Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, July 24, 2010

Adik anak ibu!

Satu petang di sebuah pasar malam...


   Aku meneruskan perjalanan. Dari satu point ke satu point berikutnya. Dalam kesesakan orang ramai, aku mencari-cari destinasi persinggahan yang seterusnya. Banyak gerai-gerai yang menarik untuk aku singgah. Juadah yang dihidangkan pun, cukup untuk membuatkan pusat reseptor laparku beroperasi (ting-tong..hehe). Tapi memandangkan beberapa faktor penghalang, aku rancang untuk hanya membeli yang patut sahaja.

   Dalam keriuhan suasana pasar itu, gegendang telingaku telah disentuh oleh satu suara lembut si kecil. Pastinya suara itu realiti, bukan halusinasi. Ya, suara itu adalah suara budak lelaki dalam lingkungan usia 6 tahun. Mungkin sebaya dengan adikku. Kuperhalusi setiap bait-bait ayat yang terzahir dari lidahnya. Sambil tangan kanannya menarik-narik jari pejal ayah. Ayahnya pula sibuk memelih kuih yang ingin dibeli.

     "Ayah, adik nak mainan!" Rengek si kecil. Dia membahasakan dirinya sebagai Adik.

     "Yer...sabar, nanti kita beli la...adik tunggu la jap." Sifat kebapaan si ayah mampu memujuk Adik. Walaupun rengekan tetap diteruskan, suara Adik makin perlahan. Mungkin dia terbayang yang ayahnya akan membelinya nanti. 

     "Sabar la dik, nanti ayah belikan la. Adik kan anak ayah." Suara mak cik yang menjual kuih di gerai itu pula mencelah. Mungkin niatnya ingin membantu si ayah meredakan rengekan Adik. Tanpa mengenali watak sebenar Adik. Adik jenis tidak mengaku kalah.

     "Adik bukan anak ayah, Adik anak ibu...! Adik sayang ibu!" Jawab adik. Rupa-rupanya adik lebih berantai-rantai ideanya untuk sedia menjawab. Diserang kanan, mengelak ke kiri. Begitulah sebaliknya. Bukan senang nak pujuk si Adik.

   Bibirku membentuk senyuman. Lucu mendengar jawapan Adik. Tak kusangka ayat itu yang terkeluar dari mulutnya. Walaupun bibirku mengukir senyuman tidak sengaja, tapi dalam hati juah berbeza. Aku sudah terbahak-bahak ketawa. Nasib baik tidak diluahkan dalam bentuk zahir reaksi wajah.

   Rasa kesian pun ada. Apa lah nasib si ayah agaknya, setelah mendengarkan jawapan itu yang terkeluar dari mulut Adik. Apa pun bagi si ayah, ia adalah normal. Semestinya si ayah telah fasih dengan perwatakan Adik. Kasih sayang mereka tetap disimpul kemas dan tidak mungkin diganggu gugat.

Sudut Pandang Psikologi

   Dalam peringkat perkembangan kanak-kanak, rata-rata anak lelaki akan lebih cenderung kepada ibunya. Manakala anak perempuan akan kebih dekat kepada ayahnya. Ia suatu yang biasa, kerana ia adalah fitrah yang diciptakan Allah kepada manusia. Anak lelaki akan menjadikan ibunya sebagai tempat mengadu. Tempat bermanja, berkasih sayang, mencurah segala yang dipendam dan sebagainya. Akhirnya si anak akan membesar dengan sifat kelelakian yang sebenar.

   Anak perempuan pula, akan melantik ayahnya sebagai peneman setia. Di waktu senang dan susah, kebiasaannya akan lebih dahulu diadukan kepada si ayah. Nalurinya akan mencuba sedaya upaya meniru identiti ibunya supaya dia turut mendapat belaian manja dari ayahnya. Sehinggakan, kadang-kadang boleh timbul rasa cemburu si anak sekiranya dia melihat ibunya dipeluk mesra oleh si ayah. Dari jauh, si anak ini akan menjeling kepada ayahnya. Akan tetapi, sifat cemburunya pantas dipujuk oleh fitrahnya sendiri. Bahawa yang dipeluk itu bukan orang lain, tetapi ibunya jua. 


   Si kecil akan terus membesar. Pada peringkat inilah, menjadi peranan bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak ke arah yang selari dengan fitrah manusia yang sebenar. Jika anak comelnya adalah lelaki, maka ibu bapa sewajibnya mencorakkan sifat kesejatian lelaki padanya. Sekiranya perempuan, nilai-nilai dan sifat kewanitaan harus disematkan terus ke dalam dasar jiwa mereka.

   Pun begitu, dalam peringkat ini perlu di awasi tingkah laku si kecil. Kerana mungkin saja mereka akan terikut-ikut dengan tempat belaiannya. Jika anak lelaki, ada kemungkinan untuk dia menjadi seperti ibunya iaitu dengan perwatakan yang penuh sifat kewanitaan. Suka kepada pakaian yang bercorak-corak, wataknya lembut, suka kepada alat solek, minat berhias dan sebagainya. Begitulah sebaliknya bagi anak perempuan. Si ayah akan menjadi role modelnya, sehingga dia boleh terikut-terikut berpakaian dan berperwatakan bagai seorang lelaki.

   Teori perkembangan ini diasaskan oleh Sigmund Frued. Beliau adalah ahli psikologi berbangsa Yahudi. Walaupun banyak teorinya ditentang oleh beberapa ahli psikologi yang lain, namun kadang-kadang teorinya boleh diterima pakai sejajar dengan perkembangan manusia. Sigmund Freud menyatakan perkembangan emosi fizikal manusia boleh dibahagikan kepada 5 peringkat iaitu oral, anal, phallic, latency dan genital. Ingin saya tampilkan di sini adalah perkembangan emosi fizikal manusia pada peringkat phallic (falik).
Phallic (Falik)

Pada peringkat ini, ia melibatkan kanak-kanak yang berumur 3 hingga  6 tahun.  Ciri-ciri perkembangan emosi fizikalnya ialah mereka akan memperoleh keseronokan daripada organ kejantinaan. Anak lelaki akan lebih tertarik dengan ibu yang dikenali sebagai konflik oedipus.  Anak perempuan lebih tertarik kepada ayah iaitu konflik elektra.
Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula guna helah bela diri untuk melindungi dirinya daripada perbuatan yang telah dilakukannya.  Di samping itu, timbul keinginan untuk meniru pekerjaan dan tingkah laku yang diamalkan oleh ibu bapa dan orang yang berdekatan dengannya.


Dari Kacamata Syari'at


   Apapun teori yang cuba dikemukakan, jika aturannya bertepatan dengan syari'at dan akhlak Islam yang betul, si anak akan membesar dengan sifatnya yang sebenar. Tidak mungkin berlakunya kecelaruan identiti. Maka, kemungkinan juga tidak timbullah istilah pondan ataupun pengkid. Namun, jika ada juga lelaki 'lembut' dan wanita 'perkasa', jangan pula terus menyalahkan ibu bapa. Kemungkinan pada peringkat remaja mereka tersalah memilih kawan. Dengan sebab itu, songsanglah jadinya.
Sabda Rasulullah bermaksud: Setiap anak yang di-lahirkan adalah dalam keadaan bersih melainkan dua orang tua-nyalah yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadikan Yahudi atau Nasrani atau Majusi. (riwayat Muslim dan Baihaqi)
       Daripada hadis di atas kita dapati peranan ayah dan ibu adalah amat besar untuk melahirkan anak-anak berperibadi dan berakhlak mulia. Anak-anak berada di sekolah kira-kira tujuh jam sahaja sehari. Dalam masa tersebut anak-anak berada di bawah pengawasan guru. Baki 17 jam lagi dalam hari tersebut, anak-anak berada di bawah penjagaan ibu bapa masing-masing. Sesungguhnya, anak yang masih kecil mudah dibentuk sesuka hati seperti halnya dengan tepung. Seorang tukang kuih yang sedang memegang tepung, sanggup membentuk tepung itu sesuai dengan kehendaknya. Begitu jugalah keadaan anak yang masih kecil. Dia masih mudah dibentuk, sama ada untuk dijadikan orang baik atau orang jahat.

   Inilah tugas berat yang perlu dipikul oleh setiap ayah dan ibu. Bukan hanya dengan memberi tempat tinggal, makan minum, cukup pakai dan sebagainya. Tetapi didikan agama adalah yang utama. Matlamat hidup insani yakni mengenal Allah perlu diletakkan sebagai modus operandi yang terpenting antara yang terpenting dalam membentuk peribadi anak-anak. Sebab, kelak ibu bapa akan ditanya atas segala yang telah kita laksanakan sepanjang hayat.


   Sekiranya asuhan untuk anak-anak dimanfaatkan sebaik mungkin sealur dengan ajaran Islam, maka akan terbentuklah generasi akan datang yang fikir dan zikirnya hanya ke arah Islam. Justeru, terbinalah sebuah Bait Muslim yang menjadi tempat latihan bagi Mujahid dan Mujahidah sejati bagi merealisasikan sebuah Dunia Baru Islam. Inilah impian kita!

   Didikan awal kepada anak-anak adalah bermula dari sebelum menjejakkan diri ke alam rumah tangga. Bagaimana? Bagi lelaki, jika sudah menaruh azam dan bersedia untuk mendirikan sebuah Bait Muslim yang indah, perlulah persiapkan rohani dan jasmani bagi menjadi lelaki yang Soleh. Begitu juga dengan wanita, mesti memperindahkan diri menjadi wanita Solehah. 


   Yang paling penting adalah, persiapkan diri dengan ilmu, iman dan amal. Seterusnya bagi lelaki, jalan terbaik adalah memilih bakal zaujah yang juga 'umie' kepada anak-anaknya nanti yang tinggi ilmu dan akhlaknya. Kerana dialah penyeri kepada sesebuah rumah tangga. Semoga dengan bekalan ilmu yang cukup dan amal yang mantop, mampu untuk kita mendidik anak-anak ke arah yang terbaik. Jadikan kita sebagai contoh teladan bagi perjalanan hayat anak-anak di masa akan datang. Hidup kita ceria, hidup mereka pun lebih bahagia.

   Akhirnya, Sambutlah seruan Ilahi tika sampai saatnya. InsyaAllah, segalanya indah bagi sama-sama kita beroleh Mahabbah (Cinta) dan Mardhatillah (Redha Allah).



Sumber rujukan:
  1. http://khairi25.wordpress.com/2009/07/20/faktor-faktor-perkembangan-dan-pertumbuhan-individu/
  2. http://epondok.wordpress.com/2010/05/25/anak-amanah-allah-kepada-kita/

~perisai mahkota

1 comment:

Anonymous said...

Poverty is not a shame, but the being ashamed of it is.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails