Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Sunday, April 6, 2014

Terima Kasih... Dr Leong

Terima kasih Dr. Leong Yoke Teng..

Selama ni saya harap doktor dapat la bertahan lama kat KK Sungkai. Tak sangka sekejap sangat. Kira-kira lebih kurang 10 bulan saja. Saya ingatkan saya yang berpindah keluar dulu dari doktor, rupanya takdir menginginkan sebaliknya.. dan keinginan itu diizinkan Tuhan.


Kenal kita tak lama. Tapi gelak tawa kita satu 'team' (JPL KK Sungkai) dah macam 10 tahun bersama. Rasa macam cepat sangat-sangat masa berlalu. Suka duka, pahit manis kita sepasukan dah rupa adik beradik.

Kadang ada tempat-tempat kita terasa hati. Tapi siapa la kita.. Kita cuma manusia yang sentiasa buat silap. Kita tak sempurna. Tapi ketidak sempurnaan itu kita sama-sama tampung. Saya pun akui banyak arahan Dr yang saya masih tak berjaya selesaikan.. Harap dimaafkan.

Saya dapat rasakan, pemergian Dr adalah satu kehilangan yang besar buat kami. Dan kehilangan yang terbesar adalah seyuman Dr. Dr bila bertekak dengan klien ker, dengan boss ker.. tapi bila dengan kami Dr tetap senyum.

Saya percaya senyuman Dr adalah kurniaan terindah dari Tuhan sebagai sebahagian dari proses rawatan. ^_^ Sepanjang saya kerja, saya tak pernah jumpa kelainan ni.. dan saya tak tahu bila lagi akan jumpa.

Betullah kata orang, "pertemuan itu bersyarat, perpisahan itu pasti".



Akhirnya, buat diri saya sendiri dan mewakili semua team ingin memohon ampun dan maaf andai selama seperjuangan ini ada yang terguris tanpa niat mahupun sengaja. Diharapkan tempat yang baru nanti lebih indah dari yang sebelumnya.

Dan yang paling penting, semoga selamat melahirkan baby comel nanti. Selamat jadi ibu!

Senang-senang nanti jenguklah kami kat sini. Bawak baby yer... babaii! ^_^


~perisaimahkota

Dan sesungguhnya, Taufiq dan Hidayah itu adalah milik Allah SWT.

1 comment:

radooan@gmail.com said...

Hai..boleh bagi contact number doctor x?i just wanna thanks her a lot for her concern..never met a such a doctor like her..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails