Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Sunday, August 8, 2010

Ketika Cinta Berusrah

Salamullahi'alaikum...

     Semangat untuk kembali berusrah kian membara. Pernah seketika, ia bagaikan kapal yang ditempuh badai. Bergolak rancak dari pelbagai arah. Angin lintang ligat memukul tiang layar. Kami tersekat di tengah pelayaran. Nakhoda masih bersemangat, anak kapal masih kuat. Akan tetapi disebabkan punca luaran yang bertimpa-timpa, menjadikan kami lemah semangat.
     Benar jua kata seorang anak usrah. Mungkin ujian ini didatangkan khas dari Allah disebabkan kealpaan kami pada kehendak usrah. Solat jemaah terabai, Ma'thurat terlerai, qiamullail tersadai. Kami tahu akan tuntutan tersebut, tapi kami berat untuk melakukannya. Kata hati ingin saja segera melakukannya, namun segalanya lenyap semacam ada sahaja yang menghalang.

     Setelah pertemuan dengan Naqib usrah minggu sudah, kami mengambil kata sepakat untuk kembali meletakkan diri pada jalan dakwah yang serba macam dugaan ini. Dakwah dan Tarbiyyah menjadi matlamat perjuangan kami. Mendengar cerita-cerita dari abang Naqib yang baru saja pulang dari 'lawatan ukhuwah' ke bumi Yaman juga menjadi api pembakar semangat juang kami.

     Mengikut ceritanya, di sana terhimpun jemaah-jemaah yang tidak pernah lelah dari menegakkan Aqidah dan Syariat Islam. Bumi Tahrim adalah bumi berkat. Rantaian perjuangan para ulamak takkan terputus di sana. Kerana ia adalah bumi suci yang pernah di doakan oleh Sayyidina Abu Bakar As Siddiq suatu ketika dulu. Di Yaman terhimpunnya para Habaib, ulamak ahlulbait yang bersanad terus kepada Rasulullah saw. Juga terdapat pejuang-pejuang gerakana Islam yang bersifat Haraki.

     Indah sekali apabila mereka disatukan. Golongan Sufi yang lebih cenderung kepada pengajian agama, dakwah dan sebagainya. Manakala golongan Haraki lebih terkedepan dalam perkara-perkara siyasah (politik). Apabila digabungkan, wujudlah satu gerakan yang dikenal sebagai Sufi Haraki. Roh gerakan inilah yang perlu diserapkan kepada anak-anak usrah di tanah air ini. Mudah-mudahan usaha ini tercapai kelak.

     Apa tunggu lagi? Jom berusrah bersama! Kita semarakkan roh mujahadah dalam diri kita. Tinggalkan sebentar keseronokan permaianan dunia. Sekarang adalah masa untuk kita bangkit bersama atas usaha menegakkan kesucian 1Ummah yang bernama Islam. Semoga hari-hari akan datang, lahirlah mujahid dan mujahidah yang mampu menggegarkan bumi Malaysia. Allahuakbar!

     Ikhwan Sahabat Perubatan Islam, jangan lupa temujanji kita di sana! Semoga kita dipertemukan atas nama Iman dan Islam. Bittaufiq wanNajah. InsyaAllah...

"saudara-saudara sekelian, kamu bukan pertubuhan kebajikan, bukan pertubuhan parti politik, bukan pertubuhan yang diasaskan dengan tujuan yang terbatas, tapi kamu adalah satu roh baru yang mengalir dalam urat nadi umat ini, lantas kamu menghidupkannya dengan Al-Quran. Kamu adalah satu cahaya baru yang memancar, yang akan menghancurkan kegelapan fahaman kebendaan dengan mengenal Allah. Kamu adalah suara-suara lantang yang melaungkan kembali dakwah Rasulullah S.A.W." Imam Syahid Al-Banna


~perisai mahkota

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails