Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Tuesday, July 20, 2010

REALITI vs FANTASI : PARANORMAL vs PSIKIATRI

Salamullahi'alaikum...

            Situasi perbualan kali ini, sewaktu hujan lebat dan guruh di langit saling bersambut. Saya duduk menghadap seorang pesakit psikiatri di dewan makan Wad Kemasukan Lelaki, Hospital Bahagia Ulu Kinta. Tujuan saya hanya ingin mengorek kisah hidupnya bagi menyiapkan ‘case clerking’ (MSE-Mental State Examination). Tugasan ini wajib disiapkan bagi setiap pelatih.

            Sesi soal jawab bermula. Soalan demi soalan saya ajukan, maka jawapan demi jawapan saya perolehi. Selang beberapa ketika, lidah saya terhenti sejenak menandakan otak sudah kehausan idea untuk bertanya. Tiba-tiba, pesakit tersebut pula yang mengambil alih tugas saya. Kini, dia yang banyak bertanyakan soalan...

            “Awak faham tak makna dari suara guruh tu?”, dengan yakin pesakit itu bertanyakan soalan. Diikuti jari telunjuknya mengarahkan ke langit.

            “Maaf, saya tak faham...maksud abang?”, jawab saya ragu-ragu.

            “Ye lah, guruh kan ada bunyi...bunyi-bunyian itu mengandungi maksudnya tersendiri, awak faham tak apa yang guruh tu cakap??”, dia menjelaskan soalannya.

            Saya terdiam seketika. Cuba mengerti apakah point sebenar yang ingin dia ceritakan. Baiklah, saya nekad untuk mendapatkan jawapan. Saya bertanya...

            “Kenapa? Abang faham ke suara-suara tu? Guruh tu cakap apa?”.
Sambil tersenyum, dia mengangguk dan yakin menjawab.

            “Abang faham...sebab abang dianugerahkan kelebihan itu. Suara guruh tu suruh kita diam, sebab rahsia abang sudah terbongkar”.

            Saya hanya mampu tersenyum, spontan. Sedikit timbul rasa ‘takut’ tetapi cuba dikawal sebaiknya. Terdetik juga dalam hati, sama ada ingin percaya atau tidak. Dari kuliah-kuliah Perubatan Psikiatri yang pernah saya ikuti dalam kelas, keyakinan mereka (pesakit mental) hanyalah PERSEPSI SALAH. Dengan erti mudah, otak mereka salah mentafsirkan sesuatu kepercayaan.

Saturday, July 17, 2010

Kasih ibu Sampai Syurga

Salamullahi'alaikum...

   Jam 12 tengah hari menunjukkan waktu makan bagi pesakit psikiatri di Wad Kemasukan Lelaki (WKL). Semua pesakit bergegas ke dewan makan untuk menyantap hidangan tengah hari. Bermacam gelagat yang kami lihat. Ada yang tidak sabar mengambil makanan, dan ada juga yang lambat-lambat pergerakannya (cool jer...). Suasananya hampir sama dengan hari-hari sebelumnya. 

   Tiba-tiba kami terkejut. Terdengar suara seseorang menangis teresak-esak. Seakan suara kanak-kanak degil yang menangis setelah baru saja dipukul oleh ayahnya. Saya mencari-cari suara itu. Rupa-rupanya suara itu dari seorang pesakit. Abang Ayie (bukan nama sebenar) bersungguh-sungguh menangis seperti menyesali dosa besar yang pernah dilakukan dulunya. Kami mendekatkan diri untuk bertanyakan sebab mengapa dia menangis.

"Abang, makan la... kenapa nangis ni?" tanyaku memujuk.

   Dia tidak menjawab. Hanya menggelengkan kepala dan menyambung tangisannya. Kini semakin kuat. Kami cuba sedaya upaya memujuknya untuk makan, tetapi dia menolak tray makanan kepada sahabat di hadapannya. Matanya mula merah, pipinya dibasahi titis-titis penyesalan. Tanpa ingin mengganggu, kami sekadar memerhati kelakuannya. Tetap sama, tetapi...

"Aku rindu mak, aku dah lama tak balik jumpa mak. Korang tau dah 3 tahun aku tak jumpa mak..." keluhan ini yang sempat kami rakam ke dalam benak fikiran masing-masing. 

   Tangisan diteruskan, sehingga pujukan kami langsung tidak diendahkan. Kami sedikit tercengang dengan situasi yang berlaku tengah hari ini. Betulkah Abang Ayie menangis? Abang Ayie adalah seorang pesakit paling ceria yang pernah kami jumpa. Waktu lapangnya diisi dengan nyanyian-nanyian yang menghiburkan. Suaranya amat kuat sehinggakan satu blok WKL boleh dengar suaranya. Dia juga suka bercerita. Satu yang kami tanya, berpuluh-puluh jawapannya. Masuk saja waktu solat, dia akan Azan dengan penuh perasaan dan suaranya dikerahkan seluruh tenaga. 

   Tetapi kali ini, jendela-jendela keceriaan itu seakan-akan tertutup rapat. Langsung tidak memberi peluang kepada cahaya kebahagiaan untuk meresap masuk ke dalam jiwanya. Kesedihan yang teramat dapat kami rasakan. Dia beredar dari dewan makan. Makanannya langsung tidak disentuh kecuali sesuap tembikai sahaja. Dia menyisihkan diri di belakang dinding, dan meneruskan rintihannya di situ. Dengan harapan, ibunya mampu mendengar suara hatinya.

   Sepuluh minit berlalu, dia perlahan-lahan berjalan mendekati kami yang waktu ini sedang berada di kaunter pejabat. Di palang kayu, disembamkan mukanya rapat. Kami sedar, mood untuk Abang Ayie menyanyi datang kembali, tetapi lagu kali ini lain ceritanya. Lisannya hanya mengalunkan lagu-lagu tentang kasih suci seorang ibu. Air mata yang mulanya hanya bergenangan di kelopak mata, kini bercucuran mengalir. Hebat tangisannya. Tafsiran perasaan yang cukup mendalam sehingga mampu menyerlahkan keadaan sedemikian.

   Saya yang memandang tepat pada matanya, pun merasakan turut diheret bersama ke dalam dunianya. Aku juga hampir-hampir mengeluarkan air mata, tapi berjaya di kawal. Dunia lampau yang cukup memeritkan. Amat sedih untuk diungkap. Saya hanya boleh membayangkan apa yang difikirkan oleh Abang Ayie, tetapi perasaan yang sebenar hanya dapat dirasai oleh dirinya sendiri. Aku hanya mampu melihat wajah itu. Wajah penuh penyesalan. Gayanya tak ubah seperti watak isteri kematian suami yang dilakonkan oleh Fauziah Nawi dalam cerita 'Bertaut di Jabal Rahmah'. Tidak ada siapa pun yang boleh menghentikan tangisannya.


Friday, July 16, 2010

Masjid : Mahligai Yang Disisihkan

Salamullahi'alaikum...

   Pita rakaman memori kembali memutarkan kisah-kisah lama. Saya masih terkenangkan suasana sewaktu berhimpun bersama keluarga di kampung (Rengit, Batu Pahat, Johor). Hampir seluruh sanak saudara waktu itu berkumpul di ruang tamu rumah arwah Atok Bak. Kami berkongsi-kongsi cerita diselang dengan gelak tawa ceria.



   Pok Teh yang biasanya akan menjadi Penglipur Lara mengemudi acara. Selepas kisah demi kisah, Pok teh memanjangkan sembang-sembang malam dengan menimbulkan satu idea yang cukup menarik. Dia mengajak bermain teka-teki. Maka mulalah berbalas-balas soalan antara kami. Antara dialog teka-teki yang masih aku ingat sampai sekarang (ingat-ingat lupa)...



Pok teh : Bangunan apa yang paling tinggi di dunia?

Kami : Affiel Tower, WTC, Menara KLCC...bla bla bla (hentaman demi hentaman jawapan).

Pok Teh : Salah! Salah dan semuanya salah! Hehe...

Kami : habis...ape jawapannya Pok Teh??

Pok Teh : (sambil tersenyum) jawapannya adalah... MASJID.

Kami : Kenapa masjid? Masjid kan rendah jer...

Pok Teh : Sebab, cuba korang semua tengok kat kubah masjid. Bukankah ada bulan dan bintang? Sebab tu la masjid yang paling tinggi. Mana ada bangunan kat dunia ni yang tingginya boleh sampai mencecah bulan dan bintang... hehe...percaya tak??

Kami : ooo...  hahahaha... (gelak disambung-sambung menjadikan suasan bertambah riuh).

   Selepas itu, permainan diteruskan lagi. Bermacam-macam soalan diajukan dan berbagai-soalan yang dijawab. Entah betul entah tidak. Tapi, semuanya telah menjadi kenangan. Selepas arwah Atok Bak dan Atok Mak dipanggil mengadap Sang Khaliq, segalanya telah berubah. Aku amat rindukan suasana meriah itu. Apatah lagi, tika takbir raya sayup-sayup kedengaran. Ya Allah...aku rindukan semuanya...

“Al-Fatihah buat Arwah Atok Bak dan Atok Mak”, semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama para Solihin. insyaAllah...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails