Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Tuesday, December 20, 2011

Relaks La Bro!

Uit3~ hehe.. Lama dah rasanya tak blogging..

Lepas tengok rancangan Tanyalah Ustaz kat TV9 pagi tadi, terdetik plak idea untuk nak tulis sesuatu.. Tajuk perbincangan pagi tadi pasal 'Konflik Remaja'.. - pagi besok ada sambungannya..

Memang respect dengan gaya penyampaian ustaz.. so, tak hairan la kalau beliau kekal dengan gelaran Ustaz Mantop! hehe.. Sesuai dengan 'angin' anak muda..

Walaupun ustaz pernah di banned sebelum ni, akibat dari beberapa masalah yang membabitkan politik tanah air ..tapi sekarang ni ustaz muncul kembali di kaca tv seperti sebelumnya.

Alhamdulillah.. Allah tahu bahawa masyarakat masih dahagakan butiran ilmu yang dipersembahkan beliau..termasuk hati ini~

Ok cukup untuk intro..kita kembali kepada tajuk..
- Relaks la bro..! n_n

Sebenarnya ayat ni diulang-ulang dalam kuliyah pagi tadi.. Idea ustaz la tu..hehe.. Benda ni timbul bagi menjawab satu persoalan yang diajukan oleh seorang penonton di studio..

Soalan lebih kurang macam ni la..
"Ustaz, apakah punca gejala sosial yang semakin membarah dalam kalangan masyarakat sekarang ni?" (pandai2 jer aku reka soklan..hik2~)

Ustaz jawab.. "Hanya satu perkataan yang saya berikan sebagai jawapan.. iaitu puncanya adalah LALAI!"

Ya, lalai.. ni lah yang menjadi punca kepada keruntuhan akhlak anak-anak muda.. termasuk aku.. Hanya orang lalai yang akan melakukan perkara SIA-SIA..

Antara ayat-ayat orang lalai ni..dia selalu sebut "relaks la bro.." hihi.. kenapa?
Sebab.. dengan ayat ni la yang selalu buat kita jadi lembap, lemau dan malas nak buat amal. Malas nak cari ilmu agama.. dan boleh dikatakan, takder terasa nak buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang..

1 Contoh, "jom kita Solat!" ... "relaks la bro!".. huhu..
Maka, terbukti..! ^_^

Semoga kita sama-sama dapat sikit sebanyak dari perkongsian yang tak seberapa ni..
K lah, sebagai akhirnya.. renungi ayat ini...

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia." 
(Surah Mukminun : Ayat 1 - 3)

Em em em.. takder benda nak tulis dah..
Apa yang baik itu dari Allah.. yang terkurang tu kita sama-sama baiki. InsyaAllah~
Wallahua'lam..

~perisaimahkota


1 comment:

Mawar berduri said...

^_^ waah .. dh lama ustz x muncol dgn lagak santai vs sempoi dia.. alhmdllah berkat sabar n ketabahn di hati.. allah sntiasa di sisi :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails