Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Wednesday, December 14, 2011

Sejarah Membuktikan Kita Juara!

"Belum sampai masanya... tunggu la nanti nanti eh.. 
Kalau Allah nak beri hidayah untuk saya berubah, saya beubah la.. huhu~"

Alasan yang biasa kita dengar.. cukup familiar. Sabor jer la..
Tak maksudkan sesiapa.. tapi ikhlas cakap..ayat ni la yang sering kita ulang-ulang..
Bukan di bibir.. tapi dalam HATI kita sendiri!

Hakikatnya.. kita bukan tak mampu untuk berubah, tapi kita tak bersedia untuk memulakan langkahan pertama. Mana mungkin kejayaan dapat digenggam selagi masih berada di belakang garisan permulaan..

'Sejarah membuktikan, kita tak belajar dari sejarah..'

Kerana kita manusia - pelupa yang sentiasa lupa! lebih-lebih lagi bab sejarah... ~_~"


Lupakah kita pada sejarah penciptaan diri kita sendiri..?

Di dalam jutaan sperma yang membelah samudera lautan sistem pembiakan manusia,
kita adalah juara! Kita telah bermula pada garisan awal, kemudian menamatkan perjalanan panjang sebagai Wira Sejagat berbanding 'teman seperjuangan' yang lain.. mereka akur - tunduk kalah.

Sekali lagi diulang.. Kita adalah Juara! The Brave One!
..kerana kita tak gentar untuk bergerak maju mengorak langkah.. mencipta perubahan besar dalam kehidupan. ..dari hanya menjadi sperma kecil.. ber-tranformasi menjadi manusia gah.

Namun aneh, pada saat kita dikurniakan sepasang kaki dan tangan, juga disertakan deria khas yang lima serta aqal fikiran dan hati naluri yang bernyawa, kita jadi lemah, lesu..tak bermaya. Berbanding sewaktu ketika dulu kita cuma memiliki satu kepala dan ekor yang saiznya teramat-amat kecil.

Sedarlah kini..
Bahawasanya aku mampu untuk berubah.. Menjadi yang terbaik buat diri dan orang sekeliling.
Pepatah menyebutkan, - Hiduplah sementara masih hidup, jangan mati sebelum mati. 

Dalam persediaan menghadap Sang Ilahi..
Mulai saat ini, azamku untuk terus bermujahadah! ^_^ ..until Jannah!

~perisaimahkota



2 comments:

ruby sarip said...

Sy sangat setuju dengan entry ni..
kalo nak tunggu masa sampai maybe lama lagi.. Kalo kita dah mulakan langkah, langkah lain akan terbuka sendirinya...

org yang tak belajar pengajaran dari sjarah die lah org yang akan mengulang sejarah..

Hafriz Mohamad said...

ur right! alhamdulillah.. dpt satu lg kata2 baru yg ckup unik.. syukran ukhti. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails