Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Wednesday, April 9, 2014

Review Blog DramaRaja

Posting kali ni hanya nak review satu blog yang sangat-sangat mengujakan aku. Blog Drama Raja.

Blog ni dikendalikan oleh Brado Kapak (nama fesbuk). Mamat ni gelarkan dirinya 'Penganalisa Berita Semasa. Freelance Internet Marketer'.  Nama sebenarnya sampai sekarang aku tak tahu. Nama Brado Kapak memang femes la sejak akhir-akhir ni. Tak kurang jugak ramai yang mengkritik.

Nak dijadikan cerita, aku ikut blog mamat ni lepas peristiwa Misteri MH370. Waktu tu tengah hangat berspekulasi. Macam-macam spekulasi yang timbul. Tapi, mamat ni ulas isu ni lain dari yang lain.

Kalau nak diikutkan, faktanya kadang-kadang tu taklah tepat sangat, tapi aku suka apa yang dia dedahkan. Mungkin terbuai dengan gaya penulisan dia kot.

Cuma yang paling memeranjatkan apabila seminggu sebelum DS Najib umumkan berakhirnya MH370 di Lautan Hindi, brado kapak dah bagi klu yang pengumuman tu sebenarnya akan berlaku. 24 Mac 2014. Ternyata tepat!

Mula dari situ la aku duk tunggu-tunggu entri di blog Drama Raja dan update status terbaru di wall Brado Kapak.

Walau macamana sekalipun, aku cuma letakkan 50% jer kepercayaan kat info-info yang dia ketengahkan. Sebabnya, aku memang susah nak percaya dengan benda-benda baru. Satu lagi, aku taknak terikut-terikut sangat dengan spekulasi. Cukup ambil sebagai pembacaan.

Tu saja.. Kalau korang minat jugak nak baca dan fikir benda-benda di luar kotak ni, boleh la jenguk-jenguk blog tersebut.

Pesanan terakhirku, aku tak tanggung kalau korang susah nak tidur malam lepas baca blog DRAMA RAJA! hihihi...   Wallahua'lam.


~perisaimahkota

Sunday, April 6, 2014

The Hunger Games.. Terbaikkk!

Kediktatoran hanya akan goyah pada satu perkataan... iaitu 'KEBANGKITAN'..

Itulah yang dapat disimpulkan mengenai sebuah filem yang aku tonton semalam. The Hunger Games dan sambungannya The Hunger Games : Catching Fire. Dua movie sekali khatam.

The Hunger Games ditayangkan pada 2012 kemudian sambungannya pada tahun lepas, 2013. Tapi macamana aku boleh tak tahu kewujudan filem ni. Ye lah...mungkin sebab aku bukan kaki wayang. Dan tak suka tengok movie sangat..hihi. 

Bagi siapa-siapa yang cintakan kedamaian, memang wajib tonton filem ni. Filem ni sebenarnya fiksyen jer, tapi disebabkan nilai besar yang ada dalam filem ni membuatkan ia berharga.

Kisah tentang 'negara' masa depan yang telah didirikan di atas sebuah tapak peperangan. Kejam. Diktator. Tiada perikemanusiaan. Namun, disebaliknya ada kisah sebuah keluarga yang hidup dalam penghambaan namun teramat cintakan kedamaian.

Sehinggalah si kakak (Katniss) telah terpilih bagi menyertai sebuah permainan santapan para pembesar negara. The Hunger Games. Siapa yang hebat akan menang, manakala mati adalah hadiah mutlak buat yang kalah.

Saturday, April 5, 2014

Kad Jemputan Kenduri Kahwin

Satu perkara wajib dalam melengkapkan proses mendirikan masjid adalah pemberitahuan. Sepertimana ungkapan yang sering kita dengar, 'rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan'..

Maka, kaedah pemberitahuan yang sudah pasti tak dan takkan dimakan usia adalah menghulur kad jemputan. Setua bangka mana pun dunia ini, kad jemputan tetap muda pada usianya.


Walaupun kewujudan fesbuk sedikit sebanyak telah menyebabkan kad jemputan susah nak cari makan, tapi indeks tempahan kad jemputan bagi bakal-bakal pengantin tetap kekal pada posisinya yang tersendiri. (hentam saja lah labu...) haha.

Tapi kan kalau difikir-fikir logik akalnya memang macam tu lah..

Kad jemputan masih boleh dikategorikan sebagai 'wajib' ada dalam adat pernikahan orang melayu. Bukan melayu pun rasanya sama jugak. Kalau tak ada, ibarat makan nasi tak ada budu. Perumpaan ni ikut selera penulis. Siapa-siapa boleh menjiwai, dia akan faham.. heh..

Saturday, June 30, 2012

Refleksi 3 Bulan

Alhamdulillah..
Sekarang dah genap 3 bulan di alam pekerjaan.

Setelah ditimbang campur tolak bahagi darab, profesion ni boleh dikira bez jugak la.. Kalau nak kata tak bez, terpaksalah bez-kan jugak..hi2.

Tentang kerja ek?
Emm..nak kata enjoy, ada la tempat boleh enjoy.. Nak kata stress, memang stress.

Biasa la kan.. takder kot kerja yang tak stress atas muka bumi ni. Cuma yang lebih stress-nya, sebab kerja ni 95% berdepan dengan manusia (yang dah tentunya memiliki berjuta-juta kerenah). Selebihnya lagi, baru la berdepan dengan mesin..

Jabatan Kecemasan dan Trauma

Untuk 6 bulan ni, kami hanya ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma jer. Belum ada lagi yang diletakkan ke jabatan lain.

Motifnya, nak bagi segarkan balik segala teori dan praktikal yang pernah dipelajari sewaktu zaman student dulu. So, sebelum ditempatkan di penempatan-penempatan lain (Klinik Kesihatan, Klinik 1Malaysia, PLKN, Klinik Kampus, Penjara dan lain-lain), jabatan ni la tempat nak refresh balik segala teori dan praktikal.. dan lagi, nak bagi lebih bersedia sebelum disah jawatan.

Siapa yang berminat boleh la join kitorang sama.. pilih Diploma Pembantu Perubatan di laman web

Thursday, June 28, 2012

Nak Makan Orang!

Salam'alaik..

Fuhhh.. memang dah betul-betul lama blog PERISAI MAHKOTA ni ditinggalkan rupanya.
Sedih.. syahdu.. rindu pun ada gak.

em emm emm...

Tension! Tension! Tension!!!... huhu..



Kerja dah 3bulan, gaji satu sen pun tak dapat lagi nih. Aduhai..
Macam mana la mereka buat kerja ni..?!
Hmm.. nasib baik ler ada lagi duit simpanan lain, kalau tak memang jadi cicok kobeng la jawabnya.

Dulu kata 2 bulan dah boleh dapat, tunggu punya tunggu..habuk pun tadak..
Masuk 25 haribulan, bulan ke 3 pun sama jugak..
Pastu kata 28 hari bulan, cek-cek.. habuk jugak..

Ayooo.. amma appa.. -__- Apa suda jadi ni..?

Semangat kerja pun makin slow down dah ni..huhu..

Emm.. dah la kot untuk kali ni.
Tulis banyak-banyak nanti kang keluar semua isi perut..

Ok jumpa lagi.. roger and out!


~perisaimahkota

Sunday, November 6, 2011

Sesungguhnya Inilah Qurbanku

Pertama dan utamanya,
  nak ucapkan 'Salam Eidul Adha 1432 Hijrah' kepada sahabat yang mengenali..
     ..juga buat seluruh umat Islam di seluruh dunia..

~Semoga korban tahun ini lebih bermakna dari sebelum-sebelumnya.
Firman Allah Ta'ala : "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2)
Alhamdulillah..
   Eidul Adha tahun ni cukup bermakna buat aku..
 Takder banyak sangat bezanya dari tahun-tahun sudah, cuma yang paling bez kali ni...

Tuesday, October 25, 2011

Kembali BerUsrah

Alhamdulillah..

Setelah lama medan ini kubiarkan kontang
Akhirnya Tuhan menggerakkan jiwa dan jasadku
Untuk kembali membajai hamparan saujana
Jalan para perindu Mahabbah dan Mardhatillah.


Saat kembali berusrah
sekali berusrah
akan
selamanya berusrah
Insya Allah~
...

^_^


ok lah..
tu jer untuk kali ni..
berjumpa di lain siaran..! hihik

Assalamu'alaikum

~perisaimahkota

Monday, September 5, 2011

Pesawat Dah Tiba!

Alhamdulillah..
Semalam, 4 september 2011..bersamaan hari eidul fitri yang ke-6.
bukan pesawat ni.. ^^, dr En Google
Mok (nenek), Atuk Da (Lelaki) dan Atuk Da (Perempuan) selamat tiba di lapangan terbang (Pengkalan Chepa) pukul 7.30 malam. Maka telah sempurnalah kerja umrah mereka selama sebulan 1 minggu di Tanah Haram.

Paling best yang aku nak kongsikan adalah part sebelum mereka melepasi pintu 'balai ketibaan'. Masa tu kitorang(anak cucu Mok) excited yang tersangat nak sambut mereka. Bila Mok keluar jer melepasi pintu tu, semua pakat-pakat 'terjah' Mok.. Salam, peluk cium lagi... muah muah muah...! ^_<
...alamak, terlupa nak bawak camera...huhu. takder la gambar yang boleh dimuatkan kat sini..

Masjidil Haram dr En Google jgk..
Seronok rasa bila dapat genggam tangan orang yang baru balik dari tanah haram ni. Sejuknya menusuk jiwa..huhu~ Memang ler dalam kapal terbang tu aircondnya 'mahasejuk', tapi 'sejuk' yang aku maksudkan adalah kesejukan yang lain macam.. ermm.. korang agak jer la camner yer..

Serius.. rasa macam waktu tu jugak nak gantikan tempat diorang.
Diorang balik tanah air, aku plak ke tanah haram.. bestnyer ~.~

Yang pastinya setakat ni, peluang aku untuk ke sana masih samar-samar lagi.. tak tahu bila la aku dapat hirup udara ketenangan kat sana.. lama dah mimpi nak buat haji.. paling kurang dapat pergi umrah dan ziarah ke sana pun jadi la...

Okeyh!.. itu jer yang mampu diceritakan..
Nak cerita banyak-banyak, tapi takut 'mata masuk habuk'.. erk.... ^^,

Jom kumpul duit!!! Kita sama-sama naik haji/umrah/ziarah jom! hehe..
salam jumpa lagi...


~perisaimahkota

Friday, September 2, 2011

Jelajah Raya

KL..
Tempat aku berada sekarang..
Bagi orang yang dah biasa, nak hidup di KL ni mungkin senang..
tapi.. bagi aku.. memang tak senang. heheh..
Aku serabut tengok jalan daa... :P


2 hari beraya di KL..
Rumah Pak Ngah dan Makcik Hal..
Hari ni kitorang plan ker Seremban plak.. nak beraya rumah Mak Lang sambil-sambil jenguk keadaan mak lang. Dengar kata mak lang kurang sihat. wallahua'lam..

Harap-harap tak tersangkut dalam jem.. borring la kalau jem... huhu~

Ok lah..
nak bersiap dulu..
Si Akak pun da balik kerja sambil bawak roti canai. hehe.. Walaupun hajat nak makan nasi lemak KL tak kesampaian, dapat makan roti canai mamak KL pun jadi ler..

wokeyh.. gerak dulu! raya raya raya... !!!


~perisaimahkota

Thursday, May 19, 2011

Makin Hari Makin Sayang

Salam borak-borak..
hehe..

Apa khabar semua? harapnya semua sihat dan ceria-ceria hendaknya.
Petua orang tua-tua.. kalau nak sentiasa nampak muda menawan, kena ringan-ringankan tarik pipi untuk membentuk senyuman..
sumber foto : Hey Gurl

Senyum.. senyum.. 1 2 3.. Klik!!! ^_^
Kan cantik tu..hehe.

Senyum ni pun ada macam-macam jenis jugak. korang pun tahu kan.. tapi, kita buanglah yang negatif. Kita ambik yang positif jer k..

Orang kata jugak, senyum tu tanda sayang.. betul ker?
Mungkin betul la kot. Sebabnya, aku dapat rasa betapa bahagianya bila dapat senyum pada orang yang aku sayang..dan akan rasa tenang bila orang yang aku sayang, senyum pada aku..

Contohnya senyum kepada Keluarga, teman seperjuangan dan... ermm...^_^ Senyum..! tak perlu kata apa apa..hehe.

Lagi satu sekarang ni.. Aku banyak senyum pada laptop ni.
Ya, sebab aku dah makin hari makin sayang sama ini laptop..
Dulu siap kena sekeh lagi dengan aku.. tu la.. saper suruh degil! huhu..hihi..

Tapi tu dulu.. sekarang aku dah makin sayang dia.. nak tau kenapa?

Saturday, April 30, 2011

Cerita kat Harian Metro

Salam semua.. ^_^

Pagi tadi (29 April 2011) dapat satu sms dari Abah..

'Salam, abg. Cuba tengok kat Harian Metro hari ni m/s 16'

Dengan sepantas kilat aku menyambar kedai yang ada jual surat khabar. Tak susah nak cari kedai surat khabar kat kawasan hospital ni. Merata-rata tempat ada.. Cari punya cari... akhirnya dapat! ^_^
Ku hulur RM1.50.. ku ambil senaskhah Harian Metro...

Tanpa buang masa, aku cepat-cepat belek.. terus ke mukasurat 16. Secara tiba-tiba dan automatiknya, mata aku terus terpandang pada satu sudut berita tentang... jeng jeng jeng!!!

Sunday, April 24, 2011

Ziarah Sahabat

Salam buat semua..

Apa kabar? Harap-harap semua dalam keadaan sihat wal'afiat hendaknya yer..
erm.. korang mesti tertanya-tanya kan, kenapa aku kembali menulis. Sebab entri sebelum ni aku ada citer yang aku nak berehat dari dunia blogging ni buat sementara waktu.

Yup, memang masih dalam mode rehat dan rawat.. tapi memandangkan pagi hujung minggu ni tak tahu nak buat apa dah. Rasanya lebih baik aku jenguk ke dunia blogging ni. Melepaskan rindu dan gian...hihi..

Ok lah..tanpa lengahkan masa, kita terus kepada point. Entri kali ni aku tak rasa nak menulis panjang lebar, cuma nak intai-intai dan singgah ke beberapa blog yang sempat ziarah blog Perisai Mahkota ni sewaktu aku rehat hari tu. Macam orang ziarah kita time sakit la.. bila kita dah sembuh, mesti la kita pulak akan jenguk khabar diorang kan..

Kat bawah ni, aku ada senaraikan link bloggerz tersebut.. Aku tinggalkan kat sini supaya korang yang tersinggah ke blog ni pulak akan ziarah blog mereka. Jadi, boleh lah sama-sama kita kongsi idea.. ^_^

Saturday, April 16, 2011

Masa untuk Rehat & Rawat


Assalamu'alaikum..
Diharapkan semuanya sihat-sihat ajer lah yer..

Blogging ni kadang-kadang macam sebuah perjalanan yang panjang. Nak kena singgah sana, singgah sini. Terjah sana, terjah sini.. Jadi perjalanan ni memang jauh. Kalau ditanya kat mana penghujungnya, kompem tak tahu nak jawab macam mana. Macam takder penghujung gitu la..

Sumpah aku cakap, dunia blogging memang best sebab banyak benda yang kita boleh kongsi-kongsi walaupun bentuk komunikasi hanyalah secara bertulis. Aku istilahkan tulisan-tulisan dalam blog ni seperti 'karya maya'..(macam nama heroin hindustan la plak) ..hehe. Ia wujud, tapi tidak boleh dipegang..

foto dr En.Google
Sebelum aku melalut entah kemana..lebih baik aku straight to the point. 
Sebenarnya, aku nak berehat sekali lagi dari berblogging ni untuk jangka waktu yang tak tahu berapa lama. Wallahua'lam. Mungkin lama.. mungkin kejap jer. Tengok keadaan lah nanti macam mana. Ternyata, fikiran aku perlu direhatkan dan dirawat untuk sementara waktu. Hi-way panjang pun ada R&R, inikan pula perjalan dunia blogging yang takder penghujung.. 

Bukan apa.. sebenarnya, pengajian aku dah nak sampai ke penghujung semester 5. Dan buat pengetahuan, sekarang adalah penempatan klinikal (Klinik / Wad Orthopedik) yang terakhir sebelum aku kembali ke kolej bagi menguruskan macam-macam hal lagi berkaitan kolej. Exam pun dekat dah... HSR lagi.. ayoyo... memang banyak!

Tapi itulah dunia realiti yang sebenar-benar realiti. Lebih banyak dugaan dan cabaran berbanding dunia blog.

Friday, April 15, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

ish ish ish...

Macam-macam lah si Bro Ben nih.. haha!
Tapi.. no hal la.. aku tetap join jugak..

[image[3].png]

jom.. kita join ramai2.. klil sini.

Keunikan Kulit Katak

Salam santai..
buat pengunjung setia blog Perisai Mahkota..

fuhhh~
Penat dah jari.. malam ni jogging banyak tempat.. kebetulan pulak tengah sibuk meng-update blog 'part-time' yang baru berumur 1 hari. Penat jugak la kan nak manage dua blog nih..huhu~ Apapun.. aku puas hati! Sebab aku buat atas kehendak aku sendiri.. tidak ada paksaan dari sesaper sekalipun.

hensem tak saya? hihik ^^,
Wokeyh!
Untuk entri kali ni.. ia berkaitan dengan tajuk di atas iaitu berkenaan kelebihan/keunikan kulit katak. Walau bagaimanapun, sesetengah dari kita mengatakan katak ni antara binatang yang kotor dan 'menggelikan'.

Sampaikan ada yang terpekik terlolong hanya kerana ternampak katak dalam bilik air atau kat tepi longkang. Entah apa yang digelikan, aku pun kompius. Mungkin kulitnya yang lembap dan licin tu yang menampakkan ia 'geli' untuk dilihat.. apatah lagi dipegang.

Bagi aku.. aku ok jer..siap main pegang-pegang lagi. liciiin~ hehe.
(tu kecik-kecik dulu la.. sekarang wallahua'lam. hik hik)

Tanpa buang masa, Jom..! klik readmore untuk melihat koleksi keunikan kulit katak.
PERHATIAN : Yang tak boleh tahan tengok katak, tak perlu klik ke bawah.. tapi nak komen..okey jer. Malah dialu-alukan... ^_^

Tuesday, April 12, 2011

Mencari Ilham untuk Menulis

Salam penulisan..
Harap-harap sahabat Perisai Mahkota semua sihat wal'afiat hendaknya.. ^_^

tulis jer apa-apa pun.. janji tulis!
Lain padang, lain belalang.. Kalau padang pasir, ada belalang tak? haha..


Kata sesetengah ahlifikir, sifat dan peribadi seseorang boleh dilihat pada gaya dan cara penulisannya. Agak-agak koranglah betul ker kata-kata semacam itu? 

Hurmm..wallahua'lam. Tak tahu nak komen macam mana. Kalau korang baca tulisan aku, mesti korang dapat agak aku ni budak skema kan? hehehe.. 'Ke-skema-an' aku terkantoi di sini.. (mungkin). malu malu... ~_~

Bukan apa.. aku ni jenis yang suka terjah blog-blog orang jugak la.. Kemudian biasa la bila dah terjah, ushar-ushar entri baru. Sebelum tinggalkan komen, mesti kita tengok..baca..dan fahamkan dulu. kan kan kan? hehe~ betul tak betul, itu lain cerita..

Yang aku nak cerita adalah tentang 'kepelikan @ keterujaan' aku bila baca entri yang korang post. Kadang-kadang memang apa yang korang tulis, di luar jangkaan aku. Ada yang tahap pemikiran boleh menembusi langit ke tujuh, dan ada jugak yang boleh terjun sampai ke lapisan ke tujuh planet bumi..fuhhh~ dahsyat! dahsyat!

Paling tak tahan, kebanyakan bloggerz ni jenis yang suka membasahkan gusi dan penggerudi perut aku. Tak berhati perut betul la korang.. erk, jangan silap faham. Maksud aku, bila aku baca entri korang..gusi aku takkan kering dan perut aku boleh pecah terburai. hahaha~ Idea-idea lawak yang korang persembahkan mengatasi lawak-lawak antarabangsa.. Tak mustahil nanti wujud Raja Lawak Blogger..

So, aku nak tanya korang beberapa soalan.. dan aku mintak korang jawab jugak macam mana sekalipun.. aku tak kira! hik2.. (kejamnya bunyik) erm... soalannya berbunyi...

Hikayat Hang Serabut

Adoyai...

Persiapan awal takder pun. Walaupun dah dijangka tak lama lagi, akan dihantar untuk berperang di perbatasan. Tu la pasal.. Masa orang duk berlatih, boleh pulak main teng-teng kat rumah jiran. Dengan anak-anak jiran sekali tak pergi latihan perang..

Mungkin ni kot Hang Serabut
Tiba-tiba.. Semboyan peperangan berbunyi.. Waktu tu umur dah masuk 20an. Mengikut undang-undang negeri, siapa-siapa yang ingkar dengan perintah kerajaan, akan dihukum keluar negeri dalam masa 24 jam. Jangan balik ke kampung asal walaupun atas alasan keluarga.. ayoyo..sadisnya hukuman.
Nak tak nak.. terpaksa jugak keluar berperang. 

Waktu dalam barisan kawad nak menuju ke medan peperangan, sempat bergossip dengan anak jiran yang satu kepala tadi. "Tuan hamba dah siap sedia ker nak gi perang nih?" "erk..emm.. ntah" "tuan hamba?"
Tanpa jawapan - geleng kepala.. 
Tanda soal timbul di kepala.. ??? ..kosong.. sifar! huhu~

Sekian..
Hikayat Hang Serabut...  
(tiada kena mengena dengan yang hidup, atau yang telah tamat kehidupan)

Tapi.. yang sebenarnya, 'hikayat ciptaan' kat atas ni adalah terjemahan perasaan/situasi aku saat ini.
Kenapa pulak?

Saturday, April 9, 2011

Ajaib! Tiba-Tiba Menang

Hah!
Menang peraduan?!
Biar betul..?!!

Sohabat-sohabatku sekalian..!
ehem2... Perhatian; Aku nak citer satu kisah kat korang semua ni.. Baca sampai habis yer..

Masa jalan-jalan blog (blogwalking la tu...hihi) pagi tadi, aku terjah mana-mana blog yang pernah terjah kat blog aku. Jadi, bagi yang follow aku, aku follow balik.. Maka dengan itu aku terserempaklah dengan macam-macam blog dan klik follow! tak dilupakan.. aku meninggalkan jejakku di sana. ^_^

Selang beberapa jap.. 'kotak jeritan' aku tiba-tiba terdengar suara panggilan berbunyi macam nih:

"hey hincik hafriz..anda telah menangi peraduan pengikut yg ke 104 sy arini..hooho.. sendkan no tepon kat email zai untuk tebus adiah..tq~"
"cik Zai Hamzah"

Aku pun apa lagi.. Terjah lah ke blog tu dengan kadar yang paling segera.. Bila tengok-tengok kat entri terbarunya.. jeng jeng jeng!!!

Geng Ustaz Serang Facebook

Fesbuk oh fesbuk..

Kuat betul penangan fesbuk ni yer. Dah macam-macam benda jadi dengan fesbuk.. Ada citer baik, ada citer buruk.. fuhhh~ macam-macam hal lah.. Sekarang aku perasan.. Rupa-rupanya geng-geng nih dah berhimpun kat fesbuk. Bukan 2 3 orang.. tapi ramai!
Siapa mereka?
Hehe.. sajer jer nak buat gimik.. 
Mereka yang aku maksudkan sebenarnya adalah geng surau. Eh, silap-silap.. Geng Ustaz..hihi.

erk? Ustaz pun ada geng ker..? wallahua'lam.. ada kot. Bukan apa, aku guna perkataan 'geng' ni supaya senang nak masyuk dengan gaya percakapan orang muda sekarang.. "amacam bro.. Ok tak aku cakap camtuh? Mantap seh... haha.."

Udah2 ler tu usop...Kembali kepada citer..

Wednesday, April 6, 2011

Serangan Balas Bermula!

Salam buat semua pengunjung Teratak Perisai Mahkota.
   Juga buat Memberz Group 8 Segmen Akhi Ben AShaari..
 Peringatan! Baca entri ni sampai habis tau.. ada berita penting yang aku nak sampaikan kat korang semua.

Ermm...rasa-rasanya selama aku berblogging ni, ini lah kali pertama aku menerima kunjungan tamu blog yang bertubi-tubi macam serangan tentera gerilla padang pasir... dahsyat oo... tak sempat aku nak bernafas..hehe~

Tapi, terlebih dahulu aku mintak maaf sebab tak sempat lagi nak buat kunjung balas ke blog-blog korang disebabkan kesempitan masa yang tak boleh nak dielak.. Sempat tengok jer, tapi tak sempat nak balas komen.. ~_~ maaf lagi sekali yer..

Oleh sebab tu.. aku dah pasang niat nak serang balik memberz group 8 (termasuk semua pengunjung lain jugak) yang telah singgah dan meninggalkan ‘peta lokasi blog’ pada ruangan komen. Dengan adanya peta lokasi tu, senang la aku nak jejak korang balik..hihi.


Jadi, dalam kelapangan masa yang ada tak berapa nak banyak ni, aku isytiharkan bahawa...
SERANGAN BALAS bermula!! ...Huaargghhh!!! ...serang jangan tak serang!

Woi woi woi... Serang pe ker jadah nyer pulak nih..?!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails