Nak kata gembira, ok la.. Nak kata huru hara, em..kot la..huhu..
Tinggalkan mood itu.. jom kita fikir apa yang patut kita fikir! ^^,
Analogi; Membina Bangunan Di Atas Tapak Runtuhan
Sulit kan? Kos yang tinggi, masa yang lama, tenaga kerja dan kepakaran yang ramai diperlukan.. dan macam-macam lagi benda yang perlu dipikirkan.. Bukan mudah nak bersihkan tapak yang telah diselerakkan oleh runtuhan bangunan tinggalan lama. Mungkin terpaksa bertegang lidah dengan penduduk setempat atau dengan pihak-pihak berkenaan disebabkan timbul satu-satu masalah.
Selang beberapa bulan, barulah penstrukturan dibuat..
Dipacakkan tiang yang baru dan kerja-kerja pembinaan dijalankan sehinggalah siap pada akhirnya.
Walaupun generasi selepas ini bangga dengan bangunan itu yang tampaknya gagah dan gah, tapi rahsia disebaliknya tak seindah yang disangkakan. Sejarah betapa sulit untuk mendirikannya, tak siapa yang tahu.
Memulihkan Kepercayaan Di Atas Tapak Ketelanjuran
Sama ada secara sedar atau tidak, kita sebagai anak Adam takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Tak kira besar atau kecil. Tak kira hebat atau sederhana. Ketelanjuran itu tetap ada..
Itulah bukti bahawa kita ini hamba, selamanya.. tak terlepas dari sebarang kesilapan. Walaupun telah beberapa kali bertaubat dan berazam untuk melalukan perubahan, namun dosa menyusul sedetik selepas penyesalan.
Air mata keinsafan bagaikan siraman air hujan yang mencambahkan cendawan dosa.. Menangis taubat sekali, kemudian maksiat diulang berkali-kali..
Ketelanjuran benar-benar merosakkan akal dan hati..
Lebih dahsyat, sehinggakan mampu meruntuhkan kepercayaan orang sekeliling..hatta orang yang paling kita sayang turut terkena tempiasnya.. Sadis! ~_~ Pedang dalam genggaman dilibas tanpa belas. Akhirnya mencederakan jiwa dan raga yang tak bersalah..
Sudahnya, runtuhlah kepercayaan mereka pada kita. Tiada lagi peluang pengampunan! - Walau selaut kemaafan yang dipersembahkan, peluang untuk diterima kembali teramat sukar.. Sesukar mendirikan binaan baru di atas tapak runtuhan..
Ya, aku pernah berbuat salah. Dan berkali-kali mengulangi kesilapan itu.. dan kini aku sedar, aku telah meragut seluruh kepercayaan yang tertanam dalam hati-hati mereka.
Apakah aku kembali diterima sepenuh hati? Adakah masih ada peluang kedua bagiku?
wallahua'lam.. aku hanya mampu berserah - padaNya.. - pada belas ihsan dan kasih rahmatNya.
Biarpun aku dibuang, aku tetap berusaha untuk kembali diterima. Sesampai ajalku tiba..walau sedetik selepas ini!
Ya Rahman, Ya Rahiim.. aku menagih maghfirahMu~
~perisaimahkota
3 comments:
sebab tue sblum kita wat sesuatu keputusan kita perlu fikir baik2.. tp manusia x kan lari dr kesilapan.. tp kesilapan itu harus diperbaiki..
p/s~ farah singgah balik blog hafriz..
Kite manusia. Kite belajar dari kesilapan..
Manusia biase riak, walau bangunan dibina di atas tapak runtuhan. Tetap bangga. Terkadag lupe. Ia mungkin runtuh lagi.
asam garam dlm kehidupan, sering terleka dgn keindahan mmbuatkn hati berpaling dari tuhan ... huhu
Post a Comment