Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Showing posts with label penulisan. Show all posts
Showing posts with label penulisan. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

Permulaan Cinta

Salam muhasabah.. salam mujahadah..

tak sabar nak ada kereta sendiri...
Hari ni memang tak plan nak pergi mana-mana. Sementelah dengan poket yang dah kering kontang. Jadi, kerja aku hanyalah mengadap encik laptop ni la. 

Dulu aku duk menyumpah-nyumpah laptop ni sebab kelajuan lariannya macam siput sedut. Tapi sekarang alhamdulillah.. kelajuannya dah boleh fight kelajuan kereta PROTON Persona 1.6 Elegance..

eh, kenapa PROTON Persona? Suka hati aku lah...hik hik...

Itu kereta yang aku cadang nak beli nanti kerja la..PROTON.. sekarang di peringkat student, cukup la pakai HONDA ni jer.
Kenapa.. tak percaya aku pakai HONDA??

Honda Wave 125 la!! mat rempit pun tak guna motor ni..haha.

Dah dah.. kang panjang pulak ceritanya.

Hari ni, mood agak tenang dari sebelum-sebelum ni. Sebab sebelum ni asyik fikir nak bebaskan diri dari kurungan penjara Exam. So, sekarang.. Alhamdulillah.. aku bebas! tapi tidak 100% la..sebab result belum kelaur lagi..

So, melihat kepada tajuk.. Permulaan Cinta.
Bagi korang, cinta ada permulaan tak? Kalau ada..macam mana? cuba kongsikan kat sini..

Tuesday, December 21, 2010

Sesaat sahaja lagi! (episod 2)

Salamullahi'alaikum...

     Jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Seperti biasa tanpa disuruh, adik akan membantu ummi memotong buah tin di dapur. Buah tin ini untuk dijamukan pada tetamu yang datang ke rumah bersama buah kurma, air zam-zam dan sebagainya. Sehingga ke hari ini, masih ada saudara, sahabat dan kenalan abah juga ummi yang datang bertandang ke rumah untuk bersua muka dengan abah dan ummi bagi bertanya khabar keadaan diri dan keadaan kehidupan di bumi Haramain sana.

     Yang ingin dikongsikan di sini adalah cerita sembang-sembang antara adik, ummi dan aku sewaktu adik sedang khusyuk memotong buah tin tersebut. Dalam keadaan tangan yang sedang bekerja, rupa-rupanya otak adik juga tengah ligat berfikir. Tiba-tiba suaranya terpancar menanyakan soalan pada ummi.

     “Ummi, ummi takut tak dengan hari kiamat?”

     “Mesti la takut, semua orang akan takut.” Jawab ummi tenang sambil terus mencuci lauk yang hendak dimasak. Justeru adik bertanya lagi. Soalan yang berbentuk cadangan seperti yang pernah diajukan pada abah pada malam semalam. “Kalau ummi takut, kita sama-sama duduk dalam rumah la. Kita tak payah pergi mana-mana, kita diam jer…”

     Mendengar cadangan itu, ummi terus menjawab, “Mana boleh, sebab nanti pun rumah kita ini akan hancur.” Adik terus memotong buah tin. Tapi harus diingat, adik akan terus bertanya selagi soalan belum terjawab. Jika cadangannya pula ditepis tanpa alasan yang kukuh, selagi itu adik akan bersoal jawab. Adik tidak memaksa orang menerima cadangannya, tetapi adik ingin mengetahui kenapa cadangannya ditolak.

     “Kenapa semua hancur ummi? Kiamat tu akan datang sekali dengan ribut ker?” Seperti dijangka, adik bertanya lagi. “Ya dik. Bila waktu kiamat datang, tiada seorang pun akan terlepas. Semua akan hancur termasuk rumah kita. Sebab itulah kita tak boleh nak lari ke mana-mana.” Aku yang berada jauh dari mereka kini mendekat. Ingin turut sama berada dalam diskusi hebat ini. Aku tersenyum mendengarkan jawapan dari ummi, mudah-mudahan jawapan ummi diterima sebaiknya.

     “Tapi, adik tetap nak lari. Adik tak nak kena ribut tu.” Adik bijak mengelak. Dia nampak yakin dengan kata-katanya walaupun bagi kita ulasan sebegitu mungkin mudah untuk dipatahkan. Dengan meminta izin, aku mencelah. “Tak boleh jugak la dik sebab bila kiamat datang nanti semua akan kena. Rumah hancur lebur, tanah, bukit-bukit juga akan turut sama hancur.”

     “Kalau macam tu, susah la. Habis tu kita macam mana? Kita nak pergi mana sebenarnya?” Adik bertanya untuk mendapatkan kepastian. Mukanya sedikit berkerut, tangannya yang sedang memegang pisau berhenti sejenak dari terus memotong buah tin yang seterusnya. Mungkin tidak berpuas hati dengan jawapanku.

     “Nanti kita semua akan mati.” Jawabku cuba menjelaskan.

     “Mati?”

Friday, December 3, 2010

Realiti sebuah Mimpi

Salamullahi'alaikum...

Cepatnya masa berlalu. Kehidupan terus berjalan sepertimana arakan awan menuruti hembusan angin. Aliran air sungai dari puncak bukit terus ke hilir hingga sampai ke laut. Begitulah juga jika ia diadaptasi dalam kehidupan sebagai manusia. Ada irama dan lirik yang seakan sama.

Hari berganti hari, diri pasti akan terasa semakin berumur. Walaupun lisan cuba menafikan, tapi hati tetap membenarkan hakikat diri sudah semakin tua. 'Rumah kata pergi, kubur kata mari'. Itu pepatah orang lama yang masih kekal tersimpan sebagai pedoman hingga ke hari ini. Kata-kata orang lama bukan cakap-cakap kosong. Isinya penuh dengan nasihat untuk anak cucu yang akan mewarisi peninggalannya. Jadi, pesanan ini penting agar si anak mahupun cucu tak mudah leka dengan tipu daya dunia.

Apa yang ingin ku tulis sebenarnya?
Wallahua'lam. Hati tergerak untuk menyatakan sesuatu. Luahan isi hati agar diri melengkapkan rasa ketenangan. Tapi, entah apa yang cuba kuluahkan. Mungkin terlalu banyak sendi-sendi ceritanya sehinggakan tak mampu untuk dipersembahkan.

Jadi, untuk kali ini aku cuba berkongsi tentang sebuah mimpi. Dari mula hingga saat ini. Macam-macam yang telah terjadi. Ada yang menceritakan saat kesepian, kesedihan, kegembiraan dan ada juga yang tak mampu untuk diungkapkan. Cerita ini telah diadaptasikan dari Kisah Benar. Untuk itu, marilah kita langkah bersama...

Siapakah dia?

     Berlatar belakangkan Baitillah alHaram. Dengan hembusan angin kota Suci Makkah dan cahaya terik sapaan sang mentari. Langkahan ringan itu membawa Wardah ke suatu sudut yang tak pernah difikirkannya. Terasa damai dalam hatinya. Seakan menantikan seorang teman. Tapi siapa?

     Dalam suasana yang mendamaikan itu, terlihat pula di suatu sudut yang jauh akan kelibat seorang pemuda. Wardah cuba meneka siapa pemuda yang sedang tercipta dalam pandangannya itu. Namun sedikit kehampaan membalut jiwanya kerana pemuda langsung tidak berpaling memperlihatkan raut wajahnya. Hati Wardah semakin berkobar-kobar ingin mengetahui siapa gerangannya pemuda itu.

     Ingin menegur, sudah pasti Wardah tidak berdaya. Bukan kerana kelemahan, tapi itulah kekuatan yang telah terpasak utuh dalam jiwanya. Kekuatan yang diasaskan oleh Iman dan Amal. Wardah bukan wanita sebarangan. Tak mudah baginya menegur lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Dalam kata sasteranya, Wardah diibaratkan seperti Mawar Berduri. Dilihat boleh, disentuh ia berbisa!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails