Salamullahi'alaikum... Terima kasih kerana sudi ziarah blog Perisai Mahkota - Tinggalkan jejak anda, komen pada entri, klik pd tempat-tempat yg boleh di klik dan jangan lupa untuk follow jugak yer..hihi. Jazakumullah khairan kathir. ^_^

Jalan Kehidupan

Sunday, January 15, 2012

Ingin Selamanya BerSujud

Fuhhh2..~ pertama sekali nak tiup dulu habuk-habuk yang ada kat sini..
Terasa memang lama sangat-sangat dah tak update blog. Nak nulis, tapi tak nak.. em..ntah ler labu. Ting tong kot..hehe. Bila habuk dah takder.. jadi boleh la kita terus kepada tajuk.

Tajuk yang dipilih kali ni, - Ingin Selamanya BerSujud.

Ada sahabat yang tanya.. kenapa?

Seringkas mungkin aku menjawab, kerana...

Pertama - Ia adalah perintah Allah ke atas setiap anak Adam yang beriman..
     Manusia yang percaya adanya Tuhan pastinya akan merasakan bahagia ketika dalam sujudnya. Kerana pada saat itulah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.
     Seharian kita terpesona dengan ajakan dunia, maka tiba saat kita memperuntukkan masa untuk 'bertemu' Sang Pencipta. Rugilah kalau watku yang sedetik tu kita sia-siakan.. (--.")

Kedua - Ingin sentiasa merasakan bahawa diri ini hamba dan 'Dia' adalah Tuhan...
     Bijak pandai menyebutkan, "selagi tiada rasa kehambaanmu di dalam sujudmu, teruskanlah bersujud kepadaNya sehingga kamu berasa kehambaanmu dan ketuhananNya." 
     Nak jadi hamba Tuhan tak cukup sekadar ikrar dengan lisan ; "aku ini hamba!" Ya..Sah tu sah, tapi belum cukup kerana ia seperti 'taqlid buta si kakak tua' yang mengikut sahaja apa kata tuannya.. Sebetulnya adalah, kehambaan itu perlu lahir dari hati yang benar-benar ikhlas dan yakin (dengan ilmu sebenar-benarnya) Susah kan? huhu.. Maka, teruskanlah bersujud...

Ketiga - Mahu rehatkan minda serehat-rehatnya...
     Percaya atau tidak, waktu sujud ni la waktu rehat yang terbaik di antara yang terbaik. Lebih dari itu, bukan sahaja minda kita dapat berehat..bahkan otak dan seluruh tubuh juga akan jadi sihat! Kajian sains membuktikan bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di otak yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan bagi mencerdaskan minda.. seterusnya mendamaikan hati dan mententeramkan jiwa. n_n
Selebihnya ada lagi dibincangkan di sini.

Keempat - Nak mengasingkan diri dari fitnah dunia yang menggila...
     Dan ini adalah matlamat sujudku yang paling utama (bagi diri aku sendiri). Memang tak dinafikan dunia akhir zaman ni penuh dengan fitnah sana sini. Diri kita ibarat musafir sesat yang sedang mencari-cari hakikat hidup. - Di hadapan mata kita, ada yang putih dan ada yang hitam. Ada baik dan ada buruk. Di saat kita ingin mengenalpasti sama ada baik atau buruk sesuatu perkara, kita dikelirukan oleh 'dajjal' sebelum Dajjal yang sebenar. Yang baik dikatakan buruk, sebaliknya yang buruk pula dipuja-puja seakan ia lah yang terbaik.

~ Akhirnya kita (aku) buntu.. yang mana benar, dan yang mana salah..

Allahu Rabbi.. macam mana la nak bahagia hidup kalau macam ni? adoii la..huhu~
Justeru, 'kalau la boleh'.. aku tak mahu keluar dari lingkungan ruang tikar sejadah.. Aku ingin selamanya bertafakkur disitu.. dan aku ingin selamanya bersujud di 'hadapanNya'. Semoga dapat kugapai redhaMu Ya Allah~

!Peringatan!.. hakikat mengapa kita perlu sujud, adalah lebih dari apa yang dikongsikan kat atas ni..Ni hanya cebisan kecik jer..  ok.. tu saja.. ^_^ yang baik tu datang dari Allah, yang tak baik tu sama-sama kita baiki nanti. InsyaAllah.. wassalam~

~perisaimahkota

5 comments:

blog-tips-kurus said...

pernah terbaca:
sujud beberapa minit lepas solat subuh=ubat migraine.

Hafriz Mohamad said...

mahasuci Allah.. tmbh input baru.. tmekasih2! :D

Bulan Syurga Firdausi said...

terima kasih singgah blog sy...blog ni jauh lebih baik..smga Allah terus redha amin....

aamalinaazman said...

masa tgh sujud
seolah antara kita dan Dia sahaja
tenang kan..

"sejadah adalah hamparan cinta abadi buat hati yang menciumnya" Aamalinaazman :)

Hafriz Mohamad said...

Syurga Firdausi : same2 syeikh~

aimie: eyup.. itu yg akn kte rasakan, jika kte bnar2 ingin mrasakannya.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails