Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, July 31, 2010

Tangisan Tanpa Suara

Ibu...
Kita nak pergi mana ni ibu?
Adik takut, tempat ni gelap
Ibu jangan lepaskan adik sendirian
Kalau ibu tinggalkan adik
Nanti adik nak nangis kuat-kuat!


Ibu...
Ibu nak ke mana tu?
Sanggup ibu tinggalkan adik!
Ibu tak sayang adik lagi ke?
Apa salah adik bu?
Adik pernah sakitkan hati ibu ker?

Ibu...
Ibu dengar tak tangisan adik ni?
Adik merayu sangat-sangat ni ibu
Sanggup ibu tengok adik dihurung lalat?
Sampai hati ibu lihat adik dimamah ulat
Adik sayang ibu
Jangan la tinggal adik sendirian di sini
Adik takut...

Ibu...
Kalau adik yang salah
Adik mintak maaf banyak-banyak kat ibu
Bukan niat adik nak sakitkan ibu
Jujur adik katakan
Adik lebih rela dalam ‘jagaan’ ibu
Selamat dari segala bencana
Jauh dari malapetaka
Kalau boleh, adik tak nak lahir ke dunia
Adik nak sentiasa dengan ibu

MINAH & MAMAT

Kalau korang nak tahu sangat
Dunia ni terdiri daripada minah dan mamat
jom tengok camne diorang terjerat
Sebelum jadi mayat

ada spesis minah ni
bila dah jumpa lelaki
mula la rasa nak tunjuk bulu kaki
kononnya stail moden zaman kini
tak cukup bulu kaki bulu ketiak pun jadi
asal menawan sanubari

lagi dinasihat lagi menjadi jadi
kubur lain lain la tok haji!
Aku kena lagi

Friday, July 30, 2010

Bacaan : Di mana DIA di Hatiku?

Salamullahi'alaikum... Salam Mujahadah.

     Hari berganti hari, terbenam bulan diganti sinar sang mentari. Helaian demi helaian kuselak, akhirnya selesai kukhatam hingga penamatnya. Namun isinya belum sempat kusalurkan sepenuhnya ke ruangan praktikal kehidupan. Pengisiannya cukup menarik. Mampu membakar semangat mujahadah, mampu memadam api resah semalam. Kini ku sedar, kehidupan bukanlah gelanggang permainan semata-mata.


    Aku terus melangkah, meneruskan saki baki jalan mujahadah. Entah di mana penghujungnya jalan ini, aku sendiri tidak tahu. Sebab aku baru saja memulakannya. Masih banyak yang perlu kutempuh. Jatuh bangunku disini! Namun, itu tidak terlalu merisaukan hatiku, kerana ia adalah asam garam kehidupan yang sewajibnya kutelan. Lebih aku khuatiri, jika aku berterusan rebah tanpa mampu berdiri lagi di 'sana' (Akhirat). Na'uzubillah...


     Terima kasih kepada ustaz Pahrol, kerana atas usaha murnimu, telah sedikit sebanyak mengetuk ruang fikirku. Justeru, hatiku turut terkesan. Fikirku selama ini kotor, hanyut, dan penuh kepalsuan. Jika fikirku punah, apatah lagi dengan zikirku. Segalanya musnah kerana aku leka dalam buaian nafsuku sendiri.

     Dengan perkongsian ilmu dan pengalaman ustaz dari naskhah biasa (yang laur biasa) ini, aku telah kembali membuka mata yang selama ini 'sengaja' aku pejamkan. Bukan kerana aku masih anak kecil yang baru dilahirkan, tapi aku adalah si lewat usia yang senantiasa hanyut dalam dunia fana'. Maka, segalanya membuat aku terpejam. Bukan sehari dua, tapi tersangat lama. Aku dilalaikan oleh tipuan dunia tanpa menyedari hakikat kebenaran. Yang salah kuanggap betul dan begitulah sebaliknya.




     Bagi sahabat yang masih meletakkan diri di medan peperangan HATI, dan ingin sekali keluar dari kekalutan tersebut, saya sarankan supaya kalian teruslah manfaatkan masa yang terluang dengan membelek dan menyerap mutiara berharga dari buku ini. 'Di Mana DIA di Hatiku?'. InsyaAllah..jika ikhlas niat kalian untuk mencari jawapan di sebalik ribuan persoalan, buku ini mampu membantu. Apapun, jangan dinafikan kuasa Allah.

     Jika semboyan peperangan HATI masih bersahutan, serahkan segalanya pada Sang Pencipta. Adukan segalanya pada Rabb Yang Maha Sempurna. Kerana Dia yang mengamanahkan HATI ini untuk kita miliki. Jika kita lah pemilik yang bertuah itu, maka hiasilah HATI itu dengan fikir dan zikir. Mudah-mudahan segala persoalan hati akan terjawab.

    
~perisai mahkota


Saturday, July 24, 2010

Adik anak ibu!

Satu petang di sebuah pasar malam...


   Aku meneruskan perjalanan. Dari satu point ke satu point berikutnya. Dalam kesesakan orang ramai, aku mencari-cari destinasi persinggahan yang seterusnya. Banyak gerai-gerai yang menarik untuk aku singgah. Juadah yang dihidangkan pun, cukup untuk membuatkan pusat reseptor laparku beroperasi (ting-tong..hehe). Tapi memandangkan beberapa faktor penghalang, aku rancang untuk hanya membeli yang patut sahaja.

   Dalam keriuhan suasana pasar itu, gegendang telingaku telah disentuh oleh satu suara lembut si kecil. Pastinya suara itu realiti, bukan halusinasi. Ya, suara itu adalah suara budak lelaki dalam lingkungan usia 6 tahun. Mungkin sebaya dengan adikku. Kuperhalusi setiap bait-bait ayat yang terzahir dari lidahnya. Sambil tangan kanannya menarik-narik jari pejal ayah. Ayahnya pula sibuk memelih kuih yang ingin dibeli.

     "Ayah, adik nak mainan!" Rengek si kecil. Dia membahasakan dirinya sebagai Adik.

     "Yer...sabar, nanti kita beli la...adik tunggu la jap." Sifat kebapaan si ayah mampu memujuk Adik. Walaupun rengekan tetap diteruskan, suara Adik makin perlahan. Mungkin dia terbayang yang ayahnya akan membelinya nanti. 

     "Sabar la dik, nanti ayah belikan la. Adik kan anak ayah." Suara mak cik yang menjual kuih di gerai itu pula mencelah. Mungkin niatnya ingin membantu si ayah meredakan rengekan Adik. Tanpa mengenali watak sebenar Adik. Adik jenis tidak mengaku kalah.

     "Adik bukan anak ayah, Adik anak ibu...! Adik sayang ibu!" Jawab adik. Rupa-rupanya adik lebih berantai-rantai ideanya untuk sedia menjawab. Diserang kanan, mengelak ke kiri. Begitulah sebaliknya. Bukan senang nak pujuk si Adik.

   Bibirku membentuk senyuman. Lucu mendengar jawapan Adik. Tak kusangka ayat itu yang terkeluar dari mulutnya. Walaupun bibirku mengukir senyuman tidak sengaja, tapi dalam hati juah berbeza. Aku sudah terbahak-bahak ketawa. Nasib baik tidak diluahkan dalam bentuk zahir reaksi wajah.

   Rasa kesian pun ada. Apa lah nasib si ayah agaknya, setelah mendengarkan jawapan itu yang terkeluar dari mulut Adik. Apa pun bagi si ayah, ia adalah normal. Semestinya si ayah telah fasih dengan perwatakan Adik. Kasih sayang mereka tetap disimpul kemas dan tidak mungkin diganggu gugat.

Friday, July 23, 2010

GANGGUAN PERSEPSI : DELUSI

Salamullahi'alaikum...


"Kamu, berikan saya contoh-contoh DELUSI yang kamu tau!"


   Inilah arahan yang pernah diberikan oleh seorang tenaga pengajar minggu lepas. Saya tidak mampu menjawab persoalan tersebut. Mungkin sebab saya sudah lama tinggalkan lecture note, isinya juga sudah hilang dari 'nota memori'. Saya tidak mampu menunaikan permintaan tersebut. Maaf...

   Untuk itu, saya bertekad. Harapan beliau, saya akan tetap laksanakan. Manfaatnya bukan untuk beliau sebagai tenaga pengajar. Beliau telah arif segalanya. Tetapi saya yang perlu mencari kerana yang ingin belajar adalah saya. Maka, saya bulatkan dalam hati untuk menyiapkan tugasan case study yang kedua dengan memilih tajuk Gangguan Persepsi : Delusi. 


   Di sini, saya cuba jadikan ruangan maya sebagai tempat untuk saya berkongsi sedikit sebanyak penemuan yang telah saya dapat. Bagi yang lebih arif, harap ditegur sekiranya terdapat kepincangan idea atau fakta daripada apa yang saya persembahkan. Terimalah...
GANGGUAN PERSEPSI : DELUSI
            Ia adalah kepercayaan palsu yang dipegang secara teguh oleh seseorang individu. Ia tidak dapat diubah walaupun dengan alasan yang rasional.

Wednesday, July 21, 2010

Warkah Mayat untuk Mayat!

( jangan baca bagi yang lemah semangat )

Kesian aku tengok kamu,
Malam malam merintih dipalu,
Pagi pagi melolong meracau takde malu,
macam macam aku dengar dalam kubur kamu,
bunyi rantai bunyi besi berlaga kat dalam kubur kamu tu,
aku ingatkan kamu sedang membina bangunan batu,
rupanya aku diberitahu kamu sedang diseksa diazab bertalu talu,
dipukul dihentak laju laju,
kasihannya kamu..
Dulu aku dah pesan kat kamu,


Sebelum kamu jadi mayat yang selalu je menangis pilu,
Solat la di awal waktu,
Solat la kat surau yang kamu kata panas tu,
Berjemaah la kamu,
Tapi kamu kata mana wajib semua tu,
Tapi cukup sempurna ke yang wajib dulu kamu buat tu?
Rasa diri dah perfect sangat kan dulu?
Kononnya KASIH SAYANG ALLAH berpihak pada kamu,
Padahal tinggal solat slamber je takde rasa malu,
Dosa kecil lagi lagi la confirm hobi kamu,
Aku tak tahu,
Aku dah nasihat dulu..

Tuesday, July 20, 2010

Kita dan Ibu

Ketika kita berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan lari menjauh sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih. Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna. Kita mengucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Pada usia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru. kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah mencecah 6 tahun, ibu memimpin tangan ke sekolah. Kita mengucapkan terima kasih dengan menjerit "Tak nak! Tak nak!"

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara mengucapkan terima kasih adalah dengan kita memecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan ais krim. Kita mengucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Berusia 9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah. Kita ucapkan terima kasih padanya dengan kita belajar ponteng sekolah.

Ketika usia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja. Kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

REALITI vs FANTASI : PARANORMAL vs PSIKIATRI

Salamullahi'alaikum...

            Situasi perbualan kali ini, sewaktu hujan lebat dan guruh di langit saling bersambut. Saya duduk menghadap seorang pesakit psikiatri di dewan makan Wad Kemasukan Lelaki, Hospital Bahagia Ulu Kinta. Tujuan saya hanya ingin mengorek kisah hidupnya bagi menyiapkan ‘case clerking’ (MSE-Mental State Examination). Tugasan ini wajib disiapkan bagi setiap pelatih.

            Sesi soal jawab bermula. Soalan demi soalan saya ajukan, maka jawapan demi jawapan saya perolehi. Selang beberapa ketika, lidah saya terhenti sejenak menandakan otak sudah kehausan idea untuk bertanya. Tiba-tiba, pesakit tersebut pula yang mengambil alih tugas saya. Kini, dia yang banyak bertanyakan soalan...

            “Awak faham tak makna dari suara guruh tu?”, dengan yakin pesakit itu bertanyakan soalan. Diikuti jari telunjuknya mengarahkan ke langit.

            “Maaf, saya tak faham...maksud abang?”, jawab saya ragu-ragu.

            “Ye lah, guruh kan ada bunyi...bunyi-bunyian itu mengandungi maksudnya tersendiri, awak faham tak apa yang guruh tu cakap??”, dia menjelaskan soalannya.

            Saya terdiam seketika. Cuba mengerti apakah point sebenar yang ingin dia ceritakan. Baiklah, saya nekad untuk mendapatkan jawapan. Saya bertanya...

            “Kenapa? Abang faham ke suara-suara tu? Guruh tu cakap apa?”.
Sambil tersenyum, dia mengangguk dan yakin menjawab.

            “Abang faham...sebab abang dianugerahkan kelebihan itu. Suara guruh tu suruh kita diam, sebab rahsia abang sudah terbongkar”.

            Saya hanya mampu tersenyum, spontan. Sedikit timbul rasa ‘takut’ tetapi cuba dikawal sebaiknya. Terdetik juga dalam hati, sama ada ingin percaya atau tidak. Dari kuliah-kuliah Perubatan Psikiatri yang pernah saya ikuti dalam kelas, keyakinan mereka (pesakit mental) hanyalah PERSEPSI SALAH. Dengan erti mudah, otak mereka salah mentafsirkan sesuatu kepercayaan.

Saturday, July 17, 2010

Kasih ibu Sampai Syurga

Salamullahi'alaikum...

   Jam 12 tengah hari menunjukkan waktu makan bagi pesakit psikiatri di Wad Kemasukan Lelaki (WKL). Semua pesakit bergegas ke dewan makan untuk menyantap hidangan tengah hari. Bermacam gelagat yang kami lihat. Ada yang tidak sabar mengambil makanan, dan ada juga yang lambat-lambat pergerakannya (cool jer...). Suasananya hampir sama dengan hari-hari sebelumnya. 

   Tiba-tiba kami terkejut. Terdengar suara seseorang menangis teresak-esak. Seakan suara kanak-kanak degil yang menangis setelah baru saja dipukul oleh ayahnya. Saya mencari-cari suara itu. Rupa-rupanya suara itu dari seorang pesakit. Abang Ayie (bukan nama sebenar) bersungguh-sungguh menangis seperti menyesali dosa besar yang pernah dilakukan dulunya. Kami mendekatkan diri untuk bertanyakan sebab mengapa dia menangis.

"Abang, makan la... kenapa nangis ni?" tanyaku memujuk.

   Dia tidak menjawab. Hanya menggelengkan kepala dan menyambung tangisannya. Kini semakin kuat. Kami cuba sedaya upaya memujuknya untuk makan, tetapi dia menolak tray makanan kepada sahabat di hadapannya. Matanya mula merah, pipinya dibasahi titis-titis penyesalan. Tanpa ingin mengganggu, kami sekadar memerhati kelakuannya. Tetap sama, tetapi...

"Aku rindu mak, aku dah lama tak balik jumpa mak. Korang tau dah 3 tahun aku tak jumpa mak..." keluhan ini yang sempat kami rakam ke dalam benak fikiran masing-masing. 

   Tangisan diteruskan, sehingga pujukan kami langsung tidak diendahkan. Kami sedikit tercengang dengan situasi yang berlaku tengah hari ini. Betulkah Abang Ayie menangis? Abang Ayie adalah seorang pesakit paling ceria yang pernah kami jumpa. Waktu lapangnya diisi dengan nyanyian-nanyian yang menghiburkan. Suaranya amat kuat sehinggakan satu blok WKL boleh dengar suaranya. Dia juga suka bercerita. Satu yang kami tanya, berpuluh-puluh jawapannya. Masuk saja waktu solat, dia akan Azan dengan penuh perasaan dan suaranya dikerahkan seluruh tenaga. 

   Tetapi kali ini, jendela-jendela keceriaan itu seakan-akan tertutup rapat. Langsung tidak memberi peluang kepada cahaya kebahagiaan untuk meresap masuk ke dalam jiwanya. Kesedihan yang teramat dapat kami rasakan. Dia beredar dari dewan makan. Makanannya langsung tidak disentuh kecuali sesuap tembikai sahaja. Dia menyisihkan diri di belakang dinding, dan meneruskan rintihannya di situ. Dengan harapan, ibunya mampu mendengar suara hatinya.

   Sepuluh minit berlalu, dia perlahan-lahan berjalan mendekati kami yang waktu ini sedang berada di kaunter pejabat. Di palang kayu, disembamkan mukanya rapat. Kami sedar, mood untuk Abang Ayie menyanyi datang kembali, tetapi lagu kali ini lain ceritanya. Lisannya hanya mengalunkan lagu-lagu tentang kasih suci seorang ibu. Air mata yang mulanya hanya bergenangan di kelopak mata, kini bercucuran mengalir. Hebat tangisannya. Tafsiran perasaan yang cukup mendalam sehingga mampu menyerlahkan keadaan sedemikian.

   Saya yang memandang tepat pada matanya, pun merasakan turut diheret bersama ke dalam dunianya. Aku juga hampir-hampir mengeluarkan air mata, tapi berjaya di kawal. Dunia lampau yang cukup memeritkan. Amat sedih untuk diungkap. Saya hanya boleh membayangkan apa yang difikirkan oleh Abang Ayie, tetapi perasaan yang sebenar hanya dapat dirasai oleh dirinya sendiri. Aku hanya mampu melihat wajah itu. Wajah penuh penyesalan. Gayanya tak ubah seperti watak isteri kematian suami yang dilakonkan oleh Fauziah Nawi dalam cerita 'Bertaut di Jabal Rahmah'. Tidak ada siapa pun yang boleh menghentikan tangisannya.


Friday, July 16, 2010

Masjid : Mahligai Yang Disisihkan

Salamullahi'alaikum...

   Pita rakaman memori kembali memutarkan kisah-kisah lama. Saya masih terkenangkan suasana sewaktu berhimpun bersama keluarga di kampung (Rengit, Batu Pahat, Johor). Hampir seluruh sanak saudara waktu itu berkumpul di ruang tamu rumah arwah Atok Bak. Kami berkongsi-kongsi cerita diselang dengan gelak tawa ceria.



   Pok Teh yang biasanya akan menjadi Penglipur Lara mengemudi acara. Selepas kisah demi kisah, Pok teh memanjangkan sembang-sembang malam dengan menimbulkan satu idea yang cukup menarik. Dia mengajak bermain teka-teki. Maka mulalah berbalas-balas soalan antara kami. Antara dialog teka-teki yang masih aku ingat sampai sekarang (ingat-ingat lupa)...



Pok teh : Bangunan apa yang paling tinggi di dunia?

Kami : Affiel Tower, WTC, Menara KLCC...bla bla bla (hentaman demi hentaman jawapan).

Pok Teh : Salah! Salah dan semuanya salah! Hehe...

Kami : habis...ape jawapannya Pok Teh??

Pok Teh : (sambil tersenyum) jawapannya adalah... MASJID.

Kami : Kenapa masjid? Masjid kan rendah jer...

Pok Teh : Sebab, cuba korang semua tengok kat kubah masjid. Bukankah ada bulan dan bintang? Sebab tu la masjid yang paling tinggi. Mana ada bangunan kat dunia ni yang tingginya boleh sampai mencecah bulan dan bintang... hehe...percaya tak??

Kami : ooo...  hahahaha... (gelak disambung-sambung menjadikan suasan bertambah riuh).

   Selepas itu, permainan diteruskan lagi. Bermacam-macam soalan diajukan dan berbagai-soalan yang dijawab. Entah betul entah tidak. Tapi, semuanya telah menjadi kenangan. Selepas arwah Atok Bak dan Atok Mak dipanggil mengadap Sang Khaliq, segalanya telah berubah. Aku amat rindukan suasana meriah itu. Apatah lagi, tika takbir raya sayup-sayup kedengaran. Ya Allah...aku rindukan semuanya...

“Al-Fatihah buat Arwah Atok Bak dan Atok Mak”, semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama para Solihin. insyaAllah...


Sunday, July 11, 2010

Allah Maha Baik


(p/s: Gaya penulisan kali ini berbentuk santai. Harap dapat ambil sedikit sebanyak daripadanya...insyaAllah)

Salamullahi'alaikum...


     Entri kali ni skadar nk kongsi2 citer jer..jika ada sbarang bait2 ayat yg menyimpang dr ruang lingkup Aqidah & Syari'at, maka besarlah hati ini skiranya ada dr shbt yg sdia menegur.


Tengah duk lepak2 mngadap laptop (on9 fb...), tiba-tiba telinga ni trdengar prbualan adik idzni dgn akak.

Akak : Adik,.. adik takut x kt Allah?

Adik : x..

Akak : Bakpo adik dop takot kat Allah?

Adik : Sebab Dia Baik..

hehe...akhir kalam, smua snyum2 jer, termsuklah aku... (^_^)

TING!!! timbul point2 dlm benak..
cuba mnyimpulkan makne trsirat dr sebalik prbualan td...
~~~

Doa Rintihan Hati


Ya Allah, hati-hati ini bersatu ingin menegakkan agamaMu, hati-hati ini bersatu ingin menjalankan syariatMu, hati-hati ini bersatu ingin menjalankan perintahMu. Maka Kau bantulah kami yang lemah dan hina dihadapanMu ini untuk melaksanakan segalanya. Hanya Engkau pemilik sekalian alam dan hanya sanya pada Engkau kami mengadu...


Ya Allah, Kami bersyukur padaMu kerana menempatkan hati-hati kami dgn kalimah Tauhid memuji keEsaan dan keAgunganMu. Kau hidupkan kami dengan QudratMu, Kau tiupkan ruh-ruh dalam jiwa kami supaya kami mampu berdiri menjalankan suruhanMu. Wahai Tuhan yg memiliki hati-hati ini, sesungguhNya hanya padaMu aku sembah dan hanya padaMu aku memohon pertolongan. 

Ya Allah, Kau bantulah kami dalam melawan hawa nafsu kami ini, yang sering mengajak kami mengingkari perintahMu...belitan nafsu ini tak daya kami tangkis. Wahai Tuhan yang menciptakan perihal yg ghaib, kau jauhkanlah kami dari bisikan sulit syaitan-syaitan, jin dan pengikutnya. Sesungguhnya Engkau tempat kami berlindung.

Ya Allah, Kami tidak pernah meminta untuk lahir di alam dunia ini, krn bg kami lebih rela kami kekal dalam kandungan ibu..kerana di sana dapat menjauhkan kami dari maksiat yg tak daya kami tahan di alam dunia ini.

Saturday, July 10, 2010

Solat : Amanah Agung

   Kedengaran esak tangis di kediaman Baginda saw. Ramai yang berhimpun di sana. Apa yang berlaku? Rupa-rupanya mereka sedang menangisi (bukan meratapi) kewafatan Sang Nabi Agung, Muhammad saw. Lelaki inilah yang memberi kenal akan mereka tentang Cahaya Islam yang suci. Tubuh yang sedang terbujur kaku inilah yang sewaktu hayat perjuangannya, tak henti menyebarkan kebenaran dan menjamin keamanan. Juga yang telah mengeluarkan mereka dari kepompong Jahiliah kepada sinar indah Aqidah, Syariat dan Akhlak Islamiyah. Tanpa Sang Nabi Agung ini, tidak mungkin mereka akan mengerti makna sebenar kehidupan.

   Dialah pembawa risalah Agung. Terus dari Yang Maha Pencipta dan Pentadbir Alam. Kini, segalanya seolah-olah telah berakhir. Mereka menangisi pemergian Sang Nabi kerana teramat tinggi cinta mereka kepada Baginda. Dulu, insan yang memiliki wajah jernih inilah menjadi tempat rujukan dalam segala hal, sekarang tempat pengaduan itu dirasakan seolah-olah tertutup.

   “Jika kamu menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah pergi meninggalkan kita...kerana Baginda juga Manusia. Akan tetapi jika kamu menyembah Allah, sesungguhnya Allah tetap hidup selamanya...” pujuk Abu Bakar Assiddiq kepada sahabatnya, Umar Al-Khattab.

   Maka berderailah linangan air mata membasahai pipi Sayyidina Umar. Baru dia mengerti makna yang tersirat. Rupanya Rasulullah benar-benar telah pergi meninggalkan alam dunia ini. Tersungkurlah beliau ke tanah. Pedang yang dipegangnya sebagai ugutan untuk membunuh sesiapa yang mengatakan Sang Nabi telah wafat, terlucut dari genggaman tangannya. Segalanya luluh. Berlutut menghadapkan wajahnya ke tanah. Seakan jantungnya direntap. Subahanallah...begini hebat cinta seorang sahabat pada Baginda saw.

Di Sebalik Keistimewaan Rejab

Salamullahi'alaikum...

   Langkahan perjalanan pada tahun ini telah membawa kita sekali lagi merasai malam penuh Barakah. Malam yang di ceritakan di dalam Al-Quran. Sarat dengan peristiwa yang mengandungi penuh pengajaran buat Hamba. 27 Rejab dikenang sebagai tarikh besar dalam sejarah peradaban Islam. Pada ketika inilah Baginda saw di jemput oleh Allah swt sebagai tetamunya. Peristiwa Isra' dan Mi'raj. Di sinilah bermulanya di syariatkan Solat 5 waktu.

   Amanah yang nampak ringan tetapi berat untuk dilaksanakan. Kita pun sudah sering kali diulang-ulang cerita yang sama berkenaan peristiwa ini. Dari kecil sehingga meningkat dewasa, peristiwa malam Isra' dan Mi'raj seakan pita rakaman yang di'replay'. Katakanlah pada tahun ini, cerita sama diulang lagi. Justeru, apa yang kita dapat daripadanya? Jawapannya, mungkin dapat (ok la 2...) atau mungkin tidak (huhu...). Ruginya kita pada saat itu. Bagi yang masih berat untuk memenuhkan amanah ini, marilah kita renung kembali kisah di mana 'fail' Solat ini hendak diserahkan kepada Rasulullah. Rasulullah sayang pada kita. Balaslah rasa sayang itu dengan menjalankan segala suruhan Baginda saw. Kerana apa yang keluar dari mulut Baginda saw, adalah amanat suci dari Allah swt.

   Kali ni, saya cuma ingin berkongsi dengan sahabat sekalian beberapa peristiwa lain yang turut berlaku di dalam bulan Rejab. Ambillah peluang di bulan yang terkandung penuh hikmah ini. Jangan terlalai. Yang utamanya...saya nasihatkan diri saya sendiri supaya terus istiqamah dalam mujahadah. Selebihnya, saya serahkan pada kalian untuk menerima atau tidak apa yang saya kongsikan di sini. Semoga kalian terus dilimpahkan dengan (kaf.ba.ro.kaf.alif.ta.nuun) Keberkatan dari Allah swt. Kerana Dia lah pemilik segalanya...amiin.

Thursday, July 8, 2010

Fantasi di alam Realiti

Pernahkah kita terbayang...diri kita berada di luar ALAM NYATA?

Pernahkah kita terfikir...kita sebenar di mana? apakah REALITI atau hanya FANTASI?

Pernahkah kita ambil berat, tentang apa yang telah kita lakukan selama ini...? Apakah kita wujud ini di alam yang sebenar-benar wujud atau hanya dunia rekaan kita sendiri?

   Mungkin persoalan-persoalan ini agak pelik bagi kita. Mungkin ada pula yang mempersoalkan.. ‘penulis blog ni waras ke?’ hrrmm...baiklah. Sebelum kita mengembara ke alam yang sarat dengan cerita yang jarang kita dengar, saya sarankan supaya sahabat pembaca sekalian persiapkan diri sebaiknya. Sekali lagi saya cuba menyentap fikiran kalian...

‘Berhati-hatilah dengan REALITI, kemungkinan ianya hanya FANTASI !!!’

   Ya Allah, ape kene dengan Perisai Mahkota ni?? Macam la tak ade bende laen yg nk dbincangkan...

Baiklah. Setelah persoalan dan penyataan telah dikemukakan. Cuba kalian ambil sedikit masa dan bayangkan...

   Mungkin kita sangka realiti kita adalah sama realitinya seperti orang lain di sekeliling kita. Kita bangkit dari tempat tidur, persiapkan diri, sarapan dan terus ke tempat kerja. Kita berkawan, kita bergurau gelak dan tawa. Kadang-kadang kita juga diuji dengan pelabagai masalah. Setelah seharian menjalankan tugas sebagai HAMBA juga KHALIFAH, kita kembali ke tempat pembaringan untuk dicaj tenaga. Bersiap untuk melakukan tugas berikutnya pada hari esok dan seterusnya.

Tuesday, July 6, 2010

Anak kecil itu

Hati kecilku berbisik
Indah benar hidup jika bersyariat
Tiap pada masalah yang dikutip
Akan dihadap pada yang Esa
Akan dipandu pada pesuruhNya
Al Quran penunjuk jalan
Rasulullah pendamping perjuangan

Sekali lagi
Hatiku kecilku bercerita
Jernih wajah si kecil
Berkopiah putih berjubah labuh
Tetap qiam dalam jemaah
Kala si tua bertakbir
Dia mengikut
Saat si tua ruku’ dan sujud
Dia menurut
Satu persatu gerak syari’at diatur
Subhanallah...

Waktu ini aku melangkah
Terpandang lagi kujur tubuhnya
Bagai tiada pernah tertinggal
Satu waktu seruan Ilahi
Tenang wajah nya
Waktu ini...sekali lagi
Aku sujud bersamanya.
Allahu Rabbi...


'Luahan kerdil saat terpandang Muhammad Amar Hadif..
Pengikut setia jemaah solat di Masjid ArRahmah'

~dikarang oleh Perisai Mahkota
6.30am... (30-5-2010) 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails