kelak, kita juga akan jadi mereka.. |
pekena kopi o secawan! erppp.. Alhamdulillah.. hehe.
Angin petang ni macam nak hujan..tapi, belum menampakkan lagi tanda-tanda 'kebasahan'. ^_^
Hurmm..takper lah. Hujan ke tak hujan, aku nak cerita kat korang apa yang terjadi kat aku baru jer jap tadi.
Aku dah lama tak jejakkan kaki ke surau..huhu~ (teruk teruk...) Jadi hari ni, kebetulan ada sorang member aku datang bilik aku - ajak aku ke surau. Buat pengetahuan, asrama aku ni dalam kawasan Hospital Bahagia Ulu Kinta (Tg. Rambutan). Dan di hujung kawasan hospital ni ada sebuah rumah orang-orang tua.. 'Rumah Seri Kenangan'.
ahha... kat surau Rumah Seri Kenangan tu lah kitorang sembahyang. Rindu jugak dengan pakcik-pakcik kat sana. Lama tak jumpa diorang. Diorang ni memang nampak gembira bila ada orang luar datang borak-borak ngan diorang. "Maafkan kami yer pakcik, kami kena praktikal jauh-jauh.. jadi tak sempat nak singgah surau sini."
Yang nak diciterkan bukan pasal pakcik-pakcik ni..
Hari ni aku terlewat. Jadi sampai-sampai jer, dah nak habis dah jemaah. Aku pun 'follow' jer lah. Kemudian, aku sambung baki rakaat yang ada. Tapi nak dijadikan citer, aku rasa macam ada sorang budak lelaki belasan tahun datang duduk tepi aku.
foto hiasan dr google... |
Aku dah mula kompius.. Kompem dah tak khusyuk.. Tapi disebabkn khusyuk bukan syarat sah solat, maka aku teruskan jugak - buat yang terbaik. Aku ok jer kalau dia nak duduk, tapi disebabkan gangguannya.. sembahyang aku betul-betul terganggu..
Dalam hati aku.. "janganlah kacau aku!" huhu.. Tapi tak baik pulak rasanya kalau aku cakap camtuh..
Dipendekkan cerita, selesailah sembahyang. Belum sempat aku nak betulkan duduk tasyahud, dia pun hulur tangan nak bersalam. Aku pun sambut.
Waktu tu lah baru nampak jelas bentuk wajahnya.. maaf, bukan nak menghina. Tapi mukanya seakan-akan individu yang mengalami masalah MR (mental retardation). Orang kita cakap, terencat akal.
Kami berbalas senyuman..
Senyum..tak perlu kata apa-apa. :P hehe~
Waktu tu lah baru nampak jelas bentuk wajahnya.. maaf, bukan nak menghina. Tapi mukanya seakan-akan individu yang mengalami masalah MR (mental retardation). Orang kita cakap, terencat akal.
Kami berbalas senyuman..
Senyum..tak perlu kata apa-apa. :P hehe~
Pastu dia ambik tangan aku, dan letakkan tapak tangan aku atas kepala dia. Dia cakap..
"doa, doa.. (doakan saya)"
"doa, doa.. (doakan saya)"
Aku terkejut jugak dia buat camtu, tapi cuba kawal keadaan..dan sebaik mungkin, aku doakannya.. Aku baca doa yang Rasulullah baca bila jumpa budak-budak. ^_^
Kami pun bersalaman.. dan dia rapatkan dadanya dengan dada aku - nak berpelukan. ^_^ Allahu Rabbi.. Aku ni jenis yang touching sikit.. Mulalah rasa paip air mata ni terbukak dengan automatik..huhu~ Sabor aje lah.. Kemudian, budak tu pun pergi kat mak ayah dia yang ada kat bawah. Rupa-rupanya dia datang melawat atuk dia kat situ.
Habis citer..
Duk sorang-sorang, aku fikir balik. Siapa dia?
Aku yakin Allah menggerakkan si budak lelaki tadi pada aku atas sebab-sebab tertentu. Mungkin Allah nak aku bersyukur di atas nikmat hidup yang sihat wal'afiat nih. wallahua'lam..
Peristiwa tadi.. memang buatkan aku touching dan... nak nangis... ~_~ huhu..
Kita jumpa lagi yer.. nak nangis jap...
..... (T_T)
~perisaimahkota
26 comments:
wow..kalau mira pun touching jugak...tetibe ade budak MR dtg suh doa, nak peluk.. selalu je jumpe kat ward..dyeorang happening kan :)
^_^
Smpat gak borak2 ng dia.. dia baik tp mgkin kdg2 prangai diorang yg suka curik prhatian, sntuh situ sini, buatkn kte x slesa..
tp overall.. aku suka bdk td..
hrp jgk dpt jmpe lg..
Aku ada gak member MR nih, tapi tak la serius sgt.. Still bole bercakap walaupun merapu.. serius, aku suka entry nih.. hahaha..
Moh le kite usha entry teman nih..
Hoit Bank Islam
Teksi EVO
Apabila Mat Indon Naik Bosan
Sampai begitu sekali. Mungkin Allah sengaja memberi petunjuk kepada kamu dan kami semua kita yang sihat ni harus bersyukur dengan kurniaan Allah s.w.t. Sentiasa mendoakan saudara-saudaranya yang lain dan tidak memandang hina dengan kekurangan orang lain.
kadang2 insan yg kurang sempurna drpd kita lebih m'hargai apa yg ada b'bnding kita yg ckp sempuran. :)
Ayie: itulah.. x smua MR ni brmasalah. klau truk, bleh smpai thp MR with Psychosis. keadaan ni bleh bwk kpd mmbhayakn diri sndiri dan org awam..
Cik Tira: smpai saat ni aku msih tringatkn dia. Bkn apa..cume trharu sbb, bgaimana dia bleh mnta doa dr aku yg x prnah lekang dr maksiat ni.
sngguh aku mrasakn ia 1 sindiran dr Allah.. ~_~
Nur Filzati: ya.. dan kita jgk akn rasa nikmatnya hdup sihat apabila dtg wktu sakit kelak.. wktu tu lah bru kita nk hrgai btapa nikmatnya hdup sihat...tp, dh trlewat.
kita yang dilahirkan normal dan sihat ni sepatutnye bersyukur,,tapi tgoklaa dunia sekarang nii..ermm..susah nak kata camne..
hmmm.. wallahua'lam..
sy lbih suka mletakkan prktaan 'dunia' itu dlm diri sy..
Allahu Rabbi.. truknya 'dunia' akhir zaman. ~_~
sian kan..Ya Allah..syukur Allah jadikan kita ni sihat walafiat..pandai plak tu minta doa..
:)
kalau MR yang tahap kronik, mereka patut dapat rawatan dan dijaga.. bukan hapa, takut depa bukin hal.. hahaha
moh le kite usha entry teman nih..
Teksi Mitsubishi Evo
Hoit Bank Islam
Pabila Mat Indon Kebosanan
wah.. aku pon nak tacing gak la bro.. setiap insan ada kelebihan masing2 kn.. kuasa tuhan :)
Ummufathi: Alhamdulillah.. bibir ini akn trus mlafazkn syukur stiap kli tringatkn pristiwa ptg td.. ~_~
Ayie: eyup.. pngalamn dlm wad psikiatri.. pt MR with psychosis tu xleh tgok payung. klau ada payung dkt die, die akn genggam skuat2nya.. fuh~ rsau klau2 die pkul org jer..
topimagine: ya, stiap ciptaan Allah itu smpurna wlaupun kita nmpak ia cacat. 'cacat pd mata mnusia, tp tdak pd pndangan Allah'
alhamdulillah..xpela pergi sekali sekala kerana sibuk hal kerja yg penting solat 5 waktu harus dijaga jgn tinggal kan?heheheh
hihi.. eyup. Alhamdulillah.. insyaAllah. ^_^
jangan nagis.! haha
alahai.. sedihnya..
kalau aku kt tmpt ko pun, kompom sentap.. T_T
padie: xde la smpai nangis.. cume sebak jer... hihi (cover2..hik2)
Solihin: huhu... tu lah.. aku mmg sentap giller td. nape x nyer.. x prnah2 org lyn kte smpai cmtu skali...huhu
Akak pun kalau gitu pun boleh nangis. Ni baca pun dah sedih =(
lau bunga pun akan sedih..entri ini mengajar bunga tuk bersyukur..
Fizalinolie: eh, kak.. jgn nanges.. ^_^..hihi. jln trbaik, kte doakn bt mrk..
bunga: Alhamdulillah.. smoga kita x trleka dlm nkmat hidup sihat ini.
huhu
mesti die rase anda ni
sgt sesuai tuk mendoakan dia...
alhamdulillah...^^
~_~ wallahua'lam..
tp..klau die tahu dosa yg tlah sy bt, bkn takat sruh didoakn..tgok sy pn die x hingin...huhu~
Tiba2 teringat dekat atok..;-(
"kalu kito ingat ke dio, dio ingat kkito.. sbb tu dio mari jupo kito.."
^_^
Post a Comment