Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Tuesday, July 6, 2010

Mencari Ketenangan dalam Keresahan

   Hari ini ibarat peperangan. Lebih tepat adalah 'peperangan jiwa'. Saya banyak bermonolog sendirian. Mengenangkan nasib diri yang semakin lama semakin tak bermaya untuk berjalan sendiri. Kaki dikuatkan untuk melangkah. Akan tetapi semakin dikerah, makin kuat pula persoalan tanpa jawapan berlegar-legar di ruang fikiran yang serba sempit ini. Maka aku kembali rebah. Dihulurkan tangan meminta bantuan, namun tiada siapa yang mendengar keluhan berat ini.


   Seolah-olah tenggelam punca. Sambil termenung di atas sejadah tua, saya mencari-cari jawapan. Di waktu ini pun, persoalan-persoalan itu datang lagi. Namun segalanya tetap berada dalam lingkungan cerita yang sama. Saat ini lah saya cuba mempraktikkan apa yang telah saya ketemukan dalam naskhah kecil 'Supaya Gelisah jadi Ibadah'. Segalanya saya serahkan pada Allah. Saya tidak mahu menyalahkan Allah dengan masalah yang datang serba seribu macam ini. Namun, jawapannya masih samar-samar. Ketenangan baru sahaja hendak bertamu, datang pula keresahan mengetuk pintu hati. Ingin benar rasa resah ini mengambil tempat di hati.

Sunday, July 4, 2010

Bacaan : Nota Fikir untuk Zikir

   Di saat hati penuh keresahan mencari-cari erti sebenar kehidupan, saya diperkenalkan oleh seorang sahabat lama melalui facebook (selamat tinggal FB...huhu) tentang sebuah blog yang katanya mampu menghidupkan kembali jiwa-jiwa yang hampir malap. Ditakdirkan oleh Allah swt, jari-jari ini mampu menekan dan mencari-cari blog yang dimaksudkan.


Kembali Mengembara


Alhamdulillah...

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah swt, kerana telah memberi keizinan untuk saya kembali menulis di ruangan blog ini. Untuk makluman, blog Perisai Mahkota yang lama telah ditamatkan pengaktifannya atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat di elakkan.

Maka dengan itu, saya kembali membuka blog Perisai Mahkota dengan suasana yang sedikit berbeza berbanding sebelumnya. Kali ini, saya cuba untuk memfokuskan setiap posting pada satu bidang pengkhususan sahaja... Ia kemungkinan hanya berkisar tentang motivasi diri, kata-kata semangat, perbincangan agama dan yang sama waktu dengannya. Kini juga, alamat blog saya telah ditukarkan kepada perisai-mahkotasufi.blogspot.com .

Semoga Allah memberi kekuatan untuk saya berkongsi idea dengan sahabat pembaca untuk kali ini. InsyaAllah...
Mohon doa dari sahabat-sahabat semua juga. Terima kasih...

dengan ini saya mengucapkan...selamat datang ke Blog Perisai Mahkota.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails