Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Sunday, January 30, 2011

Kenapa Aku Dijadikan Sebagai Seorang Wanita?

Salamullahi'alaikum...

.....
Kenapa? Kenapa? Kenapa???
Kenapa aku dilahirkan sebagai seorang wanita? Kenapa bukan lelaki?
Susah giller nak jadi pompuan. Nak buat itu tak boleh, ini tak boleh… Seksa la hidup macam ni…huhu~~

Kenapaaaa??? Apa sebabnya???

Kalau ‘oghe tino klate’ luahkan perasaan, bunyi macam nih…
Bakpo wei aku jadi tino??? Payoh nok idup…

Eh, rilex2…sabar… bawak bertenang…hehe.^_^
Aku pulak yang lebih-lebih. Macam la aku ni perempuan. Hihik…

Baiklah, tanpa buang tebiat lagi kita terus kepada menjawab persoalan-persoalan di atas…
Kadang-kadang soalan-soalan macam ni membuatkan kita terpikir jugak (walaupun malas nak pikir). Kita tak nak pikir sebab, nampak sangat tak logik dan buang masa jer kalau pikir pun.

Tapi untuk entri kali ni, mari sama-sama kita fikirkan dan renungkan. Apakah kelebihan yang Allah ciptakan kepada seseorang yang bergelar WANITA
(Awas, entri panjang!)

(“,)…

Peluang Keemasan... Hanya Penuhi 5 Syarat!!!

Salamullahi'alaikum...

Pagi ahad ni tak tahu nak terjah ke mana.
Jadi, masa yang ada ni dipenuhkan dengan blogging jer lah. ^_^
Nak bw banyak tempat, tapi broadband ni pulak buat hal...huhu~

Berbalik kepada topik kita...

Kalau tengok kepada tajuk, macam ada contest atau cabutan bertuah..
persoalannya... ada ker? hihi..
Sebenarnya.. entri kali ni, aku nak kongsi-kongsi cerita berkenaan 5 Syarat Nak Buat Maksiat.

Wah..sebut pasal adanya syarat untuk buat maksiat, mesti berkobar-kobar rasanya kan..
Terasa macam nak penuhkan jer syarat-syaratnya...
Aku tak cakap orang lain, tapi aku cakap kat aku sendiri..~_~
Inilah namanya nafsu (kehendak)...

Sewaktu aku dapat tahu cerita ni, aku mula la tanya macam-macam.
Agak-agak apa syaratnya yer..? 
Susah tak nak penuhkan..? 
Ke saje nak perli ni..?

^_^
Dah2... cukuplah bertanya...
soal banyak-banyak pun tak selesai masalah...
jom kita perhalusi, apa syarat-syarat untuk nak buat maksiat...

Friday, January 28, 2011

Oh Insomnia.. Merananya Jiwaku..

Salamullahi'alaikum...

~_~
Mesti dapat agak kan kenapa aku buat muka macam ni?
Boleh bayangkan tak 'kemeranaan jiwaku' macamana? huhu...

Hmm... ni la yang aku alami semenjak dua menjak ni.
Sebelum ni aku rasa takder masalah pun dengan waktu tidur aku. Kadang-kadang terlebih tu ada la.. Tapi kali ni macam ada yang tak kena... kenapa?

Apa tak nyer...
Yang aku alami sekarang ni.. nak mulakan tidur tu senang jer, tapi waktu tidur aku sering terganggu. Kerap sangat terjaga.. Selalunya aku akan tersedar area pukul 3 la lebih kurang. Then bila nak tidur balik, susah yang amat. Bila usaha punya usaha, hanyut jugak la kejap... Tapi nak boleh sampai ke pagi, anggaran 5 ke 6 kali jugak la aku tersedar.

Yang tak tahannya, bila time tersedar. 
Kalau tersedar pastu terus tidur takper... Ni siap rasa degupan jantung aku makin lama makin laju. Anxiety plak... Apa yang aku takutkan pun aku tak tahu...huu~

So, aku teringat la lecture Sir Shah tentang Insomnia...
Antara simptom (gejala) INSOMNIA adalah...
1) Kesulitan untuk tidur atau tak boleh nak tidur
2) Terjaga beberapa kali ditengah malam (multiple awakening)
3) Bangun lebih awal dipagi hari padahal belum cukup waktu tidur yang normal (7-8 jam)
4) Gangguan pikiran-pikiran negatif dan mimpi buruk

Thursday, January 27, 2011

JOM JOIN CONTEST ADIK SAYA COMEL MACAM MIA SARA cik aish

Salamullahi'alaikum...

Sahabat pembaca blog Perisai Mahkota sekalian, ada contest la...!!!
Kalau berminat nak join, klik sini.

Kenapa aku tiba-tiba berminat nak join nih?
Sebab... aku sebenarnya dah lama nak buat entri spesel tentang my luvly sister..
tapi tak berkesempatan plak...
Jadi, kebetulan ada contest.. aku try lah buat seberapa comel yang mungkin...hihi ^_^

Mari kita sama-sama khatamkan dan penuhkan segala syarat-syarat yang penganjur ni nak.


Syarat-syaratnya adalah....

1. Anda mestilah bloggers dan warganegara MALAYSIA.
(dah cek IC, memang kompem warganegara...hehe)

2. Anda mestilah menjadi follower Belog Cik Aish.
(dah!... )

3. Sila buat satu entry yg bertajuk seperti yang tertera di atas nun... 

3. Dalam entri itu, anda perlulah letak gambar adik-adik u all yang comel-comel tu.
ermm... pilih punya pilih, aku letak yang nih.. hihi.


comel tak? 
comel kan...? hehe..

tak cukup 1... tambah lagi 1...


Tak cukup 2 keping... klik kat sini.. untuk gambar-gambar seterusnya.

TB bukan kawan! (episod 2)

Salamullahi'alaikum...

fuhhh~~ lega...
Hari ni dah selesai satu bengkel bertajuk 'Bengkel Pengurusan TB di Klinik Kesihatan'.
Sebelum kita cerita lebih lanjut, yang mana belum baca entri berkenaan TB sebelum ni, boleh klik di sini.

Mula-mula aku nak story la sikit berkenaan apa yang aku alami hari ni. Yang boleh aku katakan, tip top lah semuanya! Memang hari ni pengalaman baru bagi aku...

Sebelum ni tak pernah-pernah aku join bengkel yang melibatkan pakar, doktor, pegawai kesihatan negeri/daerah. Lepas tu pulak dengan geng-geng MA (senior aku la kirenye..), jururawat terlatih dan jururawat masyarakat.

Boleh kata semuanya dah ada pengalaman bekerja. Tinggal aku dengan member lagi 2 orang jer yang pelatih. Yang lain semuanya terlatih...

Apapun, semuanya bez3!..^_^ Walaupun tak semua yang aku dapat tangkap..
Alahh..yang terlatih pun blur, apa lagi aku yang baru first time berhadapan situasi nih. Lagi ler berjerebu... huh...

Ok...sepertimana tajuk bengkel kat atas tu, dah sah-sah la benda yang dibincangkan adalah berkenaan dengan pengurusan penyakit TB kan.. Jadi, jom kita selongkar!
Yang mana aku dapat kongsi, aku kongsikan... ^_^. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat. InsyaAllah.

Wednesday, January 26, 2011

Zaman Kecomelan

Salamullahi'alaikum...

Waarrggghhhh!!!
Assignment ni membuatkan aku tertension. Maksudnya tension secara tak sengaja... huhu~
Rasa nak tumbuk-tumbuk jer laptop nih!!!
(Sabar Iklil sabar...^_^)

So, release tension jap.
Tarik nafas dalam-dalam... hembus.. fuhhh~~~


Buka folder, belek-belek gambar...ting tong! hehe...
zaman kecomelanku kembali...
errmm... comel ker? hihi... kot la...
(masuk bakul, angkat sendiri '^_^' )

Tuesday, January 25, 2011

TB bukan kawan!

Salamullahi'alaikum...

Sekarang aku kat dalam makmal Klinik Kesihatan Bagan Serai, Kerian.
Sempat jugak aku menulis yer? hehe... sempat la sebab dah takder pape yang nak dibuat.
Tiba-tiba pulak dapat tahu yang KK ni ada wifi, apa lagi.. serbu!!! hik3..

Aku nak tulis sikit jer sebab masa untuk online tak boleh lama-lama. Nanti ada yang bising...
Sakit telinga... ^_^ hehe..

Cerita aku ni macam simple, dan mungkin membosankan..tapi sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu jaga-jaga sebab apa yang aku nak kongsi berkenaan kesihatan kita. Kalau tak kena takper, tapi kalau dah kena..huhu~ merana sampai bila-bila.

First..syukurlah kalau korang tak pernah ambil dadah. 
(maksud aku bukan drug addict la...hehe, kalau setakat ambil panadol, aku pun selalu jugak.. :P)
Bukan per, sebab kalau dah masuk benda yang bukan-bukan dalam tubuh kita, kompem sistem pertahanan tubuh kita akan jadi lemah. Ibarat sebuah negara yang meletakkan askar yang tak bermaya (takut bini mungkin..hik2), agaknya negara kena serang pun, diorang buat dek jer... kan? hmm...

Sebenar-benarnya... untuk entri kali ni, aku nak sarankan kat korang atau siapa-siapa lah yang korang kenal sama ada keluarga atau sahabat korang yang mempunyai tanda-tanda seperti di bawah... Sila terus rujuk ke Klinik Kesihatan atau hospital terdekat (sebelum terlambat). Takut-takut, kita terkena jangkitan makhluk halus yang bernama Mycobacterium tuberculosis.

Makhluk halus ini adalah datang dari keluarga bakteria (bukan virus). Dia bukan makhluk alam ghaib walaupun halus. Jadi kita boleh nampak 'mereka' ni melalui mikroskop. Kalau guna mata kasar, makhluk halus ni akan gelak-gelak kat korang! hehehe....sebabnya kompem tak nampak.

Monday, January 24, 2011

Apa ada pada 25 haribulan?

Salamullahi'alaikum...

Tanpa buang masa tulis panjang-panjang... cuba korang teka..
Apa yang ada pada tarikh 25 haribulan pada setiap bulan?

Jawapannya...
Jeng3!!! Hehe...
syhhh....diam2. Tak leh bising-bising... hik3..

Ada yang dapat jawab, dan ada yang blur jer...
...tapi kompem2 la yang mane kakitangan kerajaan 
akan tersenyum sampai ke telinga 
bila sampai pada tarikh 25 haribulan. kan3? hehe...

So, aku dah makin tak sabar dah ni.
Lagi 4 jam setengah nak sampai pada jam 12.01 malam.
Sabar iklil sabar... huh... 

Memandangkan poket pun dah betul-betul kering ni, 
kita sama-sama tunggu kemunculannya yer...hihi.

Em..siapa-siapa yang nak belanja aku makan, aku on jer. ^_^ 
hehehe..... (gelak zombie...)

K dah...
Wallahua'lam.

~perisaimahkota

Sunday, January 23, 2011

Hangat, Awek cun vs Jejaka tampan!!!

Salamullahi'alaikum...

Amboi amboi amboi...!!!
Asal nampak topik hangat, terus serbu yer...

Takper2... disebabkan korang nak tengok jugak gambar awek cun dan jejaka tampan tu,
Aku bagi la tengok...
Tarik nafas dalam-dalam yer... yang penting, sabar! hihi...

1

2

3

Saturday, January 22, 2011

Afwan ya Ummi!

Salamullahi'alaikum...

Blogwalking diteruskan.
Jenguk punya jenguk, terserempaklah aku dengan satu entri...

Jeng jeng jeng!!!...

Alhamdulillah...
20/01/2011 jam 09.02 malam
Followers Teratak Mawaddah sudah mencapai 40 orang (^_^)
Ummi lebih suka menggelarkan followers di teratak kami dengan nama

Terima kasih kepada semua yang sering dan pernah berkunjung ke teratak kami.



20/01/2011 - 40 orang sahabat

Ops! Bukan bermaksud mereka yang tidak menjadi followers kami bukan sahabat kami.
Anda tetap sahabat kami walaupun hanya singgah sebentar (^_^)
Oleh itu, kami di Teratak Mawaddah ingin menghadiahkan kalian



Terima kasih!!


hihi... Afwan ya ummi!!!

Mencari Ketenangan di DUN Tenang

Salamullahi'alaikum...

Memandangkan aku posting jauh dari kolej, jadi hari sabtu ni adalah hari cuti... tak tahu nak pergi mana dan tak tahu nak buat apa. Tugasan ada, tapi malas pulak nak buat. huhu...

Sekarang jam 1130 ;
Member-member aku masih 'berjuang di alam mimpi' lagi waktu ni..hihi. kroohhh....zzz.... ^_*
Tapi disebabkan akhir-akhir ni aku dah terketagih dengan blog ni, mata aku automatik jadi tak boleh nak tidur. Jadi aku luangkanlah masa yang ada ni untuk online menerjah alam maya.

Jalan-jalan ke blog, cari cerita-cerita baru...

Aku cuba cari topik terhangat sebab jari teringin sangat nak menulis. Akhirnya jumpa la...
Oh... rupa-rupanya sekarang ni dah dekat sangat dah dengan pilihanraya kecil DUN Tenang. Kiranya waktu ni kat Tenang, orang duk sibuk berkempen la. Wah wah wah... berduit la orang Tenang musim ni. Ada yang sampai boleh jadi jutawan segera...hihi.

Berikut adalah artikel yang aku sedut dari SEMUA JADI SATU... Jom kita baca sama-sama!

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang bakal berlangsung pada 30 Januari 2011 pastinya akan memberikan sedikit gambaran penting tentang calon/parti pilihan rakyat sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Sehingga kini (ketika entri ini ditulis), sudah ada dua nama yang dikemukakan sebagai wakil parti politik yang akan bertanding pada Pilihanraya DUN Tenang nanti: Didahului dengan Normala Sudirman (PAS) dan Mohd Azahar Ibrahim (BN). Bagaimanapun, keputusan siapa yang bakal menjadi calon pilihanraya hanya akan dapat ditentukan selepas penamaan calon pada 22 Januari. Sekiranya tiada calon lain yang bertambah atau dibatalkan, maka pilihanraya itu akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu.
Hrmm...
Macam sudah ditakdirkan.
Sebelum ni pilhanraya di DUN Galas. Tak lama lagi di DUN Tenang.

Jika difikir secara logik akalnya, nama-nama tempat yang menjadi lokasi pilhanraya kecil ini seolah-olah suatu sindiran dari Allah. Kenapa aku cakap sindiran Allah? Begini, apa yang dapat aku tafsirkan pada nama kedua-dua tempat ini adalah...

Kembalikan Watan Bapa Kami!

Salamullahi'alaikum...

Entri kali ni berkisar tentang perjuangan membela tanah air... (mood serius).
Jom kita sama-sama setkan minda kita sebagai salah seorang anak pejuang di medan perang.

Dengan lafaz basmallah, aku mulakan penulisan ini... ^_^

Bila duk sembang-sembang tentang perjuangan ni, aku pasti takkan ketinggalan untuk menceritakan kisah perjuangan salah seorang sahabatku yang berasal dari daerah Yala, Selatan Thai.

Seperti yang diketahui, isu penindasan ke atas umat Islam di Selatan Thai masih tiada penghujungnya walaupun sekarang berita mengenainya tidak lagi menjadi topik utama perbualan di warung Kopi Haji Deraman (^^,). Walaupun usaha dari pihak tertinggi negara sering disemai dengan janji-janji manis ingin membela dan membebaskan Selatan Thai, namun segalanya hanya indah pada khabar semata-mata.

Perjuangan mereka tidak pernah berhenti. Selagi tanah air mereka tidak dikembalikan seperti sebelumnya, selagi itu perjuangan akan berterusan. Darah ibarat mainan, gempur suatu pertarungan, dendam berbalas tindakan!

klik foto utk lihat gambar2 seterusnya...

Entri ini aku cipta khas buat sahabatku HS (bukan nama sebenar). Dia adalah salah seorang dari anak pejuang membela watan bumi Islam selatan Thai yang sekarang ini sedang menuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi di Malaysia.

Friday, January 21, 2011

Aku Stressss.....!!!

Salamullahi'alaikum...

Salam buat semua sahabat pembaca maya.

Senang-senang, kita pendekkan cerita terus. Tak payah tulis panjang-panjang...hehe.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa tajuk entri aku kali ni bertajuk seperti di atas..kan?

Sebenarnya aku nak kongsi-kongsi cerita. Pagi tadi aku lepak-lepak jer kat PKD macam biasa. Bila dah memang langsung takder kerja, aku pun menyelongkar la bilik simpanan barang-barang promosi kesihatan. Cari punya cari, sampailah mata aku terpandang pada beberapa jilid buku yang disusun dalam sebuah kotak.

Aku ambil buku tersebut. Tajuk buku tu...

‘UJIAN DASS – Saringan Minda Sihat’


Kemudian aku pun selak la buku tersebut sehelai demi sehelai. Ingatkan macam buku panduan ataupun buku rujukan, rupa-rupanya yang tebal tu adalah himpunan soalan-soalan berkenaan ujain Dass. Soalannya 3 helai jer. Cuma bila digabungkan banyak-banyak tu la yang nampak tebal...huhu. Tipah tertipu lagi... :P

Buku tu diterbitkan oleh Unit Kesihatan Mental, Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa yang dimaksudkan dengan UJIAN DASS ni sebenarnya yer?
Baiklah. Sekarang aku akan cuba perjelaskan setakat yang aku mampu secara kasarnya supaya kita semua mudah faham dan cuba untuk amalkan.

Thursday, January 20, 2011

Makhluk Halus Mengganas!

Salamullahi'alaikum...

Berita ni dah lama bagi sesetengah orang (biasanya mereka yang tinggal di bahagian utara Malaysia). Sebelum ni, aku sendiri pun belum pernah melihat rupa parasnya dan bagaimana cara serangan makhluk ini di hadapan mata. Manalah tahu, kot-kot modus operandinya lebih kurang sama dengan makhluk halus yang lain seperti kuntilanak, pocong dan sebagainya... ^_^

Mula-mula aku dapat tahu tentang cerita ni dari seorang sahabat yang belajar kat salah sebuah universiti di Perlis, diceritakan bahawa asrama mereka terpaksa ditutup akibat serangan 'makhluk halus' ini. Lepas tu plak, seorang senior dari kolej yang sama dengan aku menceritakan tentang makhluk ni sewaktu dia ditempatkan di daerah Parit Buntar untuk penempatan klinikal.
Mengikut cerita, seorang dari sahabatnya kini dah jadi macam watak dalam cerita komik aksi kanak-kanak (lupa tajuk apa...huhu) apabila makhluk halus ini telah mencipta satu 'parut ganas' di wajahnya.

Macam hebat kan? Ya, memang hebat... melalui cerita pun, dah teruk bunyinya. Apatah lagi sekarang ni berpeluang melihat sendiri secara live! ^_^

Apa sebenarnya nama makhluk halus ni ea?
Hehe... sajer nak bagi suspen jer sebenarnya. Makhluk halus ni bukannya hantu atau jembalang tanah, tapi walaubagaimanapun makhluk ni memang halus. Halus pada jasad tapi berbisa pada kuasanya.

Umumnya makhluk halus ini dikenali dengan nama Charlie (macam Charlie's Angle la plak kan? huhu...)
Nak tahu macam mana rupanya? Hensem ke tak sebenarnya makhluk ni... tengok gambar kat bawah ni.

Charlie dan adik-beradiknya tengah bermesyuarat... :P

Kenapa aku tiba-tiba baru hebohkan tentang hal ni?

Aduhhh... Ya Allah, Sakitnya!

Salamullahi'alaikum...

Pertama sekali. Aku nak ajak kita sama-sama istighfar...
Astaghfirullahal’azim... ulang semahu yang anda mampu. (^^,)

Dengan dibawa bersama mood lagu Tobat Maksiat nyanyian Wali Band, ayuh kita renung kembali perihal diri kita. Apa perkaitan lagu itu dengan kita, dan apa kaitannya pula dengan entri kali ini... jom baca sama-sama.


Aduh!

Mengaduh macam-macam gaya dah sekarang ni...
Aduhh!! Sakitnya... ia menggambarkan kesakitan yang betul-betul.
Adoyai ... Aduss... (sambil menepuk dahi)... lebih ke arah gurauan manja-manja..hihi
Atoii!!.. lagi manja..hehe. Bermakna, ia sekadar untuk suka-suka nak bagi keadaan bertambah ceria. ^_^

Zaman penggunaan bahasa moden ni membuatkan kita lagi susah nak bandingkan sama ada ia serius atau gurauan. Namun semuanya tak menjadi masalah jika difahami pada gaya sebutan dan mimik muka si penuturnya.. ^_^

Dah2... Ayuh kita nyanyi plak...hihi..
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim...

Rasanya takder pun yang tak pernah dengar petikan lirik lagu di atas kan?
Ya, ia adalah petikan lagu Tobat Maksiat seperti yang telah saya nyatakan sebelum ni...
Cuba korang nyanyikan... ulang 3 kali kalau boleh.. (hihi... ^_^)

Ok...kalau dah selesai.
Cuba korang 'nyanyikan' pula dengan lenggok bahasa hati...
Maksud aku, fahamkan apa yang penyanyi lagu ini ingin sampaikan. Atau lebih tepatnya sematkan dalam ruang fikir dan tafsirkan. Kemudian rasakan dalam ruang zikir...

Tenaga Yang Disisihkan

Salamullahi'alaikum...

Tulisan ini sekadar luahan pendapat. Tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Harap tinggalkan komen juga yer... ^_^ mekaseh...

***

Di sesebuah hospital atau klinik kesihatan...

Apabila satu-satu prosedur selamat dilakukan oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan (AMO, dulunya dikenali sebagai MA/HA) sehinggalah selesainya kes tersebut maka mereka akan diberikan pujian...

Kata ‘pemuji’ : "MA bagus, pandai buat kerja!"

Sampai di situ sahaja pujiannya...

Dan apabila seseorang MA gagal melakukan prosedur (walaupun prosedur itu atas arahan doktor), akan keluarlah suara-suara sumbang di belakang mahupun di depan...

Kata ‘pengkritik’ : "Kamu tu siapa nak buat prosedur ni? Kamu ada hak ke untuk nak jalankan prosedur ini..layak ker? Kamu setakat MA, buat sahajalah kerja-kerja MA. Bla bla bla... STUPID! MA kayu!" (dan sewaktu dengannya.)

Apa nak dibuat? Nasib badan...huhu.

Sedari dulu lagi, beginilah nasib MA. Sering dipergunakan.

Apabila baik, disanjung seminit dua.
Manakala apabila gagal walaupun tanpa sengaja, akan dihina seluruhnya (dari awal sampai bila-bila).

Nasiblah...

Kadang-kadang, masyarakat pun tak kenal siapa MA disebabkan jarang di-highlight-kan dalam media massa. Termasuk aku sendiri sebelum kakak aku diterima menjadi pelatih MA di KIST.

Sebenarnya MA ni nama lama, tapi ia telah sinonim sehingga ke hari ini. Jika nak diikutkan sekarang, MA (Medical Assistant) atau PP (Pembantu Perubatan) telahpun bertukar kepada AMO (Assistant of Medical Officer) atau PPP (Penolong Pegawai Perubatan).

Ok lah... cukuplah dahulu sebagai pengenalan. (ada masa, kita selongkar lagi apa cerita berkenaan MA ni.) ^^,

Kembali kepada isu... emm...isunya apa?

Saya Pelajar Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta

Salamullahi'alaikum...

Blog Pilihan Malaysia

Blog Pilihan Malaysia sekarang sedang mengadakan segmen untuk pelajar kolej plak...
So, sape yang nak join... klik sini.

Aku nak kongsi dengan korang, gambar kenangan waktu aku bersama sahabat-sahabat seperjuangan,
menyertai Seminar Fiqh Perubatan 2010 kat Hosp Raja Permaisuri Bainun.
***
Aku yg blakang budak pkai sweater merah....hehe
tapi... ada 1 gambar jer dlm laptop ni. Semua kat dlm external... nanti aku upload yg lain...
***
Jom berkenalan dengan kolej aku...!

Tuesday, January 18, 2011

Peluang mendapat hadiah lumayan!

Salamullahi'alaikum...

Salam ukhuwah buat tetamu sekalian.
em..aku cuma nak curi masa korang sekejap... dalam 5 minit la lebih kurang.
Rasanya tak sampai pun 5 minit... harap-harap sudi baca apa yang aku cuba kongsikan ni yer. ^_^

Mungkin sesetengah dari korang yang melihat tajuk entri ni sudah mula memasang harapan untuk mendapat hadiah lumayan. Ye lah, memandangkan sejak akhir-akhir ini, blog contest dah mula membanjiri laman maya nih...(macam-macam style ader)
Asal saja start blogwalking, kemungkinan besar kita akan terserempak dengan blog contest/lucky draw yang dianjurkan oleh blogger.

mungkin kata hati : {'contest apa pulak ni eh? Hadiah lumayan plak tuh...'}


Jadi, aku cuba ambil peluang untuk menggunakan tajuk-tajuk gempak ni sebagai penarik mata untuk membaca, akal untuk berfikir, hati untuk merasa....seterusnya jari bergerak menekan butang. KLIK!

Sebenarnya, entri kali ni bukanlah peraduan atau cabutan bertuah atau bau-bau bacang dengannya. (maaf yer, bukan tipu2. Tapi penulisan ni berkait jugak la dengan tajuk di atas.. macam maner tu? mari sama-sama baca yer... ^^, )

Dengan kelemahan diri aku ni, aku tak layak untuk bagi tazkirah/ceramah/kuliyah atau yang sebaris dengannya. Oleh sebab itulah, aku cuba nak ajak korang untuk sama-sama fikir seterusnya sama-sama kita zikir. Aku bukan manusia sempurna, jadi sebab tu aku ajak kita buat sama-sama.

Cuba kita renung sejenak...

Bila dah tak ada benda nak buat

Salamullahi'alaikum...

...
......
.........

Apa yang aku nak tulis yer?
hrrmmm...... (@_@)

Time duk buat kerja, idea nak menulis datang berguni-guni.
Tak tahu dah nak simpan kat mana...
Tapi bila time rehat-rehat dan ada peluang blogging nih, macam serba tak kena la plak. huhu...
Tulis sikit, delete... Tulis sikit, remove... Tulis sikit, blur... aduss.... fuhhh~~~

Apa yang aku nak buat ni ea?
huhu...

***
oh, patut la... otak penat... ~_~
ayoyooo....!
Ngantuk rupenye...huhu...

So, tak perlu tanya-tanya lagi...
tak de dah ubat lain...kecuali,
Jom, tidur... sebelum zohor ni sunat. Jangan terlajak sudah...hehe.
Kang ada pulak yang kena denda masuk kerja lewat... :P (na'uzubillah...)


emm em em...
dah3! jangan nak pikir-pikir lagi...

1..2..3........ SHUT DOWN!!! zzzzz.......


~perisaimahkota

Sunday, January 16, 2011

CABUTAN BERTUAH SEMPENA PEMBUKAAN BLOG 'DUNIA BELIBELAH'

Salamullahi'alaikum...

Ada cabutan bertuah la plak!
Sempena pembukaan blog katenyer.
Hadiahnya : Coklat! nyum3!!! hehe...

Jadi, dengan secara sengaja dan tidak sengajanya.. aku men'join'kan diri...
ting3!!!


~siapa yang berminat nak join...
~klik di sini.

~tarikh tutup akan diberitahu kemudian... bila tu? ana pun x tau...hehe

Kenapa kami songsang?

Salamullahi'alaikum...

Pernahkah kalian diaju soalan seperti ini?

"Kenapa kami songsang ea? Kami teringin jugak nak jadi lelaki yang sebenar-benar lelaki..." Soal mereka pada aku.

Aku masih menggenggam kemas soalan itu hingga ke saat ini.
Bukan sebab lain, cuma terkilan apabila tak mampu untuk memberi jawapan direct.
Takut ada yang terasa hati atau salah faham..huhu. Diorang ni sensitif... kang tersalah cucuk, makin jauh diorang melompat. Jadi, kata orang tua-tua...'ibarat tarik rambut dalam tepung. bla3...' (kot la...hihi)

Dakwah secara hikmah. Itu strategi yang telah diajar oleh Nabi Muhammad SAW... ^_^
Walaupun aku sedar, diri aku bukan perfect atau selayaknya menjadi seorang pendakwah. Tetapi sebagai muslim yang wajib cakna sesama muslim, hal-hal sebegini perlu dititik beratkan.
Sampaikanlah kebenaran walau hanya sepotong ayat!

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.
QS.Al-Maaidah [5] : 67

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."
QS.Ali-Imran [3] : 110
Jawapanku pada saat soalan itu diajukan, hanyalah satu,
"Kerana Allah sayang kita..."
itulah jawapan yang tertaip dalam ruang rahsia hati tapi tak mampu diluahkan dalam bentuk lisan perkataan. Allahu Rabbi... ~_~
Jika ditanya kembali ...'mengapa jawapan itu yang tertulis?'
Penjelasanku, "kerana Allah memang benar-benar sayang pada hambanya."

Macam-macam tentang hari ni...

Salamullahi'alaikum...

Penulisan kali ni berbentuk santai. Sekadar diari berteman.. suka-suki Perisai Mahkota!

1) Untuk pengetahuan, aku skg ada kat Kerian, Parit Buntar. Sebulan aku kat sini sebab posting kat Pejabat Kesihatan Daerah Kerian. Tiba-tiba plak jadi macam Inspektor Kesihatan...huhu. Tapi kerjanya macam takder apa nak buat. So, mengular sawa la kerjanya...hehe.

Ceritanya bukan yang tu... tapi tentang hari ni.
Alhamdulillah... tergerak plak hati nak ikut member-member keluar jalan-jalan makan asap kereta. (hihi...) jadi terbawalah diriku dan sahabat (Mansor dan Harmain) ke Seberang Perai, Penang.

Yang tak tahan, kepala aku pening mikirkan jalan-jalan yang diterjah. Kejap kat Seberang Perai, Penang. Tiba-tiba masuk Kulim, Kedah. Lepas  2 3 pejam celik... sampai Seberang Perai balik. Aduss... fenin2...

Apa pun... bez sgt2!. Thanx 2 Mansor sebab sudi bawak aku jalan-jalan naik kereta baru (Proton Saga 1.3). Walaupun 'pristiwa kelat' masa kat Carrefour Seberang Perai membuatkan kita semua menggelabah, tapi syukurlah sebab semuanya dapat diatasi. Alhamdulillah...

Nak kongsi sikit tentang keunikan duk kat Parit Buntar ni...
-tempat rehat kat Perak
-smayang Jumaat kat Penang
-makan malam kat Kedah
unik kan...? (unik kot...hehe)

modal perjalanan tak perlu susah-susah nak isi minyak.
hanya guna tenaga nak melangkah jer...hihi. :P

Jadi siapa-siapa yang belum sampai Parit Buntar, bawak-bawaklah diri, member-member atau sesiapa sahaja untuk ke datang ke sini. Kompem tak nyesal... InsyaAllah. Kalau nyesal, maap la yer...^_^

GA saya nak phone casing!!!

Salamullahi'alaikum...

Waa... ada GA baru! Tak leh lepaskan peluang ni. Nak kena cuba jugak.
InsyaAllah... kalau ada rezeki, jangan sesekali ditolak. kan3? hehe...


Slogan rekaan otakku : saya nak phone casing kerana handphone 'zaujah' saya sentiasa menggigil kesejukan time malam-malam sebab takder selimut. Dengan adanya phone casing ini, saya rasa handphone dia dapat tidur lena selena-lenanya...zzz... Dapat selimut comel plak tu, lagi la dia suker...hihi. =)

Dah... tu sahaja..hihi. Harap-harap terpilih yer.. ^_^
Baru-baru cuba nak masuk contest. InsyaAllah... jika ada rezeki, dapat la saya menyelimutkan handphone saya. hehehe...
Mekaseh kepada penganjur! ^_^

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai GA ini, dan teringin sangat nak menang phone casing...
klik http://therosputih.blogspot.com/
Syaratnya mudah... ikuti segala syarat2nya... hehe.. cam berbelit dah ayat nih.

Akhir kalam...
Wallahua'lam.

~perisaimahkota

Saturday, January 15, 2011

Ceritera Sang Pena

Salamullahi'alaikum...

     Perjalanan mencari cinta dan redha, berhenti sejenak di bawah sebatang pohon nan rendang. Mata pena diasah sebelum berjuang habis-habisan. Maka, tercurah segala buah fikir yang serba kekurangan. Menceritakan apa yang dirasa. Mencoretkan apa yang tersurat, menyerlahkan segala yang tersirat. Cukuplah dengan cara ini perjuanganku, asalkan kebahagiaan sentiasa bertamu. Siang dan malam, mula hingga akhir nafasku.

Mencari Yang Pasti

Bukan mudah mencari yang pasti
Kerana kita mudah dikelirukan
Antara yang fantasi dan realiti
Zahirnya persis pada rupa
Hakikatnya berselisih
Hanya Yang Maha Pasti
bisa sekali mengerti
antara pasti dan sangsi
antara Mimpi dan Realiti...

Cukuplah Bertuhan

Manusia
Dihidupkan dan dimatikan
Tuhan
Menghidupkan dan mematikan
juga tidak dihidupkan
pula tiada dimatikan
Lalu pantaskah mengaku Tuhan
Sedang diri tiada kekuasaan
Jika ada pun
hanya pinjaman
Hanya yang layak
bisa menjadi Tuhan
Bagi hamba
Cukuplah dengan rasa bertuhan...

Kehidupan

Sekali diuji dengan kesengsaraan
kita mengeluh
Berjuta kali dikurniakan kesenangan
Diangkat disanjung setinggi kayangan
Tak pernah pula bersyukur

Itulah ragam manusia
Tak kira tua atau muda
bangsa atau agama
adam atau hawa

Roda kehidupan
Akan berputar
dan terus berputar
Kelak ia kan terhenti
Pada detik perhitungan
Waktu itu
Sesal tiada gunanya...

Saturday, January 8, 2011

Menjadi Yang Terbaik!

Salamullahi'alaikum...

Kata orang yang arif,
“jadilah orang yang baik, nanti kebaikan akan datang kepada kita.”
Segala kebaikan akan datang kepada kita seperti besi yang tertarik kepada magnet. Sebab itu sering diperkatakan orang, jika kita murah dengan senyuman, kita akan murah rezeki.

     Pada diri manusia ada daya tarikan yang saling berhubung dengan daya tarikan manusia lain. Maksudnya, jika kita positif dan orang lain juga positif, maka kita akan mudah tertarik dan berhubung dengan harmoni. Pepatah lama mengatakan, burung yang sama bulu kepak dan warnanya akan terbang sekawan. Keceriaan kita akan menarik orang yang ceria untuk bersama kita. Keceriaan itu mudah ‘berjangkit’. Orang yang ceria sering dilingkungi oleh individu, situasi dan keadaan yang ceria juga.

Zahirkan Penyelesaian, Lenyapkan Permasalahan

     Orang yang positif akan fokus kepada penyelesaian bukan permasalahan. Siapapun akan mudah nampak apa masalahnya, tetapi hanya orang yang positif akan nampak penyelesaiannya. Orang yang positif akan ‘menyerang’ punca masalah, bukan orang yang bermasalah. Maka begitulah pasangan yang positif akan mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh pasangannya, bukan menambah masalah.


Ya Allah, bantulah aku...
Aku ingin benar menjadi yang terbaik,
Pada pandanganMu,
Pada harapan RasulMu,
Pada usaha Jihad di jalanMu,
Pada Abah dan Umi,
Pada keluarga dan teman,

dan
pada dia...
yang bakal menjadi suri peneman hidupku
dalam menyemai cinta bahagia
dalam menyembuh luka derita

Bantulah aku Ya Allah.


~perisaimahkota

Friday, January 7, 2011

Lukisan Hati

Jari bersedia menari, 
Namun hati bersoal jawab
tentang apa yang ingin ditulis

Lisan ingin meluahkan,
Namun tidak tahu apa yang ingin terluah

Jika hati itu 'hati',
Sudah pasti terzahir goresannya...

Jikalau ia air,
Akan tempias percik kocakannya...

Jika jiwa itu kertas,
Mungkin ternampak jelas koyakannya...

Jika perasaan itu sebatang pensil,
Mungkin pusaran hitam yang akan terbentuk...
Atas lembaran kertas putih yang direnyuk...

Ingin menulis, tulislah...
Jangan remukkan hatinya lagi!

emmm.....
Apa sebenar maksud penulisanku?

Hanya Allah Yang Tahu
kerana
Aku sendiri tidak mengerti
Apa isi hatiku

Sepi sendiri
Hanya Allah yang kucari


~perisaimahkota
Taman Sunyi
6.50 petang, 7 Januari 2011

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails