Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Thursday, November 3, 2011

Kita Bila Lagi?

Salam buat semua..

     Seronok jugak sekali sekala follow dunia artis tanah air ni. Ada yang baru timbul, ada yang tenggelam timbul dan ada jugak yang tenggelam tak timbul-timbul..

     Tapi kali ni aku nak share dengan korang al-kisah mereka-mereka yang pernah timbul dalam dunia artis (sebagai pendokong dan penggiat)..tapi sekarang kembali timbul dengan gaya dan perwatakan berbeza..

Sebagai pendokong dan pejuang jalan Tuhan..

Gambar kat sebelah ni sempat dirakam waktu Ustaz Azmil Mustapha berada kat Ipoh, tepi Greentown Mall.. Ada islamic event camtu la.. dan ustaz adalah sebagai duta produk Hiraq yang beliau sendiri usahakan..

Katanya,
     "Alhamdulillah.. kalau kita tinggalkan perkara-perkara yang Tuhan larang, pasti Allah akan anugerahkan kepada kita nikmat yang kita tak sangka-sangka.. melimpah ruah tak terkira. Dan..kalau kita betul-betul nak berubah, jangan sesekali dekat dengan dosa lama."

Semoga Ustaz dan keluarga sihat-sihat dalam lembayung Rahmat Kasih Sayang Allah.. amiin~

Lagi mereka yang telah dijemput untuk menerima watikah hidayah Tuhan adalah.. 



Ustaz Radzi Melissa, Akil Hayy, Asyraf Muslim, Bob Lokman, Iwan Dangdut,...
juga tak ketinggalan Wardina Safiyyah, Irma Hasmi, Diana Amir...

dan yang terbaru.. Sham Kamikaze~
jernih jer muka.. cam ustaz.

Allahu Rabbi..
Ni lah yang diistilahkan sebagai misteri di alam Rahsia Allah..
  Kita tak tahu apa yang Dia sediakan untuk kita. Tapi..kalau Dia dah sentuh hati kita dan dengan rela, redha juga seikhlas hati kita membalas sentuhanNya..maka sudah pasti, kita akan kembali di atas jalan yang benar.

       Jalan pencinta kebenaran.. Maha Suci Allah..

Kembara Hidayah menagih mujahadah yang istiqamah. Tanpanya, kita pasti buta di saat taufiq dan hidayah Allah hadir mengetuk pintu iman. Kita terlena..dan terus terlena.

Kata-kata hikmah menyebutkan..  
'Hati bersih menjemput hidayah Allah..
manakala hati kotor menjemput dakyah syaitan. 
Hati bersih menjemput kasih sayang..
manakala hati kotor menjemput kebencian dan permusuhan.'

Mereka dah.. kita (aku) bila lagi?! ~_~
Tepuk dada, tanya Iman sendiri.. " Adakah aku telah bersedia menerima hidayah Tuhan, saat anugerah itu datang?" fikirkan...


~perisaimahkota

4 comments:

blog-tips-kurus said...

antara yang terpilih tu..

Hafriz Mohamad said...

dan kita pn bleh usahakan utk mnjadi yg terpilih~

Noor Fatin said...

amin. smoga kita berada di antara mereka :)

Hafriz Mohamad said...

mengharap segala harapan termaqbul.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails