Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Friday, November 19, 2010

Rindu Hamba

Salamullahi'alaikum...

     Perkongsian kali ini adalah luahan rasa dalam bentuk puisi. Puisi rindu hamba pada hamba. makhluk pada makhluk. Tak tertahan rasanya tanggungan ini ditahan sekian lama. Pernah ada yang menyebut, sehari tidak bersua bagai setahun masa yang dinanti. Oh, hebatnya kuasa cinta yang dialir bersama rindu. Indah, penuh makna sehingga lelah untuk dibicara. 

     Namun, seringkali iman menasihati agar harus mengawal perasaan ini. Kerana takut-takut memakan diri. Di dunia akan merasakan ketenangan terawang-awangan, nampak samar tapi tak mampu dicapai. Apatah lagi di akhirat pasti ada balasan yang menanti. Yang ditakuti adalah akibat tunduk pada fitnah hati, maka akan rosaklah segala kehormatan diri.


     Kesinambungan daripada cinta maka akan terbit perasaan rindu pada yang dicintai. Para pejuang Allah taala yang mencintai Tuhannya pasti akan merindui syahid. Seorang suami yang mencintai isterinya pasti akan merindui isterinya jika berjauhan. Begitulah seterusnya.

     Rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga. Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak. 

     Bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.
Rindu seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.


Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an , seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya. Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :

“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.

Untuk itu, terimalah Rindu Hamba

Keheningan malam
dihias suara rintik-rintik hujan
semakin perlahan menghentikan esak tangis
membasah latar seluruh bumi kelam
kurniaan nikmat Tuhan
atas rasa cinta ciptaanNya
bisikan alam menginginkan kesegaran

Rindu malam ini
dibalut rasa yang tak mahu mengalah
kian kuat gejolak yang menikam
menjalar ke seleruh pelusuk rasa
mencari-cari raut indah wajahnya
meraba-raba suara bisik manjanya
Merindui korban cintanya

Duhai malam
inilah luahanku padamu
maka, dengarlah...
dengarkan bisik tangis hatiku
tangis rindu pada sang kekasih
jauh pada jarak, dekat pada cinta

Mencarimu pada malam
bagai menantikan bulan purnama
Pungguk tetap di situ
tidakkan berganjak walau sekelip
kerana setia merindu cinta
menanti hadir detik bahagia

Kau hadir malam ini
walau dalam samar cahaya
menyatakan rasa rindu padaku
oh, betapa indahnya malam

Terima kasih atas keikhlasan rindumu
akn kubalas segala erti ini
dengan kesetiaanku padamu
janjiku pada diri
akan sentiasa menyayangi
berat lagi untuk melangkah pergi

Akan tetap kugagahi jalan ini...
dengan izin-Nya
Tuhan Sang Pencipta Rindu



~perisaimahkota

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails