Wahai hati..
Sesungguhnya tiada siapa yang dapat menghalang takdir Tuhan. Yang bertemu pasti akan berpisah jua akhirnya.. Selagi mana kita menjadi makhluk Allah, selagi itu kita tetap bergantung pada aturan Allah..
Bagi aku, perpisahan ini cukup bermakna.. walaupun sedih, hiba dan berat untuk dilepaskan.
Tapi apa boleh buat... Cukuplah airmata itu berbicara.. Saat dalam pelukan. Tak upaya menatap anak mata.. Hati meronta untuk masih terus kekal bersama! ~_~
Teringat kata-kata seorang sahabat.. "Hidup ini sebuah perjalanan.. tidak lengkap kehidupan selagi tidak melangkah ke hadapan".
Maka akurlah, untuk melangkah ke hadapan memerlukan pengorbanan.. Walau perit, harus ditelan.
huhu.. post kali ini agak touching2 sikit.. sebab masih dalam mood perpisahan..
Kronologinya, aku dan sahabat sama-sama berjuang di Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Tanjung Rambutan (tempat femes 1dunia..hehe).. Mendaftarkan diri pada 1 Januari 2009.. dan pada 5 Disember 2011, tamatlah 3 tahun perjuangan kami di sana. Tapi dah pindah bangunan baru ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta..
Tamat exam last, kami ikuti plak program kursus induksi.. kat sana kenal pulak dengan geng-geng baru yang hepy2 sesangat. Cuma yang tak bez sikit bila baru-baru nak kenal, dah nak kena berpisah.. Group 6th Sense, korang tetap sempoiii!!! hehe..
Pasni.. tak tahu bila plak dah dapat nyanyi bersama camnih..
Masing-masing memulakan langkahan baru..
Episod budak-budak kampus yang berhingus dah tamat.. :P Tiba masa untuk serius dengan pekerjaan..
huhu.. tak beznyer~~
Apapun, aku bahagia bersama mereka.. Memang bez3!!! Tak tau nak huraikan camner bez tu..huhu~
...Sekarang aku mengerti, makna sebenar kebahagiaan dalam persahabatan..
Ukhuwah da-iman abadan.. InsyaAllah. ^_^
~perisaimahkota
2 comments:
BESTNYA DAH HABIS.. MNTAK POSTING KAT MANA?
Mntak dkt2 jer la.. x larat nk trbang jauh2~
Post a Comment