Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Wednesday, January 18, 2012

Masak Jerr...

Alhamdulillah.. syukur berkesempatan lagi nak naip-naip kat sini..

Kali ni nak citer pasal masak memasak.
Eh eh.. Yang pasti ni bukan rancangan Master Chef Malaysia ok.. Master Chef dah habis..hee~

Nape tengok pelik? Ingat orang lelaki tak pandai masak ker..? haa.. :P

Terbukti rancangan master chef tu majoriti finalisnya adalah lelaki.. Tapi nasib la..juaranya tak berpihak pada lelaki. Nak buat camner.. redha jer lah.

Idola Master Chef

Sebut pasal idola master chef ni, aku ada pilihan tersendiri yang mungkin lain dari orang lain. Kerana Master Chef yang bertakhta di hatiku adalah Nabi kita, Rasulullah SAW. Kenapa Baginda??

Kerana Baginda bukan sekadar master dalam kerja-kerja chef, tapi master dalam segala hal rumah tangga.

Bererti, bukan setakat masak memasak.. Baginda jugak boleh menjahit, membasuh pakaian dan segala bagai lagi lah. Boleh dikata Rasulullah adalah Mr Perfect la.. hehe..

Seperti kata Rusydee Atrz dalam entrinya 'Pandai Memasak Juga Sunnah'...
     Amrah meriwayatkan bahawa seseorang bertanya kepada Aisyah, "Apakah yang dilakukan Rasulullah saw di dalam rumah?" Aisyah menjawab, maksudnya: "Rasulullah saw adalah manusia biasa; beliau merendam pakaian, memerah susu domba, dan melayani dirinya sendiri." (HR Tirmizi, Bukhari, dan Ahmad)
     Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
     Saidatina 'Aisyah r.a. menceritakan: "Kalau Nabi SAW berada di rumah, Baginda selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, Baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."

Ok lah.. So, nasihat kepada bakal-bakal suami macam aku ni. Belajar-belajar la memasak yer. Oppss.. bukan sahaja memasak, semua benda kena belajar. Outdoor, indoor, updoor hatta downdoor!.. semua kena expert.. (aku belum lagi la.. baru nak start enjin..ngee~)

Sebelum tamatkan entri ni, aku nak kongsikan satu petua untuk 'chef-chef' atau 'bakal chef' di luar sana yang nak memasak nanti.. 3 benda yang cuba diamalkan setakat ni waktu memasak..

foto Rusydee Artz.. - klik untuk besarkan.

Pertama.. Mulakan dengan bacaan basmalah.. dan setiap kali nak masukkan bahan dalam periuk / kuali, dahulukan dengan ucap basmalah.. InsyaAllah berkat nanti.

Kedua.. Waktu nak mengacau tu, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri la. Itu sunnah Baginda SAW..

Ketiga.. Semasa proses kacau mengacau tuh, baca Surah Al-Kauthar.. kerana hikmahnya surah tu berkaitan dengan buah kauthar.. Iaitu buah dari Syurga. Dah nama buah syurga, kompem la sedap.. InsyaAllah masakan kita jugak nanti sedap..

Wallahua'lam.. itu saja perkongsian ringkas untuk kali ni.
'Kalau tak boleh nak ambik semua, jangan la tinggal semua yer'.. Hidup biar sedap!!! ^_^ hehe..

Selamat beramal..

~perisaimahkota


6 comments:

Marlina Mohtar said...

masak apa tu? banyak je ummi tengok....

Soul Seeker said...

lepas ni boleh buat entry pasal masak memasak la pulak kan ? hee. :)

Hafriz Mohamad said...

Ummi: msk mee goreng jer klau x clap.. gmbr 2thun lpas..hi2~

Filzati: erk.. kot la..hehe~

AnakPakZohar said...

err...gambar dua tahun lepas.. buat entry macam baru masak tadi je kan.. ahhahaha.. =P

idola ku jua.. =)

zai shazai said...

wow..cm sedap je..
amin..mudah2an dapat la masuk master chef tu..keh3

Nadirah Ahmad Azam said...

boleh sy copy petua memasak ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails