Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, October 30, 2010

Tenaga Ajaib Tersembunyi

Salamullahi'alaikum...

Persoalan: Adakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?


1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

Saturday, October 2, 2010

Menyingkap Rahsia 'RAHSIA'

Salamullahi'alaikum...

     Saya kira, sedari kecil lagi kita telah memahami takrifan Rahsia. Bahkan sering diguna pakai dalam dialog seharian. Dalam gurauan mahupun serius, kemungkinan kita akan bertemu sekilas pandang dengan penggunaan makna rahsia ini. Sama ada secara jelas disebutkan bahawa ia adalah rahsia, atau sekadar menggayakan bahasa tubuh. Tanda 'diam' seseorang juga kadang-kadang telah memberi faham kepada kita yang dia sedang berahsia.

     Rahsia adalah rahsia. Siapapun pemegang rahsia itu, ia tetap merasakan perkara tersebut adalah rahsia. Bayangkan kita baru saja dapat hadiah sebentuk cincin yang tinggi nilai harganya dari bonda tercinta. Kita percaya bahawa ia adalah amanah besar dari orang yang paling kita sayang. Jadi, sudah pasti kita akan menyimpannya sebaik mungkin. Seupaya diri mengawal kesuciannya.

     Suatu hari kita menerima panggilan tugas yang penting dan memaksa untuk kita menyerahkan hak penjagaan cincin itu kepada seorang teman. Nyatalah bahawa teman itu adalah seorang yang amat kita percaya. Kita meletakkan kepercayaan yang tinggi padanya, lebih tinggi dari harga sebentuk cincin dan seisinya. Kita berpesan agar dia sesekali tidak memberitahu kewujudan cincin itu kepada orang lain. Maka sekiranya teman kita adalah pemegang rahsia terbaik, sudah tentu kesucian cincin itu takkan tergugat walau dengan cara apa sekalipun.

     Akan tetapi, awas! Jika teman kita itu pembelot, maka akan runtuhlah segalanya. Bermula dari nilaian sebentuk cincin, sehinggalah runtuhnya nilai kasih sayang antara dua teman rapat. Bagai sebuah bangunan lama yang dibom, runtuhan itu akan lesap sekelip mata. Hilang rasa percaya, Derita sepanjang masa. Cincin hilang, sayang terbuang.

     Begitulah analogi ringan yang cuba saya rungkaikan berkenaan dengan hebatnya kuasa Rahsia. Boleh jadi kekuatan rahsia itu ada pada rahsia itu sendiri atau ianya bergantung kepada pemegang rahsia. Tidak dinafikan, kekuatan pemegang rahsia itulah yang terpenting. Diharapkan bahawa pemeganag rahsia itu adalah pagar kejap dan utuh yang sesekali tidak akan merosakkan padi!

Kata-Kata Indah (Motivasi Diri)

Salamullahi'alaikum...

     Sekadar perkongsian. Kata-kata yang saya muatkan di bawah ini adalah hasil sedutan, pengalaman, perbincangan, dengar-dengar dan pentafsiran dari kisah sepanjang kehidupan ini. Kata-kata motivasi dan kesedaran ini telah saya muatkan dalam 'status' Perisai Mahkota di facebook. Tiada lain tujuan, kecuali sebagai perkongsian dengan teman-teman di ruangan maya. 
    
     Untuk itu, saya merasakan perlu untuk dikumpul kembali kata-kata indah tersebut ke dalam blog Perisai Mahkota ini. Sebagai langkah berjaga-jaga supaya nota-nota ringkas itu tidak hilang. Sama-sama kita ambil ibrah darinya...

Friday, October 1, 2010

Mengenal Diri Sendiri

Salamullahi'alaikum...

     Sudah lama benar rasanya saya tidak menulis. Blog ini hanya mampu ditinjau, tak kira jarak jauh mahupun sedekat mungkin. Bukan sebab kekeringan idea untuk ditulis tetapi kemungkinan atas alasan kesuntukan masa. Sememangnya sejak akhir-akhir ini saya terasa tiada kekosongan masa yang panjang untuk mengarang sebuah cerita atau nota perkongsian. Sekadar mampu difikir dan ditafsir di dalam benak, tanpa mampu diluahkan dalam bentuk lisan mahupun tulisan. 

     Untuk kali ini, saya hanya mampu kongsikan apa yang orang lain tulis. Terimalah, Mengenal Diri Sendiri.
     ORANG yang bijaksana berkawan dengan melupakan kepentingan dirinya, sebaliknya orang yang tamak berkawan dengan tidak melupakan kepentingan dirinya. Persoalan besar yang perlu dijawab, adakah anda mengenali diri anda sendiri? Mengenali diri merupakan perkara pokok bagi setiap individu yang ingin berjaya. Berjaya sebagai insan memerlukan anda berubah daripada perkara yang tidak baik kepada perkara yang lebih baik.
Perubahan yang ingin dilakukan memerlukan anda merenung sejenak tentang siapa anda.
     Memikir dan menganalisis secara jujur tentang perilaku, tabiat dan keperibadian diri. Mengenal diri sendiri boleh dicapai melalui penganalisaan yang dibuat secara ikhlas dengan niat untuk membaiki diri. Mengenal diri tidak akan sempurna tanpa mendengar pandangan atau pendapat orang di sekeliling kita. Kesanggupan menerima kritikan, pandangan atau teguran akan dapat menjelaskan keadaan diri kita yang sebenar. Anda mungkin boleh bertanya:
· Apakah kekuatan anda?
· Apakah Kelemahan anda?
· Apakah cita-cita anda?
· Apakah kehendak anda?
Proses mengenal diri tidak boleh terhenti setakat itu sahaja. Kita sering mendengar rakan pekerja mengesahkan tentang keadaan mereka seperti berikut:
· Saya memang pemarah
· Saya seorang yang pendiam
· Muka saya sememangnya masam
· Saya sukar bergaul dengan yang baru dikenali



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails