Eh, korang pernah dengar tak pepatah ni?
Ilmu yang kita miliki diibaratkan hanya setitis air di lautan ilmu Allah.
"Aduss... sikit giller. Setitis jer? Kalau bertitis-titis tu boleh tahan lagi..
Selama ni, aku rasa dah banyak ilmu yang aku ada.. Mana taknyer? Sekarang dah hampir mencecah 22 tahun. Dah tentu-tentu banyak ilmu yang aku dapat. Sepatutnya, pepatah tu sesuai untuk budak tadika jer la..tak sesuai pun untuk aku.."
Bunyi cam kerek jer kan ayat nih.. Tapi, itulah kenyataannya. Tak keterlaluan kot kalau aku cakap, sebahagian besar dari kita pernah atau sedang memiliki 'suara hati' yang bermonolong seperti di atas.
Kalau tak..alhamdulillah la.. Maknanya, korang bertuah kerana terselamat dari fitnah. Yup, fitnah dalam menuntut ilmu. aik..dalam menuntut ilmu pun ada fitnah jugak ea?
Yer..ada. Fitnah ni kat mana-mana pun ada. Tambah-tambah pulak di era akhir zaman nih. Rasulullah sendiri pernah mengingatkan, bahawa sebelum kiamat akan hadir suatu zaman yang penuh dengan fitnah. Inilah zamannya. Macam-macam ada... Bagi yang lelaki, kita takkan terlepas dari fitnah ' 3 Ta '.. Maksudnya..
1) Harta,2) Wanita, dan..3) Takhta.
Okeyh.. itu tentang fitnah. Kembali kita sembang-sembang tentang ilmu.
Sebenarnya, aku tak pandai nak ulas banyak-banyak. Sebab aku tak banyak pun bekalan untuk dikongsi. Setakat tulis yang merapu meraban, itu ok la. Sebab tu dah memang kerja aku. hehe.. Kalau nak citer tentang hal-hal keagamaan yang memerlukan dalil naqli dan hujjah 'aqli para ulama', itu bukan tahap aku.. so, kalau ada sebarang kemusykilan dalam tulisan aku ni, korang kena lah ringan-ringankan kaki dan mulut untuk bertanya direct kepada ustaz atau ustazah.
Cuma, disebabkan ada sikit sebanyan cebis ilmu yang aku dapat-dapat dari orang, aku sampai-sampaikanlah kat sini..tak lain untuk manfaat bersama. Sebabnya, dah memang jadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk menyampaikan apa sahaja (dari Rasulullah) walaupun sekadar sepotong ayat.
Berbalik kepada pepatah yang berkait dengan ilmu diatas.. ada satu persoalan yang perlu kita rungkaikan. Soalan tersebut berbunyi..
'Secara hakikatnya, adakah setitik ilmu di lautan itu adalah milik kita?'
Jawapannya adalah..tidak! Aik..apesal tidak plak? Sebabnya jari yang kita gunakan untuk mencelup air dalam lautan itu juga adalah termasuk dalam ilmu Allah. Jasad kita, roh kita.. tangan, kaki, tubuh badan..semuanya adalah ilmu Allah. Tanah, pasir, bukit bukau dan alam yang kita tinggal sekarang ni pun semuanya tersimpan di dalam rahsia ilmu Allah. Bererti, ilmu Allah bukan hanya seluas lautan, tetapi merangkumi seluruh alam.. - Langit, bumi dan di antara kedua-duanya -
Kalau itu macam.. sebanyak manakah ilmu kita yang sebenar-benarnya?
Sudah tentulah jawapan yang kita dapat, 'tak ada apa-apa melainkan Allah sahaja'. Segala kehidupan yang baharu, hendaklah kita nafikan seluruhnya..manakala yang hanya WUJUD dan yang sebenar-benar WUJUD adalah Allah SWT. Sedangkan kewujudan kita dan alam ini hanyalah fana' semata-mata. Sampai masa ia akan musnah, dan tidak ada satu pun makhluk yang akan kekal sampai bila-bila..
Aduss...selama ni aku salah.. Aku sombong dengan ilmu yang aku miliki sedangkan semua itu milik Allah SWT. Selama ni jugak aku tersangatlah bangga dengan kecantikan dan 'kekiutan' rupa paras..tapi baru aku sedar yang semua tu akan musnah suatu masa nanti. Harta, pangkat dan wanita yang aku miliki sekarang hasil dari penat lelah aku, semuanya tidak bernilai di sisi Allah SWT.
"Wahai anak Adam!.. Masihkah berbangga dengan cebis ilmu yang dipinjamkan kepadamu? Masihkah sombong hingga tega mendabik dada? Masih pantaskah kalian menjatuhkan hukuman kepada saudara sendiri sedangkan kuasa mutlak hanyalah milik Allah? Masihkah angkuh berdebat dan berbahas demi menunjukkan di hadapan orang ramai, bahawa aku lah yang hebat? Insaflah...selagi masih punya waktu."
Ya, Ilmu itu harta yang paling berharga.. tetapi jika tersalah mengaplikasikannya, ia takkan mendatangkan apa-apa manfaat sebaliknya mengundang kemurkaan Allah SWT.. na'uzubillah... ~_~ Oh, mudahnya aku tertipu..
wallahua'lam..
~perisaimahkota
10 comments:
berkongsi ilmu yang sedia ada dgn orang lain, insya allah akan lebih berkat nya bukan..
nice info :)
thanks for sharing..
Kerana itu dala mmenuntut ilmu kita harus berniat kerana Allah s.w.t. Baru ia menjadi ibadah dan mendapat pahala. Kalau menuntut ilmu kerana ingin mendapat pekerjaan yang baik, pangkat dan wang ringgit itu sudah menjadi salah.
Assalamualaikum...
tuntut ilmu biarlah dgn niat kerana Allah.
happy blogging :-)
regards,
BLADE EDGE
tapi skrg ni
most of kita kejar
3 TA itu... huhu
Miszy Dian: ur welkem.. smoga same2 dpt ambil mnfaat.
Miss Tira: eyup.. kmbali prbetulkan niat..hanya krn Allah. ^_^
Blade Edge: Mekaseh satriaku!! hehe.
Shamsuddin Amin: Aku pn msih terkejar2 kpd 3TA itu.. mmg bhy! ~_~
: mekaseh atas info . memang patut bkongsi tentang ni , ramai y masih buta & berlagak seperti tahu hampir semua perkara :)
renung renungkan dan selamat beramal! hehe
Menuntut ilmu dengan Nawaitu yang salah akan membuatkan kita cerdik tapi tidak berakal... Sebab tu, ramai yang sombong dengan ilmu yang dimiliki. Padahal itu pinjaman semata-mata. Bila-bila masa jer boleh Allah ambik... Macam mana? Kematian... Manusia yang tidak mengingati mati yang pasti akan lalai dalam kehidupan dan sebab tu ramai yang terkejar2 3'TA tu...
Yang penting.. jadikan ilmu sbagai pelita hidup.. jaga leklok. Jangan plak kita yg padam api pelita tu..
klau trpadam.. mula meraba2.. tu yang jalan tunggang langgang tuh..huhu
Post a Comment