Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Sunday, January 30, 2011

Kenapa Aku Dijadikan Sebagai Seorang Wanita?

Salamullahi'alaikum...

.....
Kenapa? Kenapa? Kenapa???
Kenapa aku dilahirkan sebagai seorang wanita? Kenapa bukan lelaki?
Susah giller nak jadi pompuan. Nak buat itu tak boleh, ini tak boleh… Seksa la hidup macam ni…huhu~~

Kenapaaaa??? Apa sebabnya???

Kalau ‘oghe tino klate’ luahkan perasaan, bunyi macam nih…
Bakpo wei aku jadi tino??? Payoh nok idup…

Eh, rilex2…sabar… bawak bertenang…hehe.^_^
Aku pulak yang lebih-lebih. Macam la aku ni perempuan. Hihik…

Baiklah, tanpa buang tebiat lagi kita terus kepada menjawab persoalan-persoalan di atas…
Kadang-kadang soalan-soalan macam ni membuatkan kita terpikir jugak (walaupun malas nak pikir). Kita tak nak pikir sebab, nampak sangat tak logik dan buang masa jer kalau pikir pun.

Tapi untuk entri kali ni, mari sama-sama kita fikirkan dan renungkan. Apakah kelebihan yang Allah ciptakan kepada seseorang yang bergelar WANITA
(Awas, entri panjang!)

(“,)…

Wanita vs Lelaki

1 - Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah.
3 - Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - Wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - Talak terletak di tangan suami dan bukan pada isteri.
8 - Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Selalunya masalah-masalah ni la yang membuatkan Islam dipandang sebagai penindas kaum wanita…kan3? hrmm…
Baiklah…mari kita lihat dari sisi berbeza plak…^_^

Benda mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Maknya, kompem la intan permata takkan dibiar bersepah-sepah kan?
Itulah bandingannya dgn seorang wanita. Mahal nilainya… hanya boleh dimiliki oleh yang halal baginya. Indah lagi mengindahkan. ^_^

Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Subhanallah.. Allah telah memuliakan seorang wanita yang bergelar ibu. Sesungguhya Syurga seorang anak lelaki tetap di bawah telapak kaki seorang wanita (iaitu ibunya) walaupun si anak lelaki itu telah berkahwin. ^_^

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki yang menerima pusaka perlu mengagihkan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. ^_^

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak. Tetapi setiap saat dia mengandungkan anaknya tersebut, dia telah didoakan oleh malaikat, haiwan, tumbuhan dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini.
Jika ditakdirkan dia mati saat melahirkan anaknya, matinya sebagai syuhada’ (syahid dunia). Manakala dosanya akan diampunkan oleh ALLAH. ^_^


Allahu Rabbi... Sebenarnya Islam memelihara Wanita, bukan menindas.
Sekarang kita lihat perbezaaan antara tugas lelaki berbanding wanita. Yang nyata tugas lelaki lebih berat dari seorang wanita. Maka kalian bersyukurlah dilahirkan sebagi seorang Wanita…

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Sebaliknya seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya hanya cukup dengan 4 syarat iaitu sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu bergadai nyawa mengerah keringat untuk keluar berjihad fisabilillah. Sebaliknya wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, dia akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang keluar berperang di jalan ALLAH tanpa perlu bersusah payah mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita…kan?
Masih tidak bersyukur kalian di jadikan sebagi wanita?
Jom kita cari bukti betapa beruntungnya menjadi seseorang wanita…

Beratnya tugas seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut:-

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh, manakala dosa gadis sunti ditanggung oleh bapanya. Untungnya jadi wanita…

2. Lelaki yang dah kahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri lagi, dosa anak perempuan yang belum berkahwin lagi dan dosa anak lelaki yang belum baligh..huhu~

3. Lelaki kena bertanggung-jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.
Sebaliknya bagi wanita. Wanita hanya perlu taat kepada suaminya. Kalau si isteri berbuat baik, pahala akan dapat kepadanya. Tapi kalau isteri buat tak baik, dosanya akan turut ditanggung oleh suaminya. Adoyai…

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib! Akan tetapi isteri tak perlu beri nafkah kepada suami. Pun begitu, isteri boleh membantu suaminya.
Haram bagi suami menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak kan tanggungjawab lelaki…?
Yang tersebut kat sini tak banyak. Ada lagi banyak…huhu~

Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya ibarat seekor semut menjunjung sebuah gunung. Sebab tu kalau belum bersedia untuk menanggung perkara yang patut ditanggung, jangan menanggung risiko.

Akhirnya, sebagai penutup…
Mengikut kajian, nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.
Wallahua’lam… Aku pun tak tahu kajian ni siapa yang buat.
Katanya lelaki mati cepat sebab tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Ok… tu saja perkongsian untuk kali ni.
Harap kita sama-sama beroleh pengajaran.

Kesimpulannya… bersyukurlah kerana dilahirkan sebagai Hamba ALLAH dan Ummat MUHAMMAD SAW.
Dengar dan taati segala perintahNya… ^_^


~perisaimahkota

15 comments:

nelly said...

i like this .

Hafriz el-Muhammady said...

^_^..hik2...

hawiz said...

baguh ngoti demo..hihi

Hafriz el-Muhammady said...

kito samo keno saling ingat mengingat.. dop gitu?
nk kato baguh, demo lbih pado kawe.. ^_^

.:padie_eyla:. said...

terbaik.! hehe. tak pernah menyesal jadi wanita. eececece. =p

Hafriz el-Muhammady said...

=)

nub said...

kenapa!!!! heehheh

zuar said...

info yg menarik..nice sharing:-)

ana_liyana said...

alhamdulillah..entri yg btol2 mmbuka mata stiap wanita bhawa mreka sbenarnya lbih beruntung dr llaki..hihi~ syukran ya! izin share di fb bole? :)
trimas..

p/s : err...pe kata kalo wat entri npe aku djadikan llaki lak? ngee~
nnti llki2 nih jeles..ngeehee~ :D

cekgu siti said...

banyok kakloh kelebihan jd ore tino..
syukur2x..
syukran for dat info..

FasiHaH SupiaN said...

Yup..betul tu....teruskan berkongsi :)

Hafriz el-Muhammady said...

tme kasih pd smua yg komen...

Nk bt jgk utk lelaki ajatnya.. tp snang2 cter, dlm Quran dh dsebutkn bhw Lelaki mengatasi Wanita. Itu dh jelas..

Cuma entri ni juz nk huraikn.. bhw wanita2 skalian x prlu nk mngeluh knapa dciptakn sbg wanita. krn kalian sbnar2nya adalah insan istimewa. ^_^

mamaafzal said...

Jadi wanita di dunia memang susah sebab byk yg kena jaga.setiap langkah jika tersilap berdosalah diri. tapi mudah juga utk kaut pahala dan ganjaran di akhirat kelak, cukup manis buat yg betul2 menjaganya. tak cakap org, akak pun kekadang lupa dan agak terleka dlm arus kehidupan materialistik.semoga kita sama2 saling ingat mengingati...:o)

Hafriz el-Muhammady said...

Alhamduilillah.. itu yg sebaiknya.
Sbb itu.. utk mnjamin pluang ke syurga, pilihlah teman yg mmpu mmbawa kita ke syurga brsamanya.
Jika seorg dr kita trsilap langkah.. dua2 akn trjatuh ke lembah neraka..

uMi KaLtHuM said...

i agree! kene bersyukur! =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails