Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, April 16, 2011

Masa untuk Rehat & Rawat


Assalamu'alaikum..
Diharapkan semuanya sihat-sihat ajer lah yer..

Blogging ni kadang-kadang macam sebuah perjalanan yang panjang. Nak kena singgah sana, singgah sini. Terjah sana, terjah sini.. Jadi perjalanan ni memang jauh. Kalau ditanya kat mana penghujungnya, kompem tak tahu nak jawab macam mana. Macam takder penghujung gitu la..

Sumpah aku cakap, dunia blogging memang best sebab banyak benda yang kita boleh kongsi-kongsi walaupun bentuk komunikasi hanyalah secara bertulis. Aku istilahkan tulisan-tulisan dalam blog ni seperti 'karya maya'..(macam nama heroin hindustan la plak) ..hehe. Ia wujud, tapi tidak boleh dipegang..

foto dr En.Google
Sebelum aku melalut entah kemana..lebih baik aku straight to the point. 
Sebenarnya, aku nak berehat sekali lagi dari berblogging ni untuk jangka waktu yang tak tahu berapa lama. Wallahua'lam. Mungkin lama.. mungkin kejap jer. Tengok keadaan lah nanti macam mana. Ternyata, fikiran aku perlu direhatkan dan dirawat untuk sementara waktu. Hi-way panjang pun ada R&R, inikan pula perjalan dunia blogging yang takder penghujung.. 

Bukan apa.. sebenarnya, pengajian aku dah nak sampai ke penghujung semester 5. Dan buat pengetahuan, sekarang adalah penempatan klinikal (Klinik / Wad Orthopedik) yang terakhir sebelum aku kembali ke kolej bagi menguruskan macam-macam hal lagi berkaitan kolej. Exam pun dekat dah... HSR lagi.. ayoyo... memang banyak!

Tapi itulah dunia realiti yang sebenar-benar realiti. Lebih banyak dugaan dan cabaran berbanding dunia blog.
So, aku mintak diri untuk beradu dulu la yer. Nanti korang janganlah lupakan aku. Kalau ada masa singgah lah ke blog ni selalu untuk jenguk-jenguk entri yang lepas-lepas. InsyaAllah, ada manfaat yang boleh kita kongsikan bersama. 

Satu lagi.. jangan lupa untuk singgah ke blog PM Corner. Blog 'bayi' yang baru jer lahir beberapa hari. Sebagai tempat untuk saling tolong-menolong antara yang memerlukan. wallahua'lam..

Kalau sempat online, aku akan terjah ke blog korang. So, sudi-sudilah untuk terus komen di mana-mana entri di blog ini bagi memudahkan aku untuk menjejak lokasi korang..hehe. "Korang komen aku, aku komen korang. Korang follow aku, aku follow korang." Biar la orang nak cakap istilah ni tak boleh dipakai, tapi bagi blogger newbie macam aku.. aku suka berbalas-balas macam ni. Kata orang.. 'orang memberi kita merasa'. Maksud merasa bagi aku, adalah membalas pemberian orang dengan turut memberi. 

amboi3.. hehe~

So, jumpa lagi di lain siaran.. 
Korang semua adalah terbaik bagi aku!! ^_^
(serius aku akan merindukan dunia blogging nih..)

Assalamu'alaikum.. isk3~


Yang bersedih.., ~_~

-Perisai Mahkota- 

21 comments:

Fizalinolie said...

Ok... Apa2 pun Hafriz, akak doakan semoga awak berjaya. Good luck yer. Mana boleh lupa. Heee

MiSzy DiaN said...

dahh sem 5? semoga berjaya yaa..
nati daa selesai belajar, boleh laa berblogging mcam besa :)

Amer Nasri said...

cepat2 la kembali tulis ye iklil . dan semoga sama2 berjaya final nnti . :)

Miss Tira said...

Berehat tak apa jangan bersara pula. Sebagai seorang penulis kita kena terus menulis. Biar apa orang kata janji kita menulis. Semoga berjaya Hafriz. :)

Brilliant Marjan said...

mencari sebuah hadiah utk kebanggaan diri & keluarga tu lg penting..yg lain tu sampingan je..so tak perlu sedih..org kata utamakan yg utama dahulu..apa2 semoga berjaya & teruskan usaha utk b'blog.. =)

Midz H said...

all the best..btw,totally entry2 kat sini sy dah redah..mmg best.. gud luck ya in study..then jgn lupa teruskan menulis bila dh selesai semua urusan..:)

bunga said...

good luck..semogo ALLAH mempermudahkan segala perjalanan..

WanFadhilah said...

good luck!

Firdaus Kasim said...

selamat ber R&R ya.. hehe

Entri terkini :
Apakah Syarikat Pengiklanan yang Sesuai Pada Blogger Baru

Zik said...

selamat berehat bro... hehe...

Nur Liyana said...

aik??cos apa nie???
yana baru je kenal blog nie..
hehehe
medic????

Henry Zackery said...

rehat je.. jgn lupa blogging ye :)

Kenapa Mereka Bersalah ?

amny said...

saya dah pon berehat dari bebelog 2 harii....

otak dah jemm! asyik meghadap lptop sebelum nii..^^

IntanBerlian said...

huhu gudluck! dunia blogging ni sangat indah. dunia cyber kite bertukar rasa dan buah fikiran.. tak pernah bosan sebab sentiasa ada yang baru.. jadi hanya orang yang suka berblog faham akan perasaan itu =D

Shamsuddin Amin said...

btul tu...
byk bende kite leh share...

jgn sedih2 lo...^^

Dinas Aldi said...

All the best yeh!

Henry Zackery said...

dah update inform dalam komen entry terbaru aku :)

[ VIDEO ] Mesti Tengok

Zai Hamzah said...

alhamdulillah..dh sem 5 rupanay...moga berjaya yep..
allllooooooooooo..xbest r gini...xmo sedih3 ea..t ada masa boleh berbloging..yg penting sekarang study betul2..kejayaan yg akan menentukan segala2nya..kamu boleh..& kamu hebat..Good Luck dear pren~

Hanif Rosli said...

hek eleh...nk sdeh bakpo gak...henset ke ado...dunia canggih doh loni..atah kito jah guna...

toyolkiut said...

emm..
entry yg mengharukn..
TK paham, student lg kn..
do the best..
cuti2 nnti dtg la jmpe TK..
kita kn berjiran..
hehe..

BuDaK PeGheLiH said...

gud luck yer utk exam awk.. smoga d prmudahkan sgala urusan :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails