Siapakah aku?
Aku mengerti, diriku adalah si kerdil ciptaan Allah. Bukan menafikan kehebatan ciptaanNya, tetapi kekerdilan ini melambangkan aku ini hamba. Hina penuh nista. Sedari alam roh, aku dianugerahkan bermacam-macam nikmat. Sehingga direhatkan di alam rahim ibuku sebelum mengerah keringat berpenat lelah di alam dunia.
Sehingga di pertengahan jalan. Aku merasaka Dunia ini amat besar bagiku tanpa aku sedar alam Akhirat lebih besar. Maka dengan nikmat dunia yang terasa besar ini membuatkan aku aku leka bercanda. Aku mengaut sebanyak mungkin kekayaan, aku merosakkan sesama makhluk, aku mengkufuri nikmat Tuhan. Kelalaianku kian menjadi seiring dengan bertambahnya usiaku. Hubunganku dengan Allah entah ke mana bahkan hubungan sesama insan aku persiakan.
Perintah Tuhan jadi ukuran. Segala apa yang aku lakukan di alam dunia ini adalah tertaktluk pada aturanNya. Pertamanya aku wajib percaya bahawa yang menjadikan Dunia ini adalah Dia, dan Dia jua lah yang menjadikan alam yang selainNya. Lebih dari itu bukan hanya pencipta, tapi jua mengatur segala gerak kerjanya.
Jika di alam dunia, adanya alam semesta. Langit dan bumi asas penceritaannya. Dijadikan malam waktu untuk melepaskan segala penat setelah seharian penat bekerja membanting tulang. Namun selang masa yang diberikan, mengarahkan jasad mengabdi diri pada Sang Pencipta. Manakala setiap masa menginginkan manusia berfikir dan terus berzikir.
Setiap manusia sama jalan ceritanya, cuma perbezaan itu mengikut keadaan-keadaan tertentu. Begitu juga denganku. Hidupku sebagai si kerdil terikat dengan undang-undang Tuhan yang telah digubal sekian lamanya. Jika itu yang manusia lain perlu akur, aku jua sama. Aku diarahkan supaya menjaga hubungan antara diriku dengan Allah, hubunganku dengan manusia lainnya dan selebihnya hubunganku dengan alam.
Tapi aku sering mencipta kekalutan. Nafsu sering mengarahkan agar melakukan kejahatan. Hati-hati insan di sekelilingku, aku robek-robek dan ku carik sesuka hatiku. Tegar aku melakukan sekejam itu tanpa langsung rasa bersalah. Buas bagai binatang liar membaham mangsa. Siapa lalu di hadapanku, akanku terkam hingga cukup tinggal sisa.
Namun, setelah melakukan kerosakan itu, aku tunduk. Aku menyesali segalanya. Khilafku teramat banyak sehinggakan guni bekalan yang ku bawa di awal perjalanan, kini penuh dengan dosa. Pun begitu, aku masih mengulangi kesilapan sama kemudian kembali menyesal. Aku ulang dan terus mengulanginya. Tapi dalam lubuk hati yang paling dalam, aku benar-benar ingin lari kekaluan ini. Aku ingin mejadi insan yang benar-benar mengerti hakikat diri. Aku ingin keluar dari dosa-dosa ini. Astaghfirullah...
Oleh itu, jelas aku perlu berubah! Bukan berubah menjadi yang lain. Tapi aku perlu berubah dari diri yang lain menjadi diriku. Baru aku sedar, selama ini aku menyimpan diri orang lain dalam diriku. Aku tidak menjadi aku sebagaimana yang aku mahu dan sepertimana yang Tuhan arahkan. Aku terlalu mengikut rentak Dunia. Aku tersangat mengikut rentak nafsu. Sehinggakan aku terlena dalam dosa ciptaanku.
Ya, Allah...
Tiada yang lain yang ku harapkan melainkan pengampunanmu. Aku juga berdoa agar insan yang telah kucalari jasadnya mahupun yang kucarik isi hatinya, dianugerahkan ketenangan berpanjangan. Semoga berbahagia di dunia lebih-lebi lagi di akhirat sana. Amiin..ya Rabbal 'alamiin...
Duhai Teman, Maafkan aku...
Ampunilah segala dosa yang telah ku lakukan padamu...
~perisaimahkota

No comments:
Post a Comment