Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Thursday, November 17, 2011

Garis Akhir Pengembaraan

Huhu.. exam tinggal 1 paper jer lagi. Tak sabar nak habiskan..

Pasni dah takder exam lagi dah untuk diploma Pembantu Perubatan ni. Tahun depan jika diizinkan Tuhan, akan bermulalah kehidupan aku sebagai Penolong Pegawai Perubatan U29 terlatih..dah start kejer daaa.. takleh nak main-main lagi..huhu. Takut, teruja dan segala bagai..

Berguni-guni part yang sedih sikit bila terkenangkan kehidupan selama 3 tahun kat KPPuk nih (skg dah tukar nama KSKB-uk)...walaupun berpikul-pikul part yang menggembirakan. Biasa la kehidupan alam muda mudi.. ada suka, duka, gembira, derita.. Semua tu kalau takder, tak dinamakan kehidupan la maknanya..

ni geng usrah yang baru~ Sahabat Perubatan Islam

Hurmm.. Teringat mula-mula masuk kat sini dulu,
aku sungguh-sungguh nak bermujahadah. Nak berubah - mencari diri yang sebenar..
Tak nak sentuh benda-benda yang boleh buatkan aku lari dari fitrah hamba Allah.. Letih dengar abah dan ummi asyik mengeluh. (umur dah nk mkin tua, tp masih ulang kesilapan sama)

So, aku bertekad untuk berubah.. menjadi lebih dewasa.. - pada pemikiran.. pada tingkah laku.

Dah siap-siap set dalam kepala, sampai-sampai kat sini mesti cari 'geng usrah' yang mana boleh pandu hala tuju aku. Kalau takder sekalipun, aku akan berpakat dengan mana-mana yang pernah join usrah untuk tubuhkan usrah.. Biar sederhana, tapi istiqamah..

 Tapi, dah nama pun manusia, pasti juga akan diuji.. sentiasa dirasuk oleh suara halus.. SADIS! huhu.. Alhamdulillah..usrah itu wujud, tapi tenggelam timbul. Tarbiyyah kurang, apa lagi usaha dakwah.. Lalu aku layu.. dibawa arus fitnah akhir zaman.

   ..camaner sekalipun, masa takleh nak undur dah.. buah ('barah hati') yang busuk memang takder ubat dah kecuali campak jauh-jauh atau timbus dalam tanah.. Jangan korek lagi, kelak nanti mati hati.. 'Hati yang kotor, hanya dapat dibersihkan dengan penyesalan, azam dan taubat yang kuat!' astaghfirullah.. ~_~

Walaupun di garis akhir pengembaraan ini, diri merasakan sentiasa berada di dalam dosa.. Aku akan tetap berusaha untuk tak termasuk di antara golongan pelaku maksiat yang 'terasa biasa melakukan dosa, atau gembira melakukan dosa, atau paling teruk menjadi pendokong dan pejuang maksiat'.. na'uzubillah..

Semoga Allah terus menjaga aku..
     "Maksiat yang diselangi penyesalan dan tangisan itu lebih baik dari merasa sombong dan ujub dengan kebaikan."

wallahua'lam..
Aku tetap ingin berubah~
Menjadi yang lebih baik dari hari ini! Pasti!

~perisaimahkota


1 comment:

midz H said...

assalamualaikum..entry ni bagus. bleh dikatakan sama dgn masalah sy.
masalah hati ssah nk jga.insyaallah, harap anda istiqamah! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails