Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Showing posts with label ketenangan. Show all posts
Showing posts with label ketenangan. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Teruskan Senyum

Maha Suci Allah..
yang terhindar dari segala sifat-sifat kekurangan..
...

Sahabat-sahabat,
Satu persoalan yang sering ditimbulkan orang..
"Bagaimana ingin bahagia di saat hati dikecewakan, atau bagaimana ingin merasakan ketenangan di kala terhimpit oleh keterlanjuran dosa silam..?"

Huhu..
Kalau mengikut dari jawapan orang-orang yang termotivasi, mereka pasti mendahului senyuman seraya melengkapkannya dengan jawapan..

Wednesday, November 2, 2011

Epilog Silam

Satu perkongsian bersama..
 dalam memenuhi sebahagian kisah munajat hamba..
  mencari Rahmah dan Mardhatillah..
    terimalah... 'Epilog Silam' 
( Jom sama-sama kita hayati makna liriknya... ~_~ ).

...

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...


Album : Erti Pengorbanan 
Munsyid : Haikal 
http://liriknasyid.com


~perisaimahkota

Tuesday, November 1, 2011

Menagih Maghfirah

(Monolog)
Alhamdulillah..

   Hingga ke saat ini, masih istiqamah dengan usrah yang 'baru'.. mendamaikan..
 Hanya ini sahaja jalan yang kuharapkan, untuk aku padam kembali parut luka lama.
    Walaupun mustahil dengan bekal usaha yang kerdil ini..
        ..tapi aku akan tetap terus mencuba.. dan terus mencuba.

 Sesungguhnya aku telah mengkhianati amanah besar yang dianugerahkan Tuhan..
     Sebagai manusia.. hamba juga khalifah.
   Seolah-olah 'mati' sebelum kematian. hilang punca..
       ..dek tertipu dengan fitnah dunia yang halus.. tak mampu ku telus..


Benar.. terbukti sudah kata-kata hukama'..  
     Setiap da'ie akan diuji dengan apa yang mereka dakwahkan.

Hari ini.. aku merasa cukup tenang dan aman dalam 'pendakianku'..
  Bersama sahabat-sahabat usrah yang tak pernah jemu..
     memberikan aku sokongan dan dorongan..
 Terutama sekali Naqib usrah yang cukup bijak memainkan peranannya..
       Wasiatnya.. ~Rahmatan lil'alamiin.. akan sentiasa disemat di hati. ^_^

Terima Kasih Allah..

Sebagai akhirnya, mari sama-sama kita renung hadis di bawah;

كل ابن آدم خطاء وخير الخطائين التوابون

Maksudnya: "Setiap anak Adam melakukan kesilapan, dan sebaik-baik yang berbuat kesilapan itu ialah yang bertaubat."

"Kenapa dilihat pada satu titik hitam itu? ..sedangkan ia hanya titik kecil yang berada di penjuru kertas putih yang suci. Usah menjadikan kegagalan silam, sebagai penghalang kepada kebahagiaan akan datang.. InsyaAllah... kita mambu berubah!"


Ya Allah.. hadirkanlah di dalam hatiku rasa khusyuk dan cinta padaMu..
Terimalah taubatku dan ampunkanlah segala dosaku..
Walau seringkali aku mengulangi khilaf yang sama..
Namun tiada pengampunan yang mampu ku harapkan
melainkan hanya Maghfirah-Mu.
Amiin~

Wallahua'lam..


~perisaimahkota

Tuesday, October 25, 2011

Kembali BerUsrah

Alhamdulillah..

Setelah lama medan ini kubiarkan kontang
Akhirnya Tuhan menggerakkan jiwa dan jasadku
Untuk kembali membajai hamparan saujana
Jalan para perindu Mahabbah dan Mardhatillah.


Saat kembali berusrah
sekali berusrah
akan
selamanya berusrah
Insya Allah~
...

^_^


ok lah..
tu jer untuk kali ni..
berjumpa di lain siaran..! hihik

Assalamu'alaikum

~perisaimahkota

Saturday, September 24, 2011

Hati Seperti Burung

Salam perkongsian..



Waktu 'jalan-jalan cari ketenangan' dalam dunia maya ni, aku terjumpa satu artikel yang agak menarik untuk kita kongsi-kongsikan. HATI SEPERTI BURUNG!

Asalnya aku ambil kat sini. Penulis artikel ni orang indonesia, so artikel asalnya dalam bahasa indon gitu la..

Jadi nyer, untuk dimuatkan kat blog ni, aku translatekan kepada bahasa melayu. Takder la korang 'fenin lalat' untuk memahami maksudnya..hehe~ ^_^ Jom kita baca sama-sama...

Thursday, September 8, 2011

Puncak Kenikmatan

Ehem.. cubaan suara 1 2 3!

Orait.. sahabat-sahabat.. kita terus kepada soalan yer..

Tahukah kalian apakah puncak kenikmatan bagi seseorang hamba Allah?
Adakah apabila berjaya membina sebuah banglo mewah di atas puncak banjaran titiwangsa dan hidup bahagia bersama 4 orang isteri tersayang?

...atau apabila telah berjaya terbang ke puncak langit untuk membina sebuah 'kerajaan perpaduan' bersama ayah pin..? erk.. takder kaitan..

Hehe.. dah sah-sah jawapan kat atas ni langsung takder dalam 'skema jawapan' kat fikiran korang.. kalau jawapan semacam tu muncul jugak dalam kepala korang, itu tandanya koang jugak loya buruk macam Jozan rajalawak.. :D

Okeyh, berhenti melalut.. dipendekkan cerita jawapannya adalah.. (jeng jeng jeng...!)

Monday, September 5, 2011

Pesawat Dah Tiba!

Alhamdulillah..
Semalam, 4 september 2011..bersamaan hari eidul fitri yang ke-6.
bukan pesawat ni.. ^^, dr En Google
Mok (nenek), Atuk Da (Lelaki) dan Atuk Da (Perempuan) selamat tiba di lapangan terbang (Pengkalan Chepa) pukul 7.30 malam. Maka telah sempurnalah kerja umrah mereka selama sebulan 1 minggu di Tanah Haram.

Paling best yang aku nak kongsikan adalah part sebelum mereka melepasi pintu 'balai ketibaan'. Masa tu kitorang(anak cucu Mok) excited yang tersangat nak sambut mereka. Bila Mok keluar jer melepasi pintu tu, semua pakat-pakat 'terjah' Mok.. Salam, peluk cium lagi... muah muah muah...! ^_<
...alamak, terlupa nak bawak camera...huhu. takder la gambar yang boleh dimuatkan kat sini..

Masjidil Haram dr En Google jgk..
Seronok rasa bila dapat genggam tangan orang yang baru balik dari tanah haram ni. Sejuknya menusuk jiwa..huhu~ Memang ler dalam kapal terbang tu aircondnya 'mahasejuk', tapi 'sejuk' yang aku maksudkan adalah kesejukan yang lain macam.. ermm.. korang agak jer la camner yer..

Serius.. rasa macam waktu tu jugak nak gantikan tempat diorang.
Diorang balik tanah air, aku plak ke tanah haram.. bestnyer ~.~

Yang pastinya setakat ni, peluang aku untuk ke sana masih samar-samar lagi.. tak tahu bila la aku dapat hirup udara ketenangan kat sana.. lama dah mimpi nak buat haji.. paling kurang dapat pergi umrah dan ziarah ke sana pun jadi la...

Okeyh!.. itu jer yang mampu diceritakan..
Nak cerita banyak-banyak, tapi takut 'mata masuk habuk'.. erk.... ^^,

Jom kumpul duit!!! Kita sama-sama naik haji/umrah/ziarah jom! hehe..
salam jumpa lagi...


~perisaimahkota

Tuesday, August 30, 2011

Manifestasi Ramadhan.. Post-Mortem

Pejam celik, pejam celik... dah Raya dah..
Puasa sebulan rasa macam sehari jer.. 
Baru nak biasakan diri dengan suasana..dah nak kena berpisah.

Paling terasa sebab tak dapat berbuka, solat tarawih dan tadarrus sama-sama dengan sahabat usrah..

Apapun, nak mengeluh takder guna..sebab sunnatullah ni akan terus berjalan di atas paksinya. Nak atau taknak, kita sebagai hamba hanya mampu menurut perintah Agung dan berjalan pada landasan masa yang telah ditetapkan.

Teringat tajuk majalah SOLUSI yang dibeli sehari sebelum puasa. 
Tajuknya.. Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir, Layakkah Kita Berhari Raya?

Huh.. Soalan yang tak mungkin boleh dijawab atas kertas. Kalau boleh jawab, dah kira hebat la tu...
Tapi.. bagi aku, kompem aku takleh jawab... 

Sebabnya..
Aku dah memang dapat agak, Ramadhan kali ni takder peningkatan pun bagi aku..bahkan makin merosot. 

Pahala secubit belum tentu dapat, tapi dosa pulak yang dilipat gandakan. Makin menjadi-jadi. Bukan berburuk sangka dengan rahmat Allah, tapi bagiku sendiri inilah yang aku rasakan.

Hanya mampu mengharapkan, segala dosa diampunkan.. astaghfirullah...

Lalu layakkah aku berhari raya sebenarnya?
hmm.. layak tak layak. suasana hari raya tetap diraikan tapi pada lapisan hati yang paling dasar, ternyata kekosongan yang dirasakan. Sungguh-sungguh rasa tak layak.. rasa berdosa.. rasa berdusta..

Wallahua'lam...
Sebelum emosi tak terkawal.. aku nak hentikan 'rentak' jemari nih. 
Dan, aku berharap agar diberi peluang dan kesempatan untuk merasai lagi Ramadhan pada tahun-tahun akan datang.. cuba untuk menebus kekhilafan yang lalu.

Resolusi masih sama.. tapi persoalannya, apakah terlaksana..? 
~_~


~perisaimahkota

Saturday, May 21, 2011

Mujahadah itu Ghuraba'

Salam bicara ukhuwah..

Terus kepada permasalahan..
Mungkin entri kali ini nampak serius. ya, agak serius tapi usah khuatir kerana penyampaiannya akan tetap dibuat sesantai mungkin supaya dapat kita faham bersama.

Memang benar..

..kita bukan seorang 'alim yang sengaja mengaku hebat di atas pentas pidato. Kita bukan seorang pendakwah yang ingin dipandang mulia 24jam. Kita bukan syeikh yang ingin dilihat sebagai ketua agama.

Tapi kita hanya orang biasa yang ingin mencuba menjadi luar biasa. Mengikut aturan alQuran dan Sunnah Rasulullah saw.

Maka untuk menjadi luar biasa, perlunya jalan mujahadah..

Dalam proses mujahadah, kita tak lepas dari halangan, hasutan dan kutukan. Pun begitu, sekuat mana angin lintang yang ingin melencongkan jalan perjuangan kita, sehebat mana musuh yang cuba menghalang gerak geri kita.. bukanlah menjadi suatu titik kejatuhan kita. Sebaliknya ambil ia sebagai perangsang.

Benar. Teramat sukar untuk kita mulakan kehidupan sebagai orang baik-baik..selagi mana,

Wednesday, April 27, 2011

Merenung Hamparan Ketenangan

Salam ketenangan..
Iklil Hafriz
Petang ni hujan lagi. Asal petang, hujan.. Asal hujan jer, petang..huhu.
Namun hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Sebagai hamba, kita wajib menerima segala susunan kronologi penciptaan alam, tanpa sebarang penafian atau pengubahsuaian.. Itu tandanya, syukur atas kurniaan Rahmat-Nya. Alhamdulillah...

Pada zahirnya, hujan itu dipersembahkan kepada hamparan bumi yang diturunkan melalui 'pintu-pintu' langit. Hebat kan ciptaan Allah SWT?
Yup! Aku memang penggila langit.. kenapa? Wallahua'lam.. Kalau korang nak tau kenapa, cuba korang peruntukkan beberapa ketika dalam sehari untuk merenung langit.. Bukan merenung semata-mata termenung, tetapi hubungkan renungan itu dengan mata hati.. fikir dan zikir..

Lihat langit, ingat Allah...

Ya, aku leka merenung langit.. sehinggakan sampai saat ini, tak pernah jemu. Langit mengajar aku erti kekuasaan Sang Pencipta. Dia juga mengajarku kelapangan dalam sengketa dan yang paling menyentuh imanku.. "tak smua yg indah itu mampu dimiliki oleh manusia, melainkn mnusia itu brusaha mndekatkan diri kpd penciptaNya". Langit itu teramat indah..kusangka ia hanya untukku. Kerana itu aku berusaha untuk mendapatkannya.. Ternyata usahaku sia-sia..

Leka merenung langit..?

Friday, April 15, 2011

Fitnah dalam Pencarian Ilmu

Salam bicara ilmu..

Eh, korang pernah dengar tak pepatah ni?
Ilmu yang kita miliki diibaratkan hanya setitis air di lautan ilmu Allah. 

   "Aduss... sikit giller. Setitis jer? Kalau bertitis-titis tu boleh tahan lagi..
Selama ni, aku rasa dah banyak ilmu yang aku ada.. Mana taknyer? Sekarang dah hampir mencecah 22 tahun. Dah tentu-tentu banyak ilmu yang aku dapat. Sepatutnya, pepatah tu sesuai untuk budak tadika jer la..tak sesuai pun untuk aku.."

Bunyi cam kerek jer kan ayat nih.. Tapi, itulah kenyataannya. Tak keterlaluan kot kalau aku cakap, sebahagian besar dari kita pernah atau sedang memiliki 'suara hati' yang bermonolong seperti di atas.

Kalau tak..alhamdulillah la.. Maknanya, korang bertuah kerana terselamat dari fitnah. Yup, fitnah dalam menuntut ilmu. aik..dalam menuntut ilmu pun ada fitnah jugak ea?

Yer..ada. Fitnah ni kat mana-mana pun ada. Tambah-tambah pulak di era akhir zaman nih. Rasulullah sendiri pernah mengingatkan, bahawa sebelum kiamat akan hadir suatu zaman yang penuh dengan fitnah. Inilah zamannya. Macam-macam ada... Bagi yang lelaki, kita takkan terlepas dari fitnah ' 3 Ta '.. Maksudnya..

Friday, March 11, 2011

Jumaat: Hari Memburu!

Penting!
Mesej ringkas ni aku rasa korang semua pun pernah dapat. Aku dapat ni dari ustaz aku masa kecik-kecik dulu time belajar kat kelas agama. Pastu ada jugak la orang lain yang sering peringatkan, sampai lah sekarang..

Apa yang ustaz dan 'orang-orang' tu cakap?
Diorang cakap, hari jumaat adalah paling baik untuk memburu.. (memburu ke berburu ea?) hentam saja lah..^_~ hehe..

Kalau yang suka memancing, pun hari ni jugak hari yang terbaik untuk memancing.. Tapi, bukan memancing 'orang' yer! Tak baik... jaga mata... Kalau yang dah beristeri, lagi tak baik. Kan tak pasal-pasal kena tidur luar malam ni..hik hik hik.

Okeyh..jom kita memburu!
Tapi.. Apa yang nak diburu sebenarnya?

Nah..baca mesej pendek berikut...

Thursday, February 3, 2011

Oh MayangSari, Kau pilihanku selamanya...

Salamullahi'alaikum...

gambar hiasan... ^_^ dari uncle google
MayangSari...
Bila berjauhan ni, rindu teramat-amat rasanya. Rasa nak nangis pun ada...~_~ Saat sendirian, aku akan teringat kembali memori kita bersama, segalanya indah..

Bila la kita boleh jumpa lagi yer?
MayangSari, walaupun perkenalan kita tak lama... tapi aku nak kau tahu bahawa namamu telah terukir indah dalam ruangan suci hatiku. 


Oh MayangSari... Aku yakin suatu hari nanti, kita akan jumpa lagi. Jika diizinkan Tuhan, kita pasti bersama...

MayangSariiiiii!!!!!! isk3...~_~

Ktuk3!!! (bunyi kepalaku disekeh)..
ehem2!!! dah la pakcik oii.. jangan lama-lama sangat berangan. Nanti jatuh pokok, patah pinggang. Baru padan dengan muka!

Haa...macam mana, jadi tak ayat aku kat atas tuh? hik3... hentam keromo saja lah. Macam meleleh pun ada... Jangan silap faham yer. Entri ni bukan entri jiwang atau yang sama waktu dengannya.
Sebenarnya aku nak perkenalkan korang dengan MayangSari ni.. Siapa tu?
Kalau berminat nak bersuai kenal, jom!!!

Wednesday, January 26, 2011

Zaman Kecomelan

Salamullahi'alaikum...

Waarrggghhhh!!!
Assignment ni membuatkan aku tertension. Maksudnya tension secara tak sengaja... huhu~
Rasa nak tumbuk-tumbuk jer laptop nih!!!
(Sabar Iklil sabar...^_^)

So, release tension jap.
Tarik nafas dalam-dalam... hembus.. fuhhh~~~


Buka folder, belek-belek gambar...ting tong! hehe...
zaman kecomelanku kembali...
errmm... comel ker? hihi... kot la...
(masuk bakul, angkat sendiri '^_^' )

Sunday, December 19, 2010

Doa Pengharapan

Salamullahi'alaikum...

La Tahzan, Innallaha ma'ana...

     Di saat hati dilanda keresahan. Sabarlah dan Syukurlah kerana pada waktu itu, tiada lain harapan kita melainkan hanya Allah. Dia yang mendatangkan ujian, maka Dia jualah yang akan menyelesaikannya.

     Semoga aku, dirimu dan kita akan terus sabar dalam perjalanan meraih CINTA dan REDHA Allah... InsyaAllah.

     Kuncinya, berbaik sangkalah pada Allah. Yakin musibah ini adalah tarbiyyah Allah supaya kita lebih kuat mendepani masalah yang lebih besar menanti hari-hari kemudian. Allah ada...kan? bertenanglah...

Bantulah kami yang lemah ini Ya Allah...


Ya Allah,
berikanlah kami ketenangan
untuk menerima segala yang tidak mampu kami ubah,
kurniakan kami keberanian
untuk mengubah apa yang dapat kami ubah,
Dan curahkah kami kebijaksanaan
untuk memahami setiap perbezaan antara keduanya.

Ya Allah, 
sesungguhnya kami memohon kepada-Mu jiwa yang tenang, 
beriman kepada hari pertemuan dengan-Mu, 
rela dengan segala keputusan-Mu,
 dan menerima setiap pemberian-Mu...

Ya Tuhan kami,
 curahkanlah kesabaran keatas kami,
 dan teguhkanlah pendirian kami,
 serta bantulah kami terhadap golongan yang kafir.

Ya Tuhan kami, 
janganlah Engkau palingkan hati kami, 
setelah Engkau tunjuki 
dan berilah kami dari hadhirat-Mu, Rahmat 
kerana Engkau adalah Yang Maha Pemberi.

Ya Allah,
tetapkanlah kami dari kemungkinan kekufuran,
dan berilah kami petunjuk dari kemungkinan kesesatan.

Ya Allah,
sebagaimana Engkau telah memberi penghalang
antara kami dan hati kami, 
maka berilah penghalang antara kami dan syaitan 
serta perbuatannya.

Ya Allah,
aku memohon daripada-Mu jiwa yang tenang dan tenteram,
yang percaya pada pertemuan dengan-Mu,
dan ridha atas keputusan-Mu,
serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.

Amiin...

~perisaimahkota

Thursday, December 16, 2010

Erti Hidup

Hidup tak selalunya indah,
tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Orang yang bahagia itu...
akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana
membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa
kerana
tertawa itu muziknya jiwa,
menyediakan waktu untuk berfikir
kerana
berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal
kerana
beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda
kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu
dan
menyediakan waktu beribadat
kerana
beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Tuhan.

Monday, December 13, 2010

Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempatMu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
Keagungan kasih, merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah Cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan Kasih dan SayangMu
Ku berserah diri...


Nyanyian : Ukays
Album : Hangat

MenSyukuri Nikmat Sabar

Salamullahi'alaikum...

     Baru-baru ini, penduduk kampung jadi kelam kabut apabila terlihat Pak Long mengamuk bersenjatakan buluh tumpat. Pak Long menjadi seakan hilang punca setelah diberitahu yang anaknya telah meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah motosikal. Dengan lantang Pak Long bertanya kepada orang kampung, "Siapa yang langgar anak aku? Hah, cakap siapa?!" Walaupun ditenangkan beberapa kali, tetapi Pak Long tetap berkeras untuk mengetahui siapa penunggang motosikal tersebut. "Celaka punya budak! Kalau aku dapat kau, aku cincang-cincang sampai lumat." Tambah Pak Long yang semakin tak mampu mengawal emosinya.

     Ini salah satu dialog ringkas yang boleh kita ambil sebagai 'kenyataan masalah' untuk dibincangkan berkenaan dengan erti sabar dalam kehidupan. Tak ramai manusia yang dapat bersabar dengan sebenar-benar sabar. Ada sesetengah orang yang boleh bersabar tetapi masih ada sekelumit rasa dalam hatinya timbul juga penyesalan atau penafian dengan musibah yang menimpa, dan ada juga yang langsung tidak dapat bersabar seperti dialog di atas. Beruntunglah bagi mereka yang mampu bersabar dan teramat malanglah bagi mereka yang tidak dapat bersabar. Mengapa?

     Hal inilah yang kita istilahkan sebagai redha, yakni menerima ketentuan Tuhan dengan penuh berlapang dada. Langsung tiada rasa marah pada apa yang berlaku sebaliknya menerima takdir tersebut dengan berbaik sangka pada Allah. Cuba kita ambil langkah sebegini setiap kali kita ditimpa musibah. Dengan meletakkan tapak tangan pada bahagian dada sambil dipejamkan mata, kemudian dengarkan bisik hati kita;

     'Astaghfirullahal'azim...Ya Allah, aku mengerti setiap apa yang diberikan pada hamba hanyalah pinjaman, bukan hak milik kekal bagiku. Sesungguhnya segala apa yang dihadiahkan ini adalah hak Mu Ya Allah. Engkau berhak memberikan aku nikmat dan Engkau juga berhak mengambilnya kembali. Justeru aku tidak perlu bersedih dengan apa yang berlaku, lalu mana mungkin aku memarahi Engkau. Ampunkan aku Ya Allah'.

     Jika kata-kata seperti inilah yang memujuk hati kita setiap kali ditimpa musibah, maka syukurlah kerana kita sudah melepasi ujian pentarbiyahan Allah. Ujian dari Allah untuk menguji tahap kesabaran hambaNya. Memang sukar untuk menjadi panyabar, kerana kita perlu bersabar untuk menjadi penyabar. Dan, apabila kita sudah mampu menjadi penyabar, kita wajib bersyukur di atas nikmat kesabaran itu. Yakinlah bahawa setiap apa yang Allah jadikan pada makhluk, itulah yang terbaik.

     Telah berkata baginda Rasulullah SAW, "Tidak ada anugerah yang lebih baik selain memperolehi sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

     Namun, masih ramai yang tidak mampu bersabar dengan musibah yang melanda. Mereka menafikan sesuatu takdir dengan mengatakan Allah itu cuai, zalim dan sebagainya. Rasa redha sudah luput dalam diri mereka. Maka dengan itu hati mereka menjadi keras-sekerasnya. Selagi mana tidak ada yang memberi peringatan kepada mereka, selagi itulah mereka akan terus berdemonstrasi di hadapan Allah. Kononnya meminta 'hak asasi manusia' dikembalikan tanpa mereka sedari nikmat bernafas yang dianugerahkan padanya adalah 'hak mutlak Allah'. Disangka meminta hak sendiri, rupa-rupanya meminta hak orang lain.

Sabar atas Nikmah, Syukur atas Musibah

     Kita sering mendengarkan nasihat-nasihat dari para ustaz atau orang-orang lama berkenaan dengan sifat sabar dan syukur. Sesungguhnya yang kedua-duanya itu kunci kepada 'pintu Syurga'. Kata mereka, 'sabarlah di atas musibah dan syukurlah di atas nikmat Allah, kerana musibah dan nikmat itu adalah hadiah dari Allah. Ia bersifat tarbiyah langsung dari Allah. Jika kita mampu bersabar dengan musibah yang didatangkan pada kita, maka kita akan beroleh ketenangan dari Allah. Manakala jika kita sering bersyukur di atas segala nikmat yang dilimpahkanNya, maka lengkaplah erti kebahagiaan kita'.

     Tapi pernahkah kita terbalikkan ayat itu? Kita cuba jadikan, 'sabar di atas nikmah (nikmat) dan syukur di atas musibah'. Bunyinya macam aneh, tetapi hakikatnya tidaklah seaneh yang kita sangkakan, atau mungkin juga sangkaan kita yang sebenarnya aneh.

Friday, December 3, 2010

Realiti sebuah Mimpi

Salamullahi'alaikum...

Cepatnya masa berlalu. Kehidupan terus berjalan sepertimana arakan awan menuruti hembusan angin. Aliran air sungai dari puncak bukit terus ke hilir hingga sampai ke laut. Begitulah juga jika ia diadaptasi dalam kehidupan sebagai manusia. Ada irama dan lirik yang seakan sama.

Hari berganti hari, diri pasti akan terasa semakin berumur. Walaupun lisan cuba menafikan, tapi hati tetap membenarkan hakikat diri sudah semakin tua. 'Rumah kata pergi, kubur kata mari'. Itu pepatah orang lama yang masih kekal tersimpan sebagai pedoman hingga ke hari ini. Kata-kata orang lama bukan cakap-cakap kosong. Isinya penuh dengan nasihat untuk anak cucu yang akan mewarisi peninggalannya. Jadi, pesanan ini penting agar si anak mahupun cucu tak mudah leka dengan tipu daya dunia.

Apa yang ingin ku tulis sebenarnya?
Wallahua'lam. Hati tergerak untuk menyatakan sesuatu. Luahan isi hati agar diri melengkapkan rasa ketenangan. Tapi, entah apa yang cuba kuluahkan. Mungkin terlalu banyak sendi-sendi ceritanya sehinggakan tak mampu untuk dipersembahkan.

Jadi, untuk kali ini aku cuba berkongsi tentang sebuah mimpi. Dari mula hingga saat ini. Macam-macam yang telah terjadi. Ada yang menceritakan saat kesepian, kesedihan, kegembiraan dan ada juga yang tak mampu untuk diungkapkan. Cerita ini telah diadaptasikan dari Kisah Benar. Untuk itu, marilah kita langkah bersama...

Siapakah dia?

     Berlatar belakangkan Baitillah alHaram. Dengan hembusan angin kota Suci Makkah dan cahaya terik sapaan sang mentari. Langkahan ringan itu membawa Wardah ke suatu sudut yang tak pernah difikirkannya. Terasa damai dalam hatinya. Seakan menantikan seorang teman. Tapi siapa?

     Dalam suasana yang mendamaikan itu, terlihat pula di suatu sudut yang jauh akan kelibat seorang pemuda. Wardah cuba meneka siapa pemuda yang sedang tercipta dalam pandangannya itu. Namun sedikit kehampaan membalut jiwanya kerana pemuda langsung tidak berpaling memperlihatkan raut wajahnya. Hati Wardah semakin berkobar-kobar ingin mengetahui siapa gerangannya pemuda itu.

     Ingin menegur, sudah pasti Wardah tidak berdaya. Bukan kerana kelemahan, tapi itulah kekuatan yang telah terpasak utuh dalam jiwanya. Kekuatan yang diasaskan oleh Iman dan Amal. Wardah bukan wanita sebarangan. Tak mudah baginya menegur lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Dalam kata sasteranya, Wardah diibaratkan seperti Mawar Berduri. Dilihat boleh, disentuh ia berbisa!

Friday, November 19, 2010

Buat insan yang bergelar 'Ayah'

Salamullahi'alaikum...

     Waktu tenang sebegini mengingatkan diriku pada yang jauh. Namun jauhnya tetap dekat di hati. Semoga Allah menjauhkan diri dari fitnah yang tak mampu kutanggung. 

     Sayup dari corong pembesar suara komputer riba ini, sebuah lagu nasyid yang cukup menyentuh jiwa. 'Saat Lafaz Sakinah'.. inilah lagu yang dimaksudkan. Lagu ini cukup bermakna buat diri. Bukan bermaksud aku pernah melaluinya, tapi mungkin akan pernah. InsyaAllah.

     Buat 'Ayah'.. dengarlah lagu ini, 'Saat Lafaz Sakinah'. Mungkin makna dari lagu ini, adalah suara hati 'ayah' saat aku membuktikan lafaz sakinah di hadapanmu kelak. Biiznillah... Semoga Allah memberkati segala usaha sepanjang kehidupan 'ayah' dan keluarga. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails