Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Sunday, April 6, 2014

The Hunger Games.. Terbaikkk!

Kediktatoran hanya akan goyah pada satu perkataan... iaitu 'KEBANGKITAN'..

Itulah yang dapat disimpulkan mengenai sebuah filem yang aku tonton semalam. The Hunger Games dan sambungannya The Hunger Games : Catching Fire. Dua movie sekali khatam.

The Hunger Games ditayangkan pada 2012 kemudian sambungannya pada tahun lepas, 2013. Tapi macamana aku boleh tak tahu kewujudan filem ni. Ye lah...mungkin sebab aku bukan kaki wayang. Dan tak suka tengok movie sangat..hihi. 

Bagi siapa-siapa yang cintakan kedamaian, memang wajib tonton filem ni. Filem ni sebenarnya fiksyen jer, tapi disebabkan nilai besar yang ada dalam filem ni membuatkan ia berharga.

Kisah tentang 'negara' masa depan yang telah didirikan di atas sebuah tapak peperangan. Kejam. Diktator. Tiada perikemanusiaan. Namun, disebaliknya ada kisah sebuah keluarga yang hidup dalam penghambaan namun teramat cintakan kedamaian.

Sehinggalah si kakak (Katniss) telah terpilih bagi menyertai sebuah permainan santapan para pembesar negara. The Hunger Games. Siapa yang hebat akan menang, manakala mati adalah hadiah mutlak buat yang kalah.

Rupanya Katniss mempunyai aura tersendiri. Beliau bukan sahaja hebat dalam seni memanah, malahan turut digelar Hero Keamanan. Simbol keamanan yang dibawanya telah membangkitkan semangat buat seluruh rakyat jelata.

Tercetusnya KEBANGKITAN!

Dipendekkan cerita, kesudahan The Hunger Games : Catching Fire lebih suspen. Apa yang berlaku pada capitol? Bagaimana dengan nasib Presiden Snow? Apa yang jadi pada Peeta? Ishhh..memang suspen.

Sebelum berakhir saya nak kongsikan satu kata-kata keramat yang terselit pada filem ini, "Remember Who The Enemy Is". fikirkan dalam skop dunia akhir zaman.

Ok.. cukup setakat ni. Aku tak sabar giller nak tengok sambungan seterusnya..

Akhir sekali.. Diingatkan! Kemungkinan dunia akhir zaman ini juga sedang digerakkan oleh Tangan Ghaib yang mencaturkan sebuah 'GAME'. Siapa yang percaya pada Kebangkitan Umat, dia yang akan menang. 


Sekian.


~perisamahkota


1 comment:

Ismail N said...

Welcome to the club, saudara. Sama2 kita tunggu kemunculan Hunger Games 3 - Mockingjay Part 1 hujung tahun ni ya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails