih faham.

Rasulullah tak melaksanakan syariat-syariat yang berat sebelum menyatukan antara muhajirin dan ansar (mndamaikan 'auz dan khazraj). Di Makkah sebelum hijrah, Rasulullah menguatkan aqidah sebelum melaksanakan syariah di Madinah. Diantara aqidah dan syariah, adanya penyatuan. Tu isu terpenting yg saya rasa.

wallahua'lam.. skadar pendapat.


~perisaimahkota

Wednesday, April 9, 2014

Review Blog DramaRaja

Posting kali ni hanya nak review satu blog yang sangat-sangat mengujakan aku. Blog Drama Raja.

Blog ni dikendalikan oleh Brado Kapak (nama fesbuk). Mamat ni gelarkan dirinya 'Penganalisa Berita Semasa. Freelance Internet Marketer'.  Nama sebenarnya sampai sekarang aku tak tahu. Nama Brado Kapak memang femes la sejak akhir-akhir ni. Tak kurang jugak ramai yang mengkritik.

Nak dijadikan cerita, aku ikut blog mamat ni lepas peristiwa Misteri MH370. Waktu tu tengah hangat berspekulasi. Macam-macam spekulasi yang timbul. Tapi, mamat ni ulas isu ni lain dari yang lain.

Kalau nak diikutkan, faktanya kadang-kadang tu taklah tepat sangat, tapi aku suka apa yang dia dedahkan. Mungkin terbuai dengan gaya penulisan dia kot.

Cuma yang paling memeranjatkan apabila seminggu sebelum DS Najib umumkan berakhirnya MH370 di Lautan Hindi, brado kapak dah bagi klu yang pengumuman tu sebenarnya akan berlaku. 24 Mac 2014. Ternyata tepat!

Mula dari situ la aku duk tunggu-tunggu entri di blog Drama Raja dan update status terbaru di wall Brado Kapak.

Walau macamana sekalipun, aku cuma letakkan 50% jer kepercayaan kat info-info yang dia ketengahkan. Sebabnya, aku memang susah nak percaya dengan benda-benda baru. Satu lagi, aku taknak terikut-terikut sangat dengan spekulasi. Cukup ambil sebagai pembacaan.

Tu saja.. Kalau korang minat jugak nak baca dan fikir benda-benda di luar kotak ni, boleh la jenguk-jenguk blog tersebut.

Pesanan terakhirku, aku tak tanggung kalau korang susah nak tidur malam lepas baca blog DRAMA RAJA! hihihi...   Wallahua'lam.


~perisaimahkota

Monday, April 7, 2014

Selawat Reformasi!

Assalamualaikum wbt...
Selawat dan Salam ke atas Sayyidina Rasulillah sollall0hu alaihi wa aalihi wa ashabihi wasallam.

Mohon ampun dan maaf seandainya penulisan ini sukar diterima.. Sesungguhnya ini hanyalah pendapat saya yang kerdil dan hina.


Saya letih melihat pertembungan antara geng sufi dan geng haraki. Saya sedih kalau inilah akhlak umat Islam khususnya Malaysia dalam mendepani perbezaan. Dan, paling saya takut kalau kalau isu ini terus-terusan menjadi bola tanggung kepada pihak musuh.

Kenapa perlu berselisih dalam mengerjakan yang makruf? Bukankah pintu kebaikan itu luas dan perlu diluaskan? Jangan sempitkan keterbukaan ini dengan ego yang menebal dalam diri dan kelompok masing-masing.

Sunday, April 6, 2014

The Hunger Games.. Terbaikkk!

Kediktatoran hanya akan goyah pada satu perkataan... iaitu 'KEBANGKITAN'..

Itulah yang dapat disimpulkan mengenai sebuah filem yang aku tonton semalam. The Hunger Games dan sambungannya The Hunger Games : Catching Fire. Dua movie sekali khatam.

The Hunger Games ditayangkan pada 2012 kemudian sambungannya pada tahun lepas, 2013. Tapi macamana aku boleh tak tahu kewujudan filem ni. Ye lah...mungkin sebab aku bukan kaki wayang. Dan tak suka tengok movie sangat..hihi. 

Bagi siapa-siapa yang cintakan kedamaian, memang wajib tonton filem ni. Filem ni sebenarnya fiksyen jer, tapi disebabkan nilai besar yang ada dalam filem ni membuatkan ia berharga.

Kisah tentang 'negara' masa depan yang telah didirikan di atas sebuah tapak peperangan. Kejam. Diktator. Tiada perikemanusiaan. Namun, disebaliknya ada kisah sebuah keluarga yang hidup dalam penghambaan namun teramat cintakan kedamaian.

Sehinggalah si kakak (Katniss) telah terpilih bagi menyertai sebuah permainan santapan para pembesar negara. The Hunger Games. Siapa yang hebat akan menang, manakala mati adalah hadiah mutlak buat yang kalah.

Saturday, June 30, 2012

Refleksi 3 Bulan

Alhamdulillah..
Sekarang dah genap 3 bulan di alam pekerjaan.

Setelah ditimbang campur tolak bahagi darab, profesion ni boleh dikira bez jugak la.. Kalau nak kata tak bez, terpaksalah bez-kan jugak..hi2.

Tentang kerja ek?
Emm..nak kata enjoy, ada la tempat boleh enjoy.. Nak kata stress, memang stress.

Biasa la kan.. takder kot kerja yang tak stress atas muka bumi ni. Cuma yang lebih stress-nya, sebab kerja ni 95% berdepan dengan manusia (yang dah tentunya memiliki berjuta-juta kerenah). Selebihnya lagi, baru la berdepan dengan mesin..

Jabatan Kecemasan dan Trauma

Untuk 6 bulan ni, kami hanya ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma jer. Belum ada lagi yang diletakkan ke jabatan lain.

Motifnya, nak bagi segarkan balik segala teori dan praktikal yang pernah dipelajari sewaktu zaman student dulu. So, sebelum ditempatkan di penempatan-penempatan lain (Klinik Kesihatan, Klinik 1Malaysia, PLKN, Klinik Kampus, Penjara dan lain-lain), jabatan ni la tempat nak refresh balik segala teori dan praktikal.. dan lagi, nak bagi lebih bersedia sebelum disah jawatan.

Siapa yang berminat boleh la join kitorang sama.. pilih Diploma Pembantu Perubatan di laman web

Wednesday, January 18, 2012

Masak Jerr...

Alhamdulillah.. syukur berkesempatan lagi nak naip-naip kat sini..

Kali ni nak citer pasal masak memasak.
Eh eh.. Yang pasti ni bukan rancangan Master Chef Malaysia ok.. Master Chef dah habis..hee~

Nape tengok pelik? Ingat orang lelaki tak pandai masak ker..? haa.. :P

Terbukti rancangan master chef tu majoriti finalisnya adalah lelaki.. Tapi nasib la..juaranya tak berpihak pada lelaki. Nak buat camner.. redha jer lah.

Idola Master Chef

Sebut pasal idola master chef ni, aku ada pilihan tersendiri yang mungkin lain dari orang lain. Kerana Master Chef yang bertakhta di hatiku adalah Nabi kita, Rasulullah SAW. Kenapa Baginda??

Friday, September 2, 2011

Haluan Kiri, Dulu dan Sekarang

Ehem.. yang aku faham la kan..
kalau dulu di Tanah Melayu, gerakan berhaluan kiri diistilahkan kepada mereka-mereka yang berjuang menentang kerajaan penjajah British. Bahkan hingga sekarang, mereka masih digelar gerakan politik berhaluan kiri.


Sekarang pun kalau nak diikutkan, masih ada yang dilabelkan gerakan politik berhaluan kiri.. tak lain tak bukan adalah ahli-ahli politik yang bergerak sebagai pembangkang dan pengkritik tetap kerajaan. Tak kira dari mana-mana badan sama ada parti politik, NGO atau 'gerakan rahsia'.

wallahua'lam.. mungkin tafsiran ini ada silapnya...

Wednesday, April 13, 2011

Murahnya Nyawa Manusia

Salam fikir..

Kalau pernah terjah blog Genta Rasa, korang akan terjumpa dengan frasa seperti ni,
  "Dengan fikir akan terciptanya zikir".
Ayat ni yang selalu aku ulang-ulang bila aku tengok sesuatu yang berlaku di depan mata aku. Tak kira lah benda tu baik atau buruk. Buruk pun tengok jugak? emm..terpulang lah korang.. Yang penting, pandai-pandai jaga diri.. ^_^

Hari ni apa yang nak difikirkan ya?

Kalau berpandukan kepada tajuk.. 'Murahnya nyawa manusia'..kalau nak dibincangkan.. rasa-rasanya agak luas jugak skopnya kan..? Hrmm...Ok lah. Kalau macam tu, kita kecikkan ruang perbincangan kepada tajuk khusus..

'TERBUNUH, DIBUNUH dan MEMBUNUH'


Mak aii.. seriusnya tajuk!
Wallahua'lam.. serius tak serius, korang tentukanlah sendiri untuk terima atau tak. Cuma yang pasti, benda ni ni realiti. Nak elak tak boleh sebab selau jer berlaku di sekitar kita. Cuma jauh atau dekat jer.. Buktinya..korang bukak lah surat khabar hari ni, semalam, kelmarin, bulan lepas, tahun lepas.. kompem ada citer tentang bunuh-bunuh ni. Tak kira lah.. terbunuh, dibunuh atau membunuh..

sebagai contoh:
   13 April 2011 : Dibebas tuduhan bunuh isteri
   6 April 2011 : Bangunan SPRM berhantu? dibunuh atau membunuh diri?

Seterusnya...

Saturday, April 9, 2011

Geng Ustaz Serang Facebook

Fesbuk oh fesbuk..

Kuat betul penangan fesbuk ni yer. Dah macam-macam benda jadi dengan fesbuk.. Ada citer baik, ada citer buruk.. fuhhh~ macam-macam hal lah.. Sekarang aku perasan.. Rupa-rupanya geng-geng nih dah berhimpun kat fesbuk. Bukan 2 3 orang.. tapi ramai!
Siapa mereka?
Hehe.. sajer jer nak buat gimik.. 
Mereka yang aku maksudkan sebenarnya adalah geng surau. Eh, silap-silap.. Geng Ustaz..hihi.

erk? Ustaz pun ada geng ker..? wallahua'lam.. ada kot. Bukan apa, aku guna perkataan 'geng' ni supaya senang nak masyuk dengan gaya percakapan orang muda sekarang.. "amacam bro.. Ok tak aku cakap camtuh? Mantap seh... haha.."

Udah2 ler tu usop...Kembali kepada citer..

Transformasi Bumi Aceh

Salam kepada semua pengunjung..

Korang nak tau tak, selepas peristiwa Tsunami yang melanda umat Aceh pada 26 Disember 2004.. kini Aceh dalam usaha tranformasi. Tranformasi yang jelas adalah perubahan dari kelalaian kepada kesedaran. Dulu buta-buta celik.. tetapi sekarang celik sepanjang masa. ^_^

Kebetulan pulak malam semalam aku sempat la intai-intai angin politik Indonesia. Entah macam mana lah aku boleh terpikir nak mengintai, aku pun tak tahu.. Tapi bila dilihat-lihat, situasinya hampir sama di Malaysia dengan kutukan, kejian, hentaman, fitnah sana sini dan sebagainya. Malahan mungkin lebih teruk.. huhu.
aarrgghhh!!! politik songsang..! serabut2..huhu..


Kembali bercerita tentang Aceh. Kalau sempat la kan, aku nak jugak jejakkan kaki ke Banda Aceh (jika diizinkan). Nanti aku bawak korang sekali pergi sana..hik hik. Kenapa Aceh? Sebabnya, aku nak tengok sendiri macam mana kehidupan umat Islam di sana selepas menerima 'amaran keras' dari Allah. Adakah masih sama sebelumnya atau dah berubah..

Macam ada satu citer yang aku baru dapat dari blog Ustaz Cyber ni..

Saturday, March 5, 2011

Review 3 Movie: Alahai MA...

Salamullahi'alaikum...

Sebelum tulis panjang-panjang, aku nak tarik nafas lega dulu. fuhhh~~ Alhamdulillah...
Syukur sangat-sangat sebab dah selesai beberapa perkara penting yang melibatkan kolej. Dan yang paling lega, aku dah selamat sampai ke rumah tepat jam 1.20 pagi tadi. Terima kasih pada Pendekar Miaw, sebab sudi hantar aku... (roomate aku tu..hehe~)

...Tanpa buang masa, kita terus masuk kepada entri. ermm..rasa-rasanya ada yang klik entri ni sebab nak tahu apa lah yang dimaksudkan dengan MA tu kan? Ataupun ada jugak yang nak kongsi-kongsi cerita tentang movie review yang aku buat nih.
Ok lah..aku jelaskan dulu apa itu MA. MA tu singkatan daripada Medical Assistant atau sekarang dah digelar sebagai Assistant of Medical Officer (AMO) atau dalam bahasa melayunya, Penolong Pegawai Perubatan (PPP).

Siapa sebenarnya Penolong Pegawai Perubatan ni? Haa...ni mungkin ada yang dah tahu, atau masih samar-samar ataupun mungkin ada jugak yang lansung tak tahu menahu. PPP ni secara mudahnya digelarkan sebagai pembantu doktor la. Tahapnya setara dengan jururawat, pegawai farmasi dan beberapa lagi lah. Aku pun tak tahu sangat kalau nak diterangkan secara detail...hihi. PPP ni hanya di Malaysia sahaja sebab kalau di negara luar, ia hanya digelar sebagai paramedik bersama dengan jururawat dan yang sama waktu dengannya.

Okeyh...cukuplah dulu kot intro tentang MA atau AMO atau PPP nih. Aku tahu sedikit sebanyak info tentang semua ni pun sebab aku salah seorang dari pelatih PPP yang sekarang tengah 'lintang pukang' memerah otak kat kolej cawangan Ulu Kinta. Nak tahu cerita tentang aku dan kolej..klik sini. (kalau nak la..hehe) Kalau tak nak, boleh terus scroll ke bawah dan teruskan membaca coretan aku ni...


Apa yang aku nak cerita sangat sebenarnya nih? dan, apesal pulak tajuk entri (kat atas) tu bunyi macam mengeluh?

Baiklah... aku anggapkan majoriti yang tengah baca entri ni dah tengok 3 cerita ni. Tajuknya Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Khurafat. Semuanya cerita hantu kan? (sekarang bayangkan korang tengah tengok cerita hantu..) eeeeiiii....hihihihi...~

Saturday, February 26, 2011

Al-Quran Kitab Perubatan

Salamullahi'alaikum...

Selesai sudah minggu pertama sesi penempatan klinikal kat unit Dewan Bedah Umum, Hospital Taiping. Macam-macam yang aku dapat. Ada yang best, ada yang tak berapa nak best. Tapi untuk kali ni, aku nak cuba kongsi-kongsi tentang apa yang aku dapat kat sana.

Siapa yang pernah masuk ke dewan bedah atau pernah tengok cerita Team Medical Dragon (citer Korea), mesti dah dapat sedikit sebanyak bayangannya macam mana. Ada bilik bedah, ada surgeon yang sibuk ke hulu hilir, ada mesin yang serabut serabai dengan wayar-wayarnya dan macam-macam lagi lah. 

Lagi satu, kalau siapa-siapa yang pernah masuk dewan bedah memang akan dapat rasa lah betapa sejuknya kat dalam tu. Suhu kat kawasan steril (untuk menjalankan prosedur pembedahan) mestilah 18 hingga 22 darjah selsius supaya segala mikroorganisma tak dapat membiak dan tersebar secara mudah. Tapi, sejuk nyer yang amat. Mau nyer tak terburai gigi... huhu~ Aku memang tak boleh tahan kalau sejuk-sejuk sangat. Nanti aku jadi menggigil dan jari-jari aku akan mula rasa gatal-gatal. Alergik...

Mungkin setiap dewan bedah berbeza susunan, sistem dan tahap kesibukannya. Kata sister, dewan bedah Hospital Taiping ni antara dewan bedah yang tersibuk la di Perak. Lagi besar hospital, lagi sibuk...kot.

Baiklah... Fokus sebenar yang aku nak ceritakan kat sini adalah...

Saturday, January 22, 2011

Mencari Ketenangan di DUN Tenang

Salamullahi'alaikum...

Memandangkan aku posting jauh dari kolej, jadi hari sabtu ni adalah hari cuti... tak tahu nak pergi mana dan tak tahu nak buat apa. Tugasan ada, tapi malas pulak nak buat. huhu...

Sekarang jam 1130 ;
Member-member aku masih 'berjuang di alam mimpi' lagi waktu ni..hihi. kroohhh....zzz.... ^_*
Tapi disebabkan akhir-akhir ni aku dah terketagih dengan blog ni, mata aku automatik jadi tak boleh nak tidur. Jadi aku luangkanlah masa yang ada ni untuk online menerjah alam maya.

Jalan-jalan ke blog, cari cerita-cerita baru...

Aku cuba cari topik terhangat sebab jari teringin sangat nak menulis. Akhirnya jumpa la...
Oh... rupa-rupanya sekarang ni dah dekat sangat dah dengan pilihanraya kecil DUN Tenang. Kiranya waktu ni kat Tenang, orang duk sibuk berkempen la. Wah wah wah... berduit la orang Tenang musim ni. Ada yang sampai boleh jadi jutawan segera...hihi.

Berikut adalah artikel yang aku sedut dari SEMUA JADI SATU... Jom kita baca sama-sama!

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang bakal berlangsung pada 30 Januari 2011 pastinya akan memberikan sedikit gambaran penting tentang calon/parti pilihan rakyat sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Sehingga kini (ketika entri ini ditulis), sudah ada dua nama yang dikemukakan sebagai wakil parti politik yang akan bertanding pada Pilihanraya DUN Tenang nanti: Didahului dengan Normala Sudirman (PAS) dan Mohd Azahar Ibrahim (BN). Bagaimanapun, keputusan siapa yang bakal menjadi calon pilihanraya hanya akan dapat ditentukan selepas penamaan calon pada 22 Januari. Sekiranya tiada calon lain yang bertambah atau dibatalkan, maka pilihanraya itu akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu.
Hrmm...
Macam sudah ditakdirkan.
Sebelum ni pilhanraya di DUN Galas. Tak lama lagi di DUN Tenang.

Jika difikir secara logik akalnya, nama-nama tempat yang menjadi lokasi pilhanraya kecil ini seolah-olah suatu sindiran dari Allah. Kenapa aku cakap sindiran Allah? Begini, apa yang dapat aku tafsirkan pada nama kedua-dua tempat ini adalah...

Thursday, January 20, 2011

Aduhhh... Ya Allah, Sakitnya!

Salamullahi'alaikum...

Pertama sekali. Aku nak ajak kita sama-sama istighfar...
Astaghfirullahal’azim... ulang semahu yang anda mampu. (^^,)

Dengan dibawa bersama mood lagu Tobat Maksiat nyanyian Wali Band, ayuh kita renung kembali perihal diri kita. Apa perkaitan lagu itu dengan kita, dan apa kaitannya pula dengan entri kali ini... jom baca sama-sama.


Aduh!

Mengaduh macam-macam gaya dah sekarang ni...
Aduhh!! Sakitnya... ia menggambarkan kesakitan yang betul-betul.
Adoyai ... Aduss... (sambil menepuk dahi)... lebih ke arah gurauan manja-manja..hihi
Atoii!!.. lagi manja..hehe. Bermakna, ia sekadar untuk suka-suka nak bagi keadaan bertambah ceria. ^_^

Zaman penggunaan bahasa moden ni membuatkan kita lagi susah nak bandingkan sama ada ia serius atau gurauan. Namun semuanya tak menjadi masalah jika difahami pada gaya sebutan dan mimik muka si penuturnya.. ^_^

Dah2... Ayuh kita nyanyi plak...hihi..
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim...

Rasanya takder pun yang tak pernah dengar petikan lirik lagu di atas kan?
Ya, ia adalah petikan lagu Tobat Maksiat seperti yang telah saya nyatakan sebelum ni...
Cuba korang nyanyikan... ulang 3 kali kalau boleh.. (hihi... ^_^)

Ok...kalau dah selesai.
Cuba korang 'nyanyikan' pula dengan lenggok bahasa hati...
Maksud aku, fahamkan apa yang penyanyi lagu ini ingin sampaikan. Atau lebih tepatnya sematkan dalam ruang fikir dan tafsirkan. Kemudian rasakan dalam ruang zikir...

Friday, December 17, 2010

Siapa Benar Siapa Salah?

Bergabung!!!


Politik itu indah
Mengapa dikotorkan?
Bersatulah!

Politik itu suci
Mengapa dicemarkan?
Berpadulah!

Politik itu Sunnah
Mengapa ditunggang langgangkan?
Bangunlah!

Demi Umat Islam
Untuk Melayu

Demi Jihad di jalan kebenaran
Untuk kesatuan serumpun

Alangkah Indah jika
Satu Malaysia
Membangun Bersama Islam

Alangkah Indah jika
Wawasan 2020
Menuju Negara Berkebajikan

Satu matlamat
Satu slogan
Satu visi dan misi

Islam tertegak atas SATU nama
SATU Ummah
SATU Aqidah
Mengapa dicarik?
Mengapa dirobek?

Muhasabahlah diri demi maruah
Kita mampu bersatu

Bukan menegakkan agama
meninggalkan bangsa
Bukan menjaga bangsa
meninggalkan agama

Kita pasakkan tunjang agama
Kita hiaskan dengan kesatuan bangsa
Hidup mulia
Rakyat terbela
Amanah terjaga

Ayuh!
Inilah masanya
Kita bersatu!

~perisai mahkota
Perkampungan Ummah
7.50 pagi 17 Dis 2010

Saturday, August 14, 2010

Kisah : Lembing Awang Pulang ke Dayang

Salamullahi'alaikum...


     Kalau tak silap, dua minggu sudah. Saya berpeluang menonton cerita lagenda melayu 'Lembing Awang Pulang ke Dayang'. Ceritanya menarik. Ia adalah adaptasi dari sebuah novel, dan juga suatu sedutan kisah dari kisah benar yang berlaku di Selatan Tanah Melayu suatu ketika dulu.

     Saya mulanya bertanya, apa sangatlah keistimewaan dari cerita klasik ini? Maka dengan itu, saya menghadapkan seluruh penumpuan pada cerita tersebut. Gaya penceritaannya juga cukup menarik. Dengan grafik dan kesan khas yang lebih terkedepan. Akan tetapi, ceritanya agak berbeza-beza mengikut perawinya. 

     Mengikut cerita asal dari orang tempatan, ianya berbeza dari apa yang telah dipertontonkan pada khalayak. Setelah digarap ke dalam bentuk penulisan, juga ke medan pementasan, sampailah kepada pengadaptasian menjadi sebuah filem. Perbezaan demi perbezaan wujud. Namun jalan ceritanya seakan-akan sama dan tidak melunturkan motif sebenar ceritanya.

     Kesimpulan yang dapat saya buat, saya amat tertarik dengan kata-kata Awang sewaktu menceritakan kisah cintanya kepada cucu-cucunya. Dayang turut berada di sisi mendengarkan celoteh 'kekandanya'. Yang dapat saya simpulkan, inilah akibatnya jika adat mendahului agama. Dalam cinta, agama perlu diletakkan pada makam tertinggi, barulah disusuri dengan adat. Tiada gunanya menggadai agama, semata-mata ingin mengangkat adat.

    Justeru, saya tidak memaksa kalian untuk menonton ceritanya. Siapa yang nak tengok, boleh cari. Siapa yang tak nak, terpulanglah. Kisah-kisah ini diambil sebagai teladan. Bukan hiburan yang dicari. Tetapi kisah-kisah tersebut mampu melengkapkan lagi erti kehidupan bagi kita. 

     'Tepuk dada, tanyalah Imanmu!

~ perisai mahkota


Saturday, July 24, 2010

Adik anak ibu!

Satu petang di sebuah pasar malam...


   Aku meneruskan perjalanan. Dari satu point ke satu point berikutnya. Dalam kesesakan orang ramai, aku mencari-cari destinasi persinggahan yang seterusnya. Banyak gerai-gerai yang menarik untuk aku singgah. Juadah yang dihidangkan pun, cukup untuk membuatkan pusat reseptor laparku beroperasi (ting-tong..hehe). Tapi memandangkan beberapa faktor penghalang, aku rancang untuk hanya membeli yang patut sahaja.

   Dalam keriuhan suasana pasar itu, gegendang telingaku telah disentuh oleh satu suara lembut si kecil. Pastinya suara itu realiti, bukan halusinasi. Ya, suara itu adalah suara budak lelaki dalam lingkungan usia 6 tahun. Mungkin sebaya dengan adikku. Kuperhalusi setiap bait-bait ayat yang terzahir dari lidahnya. Sambil tangan kanannya menarik-narik jari pejal ayah. Ayahnya pula sibuk memelih kuih yang ingin dibeli.

     "Ayah, adik nak mainan!" Rengek si kecil. Dia membahasakan dirinya sebagai Adik.

     "Yer...sabar, nanti kita beli la...adik tunggu la jap." Sifat kebapaan si ayah mampu memujuk Adik. Walaupun rengekan tetap diteruskan, suara Adik makin perlahan. Mungkin dia terbayang yang ayahnya akan membelinya nanti. 

     "Sabar la dik, nanti ayah belikan la. Adik kan anak ayah." Suara mak cik yang menjual kuih di gerai itu pula mencelah. Mungkin niatnya ingin membantu si ayah meredakan rengekan Adik. Tanpa mengenali watak sebenar Adik. Adik jenis tidak mengaku kalah.

     "Adik bukan anak ayah, Adik anak ibu...! Adik sayang ibu!" Jawab adik. Rupa-rupanya adik lebih berantai-rantai ideanya untuk sedia menjawab. Diserang kanan, mengelak ke kiri. Begitulah sebaliknya. Bukan senang nak pujuk si Adik.

   Bibirku membentuk senyuman. Lucu mendengar jawapan Adik. Tak kusangka ayat itu yang terkeluar dari mulutnya. Walaupun bibirku mengukir senyuman tidak sengaja, tapi dalam hati juah berbeza. Aku sudah terbahak-bahak ketawa. Nasib baik tidak diluahkan dalam bentuk zahir reaksi wajah.

   Rasa kesian pun ada. Apa lah nasib si ayah agaknya, setelah mendengarkan jawapan itu yang terkeluar dari mulut Adik. Apa pun bagi si ayah, ia adalah normal. Semestinya si ayah telah fasih dengan perwatakan Adik. Kasih sayang mereka tetap disimpul kemas dan tidak mungkin diganggu gugat.

Tuesday, July 20, 2010

REALITI vs FANTASI : PARANORMAL vs PSIKIATRI

Salamullahi'alaikum...

            Situasi perbualan kali ini, sewaktu hujan lebat dan guruh di langit saling bersambut. Saya duduk menghadap seorang pesakit psikiatri di dewan makan Wad Kemasukan Lelaki, Hospital Bahagia Ulu Kinta. Tujuan saya hanya ingin mengorek kisah hidupnya bagi menyiapkan ‘case clerking’ (MSE-Mental State Examination). Tugasan ini wajib disiapkan bagi setiap pelatih.

            Sesi soal jawab bermula. Soalan demi soalan saya ajukan, maka jawapan demi jawapan saya perolehi. Selang beberapa ketika, lidah saya terhenti sejenak menandakan otak sudah kehausan idea untuk bertanya. Tiba-tiba, pesakit tersebut pula yang mengambil alih tugas saya. Kini, dia yang banyak bertanyakan soalan...

            “Awak faham tak makna dari suara guruh tu?”, dengan yakin pesakit itu bertanyakan soalan. Diikuti jari telunjuknya mengarahkan ke langit.

            “Maaf, saya tak faham...maksud abang?”, jawab saya ragu-ragu.

            “Ye lah, guruh kan ada bunyi...bunyi-bunyian itu mengandungi maksudnya tersendiri, awak faham tak apa yang guruh tu cakap??”, dia menjelaskan soalannya.

            Saya terdiam seketika. Cuba mengerti apakah point sebenar yang ingin dia ceritakan. Baiklah, saya nekad untuk mendapatkan jawapan. Saya bertanya...

            “Kenapa? Abang faham ke suara-suara tu? Guruh tu cakap apa?”.
Sambil tersenyum, dia mengangguk dan yakin menjawab.

            “Abang faham...sebab abang dianugerahkan kelebihan itu. Suara guruh tu suruh kita diam, sebab rahsia abang sudah terbongkar”.

            Saya hanya mampu tersenyum, spontan. Sedikit timbul rasa ‘takut’ tetapi cuba dikawal sebaiknya. Terdetik juga dalam hati, sama ada ingin percaya atau tidak. Dari kuliah-kuliah Perubatan Psikiatri yang pernah saya ikuti dalam kelas, keyakinan mereka (pesakit mental) hanyalah PERSEPSI SALAH. Dengan erti mudah, otak mereka salah mentafsirkan sesuatu kepercayaan.

Friday, July 16, 2010

Masjid : Mahligai Yang Disisihkan

Salamullahi'alaikum...

   Pita rakaman memori kembali memutarkan kisah-kisah lama. Saya masih terkenangkan suasana sewaktu berhimpun bersama keluarga di kampung (Rengit, Batu Pahat, Johor). Hampir seluruh sanak saudara waktu itu berkumpul di ruang tamu rumah arwah Atok Bak. Kami berkongsi-kongsi cerita diselang dengan gelak tawa ceria.



   Pok Teh yang biasanya akan menjadi Penglipur Lara mengemudi acara. Selepas kisah demi kisah, Pok teh memanjangkan sembang-sembang malam dengan menimbulkan satu idea yang cukup menarik. Dia mengajak bermain teka-teki. Maka mulalah berbalas-balas soalan antara kami. Antara dialog teka-teki yang masih aku ingat sampai sekarang (ingat-ingat lupa)...



Pok teh : Bangunan apa yang paling tinggi di dunia?

Kami : Affiel Tower, WTC, Menara KLCC...bla bla bla (hentaman demi hentaman jawapan).

Pok Teh : Salah! Salah dan semuanya salah! Hehe...

Kami : habis...ape jawapannya Pok Teh??

Pok Teh : (sambil tersenyum) jawapannya adalah... MASJID.

Kami : Kenapa masjid? Masjid kan rendah jer...

Pok Teh : Sebab, cuba korang semua tengok kat kubah masjid. Bukankah ada bulan dan bintang? Sebab tu la masjid yang paling tinggi. Mana ada bangunan kat dunia ni yang tingginya boleh sampai mencecah bulan dan bintang... hehe...percaya tak??

Kami : ooo...  hahahaha... (gelak disambung-sambung menjadikan suasan bertambah riuh).

   Selepas itu, permainan diteruskan lagi. Bermacam-macam soalan diajukan dan berbagai-soalan yang dijawab. Entah betul entah tidak. Tapi, semuanya telah menjadi kenangan. Selepas arwah Atok Bak dan Atok Mak dipanggil mengadap Sang Khaliq, segalanya telah berubah. Aku amat rindukan suasana meriah itu. Apatah lagi, tika takbir raya sayup-sayup kedengaran. Ya Allah...aku rindukan semuanya...

“Al-Fatihah buat Arwah Atok Bak dan Atok Mak”, semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama para Solihin. insyaAllah...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails