Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Friday, March 11, 2011

1 Blogger 1 Rumah

Berikut adalah kenyataan seorang Menteri...

     "Kita tidak harus mengetepikan wujudnya limpahan blogger tanah air. Kejayaan mereka mengharumkan nama Malaysia dalam setiap tulisan mereka harus dipuji. Dengan ini, pihak kementerian bersedia untuk menghadiahkan setiap blogger dengan sebijik rumah.."

nah..ambik nih!
Ceh..ada ker kenyataan menteri macam tu? Kalau ada la kan, aku terus berhenti study..kompem!
Buat apa penat-penat belajar lagi? ...baik blogging jer sepenuh masa. Bijak tak aku? hihihi~

Kata-kata menteri kat atas tu rekaan semata-mata, takder kena mengena dengan mana-mana pihak sebenarnya... Aku sajer jer nak buat trick muqaddimah sebelum masuk kepada isi-isi penting.. jangan marah aaa...

Korang rasa terperangkap tak? Kalau terperangkap..terbuktilah aku ni kaki kelentong! yes!!! hehe~

Okeyh.. entri aku kali ni, nak cerita tentang kehidupan seorang blogger..termasuk aku jugak la. 
Korang pun mesti percaya kan kalau aku cakap ~ memiliki sebuah blog ibarat memiliki sebuah rumah. Tak kira lah rumah teres ker, pangsa ker, banglo ker...asalkan rumah.

Haa..mesti tengah berfikir sekarang kan? Kenapa? Enggak percaya?

Jumaat: Hari Memburu!

Penting!
Mesej ringkas ni aku rasa korang semua pun pernah dapat. Aku dapat ni dari ustaz aku masa kecik-kecik dulu time belajar kat kelas agama. Pastu ada jugak la orang lain yang sering peringatkan, sampai lah sekarang..

Apa yang ustaz dan 'orang-orang' tu cakap?
Diorang cakap, hari jumaat adalah paling baik untuk memburu.. (memburu ke berburu ea?) hentam saja lah..^_~ hehe..

Kalau yang suka memancing, pun hari ni jugak hari yang terbaik untuk memancing.. Tapi, bukan memancing 'orang' yer! Tak baik... jaga mata... Kalau yang dah beristeri, lagi tak baik. Kan tak pasal-pasal kena tidur luar malam ni..hik hik hik.

Okeyh..jom kita memburu!
Tapi.. Apa yang nak diburu sebenarnya?

Nah..baca mesej pendek berikut...

Thursday, March 10, 2011

'Bagaikan Puteri' diFilemkan...

Salamullahi'alaikum...
(entri santai.. masih dalam mood rehat dan rawat)

Bagi peminat novel Ramlee Awang Murshid, kompem akan terbeliak bijik mata baca tajuk entri aku.. Usahkan korang, aku sendiri yang tengah menulis ni pun terbeliak jugak bijik mata.. 0_0 ish ish ish...besornye mate!! hrmmm...

Tak nak tanya aku ker dapat dari mana cerita ni? Tanya la aku..tanya la aku! ..hehe~

Sebelum disoal oleh penyoal-penyoal sekalian.. aku habiskan ayat tajuk entri di atas..
kalau novel 'BAGAIKAN PUTERI' DIFILEMKAN kan best..hihik.. (begitulah tajuk sebenarnya. Aku memang nak tulis penuh, tapi tajuknya panjang sangat. tak cukup ruang..)

Maaf yer. tak sengaja...
bukan niat nak tipu-tipu, tapi...
                              ...takder tapi-tapi..hik3.

hrmm..yelah. Terus terang..sebenarnya, aku baru lepas tengok trailer Hikayat Merong Mahawangsa kat youtube. Hebat memang hebat! Syabas buat KRUstudios!

Aku ni sebenarnya bukanlah minat sangat nak tengok movie. Movie-movie dalam external HD aku pun tak tertengok.. Cuma aku ni jenis yang sensitif sikit bila dengar orang cakap cerita 'berkenaan' best, mantop dan sama waktu dengannya. Bukan sensitif apa, sensitif untuk nak tengok..hihi.

Macam cerita Hantu Kak Limah dengan Ngangkung la.. Bila ramai orang duk sebut-sebut, baru aku tengok. Kira terkebelakang jugak la..hehe~ (aku belum pernah melabuhkan punggung di mana-mana panggung..) ^_^

Apa kaitannya dengan tajuk entri ni?

Sunday, March 6, 2011

Nak Rehat Jap

Salamullahi'alaikum...

Kadang-kadang mood blogging datang bertimpa-timpa. 
Sampai dalam satu saat boleh terpikir nak buat 10 entri sekali gus.

Tapi...
Tak selalunya semangat blogging tu datang. 
Macam air laut jugak, ada waktu pasang dan ada juga waktu surutnya..

Mungkin yang aku rasa sekarang.. air mula surut.. surutnya agak mengejut!
Tak tahu apa nak dibuat.
Fikiran penat.. Jiwa kacau.. sebab? 
Aku pun tak tau.. ~_~



Kalau aku menulis jugak sekarang ni, kompem mood aku kacau bilau. 
Haru biru..  Serabut! huhu~
Sasteranya basi.. isi pula terkontang kanting.
Jadi lebih baik, aku rehat...rehat untuk sementara..
atau mungkin selamanya..

Bagi tenang dulu keadaan.
Bila mood dah ok.. masalah selesai dan otak kembali ligat untuk berfikir..
InsyaAllah.. Aku akan kembali 'sign in' dan klik butang 'new post'..

Tu sajer untuk kali ni...
Dalam keadaan sekarang, aku dahagakan motivasi
Aku rasa aku perlu berehat.. 
rehat minda, rehat jiwa...
~rawat hati~

wallahua'lam.


~perisaimahkota

Lebih Rela Jadi Pemerhati

Salamullahi'alaikum...

Hari ni PRK di Merlimau dan Kerdau.. Keputusannya..? wallahua'lam.

Aku ni sebenarnya malas nak bercerita atau 'mengomen-ngomen' tentang politik tanah air semasa..sebab blog ni sememangnya bukan blog 'politik'. Maksud aku politik yang caca marba macam sekarang ni la. Kalau politik yang ok seperti kaedah politik Rasulullah, dah kompem-kompem aku akan usaha untuk join barisan depan!

Sebenarnya, faktor utama aku 'undur diri' dari terlibat secara langsung dalam politik adalah, sebab aku sakit kepala. Sakit kepala dengan sikap ahli politik, tak kira yang memperjuangkan agama atau yang memperjuangkan kebangsaan. Sakit kepala dengan media massa yang setiap saat rela menjadi penyebar cerita politik, tak kira fakta mahupun auta.

Sakit kepala!!! huhu~

Bukan bererti aku dah berhenti berjuang. Tapi aku dah tak reti macam mana nak berjuang dalam keadaan sekarang. Kalau dulu, aku join kawan-kawan bersama dengan ustaz-ustaz ikut pergi ceramah. Siap jadi tukang pemungut derma lagi. Memang seronok...

Mana tak seronok.. Kalau kita buat kerja yang masyuk dengan jiwa, mesti rasa seronok kan? Contohnya time buat solat hajat perdana di Stadium.. fuhhh~~ lautan manusia tu. Semuanya pakai cantik-cantik. Dengan siap berjubah, berkopiah dan berserban. Muslimat pulak siap bersarung tangan, berjilbab labuh. Kemudian speaker kiri kanan mengalunkan lafaz-lafaz zikir Kalam Allah. Tenang yang amat... Situasi yang sama jugak dirasakan sewaktu kuliyyah Tok Guru di Medan Ilmu, Pejabat PAS Kota Bharu. Memang best! ^_^

Tapi.. tapi.. tapi...

Bercerita Tentang Hadiah

Salamullahi'alaikum...

Bagi sesaper yang masih ingat, sebelum ni blog Perisai Mahkota ni ada join satu GA yang dianjurkan oleh blog Bayt Al-Iman. GA tersebut diwujudkan sempena memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul. Niat pertama aku join waktu tu, bukanlah nak kan hadiah nyer.. Tapi aku join sebab aku suka tengok gelagat Muhammad. cute, comey, cantik, menarik dan segala bagai..hehe

tengok tu haa... banner GA tu masih lagi tertempek kukuh
di sidebarblog Perisai Mahkota.. hehe~

Kalau korang nak tahu cerita tentang Muhammad, boleh klik sini..DIARI MUHAMMAD. Nanti korang akan jumpa cara Muhammad diasuh sejak dari kecil mengikut Sunnah dan aturan dari Rasulullah SAW. Oleh sebab tu, dah memang kena sangat lah nama 'Muhammad' diberikan kepada si comey itu.. ^_^ Aku suka sangat-sangat pendekatan tu dan kalau boleh, aku nak jugak asuh 'cahaya mata' aku nanti (jika diizinkan) juga dengan cara tersebut..

Setelah tarikh GA tamat, tiba-tiba blogger kak Ummumuhammad datang blog aku, komen kat entri. Mintak aku tengok entri terbarunya. Apa lagi..serbu la. hehe~ Sebenarnya aku pun tak perasaan yang keputusan GA tu diumumkan.. hrmm... baca punya baca, maka terteralah nama pemenang...

Saturday, March 5, 2011

Review 3 Movie: Alahai MA...

Salamullahi'alaikum...

Sebelum tulis panjang-panjang, aku nak tarik nafas lega dulu. fuhhh~~ Alhamdulillah...
Syukur sangat-sangat sebab dah selesai beberapa perkara penting yang melibatkan kolej. Dan yang paling lega, aku dah selamat sampai ke rumah tepat jam 1.20 pagi tadi. Terima kasih pada Pendekar Miaw, sebab sudi hantar aku... (roomate aku tu..hehe~)

...Tanpa buang masa, kita terus masuk kepada entri. ermm..rasa-rasanya ada yang klik entri ni sebab nak tahu apa lah yang dimaksudkan dengan MA tu kan? Ataupun ada jugak yang nak kongsi-kongsi cerita tentang movie review yang aku buat nih.
Ok lah..aku jelaskan dulu apa itu MA. MA tu singkatan daripada Medical Assistant atau sekarang dah digelar sebagai Assistant of Medical Officer (AMO) atau dalam bahasa melayunya, Penolong Pegawai Perubatan (PPP).

Siapa sebenarnya Penolong Pegawai Perubatan ni? Haa...ni mungkin ada yang dah tahu, atau masih samar-samar ataupun mungkin ada jugak yang lansung tak tahu menahu. PPP ni secara mudahnya digelarkan sebagai pembantu doktor la. Tahapnya setara dengan jururawat, pegawai farmasi dan beberapa lagi lah. Aku pun tak tahu sangat kalau nak diterangkan secara detail...hihi. PPP ni hanya di Malaysia sahaja sebab kalau di negara luar, ia hanya digelar sebagai paramedik bersama dengan jururawat dan yang sama waktu dengannya.

Okeyh...cukuplah dulu kot intro tentang MA atau AMO atau PPP nih. Aku tahu sedikit sebanyak info tentang semua ni pun sebab aku salah seorang dari pelatih PPP yang sekarang tengah 'lintang pukang' memerah otak kat kolej cawangan Ulu Kinta. Nak tahu cerita tentang aku dan kolej..klik sini. (kalau nak la..hehe) Kalau tak nak, boleh terus scroll ke bawah dan teruskan membaca coretan aku ni...


Apa yang aku nak cerita sangat sebenarnya nih? dan, apesal pulak tajuk entri (kat atas) tu bunyi macam mengeluh?

Baiklah... aku anggapkan majoriti yang tengah baca entri ni dah tengok 3 cerita ni. Tajuknya Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Khurafat. Semuanya cerita hantu kan? (sekarang bayangkan korang tengah tengok cerita hantu..) eeeeiiii....hihihihi...~

Wednesday, March 2, 2011

Percaya atau Tidak

Salamullahi'alaikum...

Alhamdulillah. Sampai jugak ke kolej akhirnya. Maka tamatlah sesi penempatan klinikal kat dewan bedah umum, Hospital Taiping. Minggu depan cuti.. Yeay!!! hehe.. suka3!

Tapi, untuk seminggu ni..kena duk kat kolej dulu untuk siapkan beberapa perkara yang berkaitan dengan HSR (Health System Research). Kalau benda tak selesai awal-awal, alamatnya nanti kelam kelibut. ^_^

Okeyh... bersama mood yang ceria-ceria ni, apa kata kita kongsi-kongsi cerita berkenaan fakta semasa. Sama ada korang pernah terserempak dengan fakta ni ataupun tidak, buat-buatlah belum pernah yer. hihi.. Kesian kat aku..penat menulis. heh heh... Tanpa lengah-lengah lagi, apa kata kita mula sekarang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails