Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, June 30, 2012

Refleksi 3 Bulan

Alhamdulillah..
Sekarang dah genap 3 bulan di alam pekerjaan.

Setelah ditimbang campur tolak bahagi darab, profesion ni boleh dikira bez jugak la.. Kalau nak kata tak bez, terpaksalah bez-kan jugak..hi2.

Tentang kerja ek?
Emm..nak kata enjoy, ada la tempat boleh enjoy.. Nak kata stress, memang stress.

Biasa la kan.. takder kot kerja yang tak stress atas muka bumi ni. Cuma yang lebih stress-nya, sebab kerja ni 95% berdepan dengan manusia (yang dah tentunya memiliki berjuta-juta kerenah). Selebihnya lagi, baru la berdepan dengan mesin..

Jabatan Kecemasan dan Trauma

Untuk 6 bulan ni, kami hanya ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma jer. Belum ada lagi yang diletakkan ke jabatan lain.

Motifnya, nak bagi segarkan balik segala teori dan praktikal yang pernah dipelajari sewaktu zaman student dulu. So, sebelum ditempatkan di penempatan-penempatan lain (Klinik Kesihatan, Klinik 1Malaysia, PLKN, Klinik Kampus, Penjara dan lain-lain), jabatan ni la tempat nak refresh balik segala teori dan praktikal.. dan lagi, nak bagi lebih bersedia sebelum disah jawatan.

Siapa yang berminat boleh la join kitorang sama.. pilih Diploma Pembantu Perubatan di laman web

Thursday, June 28, 2012

Nak Makan Orang!

Salam'alaik..

Fuhhh.. memang dah betul-betul lama blog PERISAI MAHKOTA ni ditinggalkan rupanya.
Sedih.. syahdu.. rindu pun ada gak.

em emm emm...

Tension! Tension! Tension!!!... huhu..



Kerja dah 3bulan, gaji satu sen pun tak dapat lagi nih. Aduhai..
Macam mana la mereka buat kerja ni..?!
Hmm.. nasib baik ler ada lagi duit simpanan lain, kalau tak memang jadi cicok kobeng la jawabnya.

Dulu kata 2 bulan dah boleh dapat, tunggu punya tunggu..habuk pun tadak..
Masuk 25 haribulan, bulan ke 3 pun sama jugak..
Pastu kata 28 hari bulan, cek-cek.. habuk jugak..

Ayooo.. amma appa.. -__- Apa suda jadi ni..?

Semangat kerja pun makin slow down dah ni..huhu..

Emm.. dah la kot untuk kali ni.
Tulis banyak-banyak nanti kang keluar semua isi perut..

Ok jumpa lagi.. roger and out!


~perisaimahkota

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails