Salam...
Jika diberi kekuatan, akan daftar dgn ssm untuk membuka sebuah akaun perniagaan. Supaya perjalanan kewangan lebih selamat dan tersusun. InsyaAllah.
Nama yang digunapakai setakat ni, SYAFRIZ ent. Ini yang terbaik setakat ni.. Gabungan dua nama satu hati. :)
Mudah-mudahan dipermudahkan segala pelaksanaanya.. Amiin...
-perisaimahkota
Sunday, September 21, 2014
Saturday, April 26, 2014
Hudud: Halangan Utama
Tulisan ni cuma pendapat peribadi saya berkenaan dengan isu Hudud. Bagi saya ada 2 versi halangan pelaksanaan Hudud di Malaysia.
1. Pas sendiri sebenarnya masih ragu-ragu utk melaksanakannya berikutan sahabat seperjuangan dalam PR masih menolak dan berdolak dalik. Jika Pas berkeras, kemungkinan sekali lagi persepakatan akan 'mati.'Selain itu, draf pelaksanaannya juga masih kabur. Cuma yang ada hanya jenama 'Enakmen Hudud dan Qisas'.
2. Rata-rata di pihak kerajaan masih menolak termasuk PM dan TPM sendiri dgn berbagai alasan selain beberapa kerat lagi menteri tertinggi yang beragama Islam. Pelaksanaan hudud disukarkan dengan bermacam-macam alasan. Tak semudah meluluskan parti liar, pusat judi dan kilang arak. Parti komponennya tak perlu cerita la, siap nak saman lagi!
Kesimpulan yang dapat saya buat, saya merasakan ada perkara yang terlebih penting dari pelaksanaan Hudud secara asasnya. Mana mungkin nak bina rumah kalau tukang rumah kalau sama-sama tukang tiap hari berselisih faham.
Rasulullah tak melaksanakan syariat-syariat yang berat sebelum menyatukan antara muhajirin dan ansar (mndamaikan 'auz dan khazraj). Di Makkah sebelum hijrah, Rasulullah menguatkan aqidah sebelum melaksanakan syariah di Madinah. Diantara aqidah dan syariah, adanya penyatuan. Tu isu terpenting yg saya rasa.
wallahua'lam.. skadar pendapat.
~perisaimahkota

Wednesday, April 9, 2014
Review Blog DramaRaja
Posting kali ni hanya nak review satu blog yang sangat-sangat mengujakan aku. Blog Drama Raja.
Blog ni dikendalikan oleh Brado Kapak (nama fesbuk). Mamat ni gelarkan dirinya 'Penganalisa Berita Semasa. Freelance Internet Marketer'. Nama sebenarnya sampai sekarang aku tak tahu. Nama Brado Kapak memang femes la sejak akhir-akhir ni. Tak kurang jugak ramai yang mengkritik.
Nak dijadikan cerita, aku ikut blog mamat ni lepas peristiwa Misteri MH370. Waktu tu tengah hangat berspekulasi. Macam-macam spekulasi yang timbul. Tapi, mamat ni ulas isu ni lain dari yang lain.
Kalau nak diikutkan, faktanya kadang-kadang tu taklah tepat sangat, tapi aku suka apa yang dia dedahkan. Mungkin terbuai dengan gaya penulisan dia kot.
Cuma yang paling memeranjatkan apabila seminggu sebelum DS Najib umumkan berakhirnya MH370 di Lautan Hindi, brado kapak dah bagi klu yang pengumuman tu sebenarnya akan berlaku. 24 Mac 2014. Ternyata tepat!
Mula dari situ la aku duk tunggu-tunggu entri di blog Drama Raja dan update status terbaru di wall Brado Kapak.
Walau macamana sekalipun, aku cuma letakkan 50% jer kepercayaan kat info-info yang dia ketengahkan. Sebabnya, aku memang susah nak percaya dengan benda-benda baru. Satu lagi, aku taknak terikut-terikut sangat dengan spekulasi. Cukup ambil sebagai pembacaan.
Tu saja.. Kalau korang minat jugak nak baca dan fikir benda-benda di luar kotak ni, boleh la jenguk-jenguk blog tersebut.
Pesanan terakhirku, aku tak tanggung kalau korang susah nak tidur malam lepas baca blog DRAMA RAJA! hihihi... Wallahua'lam.
~perisaimahkota
Blog ni dikendalikan oleh Brado Kapak (nama fesbuk). Mamat ni gelarkan dirinya 'Penganalisa Berita Semasa. Freelance Internet Marketer'. Nama sebenarnya sampai sekarang aku tak tahu. Nama Brado Kapak memang femes la sejak akhir-akhir ni. Tak kurang jugak ramai yang mengkritik.
Nak dijadikan cerita, aku ikut blog mamat ni lepas peristiwa Misteri MH370. Waktu tu tengah hangat berspekulasi. Macam-macam spekulasi yang timbul. Tapi, mamat ni ulas isu ni lain dari yang lain.
Kalau nak diikutkan, faktanya kadang-kadang tu taklah tepat sangat, tapi aku suka apa yang dia dedahkan. Mungkin terbuai dengan gaya penulisan dia kot.Cuma yang paling memeranjatkan apabila seminggu sebelum DS Najib umumkan berakhirnya MH370 di Lautan Hindi, brado kapak dah bagi klu yang pengumuman tu sebenarnya akan berlaku. 24 Mac 2014. Ternyata tepat!
Mula dari situ la aku duk tunggu-tunggu entri di blog Drama Raja dan update status terbaru di wall Brado Kapak.
Walau macamana sekalipun, aku cuma letakkan 50% jer kepercayaan kat info-info yang dia ketengahkan. Sebabnya, aku memang susah nak percaya dengan benda-benda baru. Satu lagi, aku taknak terikut-terikut sangat dengan spekulasi. Cukup ambil sebagai pembacaan.
Tu saja.. Kalau korang minat jugak nak baca dan fikir benda-benda di luar kotak ni, boleh la jenguk-jenguk blog tersebut.
Pesanan terakhirku, aku tak tanggung kalau korang susah nak tidur malam lepas baca blog DRAMA RAJA! hihihi... Wallahua'lam.
~perisaimahkota
Subscribe to:
Posts (Atom)