Salamullahi'alaikum...
Langkahan perjalanan pada tahun ini telah membawa kita sekali lagi merasai malam penuh Barakah. Malam yang di ceritakan di dalam Al-Quran. Sarat dengan peristiwa yang mengandungi penuh pengajaran buat Hamba. 27 Rejab dikenang sebagai tarikh besar dalam sejarah peradaban Islam. Pada ketika inilah Baginda saw di jemput oleh Allah swt sebagai tetamunya. Peristiwa Isra' dan Mi'raj. Di sinilah bermulanya di syariatkan Solat 5 waktu.
Amanah yang nampak ringan tetapi berat untuk dilaksanakan. Kita pun sudah sering kali diulang-ulang cerita yang sama berkenaan peristiwa ini. Dari kecil sehingga meningkat dewasa, peristiwa malam Isra' dan Mi'raj seakan pita rakaman yang di'replay'. Katakanlah pada tahun ini, cerita sama diulang lagi. Justeru, apa yang kita dapat daripadanya? Jawapannya, mungkin dapat (ok la 2...) atau mungkin tidak (huhu...). Ruginya kita pada saat itu. Bagi yang masih berat untuk memenuhkan amanah ini, marilah kita renung kembali kisah di mana 'fail' Solat ini hendak diserahkan kepada Rasulullah. Rasulullah sayang pada kita. Balaslah rasa sayang itu dengan menjalankan segala suruhan Baginda saw. Kerana apa yang keluar dari mulut Baginda saw, adalah amanat suci dari Allah swt.
Kali ni, saya cuma ingin berkongsi dengan sahabat sekalian beberapa peristiwa lain yang turut berlaku di dalam bulan Rejab. Ambillah peluang di bulan yang terkandung penuh hikmah ini. Jangan terlalai. Yang utamanya...saya nasihatkan diri saya sendiri supaya terus istiqamah dalam mujahadah. Selebihnya, saya serahkan pada kalian untuk menerima atau tidak apa yang saya kongsikan di sini. Semoga kalian terus dilimpahkan dengan (kaf.ba.ro.kaf.alif.ta.nuun) Keberkatan dari Allah swt. Kerana Dia lah pemilik segalanya...amiin.


