Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, February 26, 2011

Al-Quran Kitab Perubatan

Salamullahi'alaikum...

Selesai sudah minggu pertama sesi penempatan klinikal kat unit Dewan Bedah Umum, Hospital Taiping. Macam-macam yang aku dapat. Ada yang best, ada yang tak berapa nak best. Tapi untuk kali ni, aku nak cuba kongsi-kongsi tentang apa yang aku dapat kat sana.

Siapa yang pernah masuk ke dewan bedah atau pernah tengok cerita Team Medical Dragon (citer Korea), mesti dah dapat sedikit sebanyak bayangannya macam mana. Ada bilik bedah, ada surgeon yang sibuk ke hulu hilir, ada mesin yang serabut serabai dengan wayar-wayarnya dan macam-macam lagi lah. 

Lagi satu, kalau siapa-siapa yang pernah masuk dewan bedah memang akan dapat rasa lah betapa sejuknya kat dalam tu. Suhu kat kawasan steril (untuk menjalankan prosedur pembedahan) mestilah 18 hingga 22 darjah selsius supaya segala mikroorganisma tak dapat membiak dan tersebar secara mudah. Tapi, sejuk nyer yang amat. Mau nyer tak terburai gigi... huhu~ Aku memang tak boleh tahan kalau sejuk-sejuk sangat. Nanti aku jadi menggigil dan jari-jari aku akan mula rasa gatal-gatal. Alergik...

Mungkin setiap dewan bedah berbeza susunan, sistem dan tahap kesibukannya. Kata sister, dewan bedah Hospital Taiping ni antara dewan bedah yang tersibuk la di Perak. Lagi besar hospital, lagi sibuk...kot.

Baiklah... Fokus sebenar yang aku nak ceritakan kat sini adalah...

Friday, February 25, 2011

CONTEST: ADA APA PADA NAMA?

Salamullahi'alaikum...

p/s; Sebelum bercerita tentang contest, ada pesanan untuk korang (pengunjung lama atau baru).
Terima kasih sebab sudi singgah blog yang tak seberapa ni. Untuk pengetahuan semua, aku sekarang (mungkin) sibuk sikit untuk 'berblogging'. Tak selalu sangat macam sebelum ni atas sebab-sebab tertentu. Jadi, bagi siapa-siapa yang tersinggah blog ni, dipelawa untuk meninggalkan link blog korang. Kalau ada masa blogging nanti, aku akan bukak blog korang. Boleh kita berkenalan, komen-mengomen dan 'follow memollow'. ^_^

Okeyh...Masuk kepada tajuk...

Bila tengok ramai yang join contest ni, tiba-tiba air liur aku meleleh. (ergghhh~) Terasa nak join jugak... Tak kira, nak join jugak. hehe.. Mengikut kepada arahan yang telah disusun oleh penganjur contest ni, dia suruh 'tepek banner' (macam kat bawah ni...) dalam entri yang bertajuk 'CONTEST: ADA APA PADA NAMA?' (seperti yang kat atas nun...)

 

Lepas tu, buat entri ringkas tentang Nama, Nickname dan sebab-sebab kenapa kita guna nickname tersebut.

Cerita aku ini macam...

Monday, February 21, 2011

Sebelum/Selepas Jadi Blogger

Salamullahi'alaikum...

Sebelum masuk ke kamar untuk istirehat, hamba ingin mencoretkan sedikit sebanyak apa yang hamba ingin coretkan. hehe~ macam filem Puteri Gunung Ledang la pulak.. ^_^

Persoalan untuk entri kali ni...
Korang dapat rasa tak..yang kehidupan korang mengalami suatu perubahan (tak kira drastik ataupun tidak) pada sebelum dan selepas menjadi blogger?
Aku berani jamin, walaupun tak banyak, mesti ada jugak perubahannya kan? hrmm...

Sama ada perasan atau tidak, jom sama-sama kita 'perasankan' apakah perubahan-perubahan tersebut...


mekaseh pakcik google, sbb bg pinjam gambar...hehe.

Bagi aku sendiri...

Sunday, February 20, 2011

Cemburuku Datang Lagi

Salamullahi'alaikum...

Pagi ni cerah jer... tenang dengan bawaan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa tamil... Burung-burung pulak berkicauan menyanyikan lagu jawa... Semuanya mengasyikkan..hihi~

Entri pagi dibawa dengan mood agak 'senget'...
sebab dua tiga entri sebelum ni semua 'tegak' jer..
Serius, serius jugak. Tapi kadang-kadang tak best kalau serius memanjang. 
Nanti muka boleh jadi ketat dan menggerutu macam muka hantu Kak Limah. hehehe...

Tiba-tiba...
Aku rasa nafas aku tak stabil. 
Terhuyung hayang macam naik roller coaster. 
errggghhh!!! 
Jelez datang lagi...!
atau dalam bahasa kamus dewannya.. CEMBURU!!!

Dengan siapa? Sebab apa?

Saturday, February 19, 2011

Menantikan Kemunculan Imam?

Salamullahi'alaikum...

"Sumber dari sahabat kita yang berada di timur tengah, Imam yang kita nanti-nantikan telah muncul. Tapi kemunculannya perlu dirahsiakan kerana khuatir dia akan dibunuh atau ditangkap oleh pemimpin yang tak selesa dengan kemunculannya."


Berikut adalah kata-kata seorang ustaz yang amat aku sanjungi. Waktu kenyataan ini dikeluarkan, dia sedang menyampaikan kuliyah maghrib bulanan di Surau Bahagia, Hospital Bahagia Ulu Kinta. Dan aku adalah salah seorang dari ahli jemaah yang turut memasang telinga. Katanya lagi...

"Apabila dunia sudah mengalami kekacauan yang melampau, rakyat hanya menagih seorang pemimpin yang terrrrbaik! Ibaratnya sebuah sekolah yang mempunyai masalah disiplin yang teruk. Sudah pasti megharapkan seorang pengetua atau guru besar yang mampu meneutralkan keadaan supaya segalanya kembali pulih."

"Sebab itulah, Allah mentakdirkan 'dia' muncul... dan hanya tunggu masa untuk diisytiharkan."

Pendedahan ini dibuat pada akhir tahun lepas. Dan seingat-ingat aku, krisis di timur tengah belum lagi digembar-gemburkan di media massa waktu tu. Meremang bulu roma aku masa ustaz cerita hal ni.. huhu~ Takut sebab belum bersedia untuk berhadapan dengan tanda-tanda kiamat besar. ~_~

Mula-mula aku ingatkan, kekacauan yang dimaksudkan oleh ustaz pada ketika itu hanya merujuk kepada masalah politik Malaysia jer, tapi tak... Rupa-rupanya ustaz lebih ke depan dengan secara tak sengaja telah menyentuh isu dunia. Mesti semua tahu kan apa yang terjadi kat dunia arab sekarang?

Mari kita bukak mata luas-luas. Kasi besaaarrrr punyer! @_@
Lihat apa yang berlaku dengan penilaian aqal yang suci dan rasakan dengan hati...

Vaksin Agenda Barat?

Salamullahi'alaikum...

Alhamdulillah.. Sekarang aku dah ada kat Ipoh. Selesai sudah sesi penempatan klinikal aku kat unit Obstetrik & Ginekologi (dewan bersalin) Hospital Kuala Kangsar.
Lepas ni aku akan ke Hospital Taiping pulak untuk sesi penempatan klinikal di dewan bedah. Katanya kat sana lebih mencabar... wallahua'lam.

Health officials: risk is low for measles outbreak
..gambar dr En.Google..

Isu Imunisasi (Pemberian Vaksin)

Aku baru sahaja baca satu entri menarik dari blog Bayt Al-Iman.  Tajuknya Bahaya Vaksin & Imunisasi. Klinik Ummi pun pernah membincangkan permasalah ini sebelum ni tapi dari sudut pandang yang berbeza. Sebenarnya, nak ulas lanjut berkenaan isu ni pun, aku bukan la betul-betul ahli. Cuma nak berkongsi-kongsi jugak lah dari apa yang aku dapat semasa penempatan klinikal sebelum ni.

Tahun lepas, aku ditempatkan di 2 unit yang terlibat secara langsung dengan prosedur pemberian vaksin ni. Unit Pasukan Kesihan Sekolah (PKS) kat KK Grentown, Ipoh... kemudian ke unit Kesihatan Ibu & Anak kat KKIA Lekir, Setiawan.

Apabila diimbas kembali cerita.......

Waktu dekat unit PKS, ada isu besar yang timbul. Ia berkisar tentang Imunisasi HPV yang diberikan kepada setiap pelajar perempuan tingkatan 1. Vaksin ni diberikan bagi mengelakkan masalah kanser serviks yang berkemungkinan menjadi ancaman besar kepada wanita. Sebelum ni aku pun tak tahu menahu yang vaksin ni bermasalah. Apa yang jadi masalahnya?

Wednesday, February 16, 2011

Jazakallah Ya Muhammad

Salamullahi'alaikum...
Salam buat semua pengunjung...

Alhamdulillah...
Mood tengah excited sangat-sangat nih! hihi...
Kenapa pulak dengan aku ni... udah buang tebiat ker aper?

Ceritanya macam ni...
Kalau siapa-siapa perasan, sebelum ni kan ada entri kat blog ni yang tajuknya..

Tanpa rasa terpaksa dan penuh rela hatinya, aku join la satu GA ni. Saja-saja jer mencuba nasib. Mana lah tau kalau-kalau menang, boleh jugak aku merasa dapat hadiah. Dilihat kepada bilangan peserta yang menyertai GA ni, mungkin tak sehebat penyertaan GA biasa. Tapi mencecah 73 orang jugak la.

Setelah diberikan peluang untuk peserta menjawab soalan yang dikemukakan, alkisahnya ramai yang memberikan jawapan yang sama. Oleh sebab tu, UmmuMuhammad terpaksalah menggunakan khidmat si jantung hatinya, Akhi Muhammad bagi menyempurnakan proses cabutan bertuah.

Akhi Muhammad pun tolong la ummi dia. Setelah merenung panjang.............

ummi.. muhammad belum cekolah la.., mcmaner nak bacer ni? ^_^

Boleh Percaya Ker?

Salamullahi'alaikum...

Ambil masa terluang ni nak bincang-bincang sikit. Aci tak?
Senang cerita, semua aci je la yer... hihi.

Al-kisahnya macam ni.. Minggu lepas kat dewan bersalin, ada satu kes yang luar dari kebiasaan. Biasanya kan, waktu bayi mula-mula menjengukkan kepalanya untuk keluar dari rahim ibu, muka bayi akan menghadap anus (lubang dubur) ibu. Maknanya, mukanya akan menghadap ke tanah. Tapi kes kali ni kepala bayi keluar dengan mukanya menghadap ke langit.
Newborn Baby!
     Sebelum kita bincang lebih lanjut, kita berhenti kat sini dulu..

Sahabat pembaca, dapat bayangkan tak betapa 'hinanya' permulaan kita...? Kita keluar dari tempat yang dikatakan kotor dan memalukan. Dihasilkan pula dari titis-titis air yang menjijikkan. Saat ingin berpindah dari alam rahim ke alam dunia, wajah kita pertama sekali menghadap dubur ibu kita. Jika ditakrifkan dengan bahasa sembang-sembang kedai kopi, dah semestinya hina cara kelahiran kita ke dunia.. kan?

     Tapi anehnya...
Bila kita sudah meningkat dewasa, kenapa kita terlalu megah menapak di atas muka bumi ni? Tegar benar hingga sanggup menjatuhkan sesama saudara... Lupakah kita tentang permulaan kita dulu? Dah lupa ker yang kita ni asalnya lahir dari tempat yang jijik, hina, memalukan?

     Mudah kan kita lupa.? Kenapa, why, limaza? Sebabnya.. dah memang manusia itu pelupa... Jadi kesimpulannya, tak perlulah nak berbangga yang kita ni hebat sesangat sebab permulaan kita dulu sama jer. Keluar dari tempat yang sama. Hentikanlah tindas menindas sesama manusia... Orang perak cakap, udah udah ler yoep...

Ok... berbalik pada cerita kat atas tadi. Apabila bayi keluar tidak mengikut cara yang betul, ia akan dianggap kelahiran luar dari kebiasaan. Contohnya...Abnormal Presentation, Abnormal Position, Breech Delivery dan macam-macam lagi lah. Jika dinilai dari sudut perubatan, ia taklah terlalu mustahil. Kalau kena cara pengendaliannya, betul kaedahnya..kes tersebut akan diselesaikan dengan baik. InsyaAllah...

Tapi...
Orang kita (melayu khususnya) lain pulak ceritanya.
Apa yang lainnya?

Monday, February 14, 2011

Jeritan Ibu, Tangisan Anak

Salamullahi'alaikum...

Hari ni aku 'kerja' shif pagi. Dalam kesibukan tu, dua lagi bayi muslim telah selamat dilahirkan di dewan bersalin Hospital Kuala Kangsar. Maka dengan itu, lahirlah dua lagi mujahid dan mujahidah fitrah yang berstatus umat Muhammad SAW. Jika Rasulullah masih bersama kita, tentu Baginda akan berbangga dengan pertambahan bilangan umatnya. Selawat dan Salam ke atas junjungan Mulia Rasulullah SAW...sempena sambutan Maulid Nabi yang akan dilangsungkan esok (15 Feb 2011/12 Rabi'ul Awwal 1432H).

inilah permulaan kita...
 'Jeritan Ibu, Tangisan Anak'

Bila dah observe dua tiga kes kelahiran, aku dapat rasakan bahawa ibulah insan yang paling 'kuat' dalam dunia ni. Bukan senang nak jadi penyabar saat menanggung kesakitan. Sembilan bulan si ibu sarat mengandung, kini tiba pada detik kemuncak keperitan. Anaknya yang selama ini di bawa dalam kandungannya ke hulu ke hilir dengan penuh kasih sayang, berkongsi makanan, darah, air dan sebagainya... kini akan 'dilepaskan' untuk dibesarkan.

Seperti kes kelahiran pagi tadi. Aku dapat perhatikan si ibu mengerah sepenuh tenaga waktu dalam proses melahirkan anaknya. Betapa sakit yang dirasakan, hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Lafaz membesarkan Allah terus meniti di rekahan bibirnya...

"Allahuakbar... sakitnya!!! Allahuakbar......!!!" Nafasnya turun naik dengan cepat, urat darah timbul di permukaan kulit wajahnya, mata putihnya kini bertukar kemerahan. "errggghhhh...!!! ...bukan nak bertukar jadi pontianak, tapi bersabung nyawa untuk melahirkan seorang anak. 

Beberapa minit kemudian...

Sunday, February 13, 2011

Salah ker sambut Valentine's Day?

Suka hati aku la nak sambut ker tak... Kau peduli apa?
Ada aku kacau rumah tangga kau? ada aku selak kain kau? Ada aku makan karipap kau?
Tak der kan? So... kenapa sibuk sangat nak ganggu hal aku?

Aku bukan nak sambut Valentine's Day. Aku hanya nak sambut hari kekasih jer sebab aku sayangkan kekasih aku. Ini bukti bahawa aku benar-benar cintakan dia. Kau apa tahu? Kau jeles sebab takder siapa yang nak kat kau kan? hahaha... @$?*&^%!!!

Deshummm!!! tiba-tiba bunyi burung gagak eksiden dengan tiang lampu jalan. Mungkin burung tu berangan jugak nak sambut hari kekasih.. ^_^ dan secara spontannya, wajah pemuda ciptaan aku lenyap dari pandangan mata bersama kekasih hatinya... ~tammatlah kisah khayalanku. hehe...


Salamullahi'alaikum...
Salam pena, salam muhasabah dan salam mujahadah...

Waktu duk jalan-jalan sekitar dunia blog ni, aku perasan banyak jugak la blog yang buat entri tentang Valentine's Day. Rata-rata mereka berkongsi fakta dan pendapat berkenaan cerita sebenar di sebalik hari kekasih. Kemudian disertakan dengan beberapa dalil yang mengharamkan sambutan tersebut.

Selain itu, majlis mufti kebangsaan pun dah menfatkwakan secara jelas dan telah bersepakat mengharamkan sambutan tersebut bagi seluruh muslim di Malaysia (tak termasuk non-muslim). Tak kira yang baru berkasih-kasihan, atau bertunangan mahupun yang dah berumah tangga.

Jelas hukumnya HARAM kan?
Oleh kerana dah ramai sangat yang cerita pasal tu, aku tak nak lah buat cerita sama. Nanti jemu pulak orang baca..hihi. Apa yang penting, kita sampai-sampaikan. 
Walaupun sepotong ayat yang kita sebarkan, ia akan berantaian dan terus berantaian ke seluruh pelusuk alam. Bayangkan betapa ramainya anak Adam dan ummat Muhammad SAW yang akan mendapat faedah dari hanya sepotong ayat yang kita sebarkan. Yang untungnya? Kita jugak...sama-sama merasa nikmat dan rahmatNya. ^_^

Jangan takut dikatakan alim jika hanya menyampaikan sepotong ayat, sama ada dari AlQuran mahupun Hadis Nabi. Kerana Rasulullah pernah bersabda...“sampaikan dariku walau satu ayat” (potongan dari hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 3461 dari hadis Abdullah Ibn Umar).

Oleh sebab tu, jom kita baca satu cerita. Aku berikan tajuk cerita ni...'Jangan Sangka Semua Yang Tiada itu Tiada' (macam panjang pulak tajuknya. Hentam jer lah... janji sama-sama dapat ibrah dan pengajaran darinya...) Bagi yang pernah baca, jom kita baca lagi sekali! hihi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails