Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Friday, August 6, 2010

Isu Palestin : Di mana kita?

Salamullahi'alaikum...

   Sahabat sekalian yang seAqidah denganku, rupa-rupanya ada perkara penting yang kita terlupa. Kita sedar, tapi kita sedar tak sedar tentang masalah ini. Kita tahu, Tapi kadang-kadang sengaja tak mahu ambil tahu. Kita celik, tapi sekadar dua tiga saat kemudian kembali membutakan mata. Ditutup serapat-rapatnya. Walaupun ada yang membisikkan di telinga kita, untuk mengingatkan kita. Tapi dengan tidak rasa apa-apa kita menjawab, "ini bukan masalah aku!"

   Entri kali ini, saya ingin mengajak sahabat sekalian menjengah sebentar ke luar jendela. Memerhatikan keadaan dunia di luar sana, yang semakin hari semakin bermacam ragamnya. Benarlah, realitinya kita sekarang berada ni noktah-noktah terakhir umur Dunia. Apa pun yang kita lihat di luar sana, kembalikan resapannya ke dalam hati supaya ia lebih terkesan. Jangan hanya ambil tahu, tapi cuba rasakan!

   Percikan darah anak-anak Gaza di Palestin tidak pernah terhenti. Hari-hari indah bagi kita di bumi Malaysia, adalah neraka kesengsaraan bagi umat Islam di sana. Ratapan si kecil menangisi pemergian si ayah. Esakan tangis si ibu, membayangkan nasib si anak membesar tanpa bapanya. Dua mempelai yang baru disandingkan tidak sempat bermadu kasih. Kujur badan dibasahi darah-darah suci bercampur keringat. Ia takkan terhenti dan akan terus mengalir. Ini realiti, bukan fantasi!



   Di mana kita saat ini? Sang kaya penguasa sedang bersemayam di mahligai-mahligai mewah. Hiburan melata bagai tidak pernah ada penyudah. Mat Rempit, Mat gian, Mat skodeng. Segala jenis mat atau minah boleh di senaraikan. Tidak pula kita dengar mat jihad, mat masjid dan sebagainya. Rasuah bermaharaja lela, tipu sana-sini, makan harta anak yatim seakan hobi di waktu lapang. Masjid diroboh, Kasino diteguh!

   Al-Quran ditinggalkan. Sunnah Rasulullah tak mampu lagi menjadi panduan anak-anak muda, termasuk juga si tua bangka. Masih lagi tegar dengan daun ketum mahupun daun terup. Rumah-rumah ibadat dijadikan sebagai simbol kebanggaan. Kononnya sebagai bukti kita sebuah negara Islam. Dunia politik Islam sudah terkubur, tidak kira si A atau si B. Kata sepakat ke arah penyatuan ummah semakin lenyap dari ruang fikir. Inilah hari-hari Malaysia. Sedarkah kita?

   Imbas kembali di saat selepas Mavi Marmara diserang, semuanya bangkit. Bersorak, bersusun di tengah-tengah jalan. Melaungkan takbir, sambil memegang panji-panji Islam. Bendera Palestin dikibar tanda sokongan. Yang peliknya, tangan kanan memegang bendera tapi tangan kiri terselit serunai Syaitan jenama Dunhill/Marlboro/Gudang Garam. Cukupkah itu sebagai bukti semangat kita? Adakah bebas umat Islam Palestin kalau inilah jihad cara kita?

   Soalan-soalan ini perlu sentiasa ditanya pada Hati kita. Lisan kita mampu menyatakan sokongan atau simpati atas keberantakan di sana, tapi adakah hati merasa? Riak wajah kita boleh saja menyerlahkan kebengisan sebagai bukti kemarahan, atau boleh saja menitiskan air mata tanda kasihan. Persoalan, simpati atau empati itu bertahan berapa hari? Boleh dibilang dengan jari agaknya.

   Api-api Majusi dan Yahudi membakar, menenggelamkan rasa. Kemarahan dan kesedihan kita sudah terhenti sehinggakan ada yang terus terlupa dek terleka dengan buaian Piala Dunia. Kita rela bersengkang mata saat umat Islam Palestin terus menderita. Rembatan Gol telah menggegarkan kedai-kedai makan sekitar kota lalu melenyapkan suara rintihan anak-anak Gaza. Piala Emas yang dikejar itu bukan milik kita, ia hanya fantasi semata-mata! Realiti kita sebagai umat Islam, adalah membantu nasib mereka di sana.

   Pesanan dari seorang ibu di Palestin yang baru saja kematian suami dan anaknya. "Jika kalian tidak mampu menolong kami dengan tenaga, tiada lain yang kami pinta. Jangan sesekali tinggalkan solat kerana di situ terletak punca tenaga bagi meraih kekuatan umat Islam. Seusai solatmu, berdoalah kepada Allah supaya Allah membantu kami untuk dikeluarkan dari kisah derita ini. Itu saja pinta kami..." Linangan air mata terus membasahai pipi si ibu. Ya Allah...

   Sebagai tanda sokongan, pelbagai cara boleh dihulurkan. Ini salah satunya. Tapi yang penting, sentiasalah sahabat sekalian ingat pesanan tadi. Ia mampu mengetuk kerancakan nafsumu pada 'kegilaan' Dunia. Sama-sama kita fikirkan dan sama-sama kita rasakan. Ingat, Masalah Palestin bukan hanya masalah rakyat Palestin di sana, tetapi ia adalah masalah bersama umat Islam!

Semoga keberkatan Allah dicurahkan di atas usaha daif ini...insyaAllah.

~perisai mahkota

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails