Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Thursday, January 20, 2011

Saya Pelajar Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta

Salamullahi'alaikum...

Blog Pilihan Malaysia

Blog Pilihan Malaysia sekarang sedang mengadakan segmen untuk pelajar kolej plak...
So, sape yang nak join... klik sini.

Aku nak kongsi dengan korang, gambar kenangan waktu aku bersama sahabat-sahabat seperjuangan,
menyertai Seminar Fiqh Perubatan 2010 kat Hosp Raja Permaisuri Bainun.
***
Aku yg blakang budak pkai sweater merah....hehe
tapi... ada 1 gambar jer dlm laptop ni. Semua kat dlm external... nanti aku upload yg lain...
***
Jom berkenalan dengan kolej aku...!

Kolej aku diberi nama 'Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta'...
Yakni bertempat di Ulu Kinta.
Kalau siapa-siapa yang terasa nak tahu lokasi tepat kolej aku, 
adalah betul-betul berada dalam kawasan Hospital Bahagia Ulu Kinta. 
(dulunya Hospital Bahagia Tg Rambutan)
...dalam cerita P.Ramlee, boleh dikatakan tempat ni menjadi sebutan jugak la...hihi
Tapi, sebenarnya biasa-biasa jer... ^_^

Dah nama kolej pembantu perubatan, maka sah-sah la kursus
'diploma pembantu perubatan pelatih'.
InsyaAllah... Mungkin bulan 7 nanti, kolej ini akan ditinggalkan dan akan berpindah ke...
 KSKB (Kolej Sains Kesihatan Bersekutu)
Wallahua'lam... katanya kat sana nanti, akan berubah sistem disebabkan kat sana nanti bukan hanya kursus dip pembantu perubatan sahaja. Tetapi ia kan dipenuhi dengan kursus-kursus sains kesihatan yang lain seperti kejururawatan, farmasi, makmal dan segala bagai lagi lah...huhu..

Aku mula belajar di KPPuk ini pada Januari 2009,
dan jika tiada halangan, batch yang sama-sama dengan aku (kump 24) akan tamat sesi latihan/pengajian pada Disember 2011...insyaAllah.
  
Pengalaman pahit manis...hmmm.... ape yer?
Kat kolej ni yang pahit pernah aku ingat time first time kena baca doa kat perhimpunan bulanan.
Bergegar kaki. Dalam hati, Allah jer la yang tahu apa yang aku rasa...huhu..
Lagi yg pahit adalah time setiap kali OSCE (Peperiksaan Amali).
Prosedur yang senang pun jadi susah, bila dalam keadaan menggelabah... ~_~

Yang manis pulak macam banyak sangat la...tak tahu nak cerita macam mana.
Cuma satu jer yang istimewa dan yang paling manis. 
Aku bertemu dengan 'dia' di sini...^_^
Sehinggakan membawa pertemuan dua keluarga. Akhirnya tersimpul ikatan antara kami
dan jika tiada halangan, tinggal beberapa langkah lagi... kami akan disatukan
secara sah di atas landasan Syariat... amin...InsyaAllah. ^_^

tu je la kot dari aku yang tak seberapa ni. hihi...
Akhir kalam. Wallahua'lam.

~perisai mahkota

13 comments:

Unknown said...

salam perkenalan hantu GiGi dr UIA!!! aummmm!!

ciknadrahismail said...

aiii..salam ukhwah...(^_^)

oh; aina said...

salam ziarah

Madd said...

Kolej perubatan Ulu Kinta kene tutup ke lepas ni?

Hafriz Mohamad said...

yup.. tp bkn ttup trus.
ia akan brpindah ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta.. bngunan kt blakang hospital bhgia jer.

Smua pmbinaan dh siap..n bngunan pn dh dserahkn kpd pihak kolej.
Cuma pmbukaan akn brmula sesi Julai 2011.. ^_^

Anonymous said...

alang alang,jd doktor terus.hehs.

semoga bahagia ke ank cucu:))haha

muhammad nabi said...

ader ke komenter yg last ni ckp terus jadi doktor..ma mana layak la..kamu semua ma leh jadi pembantu seumur idup..hehe meluat kat ma ni..termasukla nurse gak..

syud said...

muhd nabi.. lu pa hal beb???

hafidz..haii..saya mnat sgt ma.. aritu g interview dah..tapi xtau dapat ke x.. kalo bolih kongsi2 lah pngalaman blajar kat sana byk2 ekk hihi

Anonymous said...

Salam dari batch 07 (Julai 1998).

Macam manalah rupa BAHAGIA sekarang ya. Waktu 1998 suram je.

Saat paling seronok : kayuh basikal dari banglo menuju ke kelas tiap pagi sambil memandang matahari mula bersinar di celah Gunung Korbu.

Keretapi lalu ibarat jam loceng.

Panjat pokok rambutan masam di hujung banglo.

Cuma tahun 1998 kamera masih lagi barang mahal, apatah lagi handphone. Batch 07 cuma ada kurang 5 orang trainee yang ada handphone. Maklumlah elaun bulanan cuma RM375.00.

Bertuahnya trainee MA sekarang. Bersyukurlah.

Unknown said...

berapa org ya betch 07 masa tu ..hmm bestnya zaman dulu

Unknown said...

boleh ka m.a jadi doktor ..? ke kena belajar kos doktor 5 tahun dari awal ?

Anonymous said...

119 orang.

Anonymous said...

Syarat dan Keperluan untuk MO lebih tinggi berbanding MA.

Jika berminat ke arah MO, lebih baik terus masuk ke jurusan tersebut.

MA tetap MA selamanya. Sebenarnya pengetahuan paramedik MA adalah lebih universal berbanding MO.

Tepuk dada tanya selera, tepuk tangan tanda gembira.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails