Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Thursday, December 22, 2011

Di Atas Tapak Runtuhan

Mood malam ni basa basi..
Nak kata gembira, ok la.. Nak kata huru hara, em..kot la..huhu..

Tinggalkan mood itu.. jom kita fikir apa yang patut kita fikir! ^^,

Analogi; Membina Bangunan Di Atas Tapak Runtuhan

Sulit kan? Kos yang tinggi, masa yang lama, tenaga kerja dan kepakaran yang ramai diperlukan.. dan macam-macam lagi benda yang perlu dipikirkan.. Bukan mudah nak bersihkan tapak yang telah diselerakkan oleh runtuhan bangunan tinggalan lama. Mungkin terpaksa bertegang lidah dengan penduduk setempat atau dengan pihak-pihak berkenaan disebabkan timbul satu-satu masalah.

Selang beberapa bulan, barulah penstrukturan dibuat..
Dipacakkan tiang yang baru dan kerja-kerja pembinaan dijalankan sehinggalah siap pada akhirnya.

Walaupun generasi selepas ini bangga dengan bangunan itu yang tampaknya gagah dan gah, tapi rahsia disebaliknya tak seindah yang disangkakan. Sejarah betapa sulit untuk mendirikannya, tak siapa yang tahu.

Memulihkan Kepercayaan Di Atas Tapak Ketelanjuran

Sama ada secara sedar atau tidak, kita sebagai anak Adam takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Tak kira besar atau kecil. Tak kira hebat atau sederhana. Ketelanjuran itu tetap ada..

Itulah bukti bahawa kita ini hamba, selamanya.. tak terlepas dari sebarang kesilapan. Walaupun telah beberapa kali bertaubat dan berazam untuk melalukan perubahan, namun dosa menyusul sedetik selepas penyesalan.

Air mata keinsafan bagaikan siraman air hujan yang mencambahkan cendawan dosa.. Menangis taubat sekali, kemudian maksiat diulang berkali-kali..

Ketelanjuran benar-benar merosakkan akal dan hati..
Lebih dahsyat, sehinggakan mampu meruntuhkan kepercayaan orang sekeliling..hatta orang yang paling kita sayang turut terkena tempiasnya.. Sadis! ~_~ Pedang dalam genggaman dilibas tanpa belas. Akhirnya mencederakan jiwa dan raga yang tak bersalah..

Tuesday, December 20, 2011

Relaks La Bro!

Uit3~ hehe.. Lama dah rasanya tak blogging..

Lepas tengok rancangan Tanyalah Ustaz kat TV9 pagi tadi, terdetik plak idea untuk nak tulis sesuatu.. Tajuk perbincangan pagi tadi pasal 'Konflik Remaja'.. - pagi besok ada sambungannya..

Memang respect dengan gaya penyampaian ustaz.. so, tak hairan la kalau beliau kekal dengan gelaran Ustaz Mantop! hehe.. Sesuai dengan 'angin' anak muda..

Walaupun ustaz pernah di banned sebelum ni, akibat dari beberapa masalah yang membabitkan politik tanah air ..tapi sekarang ni ustaz muncul kembali di kaca tv seperti sebelumnya.

Alhamdulillah.. Allah tahu bahawa masyarakat masih dahagakan butiran ilmu yang dipersembahkan beliau..termasuk hati ini~

Ok cukup untuk intro..kita kembali kepada tajuk..
- Relaks la bro..! n_n

Wednesday, December 14, 2011

Sejarah Membuktikan Kita Juara!

"Belum sampai masanya... tunggu la nanti nanti eh.. 
Kalau Allah nak beri hidayah untuk saya berubah, saya beubah la.. huhu~"

Alasan yang biasa kita dengar.. cukup familiar. Sabor jer la..
Tak maksudkan sesiapa.. tapi ikhlas cakap..ayat ni la yang sering kita ulang-ulang..
Bukan di bibir.. tapi dalam HATI kita sendiri!

Hakikatnya.. kita bukan tak mampu untuk berubah, tapi kita tak bersedia untuk memulakan langkahan pertama. Mana mungkin kejayaan dapat digenggam selagi masih berada di belakang garisan permulaan..

'Sejarah membuktikan, kita tak belajar dari sejarah..'

Kerana kita manusia - pelupa yang sentiasa lupa! lebih-lebih lagi bab sejarah... ~_~"


Lupakah kita pada sejarah penciptaan diri kita sendiri..?

Di dalam jutaan sperma yang membelah samudera lautan sistem pembiakan manusia,

Thursday, December 8, 2011

Doa Rindu Buatmu Teman

Kita adalah hamba Allah..
itu teras kewujudan manusia.
Setiap yang beriman pasti mengakui hakikat pengabdian.

Pada episod perjalanan yang jauh dalam menggapai mardhatillah, kita pasti berhadapan dengan pelbagai mehnah dan cobaan. Ada yang mampu dihadapi..juga ada yang tak daya ditempuhi..

Yang pasti, Cinta dan Redha Allah.. itu matlamatnya.
Menggapainya agak payah jika berseorangan. Maka haruslah kita mempunyai teman..
Di mana wujudnya persahabatan, di situ wujudnya kekuatan.. kekuatan untuk melangkah!

'Untuk dekat dengan Allah.. perlu berdampingan dengan mereka yang dekat dengan Allah..'

Alhamdulillah..
Aku dapat merasai rahmat itu..
kerana Allah telah menganugerahkan aku teman seperjuangan yang cukup indah..

Pertemuan yang singkat akhirnya ditakdirkan berpisah.. Benarlah, nikmat pertemuan itu akan dirasai apabila tiba saat perpisahan..

"Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat."

Kerana kewujudan kalian dalam hidupku menjadikan aku gagah melangkah..
Dalam dunia akademik mahupun pada sumur Dakwah dan Tarbiyyah..

Ku utuskan Doa Rabitah untuk kalian pada setiap saat.. moga ukhuwah kita berkekalan..
Sekali kita bersahabat.. akan selamanya bersahabat... InsyaAllah~

isk3... Rindunyerrrr~
Nasri, Cho, Mael, Mizan, Amir, Harmain, Firdaus, Hadi dan semuanya~

...speechless!...

~perisaimahkota

Wednesday, December 7, 2011

Bahasa Air Mata

Salam ukhuwah...

Wahai hati..
Sesungguhnya tiada siapa yang dapat menghalang takdir Tuhan. Yang bertemu pasti akan berpisah jua akhirnya.. Selagi mana kita menjadi makhluk Allah, selagi itu kita tetap bergantung pada aturan Allah..

Bagi aku, perpisahan ini cukup bermakna.. walaupun sedih, hiba dan berat untuk dilepaskan.
Tapi apa boleh buat... Cukuplah airmata itu berbicara.. Saat dalam pelukan. Tak upaya menatap anak mata.. Hati meronta untuk masih terus kekal bersama! ~_~

Teringat kata-kata seorang sahabat.. "Hidup ini sebuah perjalanan.. tidak lengkap kehidupan selagi tidak melangkah ke hadapan".




Maka akurlah, untuk melangkah ke hadapan memerlukan pengorbanan.. Walau perit, harus ditelan.

huhu.. post kali ini agak touching2 sikit.. sebab masih dalam mood perpisahan..
Kronologinya, aku dan sahabat sama-sama berjuang di Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Tanjung Rambutan (tempat femes 1dunia..hehe).. Mendaftarkan diri pada 1 Januari 2009.. dan pada 5 Disember 2011, tamatlah 3 tahun perjuangan kami di sana. Tapi dah pindah bangunan baru ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta..

Tuesday, November 22, 2011

Teruskan Senyum

Maha Suci Allah..
yang terhindar dari segala sifat-sifat kekurangan..
...

Sahabat-sahabat,
Satu persoalan yang sering ditimbulkan orang..
"Bagaimana ingin bahagia di saat hati dikecewakan, atau bagaimana ingin merasakan ketenangan di kala terhimpit oleh keterlanjuran dosa silam..?"

Huhu..
Kalau mengikut dari jawapan orang-orang yang termotivasi, mereka pasti mendahului senyuman seraya melengkapkannya dengan jawapan..

Thursday, November 17, 2011

Garis Akhir Pengembaraan

Huhu.. exam tinggal 1 paper jer lagi. Tak sabar nak habiskan..

Pasni dah takder exam lagi dah untuk diploma Pembantu Perubatan ni. Tahun depan jika diizinkan Tuhan, akan bermulalah kehidupan aku sebagai Penolong Pegawai Perubatan U29 terlatih..dah start kejer daaa.. takleh nak main-main lagi..huhu. Takut, teruja dan segala bagai..

Berguni-guni part yang sedih sikit bila terkenangkan kehidupan selama 3 tahun kat KPPuk nih (skg dah tukar nama KSKB-uk)...walaupun berpikul-pikul part yang menggembirakan. Biasa la kehidupan alam muda mudi.. ada suka, duka, gembira, derita.. Semua tu kalau takder, tak dinamakan kehidupan la maknanya..

ni geng usrah yang baru~ Sahabat Perubatan Islam

Hurmm.. Teringat mula-mula masuk kat sini dulu,

Sunday, November 6, 2011

Sesungguhnya Inilah Qurbanku

Pertama dan utamanya,
  nak ucapkan 'Salam Eidul Adha 1432 Hijrah' kepada sahabat yang mengenali..
     ..juga buat seluruh umat Islam di seluruh dunia..

~Semoga korban tahun ini lebih bermakna dari sebelum-sebelumnya.
Firman Allah Ta'ala : "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2)
Alhamdulillah..
   Eidul Adha tahun ni cukup bermakna buat aku..
 Takder banyak sangat bezanya dari tahun-tahun sudah, cuma yang paling bez kali ni...

Thursday, November 3, 2011

Kita Bila Lagi?

Salam buat semua..

     Seronok jugak sekali sekala follow dunia artis tanah air ni. Ada yang baru timbul, ada yang tenggelam timbul dan ada jugak yang tenggelam tak timbul-timbul..

     Tapi kali ni aku nak share dengan korang al-kisah mereka-mereka yang pernah timbul dalam dunia artis (sebagai pendokong dan penggiat)..tapi sekarang kembali timbul dengan gaya dan perwatakan berbeza..

Sebagai pendokong dan pejuang jalan Tuhan..

Gambar kat sebelah ni sempat dirakam waktu Ustaz Azmil Mustapha berada kat Ipoh, tepi Greentown Mall.. Ada islamic event camtu la.. dan ustaz adalah sebagai duta produk Hiraq yang beliau sendiri usahakan..

Katanya,
     "Alhamdulillah.. kalau kita tinggalkan perkara-perkara yang Tuhan larang, pasti Allah akan anugerahkan kepada kita nikmat yang kita tak sangka-sangka.. melimpah ruah tak terkira. Dan..kalau kita betul-betul nak berubah, jangan sesekali dekat dengan dosa lama."

Semoga Ustaz dan keluarga sihat-sihat dalam lembayung Rahmat Kasih Sayang Allah.. amiin~

Lagi mereka yang telah dijemput untuk menerima watikah hidayah Tuhan adalah.. 



Wednesday, November 2, 2011

Epilog Silam

Satu perkongsian bersama..
 dalam memenuhi sebahagian kisah munajat hamba..
  mencari Rahmah dan Mardhatillah..
    terimalah... 'Epilog Silam' 
( Jom sama-sama kita hayati makna liriknya... ~_~ ).

...

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...


Album : Erti Pengorbanan 
Munsyid : Haikal 
http://liriknasyid.com


~perisaimahkota

Tuesday, November 1, 2011

Menagih Maghfirah

(Monolog)
Alhamdulillah..

   Hingga ke saat ini, masih istiqamah dengan usrah yang 'baru'.. mendamaikan..
 Hanya ini sahaja jalan yang kuharapkan, untuk aku padam kembali parut luka lama.
    Walaupun mustahil dengan bekal usaha yang kerdil ini..
        ..tapi aku akan tetap terus mencuba.. dan terus mencuba.

 Sesungguhnya aku telah mengkhianati amanah besar yang dianugerahkan Tuhan..
     Sebagai manusia.. hamba juga khalifah.
   Seolah-olah 'mati' sebelum kematian. hilang punca..
       ..dek tertipu dengan fitnah dunia yang halus.. tak mampu ku telus..


Benar.. terbukti sudah kata-kata hukama'..  
     Setiap da'ie akan diuji dengan apa yang mereka dakwahkan.

Hari ini.. aku merasa cukup tenang dan aman dalam 'pendakianku'..
  Bersama sahabat-sahabat usrah yang tak pernah jemu..
     memberikan aku sokongan dan dorongan..
 Terutama sekali Naqib usrah yang cukup bijak memainkan peranannya..
       Wasiatnya.. ~Rahmatan lil'alamiin.. akan sentiasa disemat di hati. ^_^

Terima Kasih Allah..

Sebagai akhirnya, mari sama-sama kita renung hadis di bawah;

كل ابن آدم خطاء وخير الخطائين التوابون

Maksudnya: "Setiap anak Adam melakukan kesilapan, dan sebaik-baik yang berbuat kesilapan itu ialah yang bertaubat."

"Kenapa dilihat pada satu titik hitam itu? ..sedangkan ia hanya titik kecil yang berada di penjuru kertas putih yang suci. Usah menjadikan kegagalan silam, sebagai penghalang kepada kebahagiaan akan datang.. InsyaAllah... kita mambu berubah!"


Ya Allah.. hadirkanlah di dalam hatiku rasa khusyuk dan cinta padaMu..
Terimalah taubatku dan ampunkanlah segala dosaku..
Walau seringkali aku mengulangi khilaf yang sama..
Namun tiada pengampunan yang mampu ku harapkan
melainkan hanya Maghfirah-Mu.
Amiin~

Wallahua'lam..


~perisaimahkota

Tuesday, October 25, 2011

Kembali BerUsrah

Alhamdulillah..

Setelah lama medan ini kubiarkan kontang
Akhirnya Tuhan menggerakkan jiwa dan jasadku
Untuk kembali membajai hamparan saujana
Jalan para perindu Mahabbah dan Mardhatillah.


Saat kembali berusrah
sekali berusrah
akan
selamanya berusrah
Insya Allah~
...

^_^


ok lah..
tu jer untuk kali ni..
berjumpa di lain siaran..! hihik

Assalamu'alaikum

~perisaimahkota

Saturday, September 24, 2011

Hati Seperti Burung

Salam perkongsian..



Waktu 'jalan-jalan cari ketenangan' dalam dunia maya ni, aku terjumpa satu artikel yang agak menarik untuk kita kongsi-kongsikan. HATI SEPERTI BURUNG!

Asalnya aku ambil kat sini. Penulis artikel ni orang indonesia, so artikel asalnya dalam bahasa indon gitu la..

Jadi nyer, untuk dimuatkan kat blog ni, aku translatekan kepada bahasa melayu. Takder la korang 'fenin lalat' untuk memahami maksudnya..hehe~ ^_^ Jom kita baca sama-sama...

Thursday, September 8, 2011

Puncak Kenikmatan

Ehem.. cubaan suara 1 2 3!

Orait.. sahabat-sahabat.. kita terus kepada soalan yer..

Tahukah kalian apakah puncak kenikmatan bagi seseorang hamba Allah?
Adakah apabila berjaya membina sebuah banglo mewah di atas puncak banjaran titiwangsa dan hidup bahagia bersama 4 orang isteri tersayang?

...atau apabila telah berjaya terbang ke puncak langit untuk membina sebuah 'kerajaan perpaduan' bersama ayah pin..? erk.. takder kaitan..

Hehe.. dah sah-sah jawapan kat atas ni langsung takder dalam 'skema jawapan' kat fikiran korang.. kalau jawapan semacam tu muncul jugak dalam kepala korang, itu tandanya koang jugak loya buruk macam Jozan rajalawak.. :D

Okeyh, berhenti melalut.. dipendekkan cerita jawapannya adalah.. (jeng jeng jeng...!)

Monday, September 5, 2011

Pesawat Dah Tiba!

Alhamdulillah..
Semalam, 4 september 2011..bersamaan hari eidul fitri yang ke-6.
bukan pesawat ni.. ^^, dr En Google
Mok (nenek), Atuk Da (Lelaki) dan Atuk Da (Perempuan) selamat tiba di lapangan terbang (Pengkalan Chepa) pukul 7.30 malam. Maka telah sempurnalah kerja umrah mereka selama sebulan 1 minggu di Tanah Haram.

Paling best yang aku nak kongsikan adalah part sebelum mereka melepasi pintu 'balai ketibaan'. Masa tu kitorang(anak cucu Mok) excited yang tersangat nak sambut mereka. Bila Mok keluar jer melepasi pintu tu, semua pakat-pakat 'terjah' Mok.. Salam, peluk cium lagi... muah muah muah...! ^_<
...alamak, terlupa nak bawak camera...huhu. takder la gambar yang boleh dimuatkan kat sini..

Masjidil Haram dr En Google jgk..
Seronok rasa bila dapat genggam tangan orang yang baru balik dari tanah haram ni. Sejuknya menusuk jiwa..huhu~ Memang ler dalam kapal terbang tu aircondnya 'mahasejuk', tapi 'sejuk' yang aku maksudkan adalah kesejukan yang lain macam.. ermm.. korang agak jer la camner yer..

Serius.. rasa macam waktu tu jugak nak gantikan tempat diorang.
Diorang balik tanah air, aku plak ke tanah haram.. bestnyer ~.~

Yang pastinya setakat ni, peluang aku untuk ke sana masih samar-samar lagi.. tak tahu bila la aku dapat hirup udara ketenangan kat sana.. lama dah mimpi nak buat haji.. paling kurang dapat pergi umrah dan ziarah ke sana pun jadi la...

Okeyh!.. itu jer yang mampu diceritakan..
Nak cerita banyak-banyak, tapi takut 'mata masuk habuk'.. erk.... ^^,

Jom kumpul duit!!! Kita sama-sama naik haji/umrah/ziarah jom! hehe..
salam jumpa lagi...


~perisaimahkota

Friday, September 2, 2011

Haluan Kiri, Dulu dan Sekarang

Ehem.. yang aku faham la kan..
kalau dulu di Tanah Melayu, gerakan berhaluan kiri diistilahkan kepada mereka-mereka yang berjuang menentang kerajaan penjajah British. Bahkan hingga sekarang, mereka masih digelar gerakan politik berhaluan kiri.


Sekarang pun kalau nak diikutkan, masih ada yang dilabelkan gerakan politik berhaluan kiri.. tak lain tak bukan adalah ahli-ahli politik yang bergerak sebagai pembangkang dan pengkritik tetap kerajaan. Tak kira dari mana-mana badan sama ada parti politik, NGO atau 'gerakan rahsia'.

wallahua'lam.. mungkin tafsiran ini ada silapnya...

Jelajah Raya

KL..
Tempat aku berada sekarang..
Bagi orang yang dah biasa, nak hidup di KL ni mungkin senang..
tapi.. bagi aku.. memang tak senang. heheh..
Aku serabut tengok jalan daa... :P


2 hari beraya di KL..
Rumah Pak Ngah dan Makcik Hal..
Hari ni kitorang plan ker Seremban plak.. nak beraya rumah Mak Lang sambil-sambil jenguk keadaan mak lang. Dengar kata mak lang kurang sihat. wallahua'lam..

Harap-harap tak tersangkut dalam jem.. borring la kalau jem... huhu~

Ok lah..
nak bersiap dulu..
Si Akak pun da balik kerja sambil bawak roti canai. hehe.. Walaupun hajat nak makan nasi lemak KL tak kesampaian, dapat makan roti canai mamak KL pun jadi ler..

wokeyh.. gerak dulu! raya raya raya... !!!


~perisaimahkota

Thursday, September 1, 2011

Sebenarnya, Allah Ambil Dia...

Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang, 
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.

Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.

Dan

Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal,
Itu bukan untuk menghukumi kita.
Tetapi untuk memberi pengajaran.
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi
lebih dari yang kita mahu lakukan..

sumber asal : http://tersenyum-melihat-langit.tumblr.com/page/3

luahan hati, saat ini...



~perisaimahkota

Tuesday, August 30, 2011

Manifestasi Ramadhan.. Post-Mortem

Pejam celik, pejam celik... dah Raya dah..
Puasa sebulan rasa macam sehari jer.. 
Baru nak biasakan diri dengan suasana..dah nak kena berpisah.

Paling terasa sebab tak dapat berbuka, solat tarawih dan tadarrus sama-sama dengan sahabat usrah..

Apapun, nak mengeluh takder guna..sebab sunnatullah ni akan terus berjalan di atas paksinya. Nak atau taknak, kita sebagai hamba hanya mampu menurut perintah Agung dan berjalan pada landasan masa yang telah ditetapkan.

Teringat tajuk majalah SOLUSI yang dibeli sehari sebelum puasa. 
Tajuknya.. Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir, Layakkah Kita Berhari Raya?

Huh.. Soalan yang tak mungkin boleh dijawab atas kertas. Kalau boleh jawab, dah kira hebat la tu...
Tapi.. bagi aku, kompem aku takleh jawab... 

Sebabnya..
Aku dah memang dapat agak, Ramadhan kali ni takder peningkatan pun bagi aku..bahkan makin merosot. 

Pahala secubit belum tentu dapat, tapi dosa pulak yang dilipat gandakan. Makin menjadi-jadi. Bukan berburuk sangka dengan rahmat Allah, tapi bagiku sendiri inilah yang aku rasakan.

Hanya mampu mengharapkan, segala dosa diampunkan.. astaghfirullah...

Lalu layakkah aku berhari raya sebenarnya?
hmm.. layak tak layak. suasana hari raya tetap diraikan tapi pada lapisan hati yang paling dasar, ternyata kekosongan yang dirasakan. Sungguh-sungguh rasa tak layak.. rasa berdosa.. rasa berdusta..

Wallahua'lam...
Sebelum emosi tak terkawal.. aku nak hentikan 'rentak' jemari nih. 
Dan, aku berharap agar diberi peluang dan kesempatan untuk merasai lagi Ramadhan pada tahun-tahun akan datang.. cuba untuk menebus kekhilafan yang lalu.

Resolusi masih sama.. tapi persoalannya, apakah terlaksana..? 
~_~


~perisaimahkota

Monday, August 29, 2011

Salam Perpisahan

Lumrah buat setiap yang bernama makhluk..
Yang hadir, pasti akan pergi jua akhirnya..
Cuma yang mampu diharapkan..
pertemuan seumpanya sekali lagi..
pada episod kehidupan yang akan datang..

Selamat Tinggal Ramadhan..

dan..

Salam Eidul Fitri buat semua yang mengenali..
Maaf Zahir dan Batin..

Saturday, August 27, 2011

Ku Serahkan Cinta

Maha Suci Sang Kekasih Aqung,
Hanya Engkau kini tempatku bergantung harap,
Takkan ada lagi selepas ini,
...melainkan CintaMu.

Ku Serahkan Cinta

Ku serahkan segala ketentuan
biarlah masa yg berbicara
dipangku wajah yg layu
dan aku telah jemu..

Aku tidak mahu berpaling
pada yg mengganggu dan menggugat
sapanya meletihkan diri
hadirnya mengundang penat...

Akan ku serah cinta ini bukan lagi pada manusia
kerana cinta martabat itu bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan..

Aku semakin tidak peduli
apa yg mungkin akan terjadi
kerana gerak dan tindakan ku mahu bebas dari masalah..

Ku serahkan cinta ini hanya padaMu oh Tuhan..
Akan ku serah cinta bukan lagi pada manusia
kerana cinta martabat itu bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan..

Aku adalah aku sekarang
biar terbuang tetap berjuang
akan ku serahkan jiwa ini
sepenuh hati dengan keikhlasan
aku adalah aku yg sekarang..
ku serahkan cinta ini..



p/s: Berbeza antara cinta berpahala dan cinta berdosa.. andai cinta berpahala, bertemu dan berpisah kerana Allah, tidak akan membuat diri sepenat begini.. Tapi disebabkan cinta itu cinta berdosa, maka membuat diri lebih dari penat memikir dan menguruskannya..

Ya Allah, aku benci untuk kembali kepada kekufuran itu setelah Engkau selamatkan aku dari dicampak ke dalam api neraka. Aku serik untuk melukakan hati hambaMu lagi kerana telah mencarik 'kesuciannya' malah membawanya turut merasa dosa kezalimanku..

Aku bukan manusia sempurna.. malah akulah manusia pendosa..
Yang akan terus dibalut dosa...
Astaghfirullah.

~perisaimahkota

Wednesday, May 25, 2011

Mintak Darah~

Salam bicarawara..

Maaf la.. blog ni tak berapa berjalan sangat seminggu dua ni.
Sebenarnya aku 'agak' sibuk dengan research. Maksud 'agak' tu, tak lah sibuk sangat pun.. tapi buat-buat sibuk.. hehe..

Ditambah pulak dengan kekeringan idea.. hmm~

Jadi, kebetulan jari jemari dah start menari ni..ada baiknya jugak aku kongsikan dengan korang berkenaan tajuk research aku. Korang nak tahu tajuk apa..?
Tajuknya adalah... Mintak Darah!!! ggrrrr~ haha..

Eh, bukan2.. tajuk yang sebenarnya adalah..
Kajian tentang faktor-faktor amalan menderma darah kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.

Aku sendiri yang pilih tajuk ni sebab..

Saturday, May 21, 2011

Mujahadah itu Ghuraba'

Salam bicara ukhuwah..

Terus kepada permasalahan..
Mungkin entri kali ini nampak serius. ya, agak serius tapi usah khuatir kerana penyampaiannya akan tetap dibuat sesantai mungkin supaya dapat kita faham bersama.

Memang benar..

..kita bukan seorang 'alim yang sengaja mengaku hebat di atas pentas pidato. Kita bukan seorang pendakwah yang ingin dipandang mulia 24jam. Kita bukan syeikh yang ingin dilihat sebagai ketua agama.

Tapi kita hanya orang biasa yang ingin mencuba menjadi luar biasa. Mengikut aturan alQuran dan Sunnah Rasulullah saw.

Maka untuk menjadi luar biasa, perlunya jalan mujahadah..

Dalam proses mujahadah, kita tak lepas dari halangan, hasutan dan kutukan. Pun begitu, sekuat mana angin lintang yang ingin melencongkan jalan perjuangan kita, sehebat mana musuh yang cuba menghalang gerak geri kita.. bukanlah menjadi suatu titik kejatuhan kita. Sebaliknya ambil ia sebagai perangsang.

Benar. Teramat sukar untuk kita mulakan kehidupan sebagai orang baik-baik..selagi mana,

Thursday, May 19, 2011

Makin Hari Makin Sayang

Salam borak-borak..
hehe..

Apa khabar semua? harapnya semua sihat dan ceria-ceria hendaknya.
Petua orang tua-tua.. kalau nak sentiasa nampak muda menawan, kena ringan-ringankan tarik pipi untuk membentuk senyuman..
sumber foto : Hey Gurl

Senyum.. senyum.. 1 2 3.. Klik!!! ^_^
Kan cantik tu..hehe.

Senyum ni pun ada macam-macam jenis jugak. korang pun tahu kan.. tapi, kita buanglah yang negatif. Kita ambik yang positif jer k..

Orang kata jugak, senyum tu tanda sayang.. betul ker?
Mungkin betul la kot. Sebabnya, aku dapat rasa betapa bahagianya bila dapat senyum pada orang yang aku sayang..dan akan rasa tenang bila orang yang aku sayang, senyum pada aku..

Contohnya senyum kepada Keluarga, teman seperjuangan dan... ermm...^_^ Senyum..! tak perlu kata apa apa..hehe.

Lagi satu sekarang ni.. Aku banyak senyum pada laptop ni.
Ya, sebab aku dah makin hari makin sayang sama ini laptop..
Dulu siap kena sekeh lagi dengan aku.. tu la.. saper suruh degil! huhu..hihi..

Tapi tu dulu.. sekarang aku dah makin sayang dia.. nak tau kenapa?

Tuesday, May 17, 2011

Permulaan Cinta

Salam muhasabah.. salam mujahadah..

tak sabar nak ada kereta sendiri...
Hari ni memang tak plan nak pergi mana-mana. Sementelah dengan poket yang dah kering kontang. Jadi, kerja aku hanyalah mengadap encik laptop ni la. 

Dulu aku duk menyumpah-nyumpah laptop ni sebab kelajuan lariannya macam siput sedut. Tapi sekarang alhamdulillah.. kelajuannya dah boleh fight kelajuan kereta PROTON Persona 1.6 Elegance..

eh, kenapa PROTON Persona? Suka hati aku lah...hik hik...

Itu kereta yang aku cadang nak beli nanti kerja la..PROTON.. sekarang di peringkat student, cukup la pakai HONDA ni jer.
Kenapa.. tak percaya aku pakai HONDA??

Honda Wave 125 la!! mat rempit pun tak guna motor ni..haha.

Dah dah.. kang panjang pulak ceritanya.

Hari ni, mood agak tenang dari sebelum-sebelum ni. Sebab sebelum ni asyik fikir nak bebaskan diri dari kurungan penjara Exam. So, sekarang.. Alhamdulillah.. aku bebas! tapi tidak 100% la..sebab result belum kelaur lagi..

So, melihat kepada tajuk.. Permulaan Cinta.
Bagi korang, cinta ada permulaan tak? Kalau ada..macam mana? cuba kongsikan kat sini..

Monday, May 16, 2011

Akhiri Ayat Terakhir Anda!

"Sudah, berhenti menulis..! letakkan pen atau pensil anda di atas meja. Tutup buku jawapan dan buku soalan. Semak maklumat peribadi anda sekali lagi pada muka surat hadapan buku jawapan kemudian letakkannya di sudut kanan meja. Tunggu sehingga pengawas datang ke tempat anda untuk memungut buku jawapan."

Sementara tu.. TUTUP MULUT!!! *_*

Itulah arahan terakhir ketua pengawas peperiksaan.. lantang bunyinya.

Alhamdulillah..
Nasib baik sempat aku muntahkan kesemua sisa-sisa jawapan. Harapnya tepatlah. Kalau tak 100%, janganlah kurang dari 90%.. penat aku menulis.. dah la banyak pulak tu dakwat yang aku alirkan.. kesian lah aku ni wahai encik/puan pemeriksa.. hihi.

Bermakna, sekarang aku dah bebas.. So, kita enjoy!!!

Oi oi oi...nak enjoy apa ke jadahnya. Lepas ni sibuk dengan research pulak. Takder maknanya nak enjoy-enjoy.. Sedar diri tu sikit..

Ah.. peduli apa aku.. hik hik hik.. =P

Tapi...

Wednesday, May 11, 2011

Biarkan Ia Terus 'Diam'

Salam mujahadah..

Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam...
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tidak mahu memusnahkan kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan memusnahkan izzah dan iffahmu..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya..kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu...


ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALI?

Sunday, May 1, 2011

Tak Nak Kurus tapi Tak Nak Gemuk!

Salam borak-borak..

"Aku kurus? aku rasa macam biasa jer.." huhu~

slim la.. bukan kurus! hehe..
emm.. masalah ni la yang aku alami sekarang. Bila jumpa teman-teman lama atau saudara-saudara yang dah lama tak jumpa, mesti ayat pertama yang diorang akan tegur aku adalah.. 'kenapa sekarang nampak makin kurus eh..tak cukup makan eh? berjimat eh? sibuk eh?' dan bla bla bla...

Sejujurnya aku sendiri akui yang fizikal aku sekarang memang makin kurus nak berbanding dengan 10 tahun lepas (lama tu..). Ujian BMI aku tak berapa memuaskan. Atas pagar jer..huhu.

Korang pun tahu kan, kalau BMI normal 18.5–24.9. Tapi, aku hanya dapat kekalkan 18.5 jer lebih kurang. Kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun. aduss..

Orang lain sibuk nak setelkan masalah overweight.. tapi aku yang underweight ni tak tahu nak buat macam mana.. ~_~ sedih rrr... Kalau orang yang betul-betul nak kurus tu takper la.. Tapi aku tak suka kurus-kurus sangat. Macam orang tak sihat jer... Nak kata tak makan, tipu la pulak. Sebab aku memang jenis pemakan, cuma kadang-kadang terpaksa berhenti awal sebab perut dah sendat..

So, aku bertekad! Aku tak nak kurus-kurus lagi dah.. 'Si Dia' pun nak aku berisi. Jadi mulai saat ini aku akan cuba amalkan 'petua meningkatkan berat badan'. Aku cedok petua ni dari Halaqah.net. Ermm...tuan empunya website, mintak halal yer.. syukran syeikh! hihi.. ^_^ Sama-sama kita baca..

Saturday, April 30, 2011

Silent~

emm...
apa yang nak ditulis ni eh?

Tak der pape lah kot.
Isyarat menyarankan supaya aku DIAM!
Jangan berkata apa-apa..

em em em.. ok!!! ~_~


HARI INI ADA HATI YANG SUDAH MATI

Hari ini
hati ini menjadi beku
kaku dan bertukar kelabu

Degupnya perlahan
semakin perlahan
dan perlahan
hampir terhenti

seluruh sendi
terasa mati
air mata lelaki
buru-buru menderu

(Ya Allah, mengapa pintu ini masih rapat terkunci
biarpun kunci telah kuserahkan ke tangannya?)
A.N.E.K.D.O.T

~perisaimahkota

Cerita kat Harian Metro

Salam semua.. ^_^

Pagi tadi (29 April 2011) dapat satu sms dari Abah..

'Salam, abg. Cuba tengok kat Harian Metro hari ni m/s 16'

Dengan sepantas kilat aku menyambar kedai yang ada jual surat khabar. Tak susah nak cari kedai surat khabar kat kawasan hospital ni. Merata-rata tempat ada.. Cari punya cari... akhirnya dapat! ^_^
Ku hulur RM1.50.. ku ambil senaskhah Harian Metro...

Tanpa buang masa, aku cepat-cepat belek.. terus ke mukasurat 16. Secara tiba-tiba dan automatiknya, mata aku terus terpandang pada satu sudut berita tentang... jeng jeng jeng!!!

Friday, April 29, 2011

Tak Cukup Gula

Salam semua..
Ape kabor? Harap-harap sihatlah hendaknya yer..

Teringat pada peristiwa yang jadik semalam..kat wad. Masa tu aku tengah bantu nurse buat prosedur cucian luka (toilet & dressing) ke atas pesakit. Setentang dengan katil pesakit tempat kitorang buat prosedur, ada sekumpulan student perubatan bersama tutor diorang tengah berbincang berkenaan salah satu kes yang dialami oleh pesakit kat wad tersebut.

pengsan kah..? @_@
Selang beberapa minit.. 
Tiba-tiba bunyi riuh rendah. Rupa-rupanya situasi mencemaskan tu berlaku kat tempat kumpulan bakal-bakal doktor tengah tengok kes tadi. Salah sorang dari mereka tumbang tapi nasib baik berjaya diselamatkan oleh kawan-kawannya yang lain.. 

"doktor pun manusia jugak.. tak terlepas dari ujian."

Kalau benda ni jadi kat tempat awam, kompem dah panik. dup dap dup dap..huhu. Tapi disebabkan kat wad, situasi tak lah segubra berbanding di tempat awam. Mungkin sebab kat wad ramai staf perubatan, atau mungkin jugak kerana kelengkapan rawatan yang cukup..

Sebenarnya, keadaan macam ni tak perlulah kita gelabah sangat. Kita perlu setkan dalam minda, 'setiap masalah pasti ada penyelesaian'.. kalau gelabah sangat nanti, kita jadi blur tak tahu apa nak buat. Macam kes student doktor yang rebah tadi, itu pun hanya disebabkan hal kecik jer. Walau bagaimanapun, perlu dirawat segera supaya masalah buruk tak terjadi..

Biasanya kalau kes yeng tumbang secara tiba-tiba ni adalah disebabkan..

Wednesday, April 27, 2011

Merenung Hamparan Ketenangan

Salam ketenangan..
Iklil Hafriz
Petang ni hujan lagi. Asal petang, hujan.. Asal hujan jer, petang..huhu.
Namun hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Sebagai hamba, kita wajib menerima segala susunan kronologi penciptaan alam, tanpa sebarang penafian atau pengubahsuaian.. Itu tandanya, syukur atas kurniaan Rahmat-Nya. Alhamdulillah...

Pada zahirnya, hujan itu dipersembahkan kepada hamparan bumi yang diturunkan melalui 'pintu-pintu' langit. Hebat kan ciptaan Allah SWT?
Yup! Aku memang penggila langit.. kenapa? Wallahua'lam.. Kalau korang nak tau kenapa, cuba korang peruntukkan beberapa ketika dalam sehari untuk merenung langit.. Bukan merenung semata-mata termenung, tetapi hubungkan renungan itu dengan mata hati.. fikir dan zikir..

Lihat langit, ingat Allah...

Ya, aku leka merenung langit.. sehinggakan sampai saat ini, tak pernah jemu. Langit mengajar aku erti kekuasaan Sang Pencipta. Dia juga mengajarku kelapangan dalam sengketa dan yang paling menyentuh imanku.. "tak smua yg indah itu mampu dimiliki oleh manusia, melainkn mnusia itu brusaha mndekatkan diri kpd penciptaNya". Langit itu teramat indah..kusangka ia hanya untukku. Kerana itu aku berusaha untuk mendapatkannya.. Ternyata usahaku sia-sia..

Leka merenung langit..?

Monday, April 25, 2011

Merasai Penderitaan Mereka

Salam bertemu kembali..

Eh, sempat lagi update blog? Kata sibuk..
Emm..hehe. Sempat jer. Bukan apa, daripada menanggung keboringan tahap 'bapak gaban', rasanya lebih baik kita berkongsi-kongsi sikit sebanyak pengalaman berkaitan dengan kehidupan. Melihat dan mentafsir apa yang telah atau sedang berlaku sepanjang perjalanan hidup menuju kedewasaan.. dari sudut pandang yang berbeza. Memujuk jiwa ruhiah, memperkasa semangat lahiriah. Mungkin.. ^_^

Kalau korang nak tahu, hari ni adalah hari pertama aku ditempatkan di wad ortopedik Ipoh, dan di sinilah merupakan penempatan klinikal yang terakhir bagi aku untuk sem 5 ni. Lepas ni 'osce', pastu nak siapkan research dan.. EXAM!!! huhuhu~ very very dislike episode... Nak tak nak, kena buat-buat nak jugaklah.. kalau tak, macam mana nak teruskan hidup. kan3? hehe (memujuk diri sendiri..)

Ok lah.. kita terus masuk kepada topik..

Waktu posting, memang hari-hari tengok orang sakit.. Kadang-kadang, aku pernah berangan-angan untuk cuba merasakan apa yang mereka rasa. Ingin menyelami penderitaan yang mereka rasakan.. persoalannya, dapatkah aku merasakan kesakitan mereka di saat aku masih hanyut dalam nikmat kesihatan ini?

Sunday, April 24, 2011

Ziarah Sahabat

Salam buat semua..

Apa kabar? Harap-harap semua dalam keadaan sihat wal'afiat hendaknya yer..
erm.. korang mesti tertanya-tanya kan, kenapa aku kembali menulis. Sebab entri sebelum ni aku ada citer yang aku nak berehat dari dunia blogging ni buat sementara waktu.

Yup, memang masih dalam mode rehat dan rawat.. tapi memandangkan pagi hujung minggu ni tak tahu nak buat apa dah. Rasanya lebih baik aku jenguk ke dunia blogging ni. Melepaskan rindu dan gian...hihi..

Ok lah..tanpa lengahkan masa, kita terus kepada point. Entri kali ni aku tak rasa nak menulis panjang lebar, cuma nak intai-intai dan singgah ke beberapa blog yang sempat ziarah blog Perisai Mahkota ni sewaktu aku rehat hari tu. Macam orang ziarah kita time sakit la.. bila kita dah sembuh, mesti la kita pulak akan jenguk khabar diorang kan..

Kat bawah ni, aku ada senaraikan link bloggerz tersebut.. Aku tinggalkan kat sini supaya korang yang tersinggah ke blog ni pulak akan ziarah blog mereka. Jadi, boleh lah sama-sama kita kongsi idea.. ^_^

Saturday, April 16, 2011

Masa untuk Rehat & Rawat


Assalamu'alaikum..
Diharapkan semuanya sihat-sihat ajer lah yer..

Blogging ni kadang-kadang macam sebuah perjalanan yang panjang. Nak kena singgah sana, singgah sini. Terjah sana, terjah sini.. Jadi perjalanan ni memang jauh. Kalau ditanya kat mana penghujungnya, kompem tak tahu nak jawab macam mana. Macam takder penghujung gitu la..

Sumpah aku cakap, dunia blogging memang best sebab banyak benda yang kita boleh kongsi-kongsi walaupun bentuk komunikasi hanyalah secara bertulis. Aku istilahkan tulisan-tulisan dalam blog ni seperti 'karya maya'..(macam nama heroin hindustan la plak) ..hehe. Ia wujud, tapi tidak boleh dipegang..

foto dr En.Google
Sebelum aku melalut entah kemana..lebih baik aku straight to the point. 
Sebenarnya, aku nak berehat sekali lagi dari berblogging ni untuk jangka waktu yang tak tahu berapa lama. Wallahua'lam. Mungkin lama.. mungkin kejap jer. Tengok keadaan lah nanti macam mana. Ternyata, fikiran aku perlu direhatkan dan dirawat untuk sementara waktu. Hi-way panjang pun ada R&R, inikan pula perjalan dunia blogging yang takder penghujung.. 

Bukan apa.. sebenarnya, pengajian aku dah nak sampai ke penghujung semester 5. Dan buat pengetahuan, sekarang adalah penempatan klinikal (Klinik / Wad Orthopedik) yang terakhir sebelum aku kembali ke kolej bagi menguruskan macam-macam hal lagi berkaitan kolej. Exam pun dekat dah... HSR lagi.. ayoyo... memang banyak!

Tapi itulah dunia realiti yang sebenar-benar realiti. Lebih banyak dugaan dan cabaran berbanding dunia blog.

Friday, April 15, 2011

Fitnah dalam Pencarian Ilmu

Salam bicara ilmu..

Eh, korang pernah dengar tak pepatah ni?
Ilmu yang kita miliki diibaratkan hanya setitis air di lautan ilmu Allah. 

   "Aduss... sikit giller. Setitis jer? Kalau bertitis-titis tu boleh tahan lagi..
Selama ni, aku rasa dah banyak ilmu yang aku ada.. Mana taknyer? Sekarang dah hampir mencecah 22 tahun. Dah tentu-tentu banyak ilmu yang aku dapat. Sepatutnya, pepatah tu sesuai untuk budak tadika jer la..tak sesuai pun untuk aku.."

Bunyi cam kerek jer kan ayat nih.. Tapi, itulah kenyataannya. Tak keterlaluan kot kalau aku cakap, sebahagian besar dari kita pernah atau sedang memiliki 'suara hati' yang bermonolong seperti di atas.

Kalau tak..alhamdulillah la.. Maknanya, korang bertuah kerana terselamat dari fitnah. Yup, fitnah dalam menuntut ilmu. aik..dalam menuntut ilmu pun ada fitnah jugak ea?

Yer..ada. Fitnah ni kat mana-mana pun ada. Tambah-tambah pulak di era akhir zaman nih. Rasulullah sendiri pernah mengingatkan, bahawa sebelum kiamat akan hadir suatu zaman yang penuh dengan fitnah. Inilah zamannya. Macam-macam ada... Bagi yang lelaki, kita takkan terlepas dari fitnah ' 3 Ta '.. Maksudnya..

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

ish ish ish...

Macam-macam lah si Bro Ben nih.. haha!
Tapi.. no hal la.. aku tetap join jugak..

[image[3].png]

jom.. kita join ramai2.. klil sini.

Keunikan Kulit Katak

Salam santai..
buat pengunjung setia blog Perisai Mahkota..

fuhhh~
Penat dah jari.. malam ni jogging banyak tempat.. kebetulan pulak tengah sibuk meng-update blog 'part-time' yang baru berumur 1 hari. Penat jugak la kan nak manage dua blog nih..huhu~ Apapun.. aku puas hati! Sebab aku buat atas kehendak aku sendiri.. tidak ada paksaan dari sesaper sekalipun.

hensem tak saya? hihik ^^,
Wokeyh!
Untuk entri kali ni.. ia berkaitan dengan tajuk di atas iaitu berkenaan kelebihan/keunikan kulit katak. Walau bagaimanapun, sesetengah dari kita mengatakan katak ni antara binatang yang kotor dan 'menggelikan'.

Sampaikan ada yang terpekik terlolong hanya kerana ternampak katak dalam bilik air atau kat tepi longkang. Entah apa yang digelikan, aku pun kompius. Mungkin kulitnya yang lembap dan licin tu yang menampakkan ia 'geli' untuk dilihat.. apatah lagi dipegang.

Bagi aku.. aku ok jer..siap main pegang-pegang lagi. liciiin~ hehe.
(tu kecik-kecik dulu la.. sekarang wallahua'lam. hik hik)

Tanpa buang masa, Jom..! klik readmore untuk melihat koleksi keunikan kulit katak.
PERHATIAN : Yang tak boleh tahan tengok katak, tak perlu klik ke bawah.. tapi nak komen..okey jer. Malah dialu-alukan... ^_^

Wednesday, April 13, 2011

Murahnya Nyawa Manusia

Salam fikir..

Kalau pernah terjah blog Genta Rasa, korang akan terjumpa dengan frasa seperti ni,
  "Dengan fikir akan terciptanya zikir".
Ayat ni yang selalu aku ulang-ulang bila aku tengok sesuatu yang berlaku di depan mata aku. Tak kira lah benda tu baik atau buruk. Buruk pun tengok jugak? emm..terpulang lah korang.. Yang penting, pandai-pandai jaga diri.. ^_^

Hari ni apa yang nak difikirkan ya?

Kalau berpandukan kepada tajuk.. 'Murahnya nyawa manusia'..kalau nak dibincangkan.. rasa-rasanya agak luas jugak skopnya kan..? Hrmm...Ok lah. Kalau macam tu, kita kecikkan ruang perbincangan kepada tajuk khusus..

'TERBUNUH, DIBUNUH dan MEMBUNUH'


Mak aii.. seriusnya tajuk!
Wallahua'lam.. serius tak serius, korang tentukanlah sendiri untuk terima atau tak. Cuma yang pasti, benda ni ni realiti. Nak elak tak boleh sebab selau jer berlaku di sekitar kita. Cuma jauh atau dekat jer.. Buktinya..korang bukak lah surat khabar hari ni, semalam, kelmarin, bulan lepas, tahun lepas.. kompem ada citer tentang bunuh-bunuh ni. Tak kira lah.. terbunuh, dibunuh atau membunuh..

sebagai contoh:
   13 April 2011 : Dibebas tuduhan bunuh isteri
   6 April 2011 : Bangunan SPRM berhantu? dibunuh atau membunuh diri?

Seterusnya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails