Selawat dan Salam ke atas Sayyidina Rasulillah sollall0hu alaihi wa aalihi wa ashabihi wasallam.
Mohon ampun dan maaf seandainya penulisan ini sukar diterima.. Sesungguhnya ini hanyalah pendapat saya yang kerdil dan hina.
Kenapa perlu berselisih dalam mengerjakan yang makruf? Bukankah pintu kebaikan itu luas dan perlu diluaskan? Jangan sempitkan keterbukaan ini dengan ego yang menebal dalam diri dan kelompok masing-masing.
Bagi saya ada baiknya juga diadakan program selawat Cinta Rasul. Mustahil program sebegini mengendurkan keyakinan kepada Allah swt. Bahkan ia mampu menghadirkan rasa kenal dan cinta pada Allah. Kerana barangsiapa yang mencintai Rasulullah SAW bererti org itu turut mencintai Allah.
Mengkritik dan menyedarkan pemimpin sebenarnya secara tak langsung ada di dalam program tersebut. Cuma ia bersifat halus dan berseni. Ia sekadar menjentik hati pemimpin untuk sama-sama kembali berdiri di atas landasan yang haq. Perhimpunan beramai-ramai itu juga boleh dinanggap 'demonstrasi' dalam menyerlahkan kesatuan dan keindahan persaudaraan dalam Islam.
Tambahan pula hati lebih tenang saat mendengar alunan qasidah, zikir, selawat yang diselang tausiyah para habib. Pada lantunan doa pula tersemat kemuncak 'teguran' kepada sang pemimpin supaya kembali sedar akan amanah berat yang dipikul. Subhanallah. Cukup berhikmah.
Sollu 'alanNabiy Mustofa!
Namun sahabat, juga tidak salah untuk kita berjuang menegakkan keadilan dalam gaya yang lebih lantang dengan cara demonstrasi demi Reformasi. Kerana cara itu juga sebahagian dari sunnah Rasulullah dan ikutan para sahabat bersandarkan keperluan.
Apabila hak rakyat dirampas, hukum Tuhan diperlekeh, suara marhaen disumbat, tangan dan kaki diikat..tiada siapa yang mampu menahan kezaliman ini. Maka seruan kebangkitan perlu ditiupkan bagi membangunkan jiwa-jiwa yang terlena.
Reformasi! Reformasi!
Kesimpulannya.. jika ada yang bertanya pada saya di mana pendirian saya dalam soal ini, saya hanya mampu menjawab saya memilih SELAWAT REFORMASI ataupun REFORMASI BERSELAWAT. Dalam lantan beReformasi, kita terus berSelawat memuji dan mengenang tokoh keAdilan sejagat umat Islam keseluruhannya.
Perbezaan itu biasa, ketaksuban dalam perbezaan itu binasa! dan teruskan berjuang, jangan berhenti berselawat.
Wallahua'lam.
~perisaimahkota
No comments:
Post a Comment