Sekarang aku kat dalam makmal Klinik Kesihatan Bagan Serai, Kerian.
Sempat jugak aku menulis yer? hehe... sempat la sebab dah takder pape yang nak dibuat.
Tiba-tiba pulak dapat tahu yang KK ni ada wifi, apa lagi.. serbu!!! hik3..
Aku nak tulis sikit jer sebab masa untuk online tak boleh lama-lama. Nanti ada yang bising...
Sakit telinga... ^_^ hehe..
Cerita aku ni macam simple, dan mungkin membosankan..tapi sebagai masyarakat yang prihatin, kita perlu jaga-jaga sebab apa yang aku nak kongsi berkenaan kesihatan kita. Kalau tak kena takper, tapi kalau dah kena..huhu~ merana sampai bila-bila.
First..syukurlah kalau korang tak pernah ambil dadah.
(maksud aku bukan drug addict la...hehe, kalau setakat ambil panadol, aku pun selalu jugak.. :P)
Bukan per, sebab kalau dah masuk benda yang bukan-bukan dalam tubuh kita, kompem sistem pertahanan tubuh kita akan jadi lemah. Ibarat sebuah negara yang meletakkan askar yang tak bermaya (takut bini mungkin..hik2), agaknya negara kena serang pun, diorang buat dek jer... kan? hmm...
Sebenar-benarnya... untuk entri kali ni, aku nak sarankan kat korang atau siapa-siapa lah yang korang kenal sama ada keluarga atau sahabat korang yang mempunyai tanda-tanda seperti di bawah... Sila terus rujuk ke Klinik Kesihatan atau hospital terdekat (sebelum terlambat). Takut-takut, kita terkena jangkitan makhluk halus yang bernama Mycobacterium tuberculosis.
Makhluk halus ini adalah datang dari keluarga bakteria (bukan virus). Dia bukan makhluk alam ghaib walaupun halus. Jadi kita boleh nampak 'mereka' ni melalui mikroskop. Kalau guna mata kasar, makhluk halus ni akan gelak-gelak kat korang! hehehe....sebabnya kompem tak nampak.
Mereka ni walaupun kecil, tapi kesan dari rebakan dan kuasanya, bisa mengganggu sistem pertahanan tubuh kita. Tambah-tambah pulak kalau tubuh kita lemah. Contohnya macam pengidap HIV/AIDS seperti yang aku cakap kat atas tadi. Ia mudah sangat-sangat berjangkit. Cara rebakannya melalui titisan udara.
Contoh member korang ada kuman TB dalam badannya, tiba-tiba dia batuk depan korang tanpa sebarang universal prevention. Maka dengan mudah bakteria tu akan masuk melalui salur pernafasan dan bakteria tu akan terus membuat 'lawatan sambil belajar' ke bahagian paru-paru korang... hmm... bahaya tak? bahaya kaaaannn.... So?
Eh, dah2... tak perlu buang masa, jom kita lihat apa tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu berkemungkinan mengidap penyakit TB.
Kebiasaannya, pengidap TB akan menunjukkan tanda-tanda seperti:
- Batuk yang berpanjangan (lebih dari 2 minggu)
- Kadang-kadang batuk berdarah (haemoptisis)
- Demam yang berpanjangan
- Kurang selera makan
- Susut berat badan
- Sakit dada
Ok... tu jer dulu buat masa ni...
Aku bagi yang paling simple. Mudah untuk kita baca dan senang untuk kita pastikan.
Sebagai salah seorang pengamal perubatan (walaupun masih dalam latihan), aku sarankan korang segera buat medical check-up jikalau... baca yer 'jikalau' ada terdapat tanda-tanda seperti yang aku dah berikan di atas.
Buang dulu kepercayaan karut korang tentang santau dan segala bagai. Kita dah zaman moden...
Benda-benda tahyul ni, tolak ke tepi. Jangan mengundang kemurkaan Allah!
'Cakna kesihatan, masyarakat sihat.'
Kalau sekarang kita bertindak, insyaAllah...Allah akan hadirkan bantuan dengan segera. Kalau dah lewat, merana satu keluarga. Lagi teruk, orang kampung pun kena jugak...huhu~
Untuk cerita lanjut mengenai penyakit TB, nanti aku post-kan kat sini.. bila laporan epidemiologi aku dah selesai.
bersambung di lain entri...
Wallahua'lam.
~perisaimahkota
6 comments:
tangs for sharing da info ya.. :-)
same2..
nntikan smbungannya yer. InsyaAllah.
Yg pnting jd lah individu yg alert pd keadaan msyarakat d skeliling.
pertame kali smpai blog ni..header tu cam pendekar le weh..hehhe
hehe..
nk blajar silat bleh...
bwk plut kuning ngan ayam kfc combo A. hik2..
^_^
titisan udara?owhh..like bersin ye...ishh...bhye...
tp bende2 santau tu mmg wujud tau..
pling pnting check jumpe doc dulu...betul x dco?hehehe
eyup...
sy pn prcaya ngan santau ni, sbab benda yg pelik-pelik ni pernah jugak la brlaku dpan mata.
Sbb 2 sstengah hosp skg ni pn dah tmbah satu unit, prubatan islam. Alhamdulillah.. org dh kmbali yakin pd rawatan cara Islam.
Cuma jgn krn trlalu taksub dgn santau.
Mcm ada 1 kes, dia x nk cek kt klinik. katenye santau.. tp ble dh mati, rupa2nya disahkn TB..huhu. nyesal x sudah la jwbnye..
Post a Comment