Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, September 18, 2010

Langit Tidak Selalu Cerah

Salamullahi'alaikum...

     Kadang-kadang apabila kita mendapat sesuatu yang kita suka, kita menyangka ianya bakal menjadi kepunyaan kita buat selamanya.  Kadang-kadang kita berfikiran tiada apa yang mampu menukar perancangan kita kerana ianya sudah kita rancang dengan teliti.  Malangnya kita lupa bahawa hidup ini seperti roda yang sentiasa berputar tanpa mengira waktu rehatnya.  Putarannya sentiasa berlaku biarpun kita cuba memberhentikannya.  Apabila langit yang cerah tiba-tiba dilanda hujan maka kita menjadi muram kerana keinginan kita menjadi luruh.  
     Kita mungkin melihat kesalahan itu pada awan yang membawa hujan tanpa menyedari ianya berlaku kerana itulah sifat alam.  Begitu juga dengan kehidupan, apabila sesuatu perkara terbantut di tengah jalan, kita jarang sekali melihat kesalahan itu pada diri sendiri kerana mata fizikal hanya mampu memandang keluar tanpa cuba melihat ke dalam diri.  Hakikatnya kita juga adalah penyumbang utama penghalang kepada cita-cita kita.  Mungkin itulah pelajaran yang selalu kita alpakan.  Antara kelemahan yang sering kita remehkan walhal ianya cukup kuat untuk member impak dalam kehidupan kita secara keseluruhannya adalah mudah kasihan bak kata seniman agung P.Ramlee dalam salah satu filemnya “murah hati.”
     Baik hati itu satu sikap yang bagus tetapi murah hati itu amat membinasakan.  Baik hati bakal membuatkan seseorang itu dihormati kerana sikap prihatinya itu namun sebaliknya murah hati membuatkan seseorang itu mudah ditindas atau diperlekehkan.  Bukan tujuan saya untuk menggalakkan anda menjadi orang yang keras hati tetapi kita perlu menjadi orang yang tegas dalam mengemudi kehidupan kita.  Jika kita tidak bertindak untuk mengemudi kehidupan kita maka pasti ada orang lain yang melihatnya sebagai satu peluang untuk dimanfaatkan.  Hasilnya kemusnahan masa hadapan akan berlaku dan lebih buruk lagi apabila ianya melibatkan orang yang kita sayang.  
     Satu sikap yang kelihatan baik tetapi cukup memusnahkan yang boleh dikategorikan dalam skop perbincangan kita tadi adalah kesukaran untuk berkata “TIDAK” dan keberatan untuk berterus terang.  Masyarakat kita sering berhadapan dengan tekanan kerana mereka membiarkan diri mereka untuk dipergunakan biarpun ianya berlaku tanpa kerelaan.  Kita mungkin mempunyai pengalaman di mana kita tidak mahu melakukan sesuatu perkara namun terpaksa juga melakukannya kerana ketidakmampuan kita menolak permintaan yang diajukan.  Kita takut melukakan hati orang lain jika kita berkata “TIDAK.”  Kita memendam rasa marah dan sebagainya demi menjaga hati orang lain.  Akibat kelemahan diri sendiri, kita akhirnya berada dalam keadaan tertekan dan bermulalah pelbagai masalah dalam hidup. 
     Begitu juga dengan sikap tidak mahu berterus terang.  Jika kita ditanya atau diminta untuk memberi satu-satu pandangan, kemungkinan besar pandangan itu jauh dari dari apa yang ingin kita sampaikan itu besar kerana jika hal sebenar yang diberitahu, kita takut nanti ianya akan menyakiti hati orang lain.  Sekali lagi kita benar-benar baik kerana sanggup menjaga hati orang lain dari menjaga hati sendiri.  Kebaikan yang memusnahkan.  Tidak salah dalam menjaga hati orang lain bahkan ianya satu perkara yang mulia namun ianya menjadi beban nestapa seandainya kita tidak menjaga hati kita sendiri kerana akhirnya kesusahan itu akan berbalik kepada kita sendiri.  
     Kita juga perlu jujur dalam member pandangan kerana seorang sahabat adalah seorang yang jarang memuji tetapi sentiasa berlaku jujur dalam memberi pandangan biarpun pahit untk ditelan.  Member pandangan tidak pula bermakna menghentam, dua perkara yang sering disalahertikan.  Memberi pandangan mesti diikuti dengan jalan keluar atau cadangan namun menghentam hanya memberi tekanan kepada keburukan sedia ada. 
     Justeru, kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi hari cerah kerana langit tidak selalu cerah.  kita perlu menjadi orang yang berani untuk berkata “TIDAK” seandainya kita tidak mahu melakukan sesuatu perkara dan kita berlaku jujur seandainya kita diminta member pandangan.  Persoalan yang sering timbul adalah keinginan kita untuk menjadi orang tegas dan terbuka namun kita tidak tahu bagaimana caranya untuk kita berubah sedemikian rupa.  
     Insya Allah, kali ini kita mengupas cara mudah yang mungkin selama ini kita rasakan susah.  Caranya cukup mudah, Cuma perlukan sedikit latihan selama 21 hari.  Apa yang perlu anda lakukan ialah pejamkan mata anda dan kemudian tariklah nafas sedalam mungkin.  Setelah nafas ditarik sedalam mungkin tahan nafas dan sebut nama anda di dalam hati sebanyak 33 x.  lakukan sekerap mungkin.  Perhatikan sikap anda dalam masa 21 hari latihan, adakah anda kini lebih tegas, adakah anda kini lebih telus dalam member pandangan dan adakah anda lebih berani.  
     Pengalaman para peserta yang dilatih dengan kaedah ini telah membuktikan bahawa perubahan ketara berlaku.  Meskipun begitu, bagi mereka yang mempunyai sakit jantung atau lelah mahupun para ibu yang hamil tidak sesuai untuk melakukan kaedah ini dan ada kaedah khusus untuk mereka gunakan bagi mencapai objektif yang sama.  Semoga anda dapat melakukannya dengan penuh disiplin dan semoga anda menjadi warga yang berani dan dihormati jauh dari ditindas.  Bangsa yang maju adalah bangsa yang mana masyarakatnya adalah masyarakat yang berani menyuarakan pendapat dengan cara yang betul, berani mempertahankan dirinya dari diperkotak-katikkan. 
     Insya Allah sikap baru ini akan diwarisi pula generasi baru yang bakal membentuk satu tamadun bangsa yang cukup disegani.  Perkara ini bukan sahaja memberikan satu ketegasan baru tetapi ianya juga akan membawa satu sikap disiplin diri yang tinggi.  Justeru kita juga boleh memberitahu anak-anak kita untuk melakukannya.  Selamat mencuba, selamat menjadi manusia baru, selamat menjadi orang yang berpendirian, selamat menjadi orang yang dihormati dan disegani.  Wallahu a’lam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails