Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Tuesday, July 20, 2010

REALITI vs FANTASI : PARANORMAL vs PSIKIATRI

Salamullahi'alaikum...

            Situasi perbualan kali ini, sewaktu hujan lebat dan guruh di langit saling bersambut. Saya duduk menghadap seorang pesakit psikiatri di dewan makan Wad Kemasukan Lelaki, Hospital Bahagia Ulu Kinta. Tujuan saya hanya ingin mengorek kisah hidupnya bagi menyiapkan ‘case clerking’ (MSE-Mental State Examination). Tugasan ini wajib disiapkan bagi setiap pelatih.

            Sesi soal jawab bermula. Soalan demi soalan saya ajukan, maka jawapan demi jawapan saya perolehi. Selang beberapa ketika, lidah saya terhenti sejenak menandakan otak sudah kehausan idea untuk bertanya. Tiba-tiba, pesakit tersebut pula yang mengambil alih tugas saya. Kini, dia yang banyak bertanyakan soalan...

            “Awak faham tak makna dari suara guruh tu?”, dengan yakin pesakit itu bertanyakan soalan. Diikuti jari telunjuknya mengarahkan ke langit.

            “Maaf, saya tak faham...maksud abang?”, jawab saya ragu-ragu.

            “Ye lah, guruh kan ada bunyi...bunyi-bunyian itu mengandungi maksudnya tersendiri, awak faham tak apa yang guruh tu cakap??”, dia menjelaskan soalannya.

            Saya terdiam seketika. Cuba mengerti apakah point sebenar yang ingin dia ceritakan. Baiklah, saya nekad untuk mendapatkan jawapan. Saya bertanya...

            “Kenapa? Abang faham ke suara-suara tu? Guruh tu cakap apa?”.
Sambil tersenyum, dia mengangguk dan yakin menjawab.

            “Abang faham...sebab abang dianugerahkan kelebihan itu. Suara guruh tu suruh kita diam, sebab rahsia abang sudah terbongkar”.

            Saya hanya mampu tersenyum, spontan. Sedikit timbul rasa ‘takut’ tetapi cuba dikawal sebaiknya. Terdetik juga dalam hati, sama ada ingin percaya atau tidak. Dari kuliah-kuliah Perubatan Psikiatri yang pernah saya ikuti dalam kelas, keyakinan mereka (pesakit mental) hanyalah PERSEPSI SALAH. Dengan erti mudah, otak mereka salah mentafsirkan sesuatu kepercayaan.


            “Abang ada kelebihan lagi...”. Sekali lagi dia cuba menjentik kepercayaanku.

            “Ada lagi? Apa kelebihan tu?”.

            “Abang boleh nampak alam roh...”. Spontan dia menjawab. Keyakinan jelas sekali tergambar di riak wajahnya.

            Ya, saya merasakan memang sah kali ini iman di dada kian teruji. Saya cuba tetapkan pendirian. ‘Ah, Kata-kata pesakit ini hanyalah karut semata-mata dan ia adalah sesuatu yang telah disalah tafsirkan. Dia sedang berhalusinasi disertai delusi yang semakin kuat!’.

            Saya mengambil langkah berani untuk bertanyakan lagi soalan, sebab saya fikir perkara-perkara sebegini menarik juga untuk diketahui walaupun ketakutan sudah mengetuk-ngetuk pintu hati. (Memberanikan diri jer sebenarnya...aku ni penakut! hehe... Mata aku dah melilau-lilau ke kiri ke kanan. Kot-kot la ada kelibat makhluk dari alam lain...fuh... Allahuakbar...Allah jer la yang tau.)
Dia meneruskan perbincangan.

            “Abang nampak seorang perempuan. Berpakaian solat (maksudnya telekung kot). Putih, cantik...”. Sambil matanya melihat ke satu arah, yang aku rasakan arah itu terlalu hampir denganku.

            “Sekarang abang nampak ke?”

            “Nampak...”

            “Perempuan tu ada kat mana sekarang?”

            Jarinya menunjukkan ke suatu arah berhampiran dengan tempat saya duduk. Matanya juga tetap di situ. Saya cuba mendapatkan kepastian dari apa yang cuba dia sampaikan. Nadi semakin memecut laju.

            “Maksud abang...perempuan itu ada di sebelah saya??”

            Dia menjawab. Tapi jawapannya sekadar dengan gerak bahasa tubuh. Dia hanya senyum dan kepalanya mengangguk. (aku dah mula takut dah...huhu. Rasa nak lari jer dari dewan makan ni...)

            “syyhhh...’dia’ suruh diam”, sekali lagi dia memberikan senyuman, menakutkan. Mungkin dia cuba mententeramkan jiwaku yang sudah mula kacau. Memang kacau. Meremang satu badan dibuatnya.

Persoalan untuk difikir bersama

Apakah ini realiti atau fantasi?

            Dari sudut perubatan psikiatri, ini semua adalah kepercayaan palsu semata-mata yang wujud tanpa sebarang rangsangan. Atau lebih tepat ia disebut sebagai HALUSINASI. Jadi, sudah tentu jawapannya...hanya sekadar FANTASI. Bukan realiti.

            Tetapi jika diolah dan ditafsir dari sudut paranormal. Ia berkemungkinan suatu perkara yang wujud. Wujudnya di alam lain yang tidak mampu kita gambarkan. Mereka tetap hidup walaupun kita tidak nampak kewujudan mereka. Maknanya di sini, makhluk-makhluk yang wujud tadi adalah REALITI. Tetapi realitinya di alam sebelah. Mungkin...

Kenapa perlu dikaitkan dengan paranormal?

            Saya pernah bertanya kepada salah seorang pengajar. “Saya ada dengar dan terbaca, dari beberapa sumber. Orang yang sedang terlantar koma di hospital atau di mana-mana sahaja, sebenarnya mereka sedang berjalan-jalan. Maksud saya, ROH mereka yang  sedang berjalan-jalan. Apakah ini benar?”

            Jawapan yang saya terima dari pengajar tersebut, “wallahua’lam, benda-benda macam ni tak mampu dikaji dari sudut psikiatri. Ia lebih kepada paranormal. Maaf, saya tak dapat bantu”.
Apa pula pendapat sahabat sekalian, adakah ia Realiti atau Fantasi?

            Jika kalian berpegang pada Psikiatri Barat bulat-bulat. Sudah tentu kalian akan mengatakan perkara ini adalah hanya sekadar FANTASI. Sebabnya ramai dari pemikir-pemikir Psikiatri Barat adalah berbangsa Yahudi. Kemungkinan mereka ingin mengalihkan pandangan kita (ISLAM) dari mempercayai alam ghaib. Ada kemungkinan juga kajian mereka betul.

            Tetapi, jika kalian meletakkan kepercayaan dari sudut paranormal. Perkara-perkara seperti ini adalah Realiti. Ya, Realiti walaupun kita yang normal tidak nampak. Kenapa Realiti? Sebab perkara itu wujud. Walaupun ia ghaib, sebenarnya ghaib itu juga wujud. Tapi wujudnya di alam lain. Bukan di alam manusia biasa. Ada kemungkinan di alam manusia luar biasa.

            Bagi saya, saya tidak mampu untuk duduk tetap pada mana-mana pilihan jawapan. Saya hanya mampu kembali kepada panduan perjalanan (Al-Quran & Hadis). Dan saya harap, kalian sendiri mampu membuat keputusan untuk duduk di mana-mana pilihan jawapan. Terpulang.

Firman Allah Ta'ala...
     ‘Alif lam miim. (1) Kitab (Al Quran) ini tidak ada sebarang keraguan padanya; sebagai petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (2) [iaitu] mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan Solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, (3)’ 
-Surah Al-Baqarah (1-3)
            Ayat di atas menyatakan pendirian saya, kalian, dan seluruh umat Islam (sepatutnya). Saya tidak mengatakan perkara tersebut adalah 100% Realiti. Juga tidak saya yakinkan bahawa ia adalah Fantasi. Jika diamati dengan lebih melebar lagi, mungkin sebab-sebab inilah yang membuatkan Pakar Psikiatri asyik bercanggah pendapat dengan Pakar Perubatan Tradisional atau geng-geng Paranormal. Sampai sekarang, belum ada penutup bagi perdebatan mereka.

            Sebenarnya, ia bergantung kepada setiap penemuan yang kita perolehi dan sejauh mana tahap kepercayaan kita kepada perkara-perkara tersebut (berasaskan ilmu). Mungkin dalam kes di atas adalah tergolong dalam kategori Paranormal, atau mungkin juga Psikiatri. Maka, anda tentukanlah sendiri...

            Isunya di sini, cubalah kita ambil hikmah dari setiap apa yang telah kita bincangkan. Berdasarkan ayat Quran di atas, WAJIB kita percaya kepada yang ghaib. Dengan makna, perkukuhkan IMAN kita. Kenali dan percaya akan wujudnya Allah, Malaikat, Hari Qiamat, Qada’ & Qadar dan sebagainya. Kemudian, pertontonkan kepada Allah, bukti keIMANan kita itu. Iaitu dengan mengerjakan Solat, Puasa di Bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan lain-lainnya.

            Inilah cara berfikir yang perlu disematkan dalam minda setiap umat Islam. Jangan mudah terbuai dengan sesuatu percanggahan pendapat, sehinggakan isinya bertaburan dan matlamatnya hilang. Berbeza pendapat tidak salah, demi untuk sebuah jawapan. Pokoknya, kita sebagai umat Islam hendaklah alirkan cara berfikir kita mengikut cara Islam. Jika bidang kita, psikologi. Maka berfikirlah dari sudut Psikologi Islam. Jika bidang kita ekonomi, maka berfikirlah dari sudut Ekonomi Islam.

Akhirnya, Sekali lagi saya sarankan, untuk mencari jawapan di antara REALITI atau FANTASI...
Tepuk dada, tanyalah IMAN kita sendiri!

(terasa nak pinjam kata-kata Zainal Ariffin, Misteri Nusantara...hihi)

'Usah biarkan hidup anda diselubungi...MISTERI'

~perisai mahkota

2 comments:

abra said...

tahniah.. wahai shbat.. enta bjaya menjulang nama bumi maahad.. ana bsyukur.. baik sudut psiko mahupun islamic.. salam ya hafriz

Hafriz Mohamad said...

w'salam wbt...
Alhamdulillah.. hanya sempat mengutip cebisan2 bekalan yang tmpak di dpan mata. Belum mampu untuk menyingkap tabir ilmu para ulama'2 silam. skadar prkongsian dgn shbt..

Kita sama shj..ada lebihnya juga ada kurangnya...
wallahua'lam.
=) teruskan ziarah ya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails