Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Saturday, November 6, 2010

Jika benar aku bersalah...

Salamullahi'alaikum...
Warkah khas ini ku tujukan buatmu, bakal teman setia hidupku.

Ya Allah, aku memohon ampun sekiranya kata-kata yang bakal kugarapkan ini bisa menghiris hati mahupun membelit ruang rasa seseorang insan. Maha suci Allah, dengan kelemahan sifat makhluk ini, aku hanya berharap Engkau bisa menjaga setiap penjuru lisanku agar tidak terjatuh ke ruang nafsu. Paling gusar buat hatiku adalah amarah. Na'uzubillah... Ya Allah, Tuhan Yang Maha membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku agar senantiasa thabat di atas jalanmu..

Duhai insan yang telah mencuri hatiku,
Maaf jika kisah semalam membuatkan air matamu sukar untuk dihentikan. Sejujurnya aku katakan, itu bukan maksudku. Tiada pernah sekalipun terlintas di hatiku untuk menyakiti jasadmu, apatah lagi Hatimu.

Duhai penawar resahku,
7hari berlalu, hatiku masih resah. Sukar untukku menerima takdir yang telah ditentukan ini. Memang sakit dan penawar itu hadiah dari Allah. Tapi amat payah bagiku memujuk diri ini saat diri sebegini lemah. Lemah yang teramat. Aku cuba bangun dari runduk kekerdilan itu, namun percubaan itu sering gagal. Lalu aku membiarkan ia berlalu, pergi menemui mimpi...mengharapkan masa mengubat kegalauan rasa.

Duhai bidadariku,
Seusia masa yang berlalu. Kita makin mengenal antara satu sama lain. Ikatan perkenalan ini dibuat bukan semata-mata meraih cinta biasa, tapi sebagai persiapan menuju alam bahagia yang 'luar biasa'. Maka benarlah kata mereka, saat ini ujian itu datang bertimpa. Ya, aku cemburu dengan kisah hidupmu. Aku cemburu dengan siapa yang pernah hadir dalam hatimu. Aku cemburu...namun pada apa untuk ku letakkan rasa cemburu itu, aku sendiri tidak tahu.

Namun setelah aku berfikir panjang. Aku merasakan bahawa aku terlalu bermain dengan perasaan. Cemburuku melebihi paras bahaya. Maafkan aku sekali lagi, bukan niatku untuk membiarkan aliran deras membasahi pipi halusmu. Aku terlalu mengimpikan kesetian, sedangkan diriku bukan sempurna seperti setianya Rasulullah pada Khadijah.

Teramat bodohnya aku kerana membiarkan bujukan nafsu ini mengatasi imanku. Ya Allah...ampunkan aku kerana telah melakar gurisan halus di hati si dia. Tetapkanlah janjiku agar aku tidak lagi membuatkan hatinya menangis.

Duhai sang Puteri,
Aku akui, aku bersalah. Aku terlalu memikirkan soal diri yang belum pasti. Hidup dan matiku hanya dalam kuasa Allah. Sebenarnya, bukan aku menafikan kekuasaan itu, tapi aku takut jika aku tidak mampu membahagiakan dirimu. Aku takut jika aku tidak mampu menghadiahkan Balqis yang bebas dari masalah yang ada pada diriku. Aku khuatir, hidupku tidak lama bersamamu.

Bukan niatku untuk melepaskan ikatan ini. Tapi keresahan yang mambalut diri membuatkan aku bertindak seakan melarikan diri. Namun hakikatnya, aku sakit saat meluahkan perasaanku. Ternyata aku telah membohongi diriku. Aku berdosa pada diri sendiri. Astaghfirullah...

Duhai insan yang pernah berjanji setia dengan diriku,
Maafkan aku. Aku tidak mampu menagih kesetiaan darimu. Telah terzahir dirimu menjadi pujaan ramai insan di luar sana. Walaupun aku cuba menguatkan diriku, tapi rasa cemburu tetap bermain di fikiranku. Ya, aku juga punya teman sepengajian dari kaum jantina yang berbeza, tapi dihatiku mereka cuma kawan biasa. Maafkan aku jika kerana dialog aku dengan mereka membuatkan dirimu cemburu....

Maafkan aku... semoga Allah terus menjaga Hatiku untuk terus setia padamu sehingga termeterainya sebuah ikatan janji setia. Yang tulus lagi suci. Berhenti di sini dahulu...semoga ada kelapangan masa untukku di kemudian saat dan ketika. InsyaAllah...


~perisai mahkota

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails