Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Showing posts with label psikiatri. Show all posts
Showing posts with label psikiatri. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

Janganlah Kacau Aku!

Salam sembang petang..
kelak, kita juga akan jadi mereka..
pekena kopi o secawan! erppp.. Alhamdulillah.. hehe.

Angin petang ni macam nak hujan..tapi, belum menampakkan lagi tanda-tanda 'kebasahan'. ^_^
Hurmm..takper lah. Hujan ke tak hujan, aku nak cerita kat korang apa yang terjadi kat aku baru jer jap tadi.

Aku dah lama tak jejakkan kaki ke surau..huhu~ (teruk teruk...) Jadi hari ni, kebetulan ada sorang member aku datang bilik aku - ajak aku ke surau. Buat pengetahuan, asrama aku ni dalam kawasan Hospital Bahagia Ulu Kinta (Tg. Rambutan). Dan di hujung kawasan hospital ni ada sebuah rumah orang-orang tua.. 'Rumah Seri Kenangan'.

ahha... kat surau Rumah Seri Kenangan tu lah kitorang sembahyang. Rindu jugak dengan pakcik-pakcik kat sana. Lama tak jumpa diorang. Diorang ni memang nampak gembira bila ada orang luar datang borak-borak ngan diorang. "Maafkan kami yer pakcik, kami kena praktikal jauh-jauh.. jadi tak sempat nak singgah surau sini."

Yang nak diciterkan bukan pasal pakcik-pakcik ni.. 
..tapi citernyer, tentang time aku tengah sembahyang Asar tadi..

Wednesday, February 2, 2011

Wujudkah Suara Ghaib itu?

Salamullahi'alaikum...

"Hei manusia.. buat apa kamu teruskan hidup lagi? Terjun saja lah...bunuh diri, senang citer! Tak guna lagi dah nak susah-susahkan diri untuk hidup.. Semua orang dah tak sayang kamu lagi!"

atau

"Bunuh dia sekarang, dia adalah musuh kamu! Kalau kamu tak bunuh dia, nanti dia akan bunuh kamu!"
macam ni lah lebih kurang bunyi suara ghaib tu kot.. ^_^

Apa khabar semua followers dan pengunjung setia blog PM.. Diharapkan semuanya sihat tak kira dari sudut fizikal juga mental hendaknya ya. Entri kali ni sekali lagi nak cerita pasal paranormal vs psikiatri. (mood menggigil seram-seram sejuk)...
Siapa yang minat dengan cerita misteri-misteri nih, jom ikut aku! Kita fikir dan bincang sama-sama.
Kita akan bincang tentang apa yang menyamakan antara paranormal dan psikiatri..dan di mana wujud pertentangan antara keduanya.

First, masing-masing pakai tali keledar untuk keselamatan bersama.. sebab mungkin perjalanan kita ni bahaya sikit. Ada keadaan-keadaan yang boleh dipercayai, ada jugak samar-samar dan ada jugak yang langsung tak masuk akal. Tapi aku nak ingatkan yang semua benda-benda ini adalah kisah benar.
Kita tak tahu kewujudannya sama ada benar atau palsu kecuali kita sendiri yang mengalaminya!

Sebelum kita ulas-mengulas, kita baca sikit sebanyak keratan akhbar berkenaan panggilan suara ghaib yang telah banyak meragut nyawa. Yang terbaru adalah kes di Pulau Pinang yang mana seorang lelaki maut selepas terjun dari sebuah rumah flat angkara terdengar 'bisikan suara ghaib'. Sekali lagi diingatkan... Ini KISAH BENAR!

Friday, January 28, 2011

Oh Insomnia.. Merananya Jiwaku..

Salamullahi'alaikum...

~_~
Mesti dapat agak kan kenapa aku buat muka macam ni?
Boleh bayangkan tak 'kemeranaan jiwaku' macamana? huhu...

Hmm... ni la yang aku alami semenjak dua menjak ni.
Sebelum ni aku rasa takder masalah pun dengan waktu tidur aku. Kadang-kadang terlebih tu ada la.. Tapi kali ni macam ada yang tak kena... kenapa?

Apa tak nyer...
Yang aku alami sekarang ni.. nak mulakan tidur tu senang jer, tapi waktu tidur aku sering terganggu. Kerap sangat terjaga.. Selalunya aku akan tersedar area pukul 3 la lebih kurang. Then bila nak tidur balik, susah yang amat. Bila usaha punya usaha, hanyut jugak la kejap... Tapi nak boleh sampai ke pagi, anggaran 5 ke 6 kali jugak la aku tersedar.

Yang tak tahannya, bila time tersedar. 
Kalau tersedar pastu terus tidur takper... Ni siap rasa degupan jantung aku makin lama makin laju. Anxiety plak... Apa yang aku takutkan pun aku tak tahu...huu~

So, aku teringat la lecture Sir Shah tentang Insomnia...
Antara simptom (gejala) INSOMNIA adalah...
1) Kesulitan untuk tidur atau tak boleh nak tidur
2) Terjaga beberapa kali ditengah malam (multiple awakening)
3) Bangun lebih awal dipagi hari padahal belum cukup waktu tidur yang normal (7-8 jam)
4) Gangguan pikiran-pikiran negatif dan mimpi buruk

Friday, January 21, 2011

Aku Stressss.....!!!

Salamullahi'alaikum...

Salam buat semua sahabat pembaca maya.

Senang-senang, kita pendekkan cerita terus. Tak payah tulis panjang-panjang...hehe.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa tajuk entri aku kali ni bertajuk seperti di atas..kan?

Sebenarnya aku nak kongsi-kongsi cerita. Pagi tadi aku lepak-lepak jer kat PKD macam biasa. Bila dah memang langsung takder kerja, aku pun menyelongkar la bilik simpanan barang-barang promosi kesihatan. Cari punya cari, sampailah mata aku terpandang pada beberapa jilid buku yang disusun dalam sebuah kotak.

Aku ambil buku tersebut. Tajuk buku tu...

‘UJIAN DASS – Saringan Minda Sihat’


Kemudian aku pun selak la buku tersebut sehelai demi sehelai. Ingatkan macam buku panduan ataupun buku rujukan, rupa-rupanya yang tebal tu adalah himpunan soalan-soalan berkenaan ujain Dass. Soalannya 3 helai jer. Cuma bila digabungkan banyak-banyak tu la yang nampak tebal...huhu. Tipah tertipu lagi... :P

Buku tu diterbitkan oleh Unit Kesihatan Mental, Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa yang dimaksudkan dengan UJIAN DASS ni sebenarnya yer?
Baiklah. Sekarang aku akan cuba perjelaskan setakat yang aku mampu secara kasarnya supaya kita semua mudah faham dan cuba untuk amalkan.

Friday, November 12, 2010

Kecelaruan Obsessif Kompulsif ( obsessive compulsive disorder /OCD)

Salamullahi'alaikum...


Pernahkah anda merasa ragu-ragu atau was-was?
Apakah yang anda lakukan jika anda was-was?

Di bawah diperjelaskan bagaimana OCD merupakan penyakit was-was.

Contoh 1: Anda merasa was-was semasa mengambil air sembahyang . Di dalam hati anda berulangkali berkata-kata" sudah basuh tangan ke belum, rasanya sudah, rasanya belum (obsession)" Lantaran perasaan was-was ini anda akan mengulang prosedur mengambil sembahyang ini sekali lagi (compulsion). Jika anda mengulang prosedur itu banyak kali sehingga mengambil masa yang lama dan melambatkan aktiviti anda. Ini dianggap OCD.

Contoh 2: Anda seorang yang terlalu pembersih. Di kotak kepala anda hanya terfikir kuman berada di merata tempat. Kuman ada di tangan kerana anda telah memegang kerusi di dalam bas yang telah dipegang orang lain. Mungkin orang itu memgang najis dan tidak cuci tangan. Fikiran ini menghantui anda, berulang-ulang sehingga anda menjadi resah dan risau ( obsession) . Kerisauan anda berkurang jika anda mula mencuci tangan ( compulsion). Jika anda kerisauan ini berterusan dan anda mencuci tangan anda berulang kali sehingga mengambil masa yang lama ini dipanggil OCD. Terdapat pesakit yang mencuci tangan 5-6x sehingga tangan ekzema. Ada yang mandi sehingga 2-3 jam sehingga lewat ke kuliah.

Friday, August 27, 2010

Rayuan Keampunan

Salamullahi'alaikum...


     Sama-samalah kita ambil iktibar dari KISAH BENAR ini. Semoga mampu memotivasikan kita untuk terarah pada perjalanan menuju Cinta dan RedhaNya.

     "Doktor, ampunkan saya ya doktor...saya banyak buat salah dengan doktor."

     Inilah antara ayat pendek yang sering diulang-ulang oleh adik yi (bukan nama sebenar). Walaupun ringkas ayatnya, ia terkandung jutaan makna tersirat. Nampak sahaja kelibat kami yang melintasi sisi katilnya, dia akan memanggil kami dan menghulurkan tangan berjabat salam tanda kemaafan. Entah apa yang cuba dia sampaikan. Pada awalnya kami tersenyum juga dengan gelagatnya yang agak melucukan, tapi setelah diamati lama-lama timbul pula rasa kesian. Mungkin ini yang di sebutkan sebagai Empati. Kami dapat rasakan kesakitannya. Sakit pada jasad anggota, sakit lagi jiwa luhurnya.

     Kesedihannya dapat dirasakan lebih kuat lagi apabila dia sering memanggil ibunya. Walaupun kadang-kadang yang dipanggil itu 'mak', kadang-kadang 'ibu'. Reaksi wajahnya menampakkan dia sukar berjauhan dengan ibunya walau dalam kadar sesaat. Asal saja ibunya menjauh, tegang urat lehernya meraung-raung memanggil 'ibuuu...maaakkk!!!'. 

Siapa Adik yi?

     Beliau adalah seorang pesakit kanak-kanak berumur 6 tahun yang ditempatkan di Wad Peadiatrik 5D HRPB Ipoh. Seorang kanak-kanak riang yang masih dalam perjalanan mengenal erti kehidupan. Peristiwa berlaku minggu lepas. Sewaktu ingin dihantar oleh bapanya ke sekolah bersama dua abangnya. Mungkin kecuaian di sini, apabila si ayah hanya bermodalkan sebiji motosikal untuk membawa anak-anaknya berempat termasuknya. 

     Malang menimpa apabila takdir Allah menemukan mereka pada satu kemalangan jalan raya. Mereka berempat dikejarkan ke wad kecemasan di Hospital Ipoh. Ayah, abang nyah dan abang alang... mereka semua tercedera namun yang paling teruk adalah adik yi. Adik yi mengalami kecederaan serius pada bahagian kepalanya akibat terhantuk manakala kedua-kedua belah kakinya mengalami kepatahan.

     Bagi yang melihat keadaan beliau, sukar untuk digambarkan bagaimana sakit yang dirasakannya. Memang teramat sakit. Namun kesakitannya tidak ternampak sangat pada anggota tubuhnya. Kesakitan yang sebenar adalah kesakitan dalaman. Jiwanya bagaikan diragut kejam oleh kejadian dahsyat itu.

     Adik yi sering mengadu supaya ditanggalkan ikatan pada tangannya, sedangkan ikatan tersebut sudahpun dibuka. Kain hijau 'pengikat' itu adalah bertujuan mengelakkan beliau menjadi agresif. Mengikut cerita dari ibunya, adik yi mula agresif apabila teringat akan abangnya. Dia menghantukkan kepalanya yang sudah berjahit panjang itu ke pagar katil. Kerinduan yang membuak-buak pada abangnya telah menghilangkan rasa sakit kepalanya. Dia mengandaikan permintaan untuk berjumpa dengan abangnya tidak diendahkan. Dengan itu, dia cuba menghantukkan kepalanya bagi menagih perhatian orang di sekelilingnya supaya hanya tertumpu padanya.

Friday, July 23, 2010

GANGGUAN PERSEPSI : DELUSI

Salamullahi'alaikum...


"Kamu, berikan saya contoh-contoh DELUSI yang kamu tau!"


   Inilah arahan yang pernah diberikan oleh seorang tenaga pengajar minggu lepas. Saya tidak mampu menjawab persoalan tersebut. Mungkin sebab saya sudah lama tinggalkan lecture note, isinya juga sudah hilang dari 'nota memori'. Saya tidak mampu menunaikan permintaan tersebut. Maaf...

   Untuk itu, saya bertekad. Harapan beliau, saya akan tetap laksanakan. Manfaatnya bukan untuk beliau sebagai tenaga pengajar. Beliau telah arif segalanya. Tetapi saya yang perlu mencari kerana yang ingin belajar adalah saya. Maka, saya bulatkan dalam hati untuk menyiapkan tugasan case study yang kedua dengan memilih tajuk Gangguan Persepsi : Delusi. 


   Di sini, saya cuba jadikan ruangan maya sebagai tempat untuk saya berkongsi sedikit sebanyak penemuan yang telah saya dapat. Bagi yang lebih arif, harap ditegur sekiranya terdapat kepincangan idea atau fakta daripada apa yang saya persembahkan. Terimalah...
GANGGUAN PERSEPSI : DELUSI
            Ia adalah kepercayaan palsu yang dipegang secara teguh oleh seseorang individu. Ia tidak dapat diubah walaupun dengan alasan yang rasional.

Tuesday, July 20, 2010

REALITI vs FANTASI : PARANORMAL vs PSIKIATRI

Salamullahi'alaikum...

            Situasi perbualan kali ini, sewaktu hujan lebat dan guruh di langit saling bersambut. Saya duduk menghadap seorang pesakit psikiatri di dewan makan Wad Kemasukan Lelaki, Hospital Bahagia Ulu Kinta. Tujuan saya hanya ingin mengorek kisah hidupnya bagi menyiapkan ‘case clerking’ (MSE-Mental State Examination). Tugasan ini wajib disiapkan bagi setiap pelatih.

            Sesi soal jawab bermula. Soalan demi soalan saya ajukan, maka jawapan demi jawapan saya perolehi. Selang beberapa ketika, lidah saya terhenti sejenak menandakan otak sudah kehausan idea untuk bertanya. Tiba-tiba, pesakit tersebut pula yang mengambil alih tugas saya. Kini, dia yang banyak bertanyakan soalan...

            “Awak faham tak makna dari suara guruh tu?”, dengan yakin pesakit itu bertanyakan soalan. Diikuti jari telunjuknya mengarahkan ke langit.

            “Maaf, saya tak faham...maksud abang?”, jawab saya ragu-ragu.

            “Ye lah, guruh kan ada bunyi...bunyi-bunyian itu mengandungi maksudnya tersendiri, awak faham tak apa yang guruh tu cakap??”, dia menjelaskan soalannya.

            Saya terdiam seketika. Cuba mengerti apakah point sebenar yang ingin dia ceritakan. Baiklah, saya nekad untuk mendapatkan jawapan. Saya bertanya...

            “Kenapa? Abang faham ke suara-suara tu? Guruh tu cakap apa?”.
Sambil tersenyum, dia mengangguk dan yakin menjawab.

            “Abang faham...sebab abang dianugerahkan kelebihan itu. Suara guruh tu suruh kita diam, sebab rahsia abang sudah terbongkar”.

            Saya hanya mampu tersenyum, spontan. Sedikit timbul rasa ‘takut’ tetapi cuba dikawal sebaiknya. Terdetik juga dalam hati, sama ada ingin percaya atau tidak. Dari kuliah-kuliah Perubatan Psikiatri yang pernah saya ikuti dalam kelas, keyakinan mereka (pesakit mental) hanyalah PERSEPSI SALAH. Dengan erti mudah, otak mereka salah mentafsirkan sesuatu kepercayaan.

Thursday, July 8, 2010

Fantasi di alam Realiti

Pernahkah kita terbayang...diri kita berada di luar ALAM NYATA?

Pernahkah kita terfikir...kita sebenar di mana? apakah REALITI atau hanya FANTASI?

Pernahkah kita ambil berat, tentang apa yang telah kita lakukan selama ini...? Apakah kita wujud ini di alam yang sebenar-benar wujud atau hanya dunia rekaan kita sendiri?

   Mungkin persoalan-persoalan ini agak pelik bagi kita. Mungkin ada pula yang mempersoalkan.. ‘penulis blog ni waras ke?’ hrrmm...baiklah. Sebelum kita mengembara ke alam yang sarat dengan cerita yang jarang kita dengar, saya sarankan supaya sahabat pembaca sekalian persiapkan diri sebaiknya. Sekali lagi saya cuba menyentap fikiran kalian...

‘Berhati-hatilah dengan REALITI, kemungkinan ianya hanya FANTASI !!!’

   Ya Allah, ape kene dengan Perisai Mahkota ni?? Macam la tak ade bende laen yg nk dbincangkan...

Baiklah. Setelah persoalan dan penyataan telah dikemukakan. Cuba kalian ambil sedikit masa dan bayangkan...

   Mungkin kita sangka realiti kita adalah sama realitinya seperti orang lain di sekeliling kita. Kita bangkit dari tempat tidur, persiapkan diri, sarapan dan terus ke tempat kerja. Kita berkawan, kita bergurau gelak dan tawa. Kadang-kadang kita juga diuji dengan pelabagai masalah. Setelah seharian menjalankan tugas sebagai HAMBA juga KHALIFAH, kita kembali ke tempat pembaringan untuk dicaj tenaga. Bersiap untuk melakukan tugas berikutnya pada hari esok dan seterusnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails