Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Showing posts with label bacaan. Show all posts
Showing posts with label bacaan. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Ingin Selamanya BerSujud

Fuhhh2..~ pertama sekali nak tiup dulu habuk-habuk yang ada kat sini..
Terasa memang lama sangat-sangat dah tak update blog. Nak nulis, tapi tak nak.. em..ntah ler labu. Ting tong kot..hehe. Bila habuk dah takder.. jadi boleh la kita terus kepada tajuk.

Tajuk yang dipilih kali ni, - Ingin Selamanya BerSujud.

Ada sahabat yang tanya.. kenapa?

Seringkas mungkin aku menjawab, kerana...

Pertama - Ia adalah perintah Allah ke atas setiap anak Adam yang beriman..
     Manusia yang percaya adanya Tuhan pastinya akan merasakan bahagia ketika dalam sujudnya. Kerana pada saat itulah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.
     Seharian kita terpesona dengan ajakan dunia, maka tiba saat kita memperuntukkan masa untuk 'bertemu' Sang Pencipta. Rugilah kalau watku yang sedetik tu kita sia-siakan.. (--.")

Kedua - Ingin sentiasa merasakan bahawa diri ini hamba dan 'Dia' adalah Tuhan...

Tuesday, May 17, 2011

Permulaan Cinta

Salam muhasabah.. salam mujahadah..

tak sabar nak ada kereta sendiri...
Hari ni memang tak plan nak pergi mana-mana. Sementelah dengan poket yang dah kering kontang. Jadi, kerja aku hanyalah mengadap encik laptop ni la. 

Dulu aku duk menyumpah-nyumpah laptop ni sebab kelajuan lariannya macam siput sedut. Tapi sekarang alhamdulillah.. kelajuannya dah boleh fight kelajuan kereta PROTON Persona 1.6 Elegance..

eh, kenapa PROTON Persona? Suka hati aku lah...hik hik...

Itu kereta yang aku cadang nak beli nanti kerja la..PROTON.. sekarang di peringkat student, cukup la pakai HONDA ni jer.
Kenapa.. tak percaya aku pakai HONDA??

Honda Wave 125 la!! mat rempit pun tak guna motor ni..haha.

Dah dah.. kang panjang pulak ceritanya.

Hari ni, mood agak tenang dari sebelum-sebelum ni. Sebab sebelum ni asyik fikir nak bebaskan diri dari kurungan penjara Exam. So, sekarang.. Alhamdulillah.. aku bebas! tapi tidak 100% la..sebab result belum kelaur lagi..

So, melihat kepada tajuk.. Permulaan Cinta.
Bagi korang, cinta ada permulaan tak? Kalau ada..macam mana? cuba kongsikan kat sini..

Thursday, March 10, 2011

'Bagaikan Puteri' diFilemkan...

Salamullahi'alaikum...
(entri santai.. masih dalam mood rehat dan rawat)

Bagi peminat novel Ramlee Awang Murshid, kompem akan terbeliak bijik mata baca tajuk entri aku.. Usahkan korang, aku sendiri yang tengah menulis ni pun terbeliak jugak bijik mata.. 0_0 ish ish ish...besornye mate!! hrmmm...

Tak nak tanya aku ker dapat dari mana cerita ni? Tanya la aku..tanya la aku! ..hehe~

Sebelum disoal oleh penyoal-penyoal sekalian.. aku habiskan ayat tajuk entri di atas..
kalau novel 'BAGAIKAN PUTERI' DIFILEMKAN kan best..hihik.. (begitulah tajuk sebenarnya. Aku memang nak tulis penuh, tapi tajuknya panjang sangat. tak cukup ruang..)

Maaf yer. tak sengaja...
bukan niat nak tipu-tipu, tapi...
                              ...takder tapi-tapi..hik3.

hrmm..yelah. Terus terang..sebenarnya, aku baru lepas tengok trailer Hikayat Merong Mahawangsa kat youtube. Hebat memang hebat! Syabas buat KRUstudios!

Aku ni sebenarnya bukanlah minat sangat nak tengok movie. Movie-movie dalam external HD aku pun tak tertengok.. Cuma aku ni jenis yang sensitif sikit bila dengar orang cakap cerita 'berkenaan' best, mantop dan sama waktu dengannya. Bukan sensitif apa, sensitif untuk nak tengok..hihi.

Macam cerita Hantu Kak Limah dengan Ngangkung la.. Bila ramai orang duk sebut-sebut, baru aku tengok. Kira terkebelakang jugak la..hehe~ (aku belum pernah melabuhkan punggung di mana-mana panggung..) ^_^

Apa kaitannya dengan tajuk entri ni?

Tuesday, January 25, 2011

TB bukan kawan!

Salamullahi'alaikum...

Sekarang aku kat dalam makmal Klinik Kesihatan Bagan Serai, Kerian.
Sempat jugak aku menulis yer? hehe... sempat la sebab dah takder pape yang nak dibuat.
Tiba-tiba pulak dapat tahu yang KK ni ada wifi, apa lagi.. serbu!!! hik3..

Aku nak tulis sikit jer sebab masa untuk online tak boleh lama-lama. Nanti ada yang bising...
Sakit telinga... ^_^ hehe..

Cerita aku ni macam simple, dan mungkin membosankan..tapi sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu jaga-jaga sebab apa yang aku nak kongsi berkenaan kesihatan kita. Kalau tak kena takper, tapi kalau dah kena..huhu~ merana sampai bila-bila.

First..syukurlah kalau korang tak pernah ambil dadah. 
(maksud aku bukan drug addict la...hehe, kalau setakat ambil panadol, aku pun selalu jugak.. :P)
Bukan per, sebab kalau dah masuk benda yang bukan-bukan dalam tubuh kita, kompem sistem pertahanan tubuh kita akan jadi lemah. Ibarat sebuah negara yang meletakkan askar yang tak bermaya (takut bini mungkin..hik2), agaknya negara kena serang pun, diorang buat dek jer... kan? hmm...

Sebenar-benarnya... untuk entri kali ni, aku nak sarankan kat korang atau siapa-siapa lah yang korang kenal sama ada keluarga atau sahabat korang yang mempunyai tanda-tanda seperti di bawah... Sila terus rujuk ke Klinik Kesihatan atau hospital terdekat (sebelum terlambat). Takut-takut, kita terkena jangkitan makhluk halus yang bernama Mycobacterium tuberculosis.

Makhluk halus ini adalah datang dari keluarga bakteria (bukan virus). Dia bukan makhluk alam ghaib walaupun halus. Jadi kita boleh nampak 'mereka' ni melalui mikroskop. Kalau guna mata kasar, makhluk halus ni akan gelak-gelak kat korang! hehehe....sebabnya kompem tak nampak.

Tuesday, December 21, 2010

Sesaat sahaja lagi!

Salamullahi'alaikum...

     Sekadar berkongsi cerita. Tengah sembang-sembang sesama keluarga, tiba-tiba adik mengajukan soalan berbentuk cadangan, "Abah, nanti kalau hari kiamat, kita jangan pergi mana-mana lah. Kita duduk jer diam-diam dalam rumah, nanti kita selamat... emm..boleh tak?" Abah menjawab sambil tersenyum, "Adik, kalau dah kiamat nanti, rumah kita pun hancur lebur lah...hehe." Semua tergelak, adik pun ikut sama. "Hihihi...adik dah tau la bah, adik saje jer," adik bijak menamatkan bicara.

     Semakin hari semakin advance soalan-soalan yang ditanyakan oleh adik. Sehinggakan abah, ummi, kakak malahan aku sendiri pun teragak-agak dan termenung panjang untuk menjawab soalan yang diajukan. Walaupun umurnya baru ingin memasuki alam persekolahan sebenar, tetapi gaya berfikir dan percakapannya mengalahkan orang dewasa. Tahun depan, adik akan memasuki darjah 1. Apalah nasib ustaz atau ustazah yang akan mengajar kelasnya nanti. Semoga sudah bersiap sedia dengan segala jawapan yang penuh hikmah.

     Sedar atau tidak, itulah mesej ringkas dari adik. Siapa tahu mungkin Allah yang menggerakkan lisan adik untuk memberi ingatan (takirah) kepada kami dan kita semua berkenaan hari kiamat. Dari apa yang kita tahu dan faham, hari kiamat itu dahsyat dan mengerikan. Dan yang pasti hari kiamat itu akan tetap berlaku walau apa sekalipun cara yang kita lakukan untuk mengelakkannya. Maka, setiap kerja yang kita lakukan di dunia ini perlu berada pada landasan yang benar mengikut Syariat. Jangan dilanggar pantang larang, kelak menyesal bukan kepalang.

     Sebagai pelengkap kepada episod fikir ini, mari sama-sama kita melangkah masuk ke taman-taman zikir. Di sana tempat berhimpun mereka-mereka yang benar-benar beriman dengan rukun Iman yang kelima ini. Kita buka minda dengan fikir-fikir ilmiah, kita basahkan lidah dan tenangkan hati dengan zikir-zikir ilallah. Semoga di sana terkandung ibrah dan pengajaran yang baik untuk kita meneruskan baki kehidupan yang mungkin tinggal 'sesaat' sahaja lagi!

Friday, December 10, 2010

Al-Quran masih diturunkan?

Salamullahi'alaikum...

     Salam diskusi buat semua pembaca yang dikasihi lagi disayangi. Sudah pasti kita berbangga jika kita mempunyai sahabat yang baik. Baik budi akhlaknya, tutur bicaranya, santun pergaulannya dan sebagainya. Dengan adanya sahabat seperti itu di sisi kita, setiap langkah perjuangan kita akan terasa roh kekuatannya. Sedikit pun takkan goyah. Saat mara kehadapan, dia membisikkan kata semangat. Tika jatuh, dia menghulur tangan pada kita lalu memapah seiringan supaya kita kembali bangkit meneruskan sisa-sisa perjuangan.

     Mencari kawan yang ramai, tidak menjadi masalah besar berbanding mencari seorang sahabat yang sejati. Kawan ada macam-macam jenis dan rupa. Baik buruknya masih terselindung di sebalik tabir penglihatan kita. Sebab itu wujudnya istilah, 'kawan makan kawan'. Belum pernah kita terdengar 'sahabat makan sahabat'. Oleh sebab itu, jelaslah mengapa kawan yang seribu lebih senang di cari berbanding sahabat yang satu.

     Pernahkah kita terfikir untuk menjadikan Al-Quran sebagai sahabat baik yang paling rapat dengan kita? Jika belum terfikir, mari kita selongkar dan sama-sama fikirkan rahsia yang terhimpun di sebalik mukjizat Al-Quran. Kemudian, terpulang pada kita untuk menilainya sama ada Al-Quran layak dijadikan sebagai sahabat atau hanya kawan, ataupun musuh!

Al-Quran Diturunkan Sepanjang Zaman

     Mengapa dikatakan Al-Quran masih diturunkan sedangkan Rasulullah telah lama wafat? Bahkan ia telah pun dibukukan dalam sebuah kitab dengan pelbagai mushaf mengikut zaman dan tempatnya tersendiri. Inilah yang perlu kita cungkil dari Mukjizat yang terbesar ini. Cuba kita lihat dari sudut bahasa Al-Quran sahaja. Betapa hebatnya bahasa Arab yang telah dipilih oleh Allah sebagai bahasa Al-Quran.

     Berbeza dari kitab suci agama lain yang hanya berlaku untuk masa yang terbatas, Al-Quran diturunkan untuk jangka waktu yang tak terhingga bahkan ianya akan tetap turun sampai datangnya kiamat. Maka bahasa yang digunakan Al-Quran haruslah bahasa yang tetap digunakan oleh umat manusia sepanjang zaman.

     Kenyataannya, sejarah manusia belum pernah menjumpai sebuah bahasa pun yang tetap kekal sepanjang sejarah. Setiap bahasa punya usia, selebihnya hanya tinggal peninggalan sejarah. Bahkan bahasa Inggeris sekalipun masih mengalami perkembangan sejarahnya. Maksudnya, bahasa Inggeris yang digunakan pada hari ini jauh berbeza dengan bahasa yang digunakan oleh orang Inggeris di abad pertengahan. Kalau Ratu Elizabeth II masuk ke mesin waktu dan bertemu dengan datuknyanya, King Arthur, yang hidup di abad pertengahan, mereka tidak mampu berkomunikasi, walaupun sama-sama penguasa Inggeris di zamannya. Mengapa?

Thursday, December 2, 2010

Bacaan : Andai Syurga & Neraka Tidak Ada

Salamullahi'alaikum...

Alhamdulillah, setinggi syukur ku persembahkan hanya padaMu Ya Allah, Tuhan sekalian alam.

Al-kisahnya...
Minggu ini adalah minggu yang amat mencabar buatku dalam sepanjang perjalanan kehidupan. Perjalanan hidup meniti jambatan-jambatan rapuh menuju alam kedewasaan. Inilah namanya kehidupan. Ada hitam dan putihnya. Ada yang warna warni dan ada juga yang langsung tiada warna. Semuanya telah disusun oleh Sang Khaliq Rabbul 'alamin. Pentasnya adalah hamparan Alam Dunia yang serba luas dan pelakonnya adalah manusia hamba yang berpangkat khalifah.

Selama ini kita hidup hanya berbekalkan sebuah guni kecil. Kegunaannya adalah untuk mengisi seberapa banyak mungkin amalan yang ingin kita bawa ke alam berikutnya. Tugasan yang diberikan adalah sama bagi setiap hamba iaitu 'kerjakan amal kebaikan, dan tinggalkan amal yang buruk'. Itulah kunci kepada kotak Iman dan Taqwa. Bagi siapa-siapa yang dapat membukanya, maka beruntunglah hidup Dunianya apatah lagi Akhiratnya.

Namun persoalannya,
Kita mendirikan ibadah kerana inginkan Syurga, menjauhi dosa kerana takutkan Neraka. Andai Syurga dan Neraka tidak ada, adakah amalan kita masih kekal sama?

Inilah persoalan yang mungkin pernah kita dengar dari pengajian-pengajian kitab atau mungkin juga melalui sembang petang di warung kopi. Kali ini, persoalan ini dijadikan muka hadapan sebuah buku ilmiah karangan Wawan Susetya (Nama Pena : Muhamad Hassan Basri). Tajuk buku yang dimaksudkan adalah ANDAI SYURGA & NERAKA TIDAK ADA. Dengan warna yang memukau dan tajuk yang mampu menjentik ruang fikir, sudah pasti ia mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Secara tidak langsung, buku ini menjadi pilihan penggemar buku-buku motivasi Islam.

Membelek helaian kulitnya, tersisip sebuah kata-kata luar biasa yang pernah diluahkan oleh seorang 'insan luar biasa'. Siapa yang tidak kenal dengan pemilik nama indah, Rabiah Al-Adawiyah. Ketua waliyullah dari golongan sayap kiri pejuang-pejuang agama Allah. Beliau berkata...

"Ya Allah, sekiranya aku menyembahMu kerana takut kepada Neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembahMu kerana mengharapkan Syurga, campakkanlah aku jauh dari Syurga. Namun sekiranya aku menyembahMu semata-mata demiMu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan WajahMu yang abadi kepadaku."

Subhanallah, Maha Suci Allah...
Kata-kata ini mampu menggegarkan jiwa hamba yang menagih rasa berTuhan. Terdengar esak tangis kecil sang hati, akibat terkenangkan dosa-dosa silam. 'Zaman kejahilan' diri membawa hati jauh dari pengabdian hamba pada Tuhan. Betapa hinanya sejarah silamku.

Saturday, October 2, 2010

Kata-Kata Indah (Motivasi Diri)

Salamullahi'alaikum...

     Sekadar perkongsian. Kata-kata yang saya muatkan di bawah ini adalah hasil sedutan, pengalaman, perbincangan, dengar-dengar dan pentafsiran dari kisah sepanjang kehidupan ini. Kata-kata motivasi dan kesedaran ini telah saya muatkan dalam 'status' Perisai Mahkota di facebook. Tiada lain tujuan, kecuali sebagai perkongsian dengan teman-teman di ruangan maya. 
    
     Untuk itu, saya merasakan perlu untuk dikumpul kembali kata-kata indah tersebut ke dalam blog Perisai Mahkota ini. Sebagai langkah berjaga-jaga supaya nota-nota ringkas itu tidak hilang. Sama-sama kita ambil ibrah darinya...

Friday, October 1, 2010

Mengenal Diri Sendiri

Salamullahi'alaikum...

     Sudah lama benar rasanya saya tidak menulis. Blog ini hanya mampu ditinjau, tak kira jarak jauh mahupun sedekat mungkin. Bukan sebab kekeringan idea untuk ditulis tetapi kemungkinan atas alasan kesuntukan masa. Sememangnya sejak akhir-akhir ini saya terasa tiada kekosongan masa yang panjang untuk mengarang sebuah cerita atau nota perkongsian. Sekadar mampu difikir dan ditafsir di dalam benak, tanpa mampu diluahkan dalam bentuk lisan mahupun tulisan. 

     Untuk kali ini, saya hanya mampu kongsikan apa yang orang lain tulis. Terimalah, Mengenal Diri Sendiri.
     ORANG yang bijaksana berkawan dengan melupakan kepentingan dirinya, sebaliknya orang yang tamak berkawan dengan tidak melupakan kepentingan dirinya. Persoalan besar yang perlu dijawab, adakah anda mengenali diri anda sendiri? Mengenali diri merupakan perkara pokok bagi setiap individu yang ingin berjaya. Berjaya sebagai insan memerlukan anda berubah daripada perkara yang tidak baik kepada perkara yang lebih baik.
Perubahan yang ingin dilakukan memerlukan anda merenung sejenak tentang siapa anda.
     Memikir dan menganalisis secara jujur tentang perilaku, tabiat dan keperibadian diri. Mengenal diri sendiri boleh dicapai melalui penganalisaan yang dibuat secara ikhlas dengan niat untuk membaiki diri. Mengenal diri tidak akan sempurna tanpa mendengar pandangan atau pendapat orang di sekeliling kita. Kesanggupan menerima kritikan, pandangan atau teguran akan dapat menjelaskan keadaan diri kita yang sebenar. Anda mungkin boleh bertanya:
· Apakah kekuatan anda?
· Apakah Kelemahan anda?
· Apakah cita-cita anda?
· Apakah kehendak anda?
Proses mengenal diri tidak boleh terhenti setakat itu sahaja. Kita sering mendengar rakan pekerja mengesahkan tentang keadaan mereka seperti berikut:
· Saya memang pemarah
· Saya seorang yang pendiam
· Muka saya sememangnya masam
· Saya sukar bergaul dengan yang baru dikenali



Friday, September 17, 2010

Bacaan : Cipta Syurga Hati & Tentang Cinta

Salamullahi'alaikum...

     Alhamdulillah. Setinggi syukur semulia kalimah yang mampu di luahkan.Syawal kian berlalu seusia angin bayu. Kemeriahan yang dirasakan semakin hari semakin reda. Bukan kerana Syawal kali ini suram mahupun muram, tetapi begitulah adat resam sunnatul hayah (adat kehidupan). 

     Pun begitu, kicau burung dan alunan irama alam masih bernyanyi riang seperti sebelumnya. Indah tak pernah punah. Irama asli ciptaan Tuhan ini tiada siapa yang mampu mengalahkannya. Ia teramat menenangkan. Bagi yang bahagia, mendengarkan kemerduan alam ini menambahkan lagi seri warna warna kehidupan. Yang berduka tatkala gundah, suara-suara riang sang burung mampu menenangkan hati walaupun lirik bibir sukar membentuk senyuman.

     Inilah antara bahasa-bahasa alam yang perlu kita terokai. Dari bacaan, pendengaran, penglihatan, bau mahupun sentuhan. Sastera semulajadi ciptaan Tuhan ini menyimpan lenggok dan kiasan cerita tersendiri. Justeru mampu membahagiakan sang duka lara. Apabila bahagia menerjah ke ruang hati, kesan tinggalan resah kian musnah sedikit demi sedikit. Walaupun saki bakinya masih ada, tapi kesan yang hanya tinggal selepas itu cuma sedikit. Tidak sekental sebelumnya. Begitulah adat kebiasaannya.

     Maka setelah kebahagiaan diperolehi, akan terciptalah syurga hati. Syurga itu menjadi idaman setiap insan yang berakal tak kira dia adalah 'manusia besar' atau 'manusia kecil'. Golongan atasan mahupun bawahan, semuanya menginginkan terciptanya Syurga Hati (ketangan hati). Jika wujud syurga itu, timbul lagi keinginan untuk mengekalkan rasa bahagia. Kalau boleh untuk selamanya. Tak mahu lagi mencipta pondok buruk lagi busuk dalam ruangan hati. Yang ada hanya rasa inginkan tercipta sebuah mahligai indah yang kekal sehingga mati.

Bacaan

     Cipta Syurga Hati adalah sebuah buku indah karangan motivator terkenal tanah air, Dr HM Tuah Iskandar. Beliau mengolah sesuatu penceritaan bertepatan dengan situasi masyarakat sekarang. Bagi yang telah mambacanya, saya rasa ulasan kita berkenaannya hampir sama. Penulisannya membawa kita meletakkan diri kita pada tahap terbawah, supaya kita mengenang kembali asal wujudnya kita di bumi Allah ini. Kembali diingatkan tentang tugas dan peranan kita, siapa kita dan untuk apa kita disini [?]. Kemudian penulis mengangkat kita dari satu tahap ke tahap berikutnya sehingga sampai membawa kita ke daerah yang tertinggi sesuai dengan kemampuan kita. Maka di situ, kita akan kembali beroleh semangat untuk meneruskan kembara hidup. Membina kecekalan hati untuk mencipta sebuah 'syurga' indah di sebuah negara yang dikenali sebagai HATI.


     Buku kedua yang sempat saya baca adalah berkenaan dengan cinta. Apa itu cinta? Siapakah yang layak bercinta? Bagaimana untuk memperoleh Cinta dan apakah cara untuk mengekalkan rasa Cinta itu? Jika putus cinta, apakah penawarnya? Ini antara soalan-soalan awal yang biasa mahupun luar biasa yang diajukan kepada siapa yang telah membelek buku 'Tentang Cinta' ini. Seperti biasa, penulis buku tersebut adalah Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Beliau telah saya nobatkan sebagai idola dalam bidang penulisan dalam hati saya. Tulisannya mampu menggetarkan jiwa saya. Saya yakin, ini jualah yang dirasakan oleh peminat tegar tulisan beliau.

     Apabila penulis ikhlas melontarkan kata, maka ketenangan dan 'resapan langsung' akan terkesan tepat pada hati. Hati yang bergejolak akan terpujuk dengan keindahan kata-katanya seraya terasa damai haruman ketenangan. Buku Tentang Cinta ini merupakan cahaya petunjuk bagi sang muda mudi yang belum, akan sudah mahupun telah lemas dalam lautan percintaan. Cinta muda mudi mempunyai seni yang tersendiri. Berbeza cerita cinta muda mudi sekarang dengan zaman muda mudi mak ayah kita. Perbezaan inilah yang menyebabkan perlunya panduan dan nota baru sebagai petunjuk jalan. Jika tidak, kita akan terus hanyut dalam alur kesesatan. Na'uzubillah...

Bacalah

     Justeru, saya sarankan bagi sahabat pembaca blog Perisai Mahkota yang ingin mecipta Syurga Hati, buku Cipta Syurga Hati boleh dijadikan sebagai 'manual' dalam menjadikan kunci kepada pintu 'syurga hati'. Dan bagi sahabat sekalian yang terasa ingin bercinta atau telah 'tewas' dalam cinta, pilihlah buku Tentang Cinta ini sebagai bahan bacaan seterusnya dikerah seluruh keringat untuk diamalkan dalam hidup seharian. InsyaAllah... Allah akan bantu kita atas usaha keras kita. Allah tidak zalim dan tak mungkin zalim. Hanya manusia yang menzalimi diri sendiri kerana berterusan meletakkan diri dalam kancah kejahilan.
Barakallahulakum...aminn.

~perisai mahkota

Saturday, August 21, 2010

Bacaan : Aku Terima Nikahnya

Salamullahi'alaikum...


 
     Alhamdulillah. Pencarian Ramadhan pada tahun ini banyak ditemani dengan buku-buku ilmiah karangan penulis-pebulis hebat tanah air. Dan hari ini, saya beru selesai ‘menutup’ sebuah buku indah yang bertajuk AKU TERIMA NIKAHNYA. Buku karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, pemilik blog saifulislam.com. Syukur kepada Allah, kerana tulisan beliau banyak memberi kesedaran kepada saya betapa beratnya perjalanan menempuh alam rumah tangga.

     Nyata perasaan 'cinta' ini amat sukar dielak. Pernah ditepis berkali-kali, tetapi ia hadir kembali dengan perasaan yang lebih halus. Damai terasa. Mungkin ini ketenangan sebenar, atau hanya bujukan Syaitan yang menginginkan hati ini tersasar jauh dari landasan perjuangan. Ya Allah, tetapkanlah hatiku ini di atas jalanMu...

     Jelasnya, perkahwinan bukan hanya ikatan hati dua insan yang sedang bercinta, tetapi rasa kesediaan memikul beban amanah yang lebih berat! Tidak dinafikan ia teramat berat. Tak mampu untuk difikirkan dengan semudah kata-kata. Tak bisa untuk diungkap dengan hanya lakaran dakwat hitam putih atas sehelai kertas. Akan tetapi, rasa hati perlu diheret sama dalam merungkai gejolak jiwa ini. Sehinggalah tangisan yang jelas membuktikan bahawa diri teramat perit menempuh segalanya.

     Berkali-kali mata dipejamkan, memikirkan bagaimana saat menempuh hari akan datang. Waktu di mana akan saya zahirkan pada lafaz, ‘Aku terima nikahnya...’. Astaghfirullahal’azim. Genggaman tangan si ‘ayah’ sudah pasti akan menggugah perasaan. Saya khuatir jika tidak terdaya untuk melakukannya. Bukan asbab tidak mampu menyempurnakan ijab qabul, tetapi tak daya untuk melangkah ke alam yang berguni-guni bebannya. ‘Apakah aku mampu ya Allah?’

     Pernah jua aku ingin melepaskan perasaan ini. Kerana merasakan terlalu awal untuk menyentuh soal hidup di alam rumah tangga. Akibat diri belum bersedia. Masih banyak yang perlu disempurnakan. Soal keluarga, sahabat, pembelajaran, kemudian kerjaya dan sebagainya. Namun aku cuba berpegang pada kata-kata dalam sebuah bahan bacaan yang pernah kuselak isinya, bahawa perasaan bersedia akan datang apabila kita sendiri menjengah masuk ke alamnya. Sekarang bukan masa untuk berfikir di luar kemampuan!

Tuesday, August 17, 2010

Bacaan : Denyut Kasih Medik

Salamullahi'alaikum...

     Alhamdulillah. Tepat jam 11.15pagi tadi, sempat juga saya menghabiskan sebuah novel yang diberi judul Denyut Kasih Medik. Novel luar biasa ini sudah pasti dikarang oleh insan yang punya jiwa luar biasa. Terima kasih buat penulis, Dr. Farhan Hadi atau boleh saja saya letakkan namanya sebagai Ustaz Farhan Hadi. 'Allah telah menggerakkan hatimu dalam menghasilkan sebuah mutiara tinta yang paling berharga buat kami'.

     Perubatan adalah jalan perjuangan dakwah bagi saya dan para sahabat. Namun, agak jauh untuk kami menggapai gelaran doktor. Sejak berkurun, profesion kami dikenal sebagai 'dresser' atau MA (medical assistant). Tapi kini telah diubah nama bagi menyerlahkan bidang tugas kami yang sebenar. Maka kami dikenal sebagai AMO (assistant of medical officer). InsyaAllah...akan datang. Buat masa sekarang kami cuma pelatih atau lebih biasa lagi disebut hanya pelajar.

Ulasan Novel

     Saya teruja saat membaca novel ini. Bukan hanya pada awal penceritaan atau pertengahan, tetapi setiapa helainannya. Bermula dari kulit depan sehinggalah pada penutupnya. Gaya penceritaannya cukup bersahaja diselang dengan bunga-bunga sastera yang langsung tidak saya terfikir ia wujud pada seorang insan yang berjiwa sains. Kekadang terfikir, adakah benar penulis ini seorang doktor atau sebenarnya seorang sasterawan sebaris dengan A.Samad Said atau novelis terkemuka seperti Ramlee Awang Mursyid. Indah sekali kata-katanya, dalam sekali sulaman maknanya...

     Dilema seorang doktor yang baru ingin menjejakkan kaki ke dunia perubatan sebenar, menjadi point utama dalam novel ini. Watak utama dalam kisah ini, Dr. Muslih telah melalui bermacam-macam dugaan dalam merealisasikan sebuah impian. Bukan mudah menghadapi segala bentuk dugaan. Stress adalah perkara biasa yang perlu dirasakan. Maki hamun, sumpah seranah menjadi modal biasa dalam setiap latihan termasuklah dunia perubatan ini. Namun semuanya dapat dikawal dengan baik oleh Dr. Muslih. Di sinilah letaknya sifat sabar seorang da'i.

     Zikir tidak putus-putus dialunkan dalam hati hatta linangan air mata pun turut sama ingin mengambil tempat. Inilah cebisan perasaan yang dapat saya kongsikan apabila sampai pada part-part yang mampu menggetarkan jiwa. Ketenangan dirasakan. Sesekali, dosa silam kembali membungkam melilit segenap bahagian tubuh. 'Ya Allah, ampunkan aku'. Maka, sejurus kemudian, kebahagian pula yang datang bertamu dalam hati kecil ini.

     Sepanjang pengisian novel, penulis telah banyak menghuraikan beberapa permasalahan perubatan berdasarkan sudut pandang ilmu fiqh ibadah. Maka dirangkum kemas menjadi satu ilmu khusus, Fiqh Perubatan. Buku ini juga seakan-akan 'mini kitab' fiqh perubatan yang senang di bawa ke mana-mana. Jika kalian punya masa dan berminat untuk mencungkil bersama mutiara berharga darinya, saya fikir sudah tiba masanya untuk kalian memiliki novel ini.

     Cinta insan, disebut jua kunci sebuah syurga dunia. Perasaan ingin mencinta dan dicintai memang sudah difitrahkan ke dalam setiap hati-hati manusia. Rasa ingin memiliki dan dimiliki. Namun, bagaimana caranya? Dalam Islam telah digariskan berkenaan tertib dan tatasusila pemilihan seseorang yang bakal menjadi teman hidup. Perkenalan, pertunangan sehinggalah kepada penyempurnaan lafaz Aqad. Segalanya telah sempurna digarapkan dalam simpulan ilmu fiqh munakahat. Maka, sekali lagi novel luar biasa ini telah menjelaskan garis panduan yang sebenar dalam mendirikan sebuah Bait Muslim. Subhanallah, indahnya cinta dunia jika dihiasi damai kewangian kasihNya.

     Sekarang, pilihan terletak di tangan kalian. Sekali lagi saya tidak memaksa, cuma besarlah hati saya jika kalian mampu mengambil pedoman dan panduan dari novel ini. Pastinya, kalian takkan rugi. Selamat membaca. Jangan lupa, selami lautan ilmu yang kalian perolehi nanti dengan fikir dan zikir. Jangan berhenti, tapi teruskan walau dalam keadaan merangkak!

 Bait Muslim yang diimpikan. Foto penulis, Dr. Farhan Hadi, zaujah dan anak.
     'Teringin juga untuk membaca sebuah novel psikiatri atau psikologi yang dibahas dari sudut pandang Islam. Moga-moga di sana akan lahir seorang doktor psikiatri atau pakar psikologi yang melakar tinta emas berkenaan dengannya. Saya kira sudah ada, tapi hati kecil ini inginkan yang lebih mendalam dan banyak teori-teori oleh pakar psikologi Islam yang baharu. InsyaAllah...'
     

~perisai mahkota

Friday, August 6, 2010

Bacaan : Nota Hati seorang Lelaki

 Salamullahi'alaikum...

Hati seorang lelaki...
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki...
jika jiwamu tulus kerana ILAHI
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!

   Alhamdulillah... Sekali lagi, buku karya Ustaz Pahrol telah selamat kukhatamkan. Namun hanya sekadar khatam pada bacaan, sedikit pada rasa, belum tentu lagi pada amalan. Akan kuusahakan seluruh kudrat yang ada, untuk mencorakkan lagi panorama indah sepanjang perjalanan di atas jalan kehidupan seperti yang dikhabarkan dalam naskhah ini.


   Seperti karya lainnya, buku ini jua tampak 'biasa' tapi olahan makna pada susun atur katanya mampu mengangkat ia menjadi sebuah naskhah yang 'luar biasa'. Sudah pasti, sang penari penanya juga punya ilmu, iman dan amal yang luar biasa. Jika tidak, agar payah untuk merasakan kedamaian dan ketenangan saat membelek lembaran halus tulisannya.

   Terkadang, timbul cemburu di hati. Ingin sekali aku ditempatkan sebaris dengan ustaz, juga motivator dakwah yang lain. Tetapi, aku sedar akan kekurangan diriku. Belum sampai masanya untuk aku ke tahap itu. Kelemahanku masih bertimbun. Masakan Allah membiarkan aku menyampaikan apa yang belum kusematkan pada diriku sendiri.

   Aku semakin merasakan kekuatan dalam meniti usia dewasa ini, bagi memenuhi ruang waktu dalam perjalanan mujahadah yang ternyata panjang. Aku sedar, ilmuku masih tidak seberapa, amalku juga tak kemana. Aku malu pada Allah, aku malu pada Rasulullah dan aku malu pada diriku sendiri.

   Umumnya tahu, bahawa setiap dari kita adalah pemimpin. Ini bererti, kitalah pemegang amanah dari Yang Maha Agung. Sekurang-kurangnya menjadi pemimpin bagi diri sendiri. Lebih-lebih lagi, bagi yang bernama Lelaki. "Ar Rijal (lelaki) lebih tinggi martabatnya dari An Nisa' (wanita)". Maka, terpikullah berguni-guni amanah yang terpaksa digalas oleh si lelaki. Bukan bermaksud Allah itu zalim pada hambaNya, tetapi tugasan-tugasan ini telah diagihkan selaras dengan daya kemampuan jenis makhluknya.

   Bagi sahabat pembaca yang bernama lelaki, saya cadangkan kalian cuba miliki buku ini dengan segera. Sedikit sebanyak, ia mampu menyegarkan ruang fikir dan zikir kita untuk berusaha menjadi yang terbaik. Sama ada pada diri sendiri, keluarga, sahabat juga masyarakat. Sebagai gambarannya, di dalam naskhah ini terhimpun gugusan kisah-kisah tarbiyyah seorang Anak, Suami, Ayah dan Da'i.

   Jangan lepaskan peluang ini! Mungkin dengan selesai membacanya, kalian akan kembali merasakan pancaran sinar Iman yang telah lama malap. Justeru, tulang empat kerat akan dikerah sepenuh tenaga untuk berusaha menjadikan diri kita sebagai anak yang Soleh, Suami mithali, Ayah yang berjasa dan seterusnya Da'i yang beriman dan bertaqwa.

   Sahabat sekalian...Inilah masanya untuk kita berubah!


~perisai mahkota

Friday, July 30, 2010

Bacaan : Di mana DIA di Hatiku?

Salamullahi'alaikum... Salam Mujahadah.

     Hari berganti hari, terbenam bulan diganti sinar sang mentari. Helaian demi helaian kuselak, akhirnya selesai kukhatam hingga penamatnya. Namun isinya belum sempat kusalurkan sepenuhnya ke ruangan praktikal kehidupan. Pengisiannya cukup menarik. Mampu membakar semangat mujahadah, mampu memadam api resah semalam. Kini ku sedar, kehidupan bukanlah gelanggang permainan semata-mata.


    Aku terus melangkah, meneruskan saki baki jalan mujahadah. Entah di mana penghujungnya jalan ini, aku sendiri tidak tahu. Sebab aku baru saja memulakannya. Masih banyak yang perlu kutempuh. Jatuh bangunku disini! Namun, itu tidak terlalu merisaukan hatiku, kerana ia adalah asam garam kehidupan yang sewajibnya kutelan. Lebih aku khuatiri, jika aku berterusan rebah tanpa mampu berdiri lagi di 'sana' (Akhirat). Na'uzubillah...


     Terima kasih kepada ustaz Pahrol, kerana atas usaha murnimu, telah sedikit sebanyak mengetuk ruang fikirku. Justeru, hatiku turut terkesan. Fikirku selama ini kotor, hanyut, dan penuh kepalsuan. Jika fikirku punah, apatah lagi dengan zikirku. Segalanya musnah kerana aku leka dalam buaian nafsuku sendiri.

     Dengan perkongsian ilmu dan pengalaman ustaz dari naskhah biasa (yang laur biasa) ini, aku telah kembali membuka mata yang selama ini 'sengaja' aku pejamkan. Bukan kerana aku masih anak kecil yang baru dilahirkan, tapi aku adalah si lewat usia yang senantiasa hanyut dalam dunia fana'. Maka, segalanya membuat aku terpejam. Bukan sehari dua, tapi tersangat lama. Aku dilalaikan oleh tipuan dunia tanpa menyedari hakikat kebenaran. Yang salah kuanggap betul dan begitulah sebaliknya.




     Bagi sahabat yang masih meletakkan diri di medan peperangan HATI, dan ingin sekali keluar dari kekalutan tersebut, saya sarankan supaya kalian teruslah manfaatkan masa yang terluang dengan membelek dan menyerap mutiara berharga dari buku ini. 'Di Mana DIA di Hatiku?'. InsyaAllah..jika ikhlas niat kalian untuk mencari jawapan di sebalik ribuan persoalan, buku ini mampu membantu. Apapun, jangan dinafikan kuasa Allah.

     Jika semboyan peperangan HATI masih bersahutan, serahkan segalanya pada Sang Pencipta. Adukan segalanya pada Rabb Yang Maha Sempurna. Kerana Dia yang mengamanahkan HATI ini untuk kita miliki. Jika kita lah pemilik yang bertuah itu, maka hiasilah HATI itu dengan fikir dan zikir. Mudah-mudahan segala persoalan hati akan terjawab.

    
~perisai mahkota


Friday, July 23, 2010

GANGGUAN PERSEPSI : DELUSI

Salamullahi'alaikum...


"Kamu, berikan saya contoh-contoh DELUSI yang kamu tau!"


   Inilah arahan yang pernah diberikan oleh seorang tenaga pengajar minggu lepas. Saya tidak mampu menjawab persoalan tersebut. Mungkin sebab saya sudah lama tinggalkan lecture note, isinya juga sudah hilang dari 'nota memori'. Saya tidak mampu menunaikan permintaan tersebut. Maaf...

   Untuk itu, saya bertekad. Harapan beliau, saya akan tetap laksanakan. Manfaatnya bukan untuk beliau sebagai tenaga pengajar. Beliau telah arif segalanya. Tetapi saya yang perlu mencari kerana yang ingin belajar adalah saya. Maka, saya bulatkan dalam hati untuk menyiapkan tugasan case study yang kedua dengan memilih tajuk Gangguan Persepsi : Delusi. 


   Di sini, saya cuba jadikan ruangan maya sebagai tempat untuk saya berkongsi sedikit sebanyak penemuan yang telah saya dapat. Bagi yang lebih arif, harap ditegur sekiranya terdapat kepincangan idea atau fakta daripada apa yang saya persembahkan. Terimalah...
GANGGUAN PERSEPSI : DELUSI
            Ia adalah kepercayaan palsu yang dipegang secara teguh oleh seseorang individu. Ia tidak dapat diubah walaupun dengan alasan yang rasional.

Sunday, July 4, 2010

Bacaan : Nota Fikir untuk Zikir

   Di saat hati penuh keresahan mencari-cari erti sebenar kehidupan, saya diperkenalkan oleh seorang sahabat lama melalui facebook (selamat tinggal FB...huhu) tentang sebuah blog yang katanya mampu menghidupkan kembali jiwa-jiwa yang hampir malap. Ditakdirkan oleh Allah swt, jari-jari ini mampu menekan dan mencari-cari blog yang dimaksudkan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails