Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, April 5, 2014

Kad Jemputan Kenduri Kahwin

Satu perkara wajib dalam melengkapkan proses mendirikan masjid adalah pemberitahuan. Sepertimana ungkapan yang sering kita dengar, 'rahsiakan pertunangan, hebahkan pernikahan'..

Maka, kaedah pemberitahuan yang sudah pasti tak dan takkan dimakan usia adalah menghulur kad jemputan. Setua bangka mana pun dunia ini, kad jemputan tetap muda pada usianya.


Walaupun kewujudan fesbuk sedikit sebanyak telah menyebabkan kad jemputan susah nak cari makan, tapi indeks tempahan kad jemputan bagi bakal-bakal pengantin tetap kekal pada posisinya yang tersendiri. (hentam saja lah labu...) haha.

Tapi kan kalau difikir-fikir logik akalnya memang macam tu lah..

Kad jemputan masih boleh dikategorikan sebagai 'wajib' ada dalam adat pernikahan orang melayu. Bukan melayu pun rasanya sama jugak. Kalau tak ada, ibarat makan nasi tak ada budu. Perumpaan ni ikut selera penulis. Siapa-siapa boleh menjiwai, dia akan faham.. heh..

Bagi aku yang bakal melangsungkan majlis pernikahan tak lama lagi ni, inilah tugas aku sejak dua menjak ni. Menyenaraikan nama-nama yang nak dihulurkan kad jemputan. 

Senarai tu macam semua orang buat lah.
Letak tajuk.. SEKOLAH RENDAH. Lepas tu zass zass zasss...isi nama kawan-kawan, cikgu-cikgu, tukang masak kantin, pak guard, tukang kebun dan sekian sekian..bagi yang dirasakan perlu.

Lepas sekolah rendah, sekolah menengah. Kemudian zaman pengajian tinggi. Pastu, zaman pekerjaan. Bagi yang pernah bekerja banyak tempat, senaraikan tempat-tempat yang berkaitan, lepas tu sekali lagi zass ziss zuss...tulis nama yang berkenaan.

Haa.. macam tu lah..

Dah siap, boleh la pos. Jap jap! ..akak pejabat pos pesan katanya sekarang ni setem semua harga 60sen dan ke atas. Jadi, sediakanlah duit lebih sikit. Sekarang dah tak ada barang murah dik. huhu..

Ok..sekian. Tak ada apa nak dikongsikan dah. Nak gi pos kad-kad ni semua jap. Kalau lambat-lambat karang, pening dibuatnya.. Sambil tu, doakan urusan kami dipermudahkan ya. Saya juga turut mendoakan kamu semua.

Jumpa lagi... :)


~perisaimahkota

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails