Nak kata gembira, ok la.. Nak kata huru hara, em..kot la..huhu..
Tinggalkan mood itu.. jom kita fikir apa yang patut kita fikir! ^^,
Analogi; Membina Bangunan Di Atas Tapak Runtuhan
Sulit kan? Kos yang tinggi, masa yang lama, tenaga kerja dan kepakaran yang ramai diperlukan.. dan macam-macam lagi benda yang perlu dipikirkan.. Bukan mudah nak bersihkan tapak yang telah diselerakkan oleh runtuhan bangunan tinggalan lama. Mungkin terpaksa bertegang lidah dengan penduduk setempat atau dengan pihak-pihak berkenaan disebabkan timbul satu-satu masalah.

Dipacakkan tiang yang baru dan kerja-kerja pembinaan dijalankan sehinggalah siap pada akhirnya.
Walaupun generasi selepas ini bangga dengan bangunan itu yang tampaknya gagah dan gah, tapi rahsia disebaliknya tak seindah yang disangkakan. Sejarah betapa sulit untuk mendirikannya, tak siapa yang tahu.
Memulihkan Kepercayaan Di Atas Tapak Ketelanjuran
Sama ada secara sedar atau tidak, kita sebagai anak Adam takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Tak kira besar atau kecil. Tak kira hebat atau sederhana. Ketelanjuran itu tetap ada..
Itulah bukti bahawa kita ini hamba, selamanya.. tak terlepas dari sebarang kesilapan. Walaupun telah beberapa kali bertaubat dan berazam untuk melalukan perubahan, namun dosa menyusul sedetik selepas penyesalan.
Air mata keinsafan bagaikan siraman air hujan yang mencambahkan cendawan dosa.. Menangis taubat sekali, kemudian maksiat diulang berkali-kali..
Ketelanjuran benar-benar merosakkan akal dan hati..
Lebih dahsyat, sehinggakan mampu meruntuhkan kepercayaan orang sekeliling..hatta orang yang paling kita sayang turut terkena tempiasnya.. Sadis! ~_~ Pedang dalam genggaman dilibas tanpa belas. Akhirnya mencederakan jiwa dan raga yang tak bersalah..