Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Renungan


   Teka Teki adalah suatu hiburan bagi kita. Tidak kiralah kita yang berbangsa Melayu, Cina, India bahkan ke seluruh pelusuk dunia. Pasti ada teka-tekinya tersendiri. Mengikut budaya dan agama sesuatu tempat. Wajah yang muram juga boleh diceriakan apabila teka-teki itu berunsur lawak jenaka. Tak kering gusi dibuatnya.

   Di sini, saya ingin kongsikan beberapa soalan teka-teki warisan. Namun, gayanya berbeza. Pesan Rasulullah, manusia yang paling berjaya adalah mereka yang selalu mengingati mati. Bagaimana caranya? Kalau nak disenaraikan dari A sampai Z, teramat banyaklah metod bagi kita mengingati Mati. Untuk itu, saya cuba untuk kongsikan bersama sahabat, 'Teka-Teka ZikrulMaut'.

Mudah-mudahan dari teka-teki juga mampu mengingatkan kita tentang kematian yang pasti!

Soalan 1

Apakah, pemandunya ramai tetapi penumpangnya hanya seorang?

Jawapan : Keranda yang di usung ke kuburan.

Pengajaran : 
   Buat masa sekarang, kita mungkin hanya mengikut ahli keluarga atau sahabat kita menghantar jenazah ke kuburan. Insan yang menjadi penumpang itu, mungkin saudara kita, mungkin musuh lama kita (yang telah kita maafkan) atau mungkin sahabat serempit. Kita adalah antara pemandunya. 
   Akan tetapi ingatlah suatu hari nanti... Yang menjadi penumpang dalam kereta mayat itu adalah KITA!


Soalan 2

Cuba perhatikan di sekeliling kita, apakah benda yang biasa ditanam tetapi tidak akan tumbuh-tumbuh?

Jawapan : Mayat.

Pengajaran :
   Yang terbaring kaku di liang sempit itu adalah KITA suatu hari nanti. Ketika itu, tiada guna lagi segalanya. Maka terputuslah semua hubungan kita (alam barzakh) dengan dunia kecuali 'ilmu yang disampaikan sewaktu hayat hidup, harta yang telah dimanfaatkan dan doa anak yang soleh (itupun kalau ada anak)'. 
   Sambil mengiring mencium dinding tanah, kita menunggu akan hadirnya dua Malaikat. Jawablah dengan sebaiknya... Oleh kerana yang menjawab persoalan nanti adalah amalan kita, maka beramallah di dunia ini sesempurnanya. InsyaAllah semoga dibangkitkan dalam keadaan yang aman.


Soalan 3

Apakah yang dimaksudkan dengan 'sebuah rumah  bertiang dua'?

Jawapan : Kubur.

Pengajaran :
   Sekarang, kita melalui tepian tanah perkuburan dengan memberi salam 'Assalamu'alaikum Ya Ahluddiyar' (itupun bagi yang sedar akan kelebihan memberi salam!). Sampai suatu waktu, kita pula yang akan diberi Salam Penghormatan seperti itu. Kerana, kitalah yang akan menghuni 'rumah sempit bertiang dua' itu. Bila, di mana dan bagaimana? Bergantung kepada amal kita di dunia...
   (Kalau kita bagi salam untuk ahli kubur, tiba-tiba ada suara menjawab...camne ek? bagi aku...lari! hehe...)

Soalan 4

Kenapa orang yang menggali kubur tidak memakai selipar?

Jawapan ; Ya lah, kalau pakai selipar...sampai bila pun tak siap menggali. Sebab, orang gali kubur semestinya tak pakai selipar, tapi pakai cangkul. (hehe....)

Pengajaran :
   Mungkin sekarang...kita (bagi yang berpeluang) berkeringat sampai keletihan menggali tanah kubur orang lain. Akan tetapi inagtlah!, kelak orang lain pula yang akan menyiapkan 'tempat tinggal' itu untuk kita. Mereka juga tak akan pakai selipar, tetapi akan pakai cangkul. Lagi cepat kita disemadikan, lagi baik. 
   Tapi mana lah tahu, kalau-kalau ada yang menggali tanah kubur kita nanti menggunakan selipar. Alamatnya...mungkin kita sewaktu hidup ni selalu sangat curi selipar di masjid (em...hehe). wallahua'lam...

Moralnya... Setiap yang Hidup, Pasti akan menempuhi saat keMatian!

Sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails