Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Showing posts with label kisah. Show all posts
Showing posts with label kisah. Show all posts

Sunday, April 6, 2014

The Hunger Games.. Terbaikkk!

Kediktatoran hanya akan goyah pada satu perkataan... iaitu 'KEBANGKITAN'..

Itulah yang dapat disimpulkan mengenai sebuah filem yang aku tonton semalam. The Hunger Games dan sambungannya The Hunger Games : Catching Fire. Dua movie sekali khatam.

The Hunger Games ditayangkan pada 2012 kemudian sambungannya pada tahun lepas, 2013. Tapi macamana aku boleh tak tahu kewujudan filem ni. Ye lah...mungkin sebab aku bukan kaki wayang. Dan tak suka tengok movie sangat..hihi. 

Bagi siapa-siapa yang cintakan kedamaian, memang wajib tonton filem ni. Filem ni sebenarnya fiksyen jer, tapi disebabkan nilai besar yang ada dalam filem ni membuatkan ia berharga.

Kisah tentang 'negara' masa depan yang telah didirikan di atas sebuah tapak peperangan. Kejam. Diktator. Tiada perikemanusiaan. Namun, disebaliknya ada kisah sebuah keluarga yang hidup dalam penghambaan namun teramat cintakan kedamaian.

Sehinggalah si kakak (Katniss) telah terpilih bagi menyertai sebuah permainan santapan para pembesar negara. The Hunger Games. Siapa yang hebat akan menang, manakala mati adalah hadiah mutlak buat yang kalah.

Monday, April 25, 2011

Merasai Penderitaan Mereka

Salam bertemu kembali..

Eh, sempat lagi update blog? Kata sibuk..
Emm..hehe. Sempat jer. Bukan apa, daripada menanggung keboringan tahap 'bapak gaban', rasanya lebih baik kita berkongsi-kongsi sikit sebanyak pengalaman berkaitan dengan kehidupan. Melihat dan mentafsir apa yang telah atau sedang berlaku sepanjang perjalanan hidup menuju kedewasaan.. dari sudut pandang yang berbeza. Memujuk jiwa ruhiah, memperkasa semangat lahiriah. Mungkin.. ^_^

Kalau korang nak tahu, hari ni adalah hari pertama aku ditempatkan di wad ortopedik Ipoh, dan di sinilah merupakan penempatan klinikal yang terakhir bagi aku untuk sem 5 ni. Lepas ni 'osce', pastu nak siapkan research dan.. EXAM!!! huhuhu~ very very dislike episode... Nak tak nak, kena buat-buat nak jugaklah.. kalau tak, macam mana nak teruskan hidup. kan3? hehe (memujuk diri sendiri..)

Ok lah.. kita terus masuk kepada topik..

Waktu posting, memang hari-hari tengok orang sakit.. Kadang-kadang, aku pernah berangan-angan untuk cuba merasakan apa yang mereka rasa. Ingin menyelami penderitaan yang mereka rasakan.. persoalannya, dapatkah aku merasakan kesakitan mereka di saat aku masih hanyut dalam nikmat kesihatan ini?

Friday, April 15, 2011

Keunikan Kulit Katak

Salam santai..
buat pengunjung setia blog Perisai Mahkota..

fuhhh~
Penat dah jari.. malam ni jogging banyak tempat.. kebetulan pulak tengah sibuk meng-update blog 'part-time' yang baru berumur 1 hari. Penat jugak la kan nak manage dua blog nih..huhu~ Apapun.. aku puas hati! Sebab aku buat atas kehendak aku sendiri.. tidak ada paksaan dari sesaper sekalipun.

hensem tak saya? hihik ^^,
Wokeyh!
Untuk entri kali ni.. ia berkaitan dengan tajuk di atas iaitu berkenaan kelebihan/keunikan kulit katak. Walau bagaimanapun, sesetengah dari kita mengatakan katak ni antara binatang yang kotor dan 'menggelikan'.

Sampaikan ada yang terpekik terlolong hanya kerana ternampak katak dalam bilik air atau kat tepi longkang. Entah apa yang digelikan, aku pun kompius. Mungkin kulitnya yang lembap dan licin tu yang menampakkan ia 'geli' untuk dilihat.. apatah lagi dipegang.

Bagi aku.. aku ok jer..siap main pegang-pegang lagi. liciiin~ hehe.
(tu kecik-kecik dulu la.. sekarang wallahua'lam. hik hik)

Tanpa buang masa, Jom..! klik readmore untuk melihat koleksi keunikan kulit katak.
PERHATIAN : Yang tak boleh tahan tengok katak, tak perlu klik ke bawah.. tapi nak komen..okey jer. Malah dialu-alukan... ^_^

Thursday, March 10, 2011

'Bagaikan Puteri' diFilemkan...

Salamullahi'alaikum...
(entri santai.. masih dalam mood rehat dan rawat)

Bagi peminat novel Ramlee Awang Murshid, kompem akan terbeliak bijik mata baca tajuk entri aku.. Usahkan korang, aku sendiri yang tengah menulis ni pun terbeliak jugak bijik mata.. 0_0 ish ish ish...besornye mate!! hrmmm...

Tak nak tanya aku ker dapat dari mana cerita ni? Tanya la aku..tanya la aku! ..hehe~

Sebelum disoal oleh penyoal-penyoal sekalian.. aku habiskan ayat tajuk entri di atas..
kalau novel 'BAGAIKAN PUTERI' DIFILEMKAN kan best..hihik.. (begitulah tajuk sebenarnya. Aku memang nak tulis penuh, tapi tajuknya panjang sangat. tak cukup ruang..)

Maaf yer. tak sengaja...
bukan niat nak tipu-tipu, tapi...
                              ...takder tapi-tapi..hik3.

hrmm..yelah. Terus terang..sebenarnya, aku baru lepas tengok trailer Hikayat Merong Mahawangsa kat youtube. Hebat memang hebat! Syabas buat KRUstudios!

Aku ni sebenarnya bukanlah minat sangat nak tengok movie. Movie-movie dalam external HD aku pun tak tertengok.. Cuma aku ni jenis yang sensitif sikit bila dengar orang cakap cerita 'berkenaan' best, mantop dan sama waktu dengannya. Bukan sensitif apa, sensitif untuk nak tengok..hihi.

Macam cerita Hantu Kak Limah dengan Ngangkung la.. Bila ramai orang duk sebut-sebut, baru aku tengok. Kira terkebelakang jugak la..hehe~ (aku belum pernah melabuhkan punggung di mana-mana panggung..) ^_^

Apa kaitannya dengan tajuk entri ni?

Wednesday, February 16, 2011

Boleh Percaya Ker?

Salamullahi'alaikum...

Ambil masa terluang ni nak bincang-bincang sikit. Aci tak?
Senang cerita, semua aci je la yer... hihi.

Al-kisahnya macam ni.. Minggu lepas kat dewan bersalin, ada satu kes yang luar dari kebiasaan. Biasanya kan, waktu bayi mula-mula menjengukkan kepalanya untuk keluar dari rahim ibu, muka bayi akan menghadap anus (lubang dubur) ibu. Maknanya, mukanya akan menghadap ke tanah. Tapi kes kali ni kepala bayi keluar dengan mukanya menghadap ke langit.
Newborn Baby!
     Sebelum kita bincang lebih lanjut, kita berhenti kat sini dulu..

Sahabat pembaca, dapat bayangkan tak betapa 'hinanya' permulaan kita...? Kita keluar dari tempat yang dikatakan kotor dan memalukan. Dihasilkan pula dari titis-titis air yang menjijikkan. Saat ingin berpindah dari alam rahim ke alam dunia, wajah kita pertama sekali menghadap dubur ibu kita. Jika ditakrifkan dengan bahasa sembang-sembang kedai kopi, dah semestinya hina cara kelahiran kita ke dunia.. kan?

     Tapi anehnya...
Bila kita sudah meningkat dewasa, kenapa kita terlalu megah menapak di atas muka bumi ni? Tegar benar hingga sanggup menjatuhkan sesama saudara... Lupakah kita tentang permulaan kita dulu? Dah lupa ker yang kita ni asalnya lahir dari tempat yang jijik, hina, memalukan?

     Mudah kan kita lupa.? Kenapa, why, limaza? Sebabnya.. dah memang manusia itu pelupa... Jadi kesimpulannya, tak perlulah nak berbangga yang kita ni hebat sesangat sebab permulaan kita dulu sama jer. Keluar dari tempat yang sama. Hentikanlah tindas menindas sesama manusia... Orang perak cakap, udah udah ler yoep...

Ok... berbalik pada cerita kat atas tadi. Apabila bayi keluar tidak mengikut cara yang betul, ia akan dianggap kelahiran luar dari kebiasaan. Contohnya...Abnormal Presentation, Abnormal Position, Breech Delivery dan macam-macam lagi lah. Jika dinilai dari sudut perubatan, ia taklah terlalu mustahil. Kalau kena cara pengendaliannya, betul kaedahnya..kes tersebut akan diselesaikan dengan baik. InsyaAllah...

Tapi...
Orang kita (melayu khususnya) lain pulak ceritanya.
Apa yang lainnya?

Saturday, January 22, 2011

Kembalikan Watan Bapa Kami!

Salamullahi'alaikum...

Entri kali ni berkisar tentang perjuangan membela tanah air... (mood serius).
Jom kita sama-sama setkan minda kita sebagai salah seorang anak pejuang di medan perang.

Dengan lafaz basmallah, aku mulakan penulisan ini... ^_^

Bila duk sembang-sembang tentang perjuangan ni, aku pasti takkan ketinggalan untuk menceritakan kisah perjuangan salah seorang sahabatku yang berasal dari daerah Yala, Selatan Thai.

Seperti yang diketahui, isu penindasan ke atas umat Islam di Selatan Thai masih tiada penghujungnya walaupun sekarang berita mengenainya tidak lagi menjadi topik utama perbualan di warung Kopi Haji Deraman (^^,). Walaupun usaha dari pihak tertinggi negara sering disemai dengan janji-janji manis ingin membela dan membebaskan Selatan Thai, namun segalanya hanya indah pada khabar semata-mata.

Perjuangan mereka tidak pernah berhenti. Selagi tanah air mereka tidak dikembalikan seperti sebelumnya, selagi itu perjuangan akan berterusan. Darah ibarat mainan, gempur suatu pertarungan, dendam berbalas tindakan!

klik foto utk lihat gambar2 seterusnya...

Entri ini aku cipta khas buat sahabatku HS (bukan nama sebenar). Dia adalah salah seorang dari anak pejuang membela watan bumi Islam selatan Thai yang sekarang ini sedang menuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi di Malaysia.

Friday, December 31, 2010

Lafaz Yang Tersimpan

Salamullahi'alaikum...

Setiap yang hidup, pasti akan sampai pada saat kematian.

Firman Allah dalam surah al-Jumu’ah ayat 8:
Yang bermaksud : “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).


Mereka Yang Telah 'Pergi Tak Kembali'

Sekalung doa & Al-Fatihah buat...

     Arwah atuk mak, Allahyarhamah Hajjah Ruba'yah binti Abu Bakar bin Mohsein telah kembali menghadap Sang Khaliq pada 8 Februari 2000. Aku tidak mampu untuk menahan tangisan pada waktu itu kerana saat rohnya dipisahkan dari jasad, aku sedang mengurut lembut kedua-dua belah kakinya. Arwah atuk mak sempat berkata, "tak sempat dah mak nak solat subuh hari ni". Tanpa sedar, kedinginan semakin dirasakan dan jelas kata-katanya itu adalah petanda terakhir darinya. Walaupun tidak sempat untuk solat subuh, arwah telah selamat 'pergi' bersama alunan Surah Yaasin bacaan Abah, dan tiada siapa yang menyedari pemergian arwah kerana kujur tubuhnya tika itu bagai seorang anak kecil yang sedang tidur lena.

     Kemudian, pemergian atuk mak diiringi suaminya yang tercinta iaitu atuk bak, Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Ahmad bin Wiji pada tanggal 30 April 2002. Setelah mendapat berita dari kampung, aku diambil oleh abah dari asrama dan terus berangkat pulang ke Sg. Keluang, Rengit, Batu Pahat. Sepanjang perjalanan, ummi tak mampu menyeka aliran jernih yang membasahi pipi, namun ia dikawal dengan kuasa Iman yang mengatasi emosi. Walaupun dalam keadaan tergesa-gesa, kami telah selamat sampai dan sempat mencium wajah atuk bak sebelum disemadikan bersebelahan pusara arwah atuk mak. Hujan rahmat yang mengiringi majlis pengkebumian itu menandakan telah perginya seorang pejuang.

     Selang 7 tahun, ayahanda abah yakni arwah che, Allahyarham Jusoh bin Awang yang telah selamat kembali ke rahmatullah pada 15 Februari 2009. Teramat sedih bagiku kerana waktu itu aku tidak sempat memberikan penghormatan terakhir kepada che. Walaubagaimanapun, syukur Alhamdulillah... che telah menghembuskan nafas terakhir dalam suasana penuh ketenangan. Hadirrnya disambut senyuman kegembiraan, pulangnya diiringi tangis kesyahduan. Pemergiaan che teramat dirasakan setiap kali aku pulang ke kampung. Namun setiap yang berlaku, telah diatur sempurna oleh Yang Maha Mengatur.

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya : “Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi”. (Riwayat Al-Tarmizi)

     Semoga roh Allahyarham Atuk Mak, Atuk Bak, dan Che ditempatkan bersama mereka-mereka yang telah dijanjikan nikmat kesejahteraan. Amiin... ya Rabbal 'alamiin.

     Sentuhan dalam lagu bisa mengembalikan kenangan kita kepada mereka. Akhirnya, terimalah Lafaz Yang Tersimpan nyanyian kumpulan UNIC. Semoga kenangan bersama mereka, kembali menerjah ke ruang fikir dan zikir kita seraya mampu mengingatkan kita bahawa kita juga pasti akan mengikut jejak langkah mereka. Saat kematian telah ditetapkan tanpa diperawal walau sesaat dan ia takkan dilewatkan walaupun sesaat. Bersiap sedialah pada setiap detik dan ketika... Wallahua'lam.

Saturday, December 4, 2010

Kepulangan Hj Abah dan Hjh Ummi

Salamullahi'alaikum...

     Alhamdulillah. Setinggi langit seluas hamparan laut dan bumi, aku sujud syukur ke hadratMu ya Allah di atas segala limpahan kurnia nikmat-nikmatMu yang tiada pernah terhenti. Selang masa antara 17 Oktober 2010 ke 3 Disember 2010 terasa singkat yang amat. Pejam celik, abah umi dah nak balik. Betapa cepatnya masa beredar.

     Setelah genap 47 hari abah dan umi menjalankan ibadah haji di tanah suci, kini tiba saat kepulangan yang dinanti. Penantian ini seolah-olah menantikan mujahid dan mujahidah pulang dari medan juang di jalan Allah. Hati berdebar-debar menanti dengan penuh pengharapan. Syukur kepada Allah, segala kerja-kerja ibadah rukun yang kelima dalam susunan Rukun Islam ini telah selamat disempurnakan.

     Sedikit terkilan kerana tidak dapat sama-sama menyertai rombongan menyambut kepulangan abah dan ummi. Di atas halangan-halangan tertentu, niat untuk cuti awal terpaksa dibatalkan. Dari tempat pengajian, aku sampai ke rumah hampir sama dengan waktu abah dan ummi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu. Oleh sebab itu, aku hanya menanti di rumah bersama dengan sepupu (anak-anak ayah ngah) yang lain.

     "Abang!!! bangun la, abah umi dah balik ni..." Astaghfirullah, aku terlena rupanya. Aku celik mata setelah kakak yang mengejutkan aku. Rupa-rupanya, semua orang dah sampai. Apapun syukurlah, semuanya telah selamat.

Friday, August 27, 2010

Rayuan Keampunan

Salamullahi'alaikum...


     Sama-samalah kita ambil iktibar dari KISAH BENAR ini. Semoga mampu memotivasikan kita untuk terarah pada perjalanan menuju Cinta dan RedhaNya.

     "Doktor, ampunkan saya ya doktor...saya banyak buat salah dengan doktor."

     Inilah antara ayat pendek yang sering diulang-ulang oleh adik yi (bukan nama sebenar). Walaupun ringkas ayatnya, ia terkandung jutaan makna tersirat. Nampak sahaja kelibat kami yang melintasi sisi katilnya, dia akan memanggil kami dan menghulurkan tangan berjabat salam tanda kemaafan. Entah apa yang cuba dia sampaikan. Pada awalnya kami tersenyum juga dengan gelagatnya yang agak melucukan, tapi setelah diamati lama-lama timbul pula rasa kesian. Mungkin ini yang di sebutkan sebagai Empati. Kami dapat rasakan kesakitannya. Sakit pada jasad anggota, sakit lagi jiwa luhurnya.

     Kesedihannya dapat dirasakan lebih kuat lagi apabila dia sering memanggil ibunya. Walaupun kadang-kadang yang dipanggil itu 'mak', kadang-kadang 'ibu'. Reaksi wajahnya menampakkan dia sukar berjauhan dengan ibunya walau dalam kadar sesaat. Asal saja ibunya menjauh, tegang urat lehernya meraung-raung memanggil 'ibuuu...maaakkk!!!'. 

Siapa Adik yi?

     Beliau adalah seorang pesakit kanak-kanak berumur 6 tahun yang ditempatkan di Wad Peadiatrik 5D HRPB Ipoh. Seorang kanak-kanak riang yang masih dalam perjalanan mengenal erti kehidupan. Peristiwa berlaku minggu lepas. Sewaktu ingin dihantar oleh bapanya ke sekolah bersama dua abangnya. Mungkin kecuaian di sini, apabila si ayah hanya bermodalkan sebiji motosikal untuk membawa anak-anaknya berempat termasuknya. 

     Malang menimpa apabila takdir Allah menemukan mereka pada satu kemalangan jalan raya. Mereka berempat dikejarkan ke wad kecemasan di Hospital Ipoh. Ayah, abang nyah dan abang alang... mereka semua tercedera namun yang paling teruk adalah adik yi. Adik yi mengalami kecederaan serius pada bahagian kepalanya akibat terhantuk manakala kedua-kedua belah kakinya mengalami kepatahan.

     Bagi yang melihat keadaan beliau, sukar untuk digambarkan bagaimana sakit yang dirasakannya. Memang teramat sakit. Namun kesakitannya tidak ternampak sangat pada anggota tubuhnya. Kesakitan yang sebenar adalah kesakitan dalaman. Jiwanya bagaikan diragut kejam oleh kejadian dahsyat itu.

     Adik yi sering mengadu supaya ditanggalkan ikatan pada tangannya, sedangkan ikatan tersebut sudahpun dibuka. Kain hijau 'pengikat' itu adalah bertujuan mengelakkan beliau menjadi agresif. Mengikut cerita dari ibunya, adik yi mula agresif apabila teringat akan abangnya. Dia menghantukkan kepalanya yang sudah berjahit panjang itu ke pagar katil. Kerinduan yang membuak-buak pada abangnya telah menghilangkan rasa sakit kepalanya. Dia mengandaikan permintaan untuk berjumpa dengan abangnya tidak diendahkan. Dengan itu, dia cuba menghantukkan kepalanya bagi menagih perhatian orang di sekelilingnya supaya hanya tertumpu padanya.

Saturday, August 14, 2010

Kisah : Lembing Awang Pulang ke Dayang

Salamullahi'alaikum...


     Kalau tak silap, dua minggu sudah. Saya berpeluang menonton cerita lagenda melayu 'Lembing Awang Pulang ke Dayang'. Ceritanya menarik. Ia adalah adaptasi dari sebuah novel, dan juga suatu sedutan kisah dari kisah benar yang berlaku di Selatan Tanah Melayu suatu ketika dulu.

     Saya mulanya bertanya, apa sangatlah keistimewaan dari cerita klasik ini? Maka dengan itu, saya menghadapkan seluruh penumpuan pada cerita tersebut. Gaya penceritaannya juga cukup menarik. Dengan grafik dan kesan khas yang lebih terkedepan. Akan tetapi, ceritanya agak berbeza-beza mengikut perawinya. 

     Mengikut cerita asal dari orang tempatan, ianya berbeza dari apa yang telah dipertontonkan pada khalayak. Setelah digarap ke dalam bentuk penulisan, juga ke medan pementasan, sampailah kepada pengadaptasian menjadi sebuah filem. Perbezaan demi perbezaan wujud. Namun jalan ceritanya seakan-akan sama dan tidak melunturkan motif sebenar ceritanya.

     Kesimpulan yang dapat saya buat, saya amat tertarik dengan kata-kata Awang sewaktu menceritakan kisah cintanya kepada cucu-cucunya. Dayang turut berada di sisi mendengarkan celoteh 'kekandanya'. Yang dapat saya simpulkan, inilah akibatnya jika adat mendahului agama. Dalam cinta, agama perlu diletakkan pada makam tertinggi, barulah disusuri dengan adat. Tiada gunanya menggadai agama, semata-mata ingin mengangkat adat.

    Justeru, saya tidak memaksa kalian untuk menonton ceritanya. Siapa yang nak tengok, boleh cari. Siapa yang tak nak, terpulanglah. Kisah-kisah ini diambil sebagai teladan. Bukan hiburan yang dicari. Tetapi kisah-kisah tersebut mampu melengkapkan lagi erti kehidupan bagi kita. 

     'Tepuk dada, tanyalah Imanmu!

~ perisai mahkota


Saturday, July 24, 2010

Adik anak ibu!

Satu petang di sebuah pasar malam...


   Aku meneruskan perjalanan. Dari satu point ke satu point berikutnya. Dalam kesesakan orang ramai, aku mencari-cari destinasi persinggahan yang seterusnya. Banyak gerai-gerai yang menarik untuk aku singgah. Juadah yang dihidangkan pun, cukup untuk membuatkan pusat reseptor laparku beroperasi (ting-tong..hehe). Tapi memandangkan beberapa faktor penghalang, aku rancang untuk hanya membeli yang patut sahaja.

   Dalam keriuhan suasana pasar itu, gegendang telingaku telah disentuh oleh satu suara lembut si kecil. Pastinya suara itu realiti, bukan halusinasi. Ya, suara itu adalah suara budak lelaki dalam lingkungan usia 6 tahun. Mungkin sebaya dengan adikku. Kuperhalusi setiap bait-bait ayat yang terzahir dari lidahnya. Sambil tangan kanannya menarik-narik jari pejal ayah. Ayahnya pula sibuk memelih kuih yang ingin dibeli.

     "Ayah, adik nak mainan!" Rengek si kecil. Dia membahasakan dirinya sebagai Adik.

     "Yer...sabar, nanti kita beli la...adik tunggu la jap." Sifat kebapaan si ayah mampu memujuk Adik. Walaupun rengekan tetap diteruskan, suara Adik makin perlahan. Mungkin dia terbayang yang ayahnya akan membelinya nanti. 

     "Sabar la dik, nanti ayah belikan la. Adik kan anak ayah." Suara mak cik yang menjual kuih di gerai itu pula mencelah. Mungkin niatnya ingin membantu si ayah meredakan rengekan Adik. Tanpa mengenali watak sebenar Adik. Adik jenis tidak mengaku kalah.

     "Adik bukan anak ayah, Adik anak ibu...! Adik sayang ibu!" Jawab adik. Rupa-rupanya adik lebih berantai-rantai ideanya untuk sedia menjawab. Diserang kanan, mengelak ke kiri. Begitulah sebaliknya. Bukan senang nak pujuk si Adik.

   Bibirku membentuk senyuman. Lucu mendengar jawapan Adik. Tak kusangka ayat itu yang terkeluar dari mulutnya. Walaupun bibirku mengukir senyuman tidak sengaja, tapi dalam hati juah berbeza. Aku sudah terbahak-bahak ketawa. Nasib baik tidak diluahkan dalam bentuk zahir reaksi wajah.

   Rasa kesian pun ada. Apa lah nasib si ayah agaknya, setelah mendengarkan jawapan itu yang terkeluar dari mulut Adik. Apa pun bagi si ayah, ia adalah normal. Semestinya si ayah telah fasih dengan perwatakan Adik. Kasih sayang mereka tetap disimpul kemas dan tidak mungkin diganggu gugat.

Saturday, July 17, 2010

Kasih ibu Sampai Syurga

Salamullahi'alaikum...

   Jam 12 tengah hari menunjukkan waktu makan bagi pesakit psikiatri di Wad Kemasukan Lelaki (WKL). Semua pesakit bergegas ke dewan makan untuk menyantap hidangan tengah hari. Bermacam gelagat yang kami lihat. Ada yang tidak sabar mengambil makanan, dan ada juga yang lambat-lambat pergerakannya (cool jer...). Suasananya hampir sama dengan hari-hari sebelumnya. 

   Tiba-tiba kami terkejut. Terdengar suara seseorang menangis teresak-esak. Seakan suara kanak-kanak degil yang menangis setelah baru saja dipukul oleh ayahnya. Saya mencari-cari suara itu. Rupa-rupanya suara itu dari seorang pesakit. Abang Ayie (bukan nama sebenar) bersungguh-sungguh menangis seperti menyesali dosa besar yang pernah dilakukan dulunya. Kami mendekatkan diri untuk bertanyakan sebab mengapa dia menangis.

"Abang, makan la... kenapa nangis ni?" tanyaku memujuk.

   Dia tidak menjawab. Hanya menggelengkan kepala dan menyambung tangisannya. Kini semakin kuat. Kami cuba sedaya upaya memujuknya untuk makan, tetapi dia menolak tray makanan kepada sahabat di hadapannya. Matanya mula merah, pipinya dibasahi titis-titis penyesalan. Tanpa ingin mengganggu, kami sekadar memerhati kelakuannya. Tetap sama, tetapi...

"Aku rindu mak, aku dah lama tak balik jumpa mak. Korang tau dah 3 tahun aku tak jumpa mak..." keluhan ini yang sempat kami rakam ke dalam benak fikiran masing-masing. 

   Tangisan diteruskan, sehingga pujukan kami langsung tidak diendahkan. Kami sedikit tercengang dengan situasi yang berlaku tengah hari ini. Betulkah Abang Ayie menangis? Abang Ayie adalah seorang pesakit paling ceria yang pernah kami jumpa. Waktu lapangnya diisi dengan nyanyian-nanyian yang menghiburkan. Suaranya amat kuat sehinggakan satu blok WKL boleh dengar suaranya. Dia juga suka bercerita. Satu yang kami tanya, berpuluh-puluh jawapannya. Masuk saja waktu solat, dia akan Azan dengan penuh perasaan dan suaranya dikerahkan seluruh tenaga. 

   Tetapi kali ini, jendela-jendela keceriaan itu seakan-akan tertutup rapat. Langsung tidak memberi peluang kepada cahaya kebahagiaan untuk meresap masuk ke dalam jiwanya. Kesedihan yang teramat dapat kami rasakan. Dia beredar dari dewan makan. Makanannya langsung tidak disentuh kecuali sesuap tembikai sahaja. Dia menyisihkan diri di belakang dinding, dan meneruskan rintihannya di situ. Dengan harapan, ibunya mampu mendengar suara hatinya.

   Sepuluh minit berlalu, dia perlahan-lahan berjalan mendekati kami yang waktu ini sedang berada di kaunter pejabat. Di palang kayu, disembamkan mukanya rapat. Kami sedar, mood untuk Abang Ayie menyanyi datang kembali, tetapi lagu kali ini lain ceritanya. Lisannya hanya mengalunkan lagu-lagu tentang kasih suci seorang ibu. Air mata yang mulanya hanya bergenangan di kelopak mata, kini bercucuran mengalir. Hebat tangisannya. Tafsiran perasaan yang cukup mendalam sehingga mampu menyerlahkan keadaan sedemikian.

   Saya yang memandang tepat pada matanya, pun merasakan turut diheret bersama ke dalam dunianya. Aku juga hampir-hampir mengeluarkan air mata, tapi berjaya di kawal. Dunia lampau yang cukup memeritkan. Amat sedih untuk diungkap. Saya hanya boleh membayangkan apa yang difikirkan oleh Abang Ayie, tetapi perasaan yang sebenar hanya dapat dirasai oleh dirinya sendiri. Aku hanya mampu melihat wajah itu. Wajah penuh penyesalan. Gayanya tak ubah seperti watak isteri kematian suami yang dilakonkan oleh Fauziah Nawi dalam cerita 'Bertaut di Jabal Rahmah'. Tidak ada siapa pun yang boleh menghentikan tangisannya.


Saturday, July 10, 2010

Solat : Amanah Agung

   Kedengaran esak tangis di kediaman Baginda saw. Ramai yang berhimpun di sana. Apa yang berlaku? Rupa-rupanya mereka sedang menangisi (bukan meratapi) kewafatan Sang Nabi Agung, Muhammad saw. Lelaki inilah yang memberi kenal akan mereka tentang Cahaya Islam yang suci. Tubuh yang sedang terbujur kaku inilah yang sewaktu hayat perjuangannya, tak henti menyebarkan kebenaran dan menjamin keamanan. Juga yang telah mengeluarkan mereka dari kepompong Jahiliah kepada sinar indah Aqidah, Syariat dan Akhlak Islamiyah. Tanpa Sang Nabi Agung ini, tidak mungkin mereka akan mengerti makna sebenar kehidupan.

   Dialah pembawa risalah Agung. Terus dari Yang Maha Pencipta dan Pentadbir Alam. Kini, segalanya seolah-olah telah berakhir. Mereka menangisi pemergian Sang Nabi kerana teramat tinggi cinta mereka kepada Baginda. Dulu, insan yang memiliki wajah jernih inilah menjadi tempat rujukan dalam segala hal, sekarang tempat pengaduan itu dirasakan seolah-olah tertutup.

   “Jika kamu menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah pergi meninggalkan kita...kerana Baginda juga Manusia. Akan tetapi jika kamu menyembah Allah, sesungguhnya Allah tetap hidup selamanya...” pujuk Abu Bakar Assiddiq kepada sahabatnya, Umar Al-Khattab.

   Maka berderailah linangan air mata membasahai pipi Sayyidina Umar. Baru dia mengerti makna yang tersirat. Rupanya Rasulullah benar-benar telah pergi meninggalkan alam dunia ini. Tersungkurlah beliau ke tanah. Pedang yang dipegangnya sebagai ugutan untuk membunuh sesiapa yang mengatakan Sang Nabi telah wafat, terlucut dari genggaman tangannya. Segalanya luluh. Berlutut menghadapkan wajahnya ke tanah. Seakan jantungnya direntap. Subahanallah...begini hebat cinta seorang sahabat pada Baginda saw.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails